Rabu, 25 Mac 2015

KEMANGKATAN




KEMANGKATAN


Begitulah keadaannya
Kehidupan dalam ketentuan
Khalid yang menaturkannya
Setinggi mana dan serendah mana kehidupan

Dunia yang fana ini
Tempat permainan dan suka-suka
Akhirat adalah tempat kita sebenarnya
Justeruitu berbuat baiklah selalu selama-lamanya.

Jika banyak amal bakti
Melakukan yang baik menolak  mungkar
Segala kebajikan kita akan dicatata oleh para malaikat
Bagi melayakkan kita masuk ke syurga  Allah SWT. Amin.


Oleh: NUrimanja,
Catatan  29 /5/ 2014.

Ahad. Hujung minggu Pagi hari

Rabu, 4 Mac 2015

KITA KINI HIDUP BERBEZA




KITA KINI HIDUP BERBEZA 


Bila kau di puncak
aku cuma di lembah
hidup kita sudah berbeza.

Dulu masa kanak-kanak
kita sama sahaja
bermain berkawan bersama

Kini kau terlalu sebuk
dengan tugas yang membebankan
demi anak bangsa dan negara

Aku cuma seorang petani
hidup dibakar panas mentari
kulit hitam tulang berdongkol.

Tanganmu lembut tangku berkematu
Itulah kita yang kini hidup berbeza…


Oleh Nurimanja,
Catatan 23 hb Februari, 2015.
Jam 9 pagi di USM.