Selasa, 17 Februari 2015

MELAYUKU KINI RETAK TIGA



MELAYUKU KINI RETAK TIGA

Melayuku kini kian tenat,
bila hendak dikira terasa malu
jika tidak dikira bertambah terharu.

Dulu cuma retak dua saja,
kini bertambah retak tiga pula
tidak kira pula yang  kepala lembu.

Apa direbut pisang sesikat?
dibuat gulai dapat sebelanga
bukankah baik kita bermufakat
hidup atau mati  berkerjalah sama.

Oleh ; Nurimanja,
Biarlah menyering jangan telangkup,
21hb, February, 2010 petang hari 


20 ulasan:

nurimanja49@gmail.com berkata...

ADA 100 TAJUK PUISI_PUISI NURIMANJA DALAM TAHUN 2010

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@


1.SATU KUASA YANG MEMALUKAN
2.MELAYUKU KINI PECAH TIGA
3.MENGHADAPI DUNIA KONFLIK
4.BILA USIA MULA MENGAWAN
5.MUHAMAD YA RASULLULLAH
6.MARAH ITU API
7.AMARAN QIAMAT
8.SOLAT ITU KETENANGAN
9.LAHIRNYA DUA ANAK MUDAH
10.SERUMPUN BULUH




@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

nurimanja49@gmail.com berkata...

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@


11.JANGAN KITA MENCARI HELAH
12.JIKA KITA DIKUTUK ORANG
13.BEZAKAN KECELARUAN MINDA INI
14.DI ANTARA KATAK DAN BIAWAK
15.MARAH YANG DIPUJI
16.KITA BANYAK MELAKUKAN DOSA
17.MENGHARAP JANJI LAUT
18.BERIMAN DENGAN ALLAH SWT.
19.SALAM TENAT DARI MUTIARA
20. BILA ANAK TONG SAMBAH?

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

nurimanja49@gmail.com berkata...

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@


21.KELEBIHAN DUA MUJIZAT NABI DAUD
22.BILA KATADIKOTA JANGAN BUAT DIAMSAJA
23.SELOKA CITRA SI PENGAMBALA DENGAN SERIGALA
24.CITRA SI PENGAMBALA DENGAN SERIGALA
25.FAKTA MENARIK TENTANG TIDUR
26.IMAN ITU YANG SEPATUTNYA DITAULADANI
27.KISAH SELOKA IMAM AL GHAZALI ramullah
28.MARAH ITU FITRAH
29.DAILOG TIGA EKOR HAIWAN
30.MIMPI YANG MENGEMPARKAN

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

nurimanja49@gmail.com berkata...

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

31.MANUSIA SUKA MENGHUKUM
32.SESAT DALAM KELAMBU
33.MENJADI ORANG DIMULIAKAN
34.KESEMPURNAAN BERFIKIR
35.DUNIA INI TEMPAT PERSINGAHAN
36.PEDULI APA ORANG LAIN KATA
37.AMOKNYA SEORANG PAKCIK TOPI SODOK
38.HIDUP BAGAI MENONTON LAKUNAN
39.PERLU KITA GEMPUR JENDARASI BARU
40.MENGENANG MELAYUKU WAKTU DULU

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

nurimanja49@gmail.com berkata...


@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

41.BERFIKIRLAH SEBELUM BERTINDAK
42.ADA KEBUN EMAS LUMPUR
43.KEHILANGANMU JUMPA KEMBALI
44.MENILAI HARGA DIRI
45.JANGAN MENGELOH, MENYUMPAH ATAU MENYARANAH.
46.SANTAPANJIWA
47.IBUBAPA JANGAN MEMBERI ANAK TERLALU MANJA
48.SEBUAH KOTA PERJUDIAN
49.PASAR MALAM
50.ALLAH MENCABAR KEENGKARAN MANUSIA

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

nurimanja49@gmail.com berkata...

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

51.RIAK PENYAKIT HATI
52.HAMBA ALLAH SEBENAR
53.BLOK SATU TEMPAT ANAK MELAYU BERDENGUNG (DP)
54.ADA EMPAT NEKMAT ALLAH BERIKAN
55.BERJALAN DI TANAH PERKUBURAN
56.TUHAN PEMILIK KAMU SEPENUHNYA
57.JAUHI WACANA MABOK KEKUASAAN
58.PBB SEPATUTNYA MENGAJAR SI BANGSA DEGIL INI
59. BILA GEMBALA MENIUP LAGU
60.TERIMALAH AZAB ALLAH

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

nurimanja49@gmail.com berkata...

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

61.MANUSI SUKA TERGESA-GESA.
62.INGINKU KUKHARKAN CERITAKAN
63.BELAJARLAH BUKA SADIKIT MINDA
64.BUKAN SEKALI AKU LIHAT
65.HUJAN BERGURAU DI CELAH KEHIDUPAN
66.MANUSIA DENGAN NAFSU SEXNYA
67.WALAUPUN TIDAK MENJADI DAIE
68.KITA TETAMU UMAT AKHIR ZAMAN
69.RENUNGILAH LANGIT!
7o.KEMATIAN

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

nurimanja49@gmail.com berkata...

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@


71.AMALAN NAJIS SASEORANG DARIPADA SYAITAN
72.IBU ENGKAULH RATU HATIKU
73.MENGAPAKAH KITA TIDAK MELAKUKANYA?
74.ALLAH MENJADIKAN LANGIT DAN BUMI
75.PUISI SAFAAT ALLAH SWT
76.APA BENARKAH?
77.PEKERJAAN MENGIKUT KEHENDAK PENYESUAIAN ALLAH
78.GUNUNG GANANG ADALAH PASAK BUMI
79.PESAN SEORANG ISTERI SOLEHAH!
80.TONG-TONG SAMPAH

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

nurimanja49@gmail.com berkata...


@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

81.SIAPA SI JUT DAN WAMAKJUT KECIL ITU?
82.PUISI CINTA ORANG TUA
83.SEMUA MAKHLUK MENYANYIKAN PUISI ZIKERULLAH
84.APAKAH JADAHNYA?
85.SALAM MESRA 2010
86.SOLIPUT SOLEH DENGAN TUKANG GUNTING
87.KAMI BELIA & BELIAWANIS NEGARA
88.KALAU ESOK BUKAN HARIMU
89.BILA AKU BERADA DI HUJUNG DUNIA
90.KITA PUN BAGAI BUAH RANUM


@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

nurimanja49@gmail.com berkata...

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

91.AKU CUMA PENULIS KERDIL
92.SAEKOR SESUMPAH
93.DIMANA SETIA KAWAN?
94.AWAS AGENDA TERSEMBUNYI
95.MASA AKAN MENCERITAKAN
96.BILA TEDUNG DAN SAWA BERLAGA
97.ALLAH ITU MAHA MENGETAHUI
98.BUMI HIJAU.
99.BILA KRISIS KEYAKINAN BERMULA
100.TUK MAT DAN TUK TEH

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

nurimanja49@gmail.com berkata...

10 BUAH PUISI PILIHAN TAHUN 2010

1.SATU KUASA YANG MEMALUKAN

Seorang perempuan tua Plasten
bersamanya anak kecil dikelek
sebelah tangan melempar batu
cuba menentang tentera penceroboh
kerana mahu menguasai tanah airnya.

Cukup memalukan pada dunia
tentera berkereta kebal mengepong
ditambah berpuluh tentera bersenjata
cuma menentang perempuan tua Plastin
dimana keadilan kuasa Vito sebenarnya?


Oleh ; Nurimanja,
berita jam 8.00 malam
29hb, januari, 2010.

nurimanja49@gmail.com berkata...

10.BILA TEDUNG DAN SAWA BERLAGA
-cuma renungan dan ingatan-


Bila Si Tedung mencabar Si Sawa,
mematuk membelit sesama mereka,
terasa anih dari sepisis yang sama,
mungkin mahu menawan kawasan,
atau merebut kekuasaan kedudukan.

Ada telahan pada zaman Tungku dulu,
si patung kuning berperang si lalat hijau,
si katak minyak berlawan si katak puru,
satu sejarah hitam terpalit keji dan malu
13 Mei peristiwa berdarah telah berlaku.

Ini cuma andaian telahan dan ramalan,
Ular ertinya sesama binatang berbisa,
Si Tedung menyerang bila dia dihalang,
Si Sawa akan membelit bila dia terhimpit,
Si Tedung garang dan Si Sawa perkasa.

Oleh ; Nurimanja,
Catatan Berita Terkini.
Seminggu yang lalu Januari, 2010.

nurimanja49@gmail.com berkata...


21.KELEBIHAN DUA MUJIZAT NABI DAUD

Semua haiwan dan jemadat pun mengerti
mereka boleh bertaskir bersama nabi Daud
Dia seorang nabi dikurniakan dua kelebihan
suara yang merdu, tangan boleh mencairkan besi
Allah memerentahkan semua makhluk ikut bertasbih
langit bumi, pokok gunung, burung dan haiwan
agar bertasbih bersama-sama dengan nabi Daud
janganlah kamu hairan kelebihan suara merdu
bunyi pantulan bergema sama suara tasbihnya.


Oleh: Nurimanja.
Catatan Penceramah Bebas.
dua tiga hari yang lalu 2010.

nurimanja49@gmail.com berkata...


31.MANUSIA SUKA MENGHUKUM

Betapa kepintaran akal,
boleh pula diperbodohkan
anak kecil celik diarah
berbaris di tengah panas
cuma memberi tabib hormat
kepada si pendurhaka negara.

Lihat Terangganu kini,
dalu mengkapir belah sini
sebab kerjasama non-muslim
kini situasi sudah terbalik
kapir ada di dua belah pihak.

Jausteru itu ingatlah,
jangan mudah suka menghukum
Tuhan pula akan menterbalikkan
hati orang mengeluarkan patua.

Oleh: Nurimanja,
Melihat sesuatu yang tidak patut,
Mengkhianati Amanat haji Yusof rawa,
catatan beberapa bulan yang lalu 2010.

nurimanja49@gmail.com berkata...



41.BERFIKIRLAH SEBELUM BERTINDAK


Tiada siapa pun rasa hairan dan pelek
manusia hari ini lebih ramai yang bebal
jika memberi satu suara kepada pengasut
daripada mengenang budi pemberi bantuan.

Sesugguhnya itulah yang telah pun berlaku
mendewa-dewakan orang yang tidak buat apa
membantu dan menghidupkan kemewahan mereka
cuma memancing undi umpannya tabur kebencian

Amat berbeza dengan zaman Asri dan Yusof
mereka memang berjasa lakukan perkhidmatan
bolehkah kita hidup dengan melemparkan fitnah?
membantu menghidupkan demoterasi dijalanan.

Bagi menyambung talihayat yang kian tercabar
daripada pemimpin pelapis rangmuda bercelebar
bukan bertopeng mempergunakan ilmu keagamaan
dengan propaganda demi mengekalkan kedudukan.


Oleh ; Nurimanja,
Melihat kebebalan manusia, Perlu mencegah sebelum lebih parah.
pada beberapa hari yang lalu june, 2010.

nurimanja49@gmail.com berkata...

51.RIAK PENYAKIT HATI


Riak itu satu penyakit
Perbuatan yang sukar dinilai
nampak baik tidak siapa yang tahu
penyakit riak semata dalam hati saja

Berapa ramai yang tahu
dan telah pun mengubatinya?
kerana Allah yang tahu akan niat
apa yang ada di dalam hati nuraninya.

Apakah kerana Allah SWT
menolak akan niat orang riak
sebenarnya dia memperkecilkan Allah
amalan riak menuju ke jalan kehancuran.

Riak ada tiga ketegori;
riak dahsat orang kapir sombong
riak ibadat wajib solat kerana orang
riak pekara sunat sekadar mengikut-ikut
melakukan untuk perhatian orang ramai saja.

Oleh ; Nurimanja
Pagi hari jam sebelumdelapan
Catatan Kuliah -kuliah yang diikuti.
dua tiga hari yang lalu Jun, 2010.

nurimanja49@gmail.com berkata...


61.MANUSI SUKA TERGESA-GESA.


Adam dijadikan hari jumaat
belum lagi sempurna sifatnya
terus ingin bangun berjalan

Inilah satu sifat manusia
yang kerjanya suka tergesa
membuat sesuatu dengan cepat


Sikap yang tergesa-gesa ini
tabaiat yang dibenci Allah
Dan kegemaran kerja syaitan


Oleh ; Nurimanja,
Catatan dari Penceramah
17hb, Mei, 2010.

nurimanja49@gmail.com berkata...

71.AMALAN NAJIS SASEORANG DARIPADA SYAITAN


Najis itu banyak simpang perenangnya
pada pemikiran yang selalu niat jahat
pada percakapan yang banyak putar belitbya
pada perbuatan buruknya di setiap hari
pada nafsu makan minum dan tidurnya


Asal najis ini arahan syaitan sebenarnya
jika dirasuk pada pemikiran jahatlah jadinya
jika diluntar pada bibir banyak pendustaannya
jika dilakukan pada angota banyak dosanya
jika dipuaskan pada nafsu bukan pada muhramnya.


Oleh : Nurimanja,
setelah dikaji dan dilihat.
Benar kata penceramah bebas ini.
17hb Mei, 2010.

nurimanja49@gmail.com berkata...


81.SIAPA SI JUT DAN WAMAKJUT KECIL ITU?


Siapakah mereka yang menyamar dan bergelar itu?
ingin menjadi juara gaya ala si jut dan wamakjut ini,
adakah mereka yang suka melakukan kerosakkan
umpat, cela, fitnah, tomah, putar belit di muka bumi
mereka juga terdiri daripada golongan anak nabi Adam.

Orang-orang yang beriman dan orang soleh juga lebur
pasti akan hancur bila terkena budaya pujuk rayu ini
yang dicetuskan tanpa guru, pensyarah, atau maulana
cuma lahir daripada rasa hasad dengki, dendam kesumat,
Dajal juga bisa membawa kehancuran suka membohongi.

Bila Allah telah murka lalu diturunkannya hujan asid
kelaparan pun berlaku, mereka tidak kenal lagi Allah,
lalu Allah mengerimkan lagi hujan sebagai pembersih
kemudian mereka hancur dan Allah ulangi lagi hujan itu.
sehingga Allah ganti pula dengan genarasi yang lain pula ..

Oleh : Nurimanja,
Subuhsepi , sebelum azan
berkumandang, pagi 25/4/2010.

nurimanja49@gmail.com berkata...


91.AKU CUMA PENULIS KERDIL


Aku penulis biasa saja,
bukan penyair agong al farabi
dibayar seribu dinar bagi setiap syairnya
berbeza empat darham gaji pegawai kerajaan,

Aku penulis percuma,
catatan perihatin sesama kita
untuk merenung ciptaan alam semesta
ilham yang diberi sekadar penjaman sementara,

Oleh: Nurimanja,
Waktu gerhana mentari petang,
15hb, jnuari, 2010/1431