Rabu, 4 Mac 2015

KITA KINI HIDUP BERBEZA




KITA KINI HIDUP BERBEZA 


Bila kau di puncak
aku cuma di lembah
hidup kita sudah berbeza.

Dulu masa kanak-kanak
kita sama sahaja
bermain berkawan bersama

Kini kau terlalu sebuk
dengan tugas yang membebankan
demi anak bangsa dan negara

Aku cuma seorang petani
hidup dibakar panas mentari
kulit hitam tulang berdongkol.

Tanganmu lembut tangku berkematu
Itulah kita yang kini hidup berbeza…


Oleh Nurimanja,
Catatan 23 hb Februari, 2015.
Jam 9 pagi di USM.

20 ulasan:

nurimanja49@gmail.com berkata...




15. TUJUAN BERSELAWAT KE ATAS NABI . SIRI AKHIR MAULIDUR RASUL

Semoga kita mendapat safaat di akhirat nanti. kalau kita tidak pernah menyebut nama orang yang kita kenali,bagaimana mungkin untuk dia menolong kita.

Diakhirat ramai umat manusia menemui pesuruh mereka untuk mendapat pertolongan, semua nabi menolak, lalu mereka mengatakan mereka juga ada dosa, tak boleh membantu orang lain, kecuali kamu pergilah kepada nabi Muhamad SAW.

sambungan lagi

nurimanja49@gmail.com berkata...

Sesunguhnya Allah dan para malaikat selawat ke atas nabi wahai orang yang beriman selawat ke atasnya semoga kamu mendapat kesejahteraan . Sesiapa yang mendengar namaku tidak berselawat ke atasku, inilah orang kedekut.


Sesiapa yang selawat ke atasku sekali, akan aku doa 10 kali kepadanya, jika 10 kali, aku tambah 100 kali pahalanya.Allah akan tunjukan gambaran muka ibu bapaknya kepadaku, dan dia akan mendapat safaat (pertolongan).

sambungan lagi.

nurimanja49@gmail.com berkata...


Amalan berselawat ke atas nabi akan mendapat ganjaran pahala. Segala doa juga tidak akan dimakbulkan jika doa itu tidak dimulakan di awalnya selawat ke atas nabi dan penutupnya selawat juga ke atas nabi, bagai tergantung di anatar bumi dan langit.

Dengan kata lain selawat ke atas nabi ini, sebagai hormat ke atas seorang pemimpin yang membawa kepada kita agama Allah yang benar di akhir zaman. oleh itu banyak-bayaklah selawat untuk mendapatkan safaat di hari akhirat nanti. Amin wallahhuaklam bissawab.!

TAMAT

nurimanja49@gmail.com berkata...


UNGAPAN KATA MINGGU INI

Jangan dibiarkan diri anda dikatakan diserang penyakit kecelaruan minda , bila kita berada dalam keadaan jahil dan sombong kita terperangkap dalam keadaan sesat. Bila menyokong tanpa usul pereksa sesuatu kerja yg jelas onar dan mungkar dan bertentangan dengan Syariat Allah SWT..

Buat renungan

nurimanja49@gmail.com berkata...




BELAJAR INI SEPERTI MENILAI PADI DITUAI

Apakah benar belajar ini seperti menilai padi yang dituai? Masakan tidak setelah kita menanam padi dihuma atau sawah. Dalam tuaian hasil padi itu yang kita baja dan jaga selama ini , tetiba ada juga pada padi kita yang penuh berisi, kurang berisi, malah ada yang hampa sahaja kosong isinya tiada.


Adakah anak-anak kita juga ada termasuk dalam golongan tiga jenis isi padi ini? Jika ada sebiji padi yang berisi penuh pastinya ada harga dan boleh dijual, kurang berisi boleh juga buat beras hancur boleh juiga dibuat bubur, tetapi sebiji padi yang hampa atau kosong ditiup angin melayang terbang? Tentu mengecewakan mak bapa kerana ayam pun enggan memakannya?

nurimanja49@gmail.com berkata...



SEMBANG-SEMBANG NGIRUP SECAWAN KOPI PAGI INI
Asalamualaikum sahabat Fb

Al kisah nak jadikan cerita di pagi hari, seorang suri rumah ke kedai di bahu jalan membeli kad prabayar RM10.00Kena cas 60sen tambah 6% GST Ini kerajaan BN punya pasal la? Katanya. Suri rumah itu pun beredar sampai di warung haram tepi jalan (di Telok Kumbar berpuluh atau ratus kedai di atas bahu jalan didirikan ikut sesuka hati, Sepatutnya MPPP boleh ambil tindakan menganggu perjalan orang ramai terutama keinderaan lalu lintas) Disinilah mereka berbual (suri rumah mulai bising) ambil lessen kedai dia repot , mereka semua tidak ada daftar dengan GST. (walaupun tauke-tauke kedai pakai kereta dua tiga biji seorang) Inilah budaya orang melayu kita. Orang china dan india tak Nampak pula buat kedai di bahu jalan? Malah ramai juga buat kedai haram bagi sewa dekat pendatang jiran rakyat Siam. Mereka ini pula datang berniaga kedai makan letak harga yang luar biasa mahalnya.
Rasa nak tahu datang sendiri ke Pulau Pinang.

nurimanja49@gmail.com berkata...


TERPERANGKAP DG JERAT SENDIRI.
Entah kenapalah begini nasibku ?
Nampaknya begitu malang sekali,
Setiap kali perangkap yang kupasang
Sering sahaja menjerat diriku sendiri.

Adakah aku berdosakah selama ini ?
Kerana cuba melawan takdir Allah
Apa sahaja aku perangkap tidak mengena
Malah menjerat kembali diriku sendiri.

Kini aku rasa bagai tidak terdaya lagi?
Rakan seperjuangan juga ramai menyepi
Malah cuba menentang secara senyap
Perangkap yang aku pasang selama ini.

begItulah hati rerakan seperjuangan ?
Setelah aku terpaksa menyepi di sini
Semangat pasang perangkap telah luntur
Sudah tidak lagi bermaya kian menyepi.

Oleh : Pensel Kontot
Catatan pagi hari 7hb Mac, 2015.
Di daerah sepi terutama di malam hari.

nurimanja49@gmail.com berkata...



PISANG TIDAK BERBUAH DUA KALI


Jarang kita lihat
Pokok pisang berbuah 2x
Dan tidak mungkin akan terjadi
Kalau terjadi juga ini dikira sudah melampau,

Kalau ada pun
orang menanam pisang
Jika berbuah amat menyeronokkan
Jika tidak berbuah amatlah berdukacita jadinya.

Tetapi apa pun
Tidak ada pisang berbuah 2x
Kalau berlaku juga memang berdukacita
Kerana bercangah dengan ketentuan takdir Ilahi .


Oleh: NUrimanja,
Catatan Jam 6 ptg,
Tanggal 31 Mac 2015

nurimanja49@gmail.com berkata...


14 .SESAT ATISMA

Sesat!
Kerana kejahilan diri
Dikira sesat yang boleh diterima.

Sesat!
Kerana kecerdekan diri
Dikira sesat yang dalam kesombongan

Sepatutnya
Kita kekalkan keimanan
Bukan jahilan atau kecerdekan diri.

Kerana sesat itu
Cuma ada dua perkara
Sesat kebodohan dan sesat kecerdekan.

Justeriitu ingat!
Bila kejahilan dan kesombongan
Kerana kedua-duanya dikira sesat juga .


Oleh: Nurimanja
Catatn dari kuliah di udara.
30/5/2014/2015 . Jam 7 .30 pagi

nurimanja49@gmail.com berkata...

16.DUN CHEMPAKA


DUN CHEMPAKA
Nak lawan tak lawan BN
Tok sey lah hormat Tok Guru ni

Kalau puak-puak amboi ni
PR nak lawan , lawan cara sihat
Jangan duk main lagu tu dan lagu ni

Kita ini Islam sesame kita
di nogeri Cik Siti Wan Kembang
tak payah royak tak payah bimbang.

Selama ini kita duk macam tu
Aman damai kehidupan sejahtera
Nak buat apa ramai Yb pilih sa sahaja.

Oleh: Pensel Kontot
Catatn rabu jam 5.45 petang.
Bersamaan tanggal 11 Mach 2015

nurimanja49@gmail.com berkata...

AMALAN SOLAT MUAS DAN NABI
OLEH NURIMANJA

Satu hari Nabi Muhamad saw melihat sifat Muas yang boleh menghalang pahala ibadat solat lima waktu sehari semalam , lalu nabi pun berkata kepada Muas ikutlah sifat -sifat ini seperti mana yang aku lakukan.

- Jangan kamu mengumpat dan menghina orang lain
- Jangan memuji diri atau minta dirimu dipuji orang lain
- Jangan riak tinggi diri terhadap orang lain
- Jangan menunjuk ibadat kepada orang lain
- Jangan bermegah dengan kelebihan kepada orang lain
- Jangan sombong diri dengan orang lain
- Jangan suka bermuka muka dengan orang lain
- Jangan ada perasaan hasad dengki dengan orang lain
- Jangan cari kedudukan agar dihormati orang lain
- Jangan buat kerja tidak ikhlas terhadap orang lain.

Pengajaran;

Inilah salah satu daripadanya yang sering kita tewas beribadat bila sifat di atas ini masih bersarang dalam hati kita. membuatkan doa-doa kita tersangkut di pintu langit terhalang daripada sampai kepada yang kita pohonkan. menjadikan hajat kita tidak makbul oleh Allah selain ciri lain seperti permakanan.

nurimanja49@gmail.com berkata...


UJIAN ALLAH SWT ADA HIKMAHNYA

Ujian Allah menilai Iman
Satu pengiftirapan Allah SWT
Bagi mereka muhasabah,
mesyauwarah dalam hikmah.

Setiap ujian yang berlaku
Hanya bagi orang yang beriman
Setelah kemanisan beribadat itu
lebih hebat dirasainya.

Kemarahan boleh berlaku
Kepada sesiapa yang dikehendaki
Bila seorang itu yang kuat keyakinan
peribadatanya kepada Allah swt.

Siapa yang bertakwa
Akan mendapat kelepasan dan kesusahan
Terkadang digantikan dengan kemudahan
Segala rezeki Lempah rahmah dan nekmahNya.

Oleh: Nurimanja,
Tanggal 19 April, 2014.

nurimanja49@gmail.com berkata...


PUISI TAZKIRAH RENGKAS
DUNIA MELIHATNYA!

Kalau kita!
Menjadi orang ternama
Tiap langkah-langkah kita ini
Akan diperehatikan oleh Khalayak
Dan sejarah pula pastinya merakamkan
Akan Tingkah laku kita sepanjang perjalanan.

Silap kita!
Dunia akan melihatnya
Jikalau kita berjalan tempang
Maka sejarah akan terus mencatat
Segala ketempangan jejak langkah kita
kita sendiri perlu memperbetulkannya kembali.


Oleh: Nurimanja,
Catatan sebelum subuh
29/03/2014 Gambar cuma hiasan.

nurimanja49@gmail.com berkata...


BILA BALIK KAMPUNG HATI PUN SEDIH DAN SAYU
-Bagan Serai krian Perak -

Sesekali bila balik kampong
Hati pun merasa sedih dan sayu
Melihat rumah tua di makan anai–anai
Tiang kian uzur dan condong dinding hampir reput ,
Anak tangga pun ada yang hilang, lantai ada yang patah
Tidak terjaga dan terbela bila semua penghuninya telah berhijrah.

Kitab lama buruk berabuk
Bukan dalam al mari tempatinya
Tetapi di atas alang berlubang dimakan gegat,
Dimanakah ada keberkatannya bila disimpan tidak dibaca
Kerana anak cucu yang ada kini gagal metelaah kitab-kitab kuning
Cuma masing-masing telah pandai melontar hukum dan fatwanya sendiri.

Oleh: Nurimanja,
Catatan terkini: kampong tersusun
Perak Darul Ridzuan tanggal 12 /04/2014.

nurimanja49@gmail.com berkata...


SEORANG TUA YANG KUTEMUI

Seorang tua yang kutemui
Janggut, misai dan rambut tidak terurus
Sering kali berada di tepian longgokkan sampah
Agak ganjil dan pelek juga aku rasa
Kerana saban hari kerjanya cuma
memunggah sampah sarap
dimana sahaja ada timbunan sampah

Dia akan membuka beg sampah
Bagiakn mencari sesuatu di dalamnya
Apa sahaja yang ditemui akan dibuka
Walau pun ada secebis kertas kecil
Akan dibuka diperbetul keromoknya
dengan penuh minat dan teliti dia membaca
kemudian dia tersenyum dan ketawa ….

Oleh: Geletek Petang
6.30 ptg ditepi jendela kaca
3hb Mei. 2014. Gambar hiasan .

nurimanja49@gmail.com berkata...


BERLAPANG -LAPANGLAH KAMU
-sebaiknya bila berada dlm masjid atau majlis ilmu


Orang beriman
Bila diminta berlapang
Mereka berlapang tempat duduk
Allah SWT akan melapangkan kedudukan mereka

Jika diminta berdiri
Mereka pun berdiri di tempat berdiri
Nescaya Allah meninggikan tempat berdiri mereka

Rengkasnya!
Sesiapa yang melapangkan tempat
Duduk atau berdiri pada saudara mereka
Allah melapangkan kehidupan mereka dengan rastu dan rahmat.

Allah akan menolong hambanya
Selagi hambanya suka tolong menolong
Diantara satu sama dengan yang lain dalam kehidupan . Amin.


Oleh Qalam Mutiara,
30 hb April, 2014. Ptg hari.

nurimanja49@gmail.com berkata...


YA ALLAH AKU DAN PERJALANAN


Ya Allah!
Perbaikilah diriku
Dalam perjalanan yang sadikit
Berikan aku ikhlas dan istiqamah.

Ya Allah!
Aku ini lemah dan dhaif
Banyak melakukan noda dan dosa
Ampunkanlah segala kesalahanku ini.

Ya Allah!
Perjalananku ini hamper tamat
Biarkanlah akau berada di jalan lurus
Bukan jalan orang-orang yang menyesatkan.

Oleh: Qalam Mutiara,
tanggal 3 Mei, 2014. Jam 4.30 pagi
Gambar Cuma hiasan .

nurimanja49@gmail.com berkata...


37.MAHA SUCI ALLAH SWT

Maha suci Allah SWT
Menjadikan langit dan bumi
Membenarkan aku menyedut udara
Dan melayakkan aku masih hidup dan bernafas

Maha suci Allah SWT
Segala ibadatku, hidupku dan matuku
Kepadamu yang berkuasa memerentah sekelian alam
Tidak ada sekutu bagiMu dan aku sesungguhnya orang Islam .


Oleh: CitaraNuri
Tanggal 28 04.2014
Pagi Isnin. Hadiah .

nurimanja49@gmail.com berkata...



BILA ISLAM DISERANG MINDANYA


Kita orang Islam
Kini diserang hebat
Bukan dengan peluru senjata
Tetapi dengan penjajahan minda kita.

Kita beragama Islam
Tetapi enggan mengamalkannya
Malah menolak syariah Allah SWT
Cuma dilihat Islam pada namanya sahaja.

Inilah budaya serangan
Yang tenat dialami umat Isalm
Bila agama, bangsa dan negara kita
Dicabar sebagai penghalang melakukan kebebasan.


Oleh: Nurimanja,
22hb April 2014.

nurimanja49@gmail.com berkata...



SAHABAT FB DAN BLOG


Sahabat Blog
Kemesraan Cuma sadikit
Bukan milik kita sepenuhnya .

Kemesraan kita
Cuma dihujung jari
Ketika berbicara dan berseloka

Di antara kita sesama
Kita juga tidak mengenali
Sekadar persahabatan di alammaya

Aku tidak pernah
Dan kalian juga sama
Memimpikan sesiapa diantara kita

Cuma terkenang
Nama-nama diantara kita
Berseloka sesama kita di Fb sahaja .

Oleh: Nurimanja,
24 April 2014.