Ahad, 22 Februari 2015

.JIKA KITA NILAI HIKMAH SOLAT



JIKA KITA NILAI HIKMAH SOLAT


Ketika kamu mengangkat kedua tangan untuk takbir
samalah seperti kamu menyerah mengaku kalah
ketika kamu qiam berdiri tegak tidak bergerak
samalah seperti pokok nibong,pinang dan kelapa,
ketika kamu rukuk mendatar tulang belakang
samalah seperti haiwan yang bejalan lembu dan unta
ketika kamu duduk pula di antara dua sujud
samalah seperti katak kera moyet lotong gorila
ketika kamu sujud dahi ke tanah hinanya rasa
samalah seperti kekura ular cacacing serangga melata.


Setelah kamu kenal akan nilai hikmat solat ini
berastaffarlah betapa hina dinanya kamu di sisi Allah
menjadikan dan mencipta segala petala langit dan bumi
betapa kita cuma dijadikan dari setitik air najis
percantuman di anatara binih lelaki dan perempuan
mengapa mesti angkoh, sombong, bongkak dan takabur
dari tanah asalnya kita dan kepadanya kita kembali
makan dan minumlah rezeki yang Allah berikan kepada kita
mengapa mesti buat satu kerosakan di muka bumi Allah ini?
sesungguhnya hidup dan mati kita kepadaNya jua kembali.


Oleh  : Nurimanja,
Balik Kuliah Malam Telok Kumbar,
15/2/2010.

20 ulasan:

nurimanja49@gmail.com berkata...

51.SESAT ATISMA

Sesat!
Kerana kejahilan diri
Dikira sesat yang boleh diterima.

Sesat!
Kerana kecerdekan diri
Dikira sesat yang dalam kesombongan

Sepatutnya
Kita kekalkan keimanan
Bukan jahilan atau kecerdekan diri.

Kerana sesat itu
Cuma ada dua perkara
Sesat kebodohan dan sesat kecerdekan.

Justeriitu ingat!
Bila kejahilan dan kesombongan
Kerana kedua-duanya dikira sesat juga .


Oleh: Nurimanja
Catatn dari kuliah di udara.
30/5/2014. Jam 7 .30 pagi

nurimanja49@gmail.com berkata...

.SESAT ATISMA

Sesat!
Kerana kejahilan diri
Dikira sesat yang boleh diterima.

Sesat!
Kerana kecerdekan diri
Dikira sesat yang dalam kesombongan

Sepatutnya
Kita kekalkan keimanan
Bukan jahilan atau kecerdekan diri.

Kerana sesat itu
Cuma ada dua perkara
Sesat kebodohan dan sesat kecerdekan.

Justeriitu ingat!
Bila kejahilan dan kesombongan
Kerana kedua-duanya dikira sesat juga .


Oleh: Nurimanja
Catatn dari kuliah di udara.
30/5/2014. Jam 7 .30 pagi

nurimanja49@gmail.com berkata...





GUGURNYA SEBIJI BINTANG DI ARUS ZAMAN (TT)
Allahyarham Bintan Legnda Tan Sri P. Ramle-


Tanggal 29hb, Mei, 1973,
Pagi gugurnya sebiji bintang diarus zaman
Bintang yang menjadi pujaan ribuan insane
Bintang yang mengelip di Pesada seniman

Tetapi pagi ini kau telah gugur
Gugurmu tidak akan mengerlip lagi
Gugurmu telalu sukar dicari ganti
Gugurmu telah menghilankan sinar murni

Buat peminat seni perfileman di rantau ini,
Betapa gerlipan sinarmu begitu bejaya dirasa
Dengan nyanyian dan lakonanmu yang besahaja,
Semuanya itu masih teasa kesan ceritanya
Menjadikan anda pelakon mengondol filem asia

Tetapi hari ini enkau telah gugur
Kisahmu tetap terpahat disudut hati
Akan kami simpan dalam Mezium P.Ramle
Buat kenangan renungan jendarasi masa kini.

Oleh Nurimanja,
SMA AlMasoor Islamic,
Tek Soon Street, PENANG. 5hb, June, 1973.

nurimanja49@gmail.com berkata...

1.BILA TARHIM DAN WAQIAH SERING BERKUMANDANG

Saban pagi sebelum subuh aku sering mendengar
Irama Tahrim dan surah al waqiah berkemandang
Menguasai di daerah kampung serba kekurang ini
Kini rahmat Allah swt telah turun melempah ruah

Dulu Sungai batu, Kampung Masjid, Gertak Sanggul
cuma sekadar sebuah kampung yang serba dhaif
Kebanyakkan penghuninya kerja nelayan dan petani
Melayu, India dan china hidup mereka bekerjasama

Kini Teluk Kumbar telah dilanda arus pembangunan
Kilang, Hotel, banglo, teres, flat tumbuh berselerak
Malah penghuninya juga bukan lagi nelayan dan petani
Peniaga, pejawat awan, suwasta selain kerja sendiri

Harap penghuni kini masjid yang tersergam indah
Agar dapatlah dipenuhi jemaah bukan se bagai hiasan
kemudahan yang disediakan oleh fukaha dan umarah
Jangan dipersiakan semuanya rahmat dari Allah SWT.

Oleh: Nurimanja,
Catatan 28 Februari 2015.
Jam 7.50 pagi. Selepas kuliah subuh.

nurimanja49@gmail.com berkata...

3.BLOK 1 TERLALU RAMAI ANAK MUDAH (BTDB)


Kenapa org takut meminang anak sulong?
Kerana di khuatiri terjebak dengan anak mudah
Kerana berjemak dahulu sebelum bernikah
Contoh di flat Ferda lihat saja blok satu?
Penghuni lantai bawah ada 2 buah rumah
Belum lagi berkenduri kawin sudah beranak ?’
Tingkat satu ada sebuah rumah anak mah Tek
Tetiba beranak dulu tanpa khutebah nikah?
Begitu juga tingkat dua lagi hebat nampaknya
3 buah rumah anak dara mengandung dulu
Ada juga mak bapak buat kenduri tutup malu
dan ada juga yang tanpa kenduri kendara langsung.
Kini pula Tingkat tiga baru pecah rekod
Kawin baru sahaja lima bulan sudah beranak
Tingkat empat pun sama juga buat projek dulu
Baru saja kenduri kawin anak tetiba beranak
Berlakulah besan sesame besan bergaduh besar
akhirnya perkawinan anak menantu bercerai berai .

Oleh: Nurimanja,
Catatan anak sulung anak mudah
24hb February 2015.

nurimanja49@gmail.com berkata...

13.IKAN DI LAUT BURUNG DI GUNUNG

Bakarlah unggun api
Biar lebih besar buat pasangan
Agar lebih baik nyanyian dan tarian
Buat pasangan mudamudi asyik berasmara
Dalam sambutan pesta tahunan tradisi rakyat jelata.

Pukullah gong dan gendang
Irama orang muda punya biasa
Dulu seorang anak gadis bertenun kain
Dan seorang anak muda pengembala lembu
Mereka berbalas pantun sehingga pipit bercumbuan.

Jadikanlah ikan di laut itu
Dan burung di gunung itu bersatu
Jangan biarkan cinta mereka terhalang
Demi dapat disatukan dalam hati jiwa gelora
Semoga bersemadi dan abadi cinta di antara keduanya.


Catatan Pena Utara
27hb Januari 2015 petang hari,
Selepas menonton filem china katonis

nurimanja49@gmail.com berkata...

1.Raja Muda berkata...
RAMBUT TERPACAK (TU)

hebat sungguh hebat
jalan biar berkepak
kolar baju tegak
rambut tinggi bercacak
lari semua cicak
takut jatuh tercacak
jalan tegak-tegak
jeling orang muka berlagak
mungkin dia rasa dia yang kacak
tak malu muka berseredak
jalan biar berkepak
badan nampak berketak
baru senang memikat
si gadis mata galak
dapat apa dihajat
terus hilang kelibat
jadi haprak suka susahkan umat
peningkan mak bapak
peningkan masyarakat
berguni bagi nasihat
taknak juga bertaubat
apa boleh buat otak sudah berkarat
hidup makin sesat
tunggu saja hidayat kalau sempat…


Oleh: Raja Muda
sajak sinis sikit ni.. hehe2011 Februari 6 16:37

nurimanja49@gmail.com berkata...

SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

RAMBUT TERPACAK sajak nukilan oleh Raja Muda dengan pengucapannya yang
Ternyata ada sadikit sinis tajam dengan keadaan situasi anak muda dini hari, yang suka sesuatu yang kelaianan. Dulu kalau disekolah, rambut tidak sikat kena marah, tidak kemas, kini pembaca berita pun rambut terpaca fesyen sarang ayam atau daun lalang. mungkin itulah mereka kata seni gaya orangmuda.Apa-apa pun jika kita orang timur ingalah kembali pada asalnya, jika Islam ingat kembali pada makrifatulah . Ada rasa keaianan mesej dari Raja Muda. Amin (TU)tp.

nurimanja49@gmail.com berkata...

Wak Catuk rasa hari ini zaman sudah pun berlalu lama , dan manusia ketagisan ilham baru , lantas di mordenkan rambut ala sarang ayam atau lalang ini lebih menarik ?

nurimanja49@gmail.com berkata...

Wak Catuk rasa hari ini zaman sudah pun berlalu lama , dan manusia ketagisan ilham baru , lantas di mordenkan rambut ala sarang ayam atau lalang ini lebih menarik ?

nurimanja49@gmail.com berkata...

Wak Catuk rasa hari ini zaman sudah pun berlalu lama , dan manusia ketagisan ilham baru , lantas di mordenkan rambut ala sarang ayam atau lalang ini lebih menarik ?

nurimanja49@gmail.com berkata...

Lagi satu rambut torjen atau di tepi potong lincen kiri kanan atas telinga, nampak pelekkan ? Tetapi anak muda punya biasa mahukan sesuatu yang baru tak kira muda orang tua pun ada ikut juga. Macam dalam filem Bang Rajan Thailand filem star .

nurimanja49@gmail.com berkata...

Kekadangan termasuk warga mas pun nak tumpang se kaki. Cukup lecer, buat malu dekat anak cucu sahaja .


Duduk ditaman perumahan solat jumaat tak pergi , jadi wariyat tuhaa kata pepatah orng banjari .

nurimanja49@gmail.com berkata...


2.Abul Hassan berkata...
DULU KAU AKU YANG PUNYA(Tk)

TERINGAT DULU SAAT INDAH
TIKA DIA DAN AKU
BERSAMA BERGANDING
SEIRING SEJALAN
AKU DIJAGA DIBELAI
TERINGAT SEGALA MEMORI
AKU DAN DIA
KENANGAN INDAH
SENYUMAN KETAWA
SANGAT MANIS BERSAMA DIA
TAPI ITU DULU
TIKA AKU DIA YANG PUNYA


Oleh: Abul hassan
sory semua ejaan jadi besar lupa nak adjust comp plak... sajak jiwa2 sikit2011 Februari 6 16:38

nurimanja49@gmail.com berkata...

SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011


DULU KAU AKU YANG PUNYA sajak ciptaan sdra Abul Hassan dengan peceritaan Jiwa-jiwanya , pengucapannya menyenduh perkara biasa kisah rangmuda punya biasa, mungkin kisah lama yang pernah sama-sama bermesra dahulu. Kini Mungkin masing-masing mewmabawa diri. kini mungkin Cuma tinggal kenangan Sesekali datng mengusik jiwa. Apa-apa pun dwaktu itu semuanya manis dan indah belaka dipandang mata.kini semoga dapat segera mencari ganti. Amin (U) tk.

nurimanja49@gmail.com berkata...

14. UMUR NABI 35 HINGGA 40 TAHUN

Sewaktu berusia 35 tahun nabi menjadi hakim bila batu hitam (hajeratun aswat) tiga atau empat puak bergaduh untuk mengangkat batu tersebut. Akhirnya mereka bersepakat, siapa yang masuk dahulu ke kota mekah pagi itu dia dilantik menjadi hakim. kebetulan nabi yang masuk. dia dilantik untuk menyelesaikan masalah batu hitam itu.

Dengan kuasa Allah nabi memberi cadangan , meminta empat puak tersebut mengambil kain dan meminta mereka mewakili puak masing-masing memegang empat penjuru kain yang terbentang itu, kemudian nabi mengambil akan batu hitam itu dan meletakkannya ditengah kain dan minta mereka mengangkatnya bersama, lalu meletak ditempat asalnya. mereka semua pun berpuas hati.

nurimanja49@gmail.com berkata...

14. UMUR NABI 35 HINGGA 40 TAHUN

Sewaktu berusia 35 tahun nabi menjadi hakim bila batu hitam (hajeratun aswat) tiga atau empat puak bergaduh untuk mengangkat batu tersebut. Akhirnya mereka bersepakat, siapa yang masuk dahulu ke kota mekah pagi itu dia dilantik menjadi hakim. kebetulan nabi yang masuk. dia dilantik untuk menyelesaikan masalah batu hitam itu.

Dengan kuasa Allah nabi memberi cadangan , meminta empat puak tersebut mengambil kain dan meminta mereka mewakili puak masing-masing memegang empat penjuru kain yang terbentang itu, kemudian nabi mengambil akan batu hitam itu dan meletakkannya ditengah kain dan minta mereka mengangkatnya bersama, lalu meletak ditempat asalnya. mereka semua pun berpuas hati.

nurimanja49@gmail.com berkata...

sambungan lagi


Sewaktu umur nabi 40 tahun , nabi menerima wahyu di gua Hirak , surah pertama al alaq, malaikan jibrail datang kepadanya dan memeluk serta mengajarnya membaca beberapa kali sehingga dia pandai membaca .

walaupun pada mulanya nabi berkata aku tidak pandai membaca (buta hurup) tetapi dengan kuasa Allah akhir nabi menjadi penyampai wahyu (al Quran) dan menjadi rasul membawa addin Allah kepada umat manusia. Sehingga nabi Muhamad di Isra wal makiraj kelangit, turun naik menerima perentah solat lima waktu sehari semalam.

Harta yang ada nabi tinggalkan hanyalah Al Quran dan sunah nabi (alhadis)sebagai panduan hidup kita di dunia dan akhirat. Ayat Al Quran : Kira maksud, "Tidaklah kami utuskan Muhamad itu, melainkan memberi rahmat kepada sekelian alam"

nurimanja49@gmail.com berkata...


CUKUP SEKADAR INI CUMA.

-Hanya di sini sahaja yang dapat saya catatkan tentang salasilah sirah baginda nabi muhamad saw sebelum lahir waktu lahir dan selepas lahir, sehingga umurnya menjelang 40 tahun keatas.
-Semoga dengan catatan rengkas ini sadikit sebanyak dapat pembaca mengenali dan mencitai nabi junjungan kita dan mencontohi sikap dan akhlaknya.
-jika tersalah harap perbetulkan, yang silap dan salah dari saya sendiri, yang benar itu dari Allah segala-galanya. Amin. Harap maaf cuma catatan.

nurimanja49@gmail.com berkata...

Siri 15 kita sambunga lagi dalam ulasan puisi seterusnya .

OKEY!