Isnin, 31 Januari 2011

APALAH ADA PADA BICARA.



 sajak pilihan ahli CR.


Apalah ada pada kata
selain bicara penyampai makna
terkadang tersasar dari erti
bukan kerana dibuai mimpi
tetapi kerana tersalah mengerti

biarpun gambar tidak bicara
namun memberi beribu makna
hanya sekali dan sekala
kita tersalah membuat tafsiran
bahawa yang berenang itu
bukan semuanya ikan.

 

OLEH: KARIM GHANI
Teluk Kumbar
Kampong nelayan/2010 Jun 27 02:32

 




Ahad, 30 Januari 2011

ADAKAH KAUKAH ITU?





Adakah kaukah itu?
mengentai di sudut jendela
bagai mencatat tiap langkahku
menjadikan aku termanggu dan terharu .

Adakah kaukah itu?
bagai berada di atas kepala
membuatkan aku berat berfikir
untuk menilai segala amal ibadatku.

Adakah kaukah itu?
rasa berdiri di sebalik takbir
lalu menghitung dosa dan pahala
bagai hendak mencampakan kemana.

Adakah kaukah itu?
semacam membilang usiaku
dalam kembara hidup di dunia ini
menjadikan  aku terasa kerdil dan lemah.

Adakah kaukah itu?
berada di mana-mana sahaja
membuat aku jadi takut dan gentar
mendustasi sesiapa sahaja di dunia fana.


Oleh: Nurimanja,
sajak lagenda tahun 2009
catatan sejenak di hujumg malam hari.








Sabtu, 29 Januari 2011

TOYOL SUDAH DATANG





Ada toyol di mana mana ada toyol
toyol kecik toyol besar
toyol tua toyol kepala hitam
toyol bodoh toyol berijazah
muncul di mana sahaja
menyeringai tak kira masa
toyol kampong curi getah beku
toyol Bandar curi motor kereta
toyol dahulu telanjang bulat
curi duit celah bantal
di malam buta toyol sekarang
berkot bertali leher
curi duit berjuta di siang hari
toyol sudah datang...

 
OLEH: SALAM
Teluk Kumbar
3pagi2010 Disember 1 20:30






SATU PERINGATAN





Tidakah kalian tahu
bukti kejadian alam ini
menunjukkan ada kebesaranNya,
buat kalian yang ingin mengetahui.

Lihatlah langit dan bumi
yang tiada sebatang tiang ini
dihiasi dengan bintang-bintang
gunung ganang yang tersergam kukuh
sebagai pasak paku bumi kejadian alam

Bersama bukit bukau menghijau
dihiasani dengan tumbuhan melata
disirami dengan air hujan dari langit
semua sebagai rezeki sebuah kehidupan.

Ingatlah kejadian ini semua
sebagai satu pertanda kebesaranNya
bagi kalian yang ingin mencari
dan kembali pada jalan kebenaran
perlulah meredhai akan segala kehendakNya.

 
 Oleh: Nurimanja,
catan sajak lagenda
tanggal 13hb September, 2009.








KAMBING HITAM



sajak pilihan ahli CR.


Semalam balik dari kerja
Tengok kambing hitam lintas jalan
Orang pun ada warna hitam kulitnya
Terfikir beza..nilai..harga
Kambing..Orang..
Kambing lahir
kadang-kadang dalam kandang
Kadang-kadang tengah padang
Orang lahir kadang tempat baik
Kadang-kadang tengah padang
Kambing lahir nilai..harga RM600
Orang lahir kadang-kadang..
Nilai..harga Lubang jamban
Tepi longkang dan tong sampah
malah terselit di perangkap sampah.

 
OLEH: JALIL JANGGUT
Teluk Kumbar
di gerai salam/2010 Jun 18 15:52





KITA PUN BAGAI DEDAUN





 Dulu,
kita yang merendang
dedaun menyungsung angin
menahan hujan dan panas
mencantikan rembunan pepohon
bagi mengindahkan di sebuah taman.

kini,
kita pun mulai gugur
satu-satu bagai dedaun layu
kerana terlalu tua dan kuning
lalu meninggalkan dahan dan ranting
melayang jatuh ke bumi kering dan reput.


Oleh: Nurimanja,
Lebuh Faquhar Penang,
catatan lagenda 13hb/03/1988.






Jumaat, 28 Januari 2011

BAGUNAN ITU BURUK.



perhatian, ada keanihan berlaku pada gambar surau ini, waktu saya kelik ia merupakan sebuah surau sangat indah tak dapat saya bayangkan,apabila saya kelik lagi cuma tinggal gamabar ini

Bangunan itu buruk,
sangat buruk rupanya,
zahir luarnya dari jauh rupanya
seakan macam rumah hantu,
macam neraka sahaja,
macam nak hancur sahaja.
orang luar kata itu cacat
tengah bandar rumah paling buruk
tapi bila masuk batin sangat indah,
aman nyaman anggun kata mereka,
bila lihat dalamnya sangat cantik
isinya kandungan sangat sempurna.
tapi tak macam syurga kerana syurga lagi indah..
jadi bila masuk dalam dulu
kau hayati baru kau berkata


OLEH: PAK KASSIM
Teluk Kumbar
7malam/2010 Oktober 2 20:56
terbitkan semua 28hb/01/2011.






PEREMPUANKAH ITU?





Perempuan!
bentukmu seni dan yunit
ghairah dan mempersonakan
kekadang kau cukup mengoda
dengan gaya liuk lentukmu
ramai lelaki mengkagumkan
dan bisa merobohkan keimanan.

Perempuankah itu?
menjadikan lelaki  tersungkur
dicelah lengang lingokmu
kerana kecantikan memukau
semua ilmu juga akan mati
selagi tidak dapat hajat di hati.

Berapa ramai temanku,
yang telah hilang kesiumanya
bila melihat tubuh mogelmu
dan mendengar kata manismu
hampir luluh seluruh tubuh
cukup terperdaya dengan keghairahannya.

buat kita yang bernama lelaki
cukup berhati  dan berwaspada
kerana jika tersalah langkah
akan tersungkur di kaki waktu


Oleh: Nurimanja,
Di bandar kuching serawak 1979
sajak legenda  seorang anak perantau.






Khamis, 27 Januari 2011

TEGURLAH AKU



sajak pilihan sahabat Cr.


Andai aku bersalah
Katakan apa salahku
Terangkan salahku
Dan betulkan salahku
Asal tidak kau diam
Bilaku menyapa
Asal tidak kau pergi
Bila kelibatku lalu
Kerana kebisuanmu itu
Bisa meluluhkan
Lalu buatku nanar
pedih dan luka sendiri


OLEH USTAZ RAHMAN
Ayer Keroh Jumaat 11, desember 2009
diterbitkan semula 27hn Jnuari, 2011





Rabu, 26 Januari 2011

SENJA PUN JATUH




Senja pun jatuh
uban  memutih
kesedaran melengkar
amat tenat di hati
kitakah itu?

Senja pun jatuh
terlalu sukar menilai
satu kewujudan
dari taqdir illahi..
kitakah itu?


Oleh: Nurimanja,
sajak lagenda 26/06/1986.





KEDAMAIAN



ketegori pilihan sahabat.


Berguling di bahasa sunyi
tiada seloka ombak
cuma darat menyendiri
tergolek bergolek
tak siapa yang tahu
Gelumang skrin terukir
kita pun berlayar
kemudi terolah
nun pinggir lubuk diri
berdebat sendiri
mungkin terpa suka
mungkin jelma duka
Patah layar bertongkat jemu
perahu luncur jua
timur barat ke mana hala
tergalau di jiwa
jari terketik bicara berdetik
ungkap rasa ke udara
moga ada jiwa sudi mendengar


OLEH: USTAZ SAHZAN
percubaan sajak pertama saya
11pagi tarikh; /2010 Ogos 8 12:44/dipilih dan diterbit semula pada 26/01/2011





SEKIRANYA AKU MASIH





Sekiranya aku masih bernafas,
ketauhidanku pada yang satu
mengabdikan diri setulis hati
cuma terserah kehadratMu
Ya Allah! Ya Rabby!

Sekiranya aku masih bernyawa,
ketabahan ubat penawar jiwa
demi bagi memantapkan ujian
buat menilai erti sebuah keimanan

Sekiranya aku masih hidup kini,
kesabaran adalah ujian keimanan
betapa pun rasa terhina diri ini
dunia bukanlah nilai harga sebenarnya.


Oleh: Nurimanja,
5 Ramadhan/ 23/Ogos/2009
Surau Furkhan Bandar Baru Perda, Penang.





Selasa, 25 Januari 2011

SENIBINA



kategori ahli lama aktif



Tak semudah kau sangka
Bila bermula
Terkerahlah segala jentera
Meregang segenap otot anggota
Memerah setiap saraf minda

Tak semudah yang kau sangka
Itu tak kena, ini tak kena
Aku suka, kau tak suka
Kau suka, aku tak suka

Malam-malam tak lena
Mata ternganga
Tangan bekerja
Sekalipun tubuh tak bermaya

Bila di penghujungnya
Bukan berakhir selamanya
Namun untuk seketika
Aku bisa lena
Kau suka atau tak suka
Aku tutup cerita.


OLEH: PETUALANG TIGA
sy terdetik buat sajak ni bila tgk org indon berkerja kt U kami ni...
25.10.2009






KABUS KEMARAU





Seorang saksi membawa kebenaran
tetapi semuannya bagai ditolak
keangkuhan penduduk kota Mekah
lalu kemurkaan pencipta menjawabnya
dihantar kabus kemarau panjang
kepada penghuni seluruh kota mekah
kerana menolak kenyataan yang nyata
tidakah mereka tahu siapa Khalid?
yang terpuji lagi amat dimuliakan
mengertilah malam seribu bulan
10 akhir ramdhan yang diberkati
malam diturunkan kitab pertunjuk
malam keberkatan dan kemuliaan
seluruh penghuni dunia yang pana ini
dilemparkan cahaya dari kegelapan
di tengah malam memacar sinar
dari kebenaran kitab suci Al quran.


Oleh:Nurimanja,
catatan 12 September, 2009
bersamaan 30 ramadhan, telok kumbar,





Isnin, 24 Januari 2011

WAKTU BEGITU PANTAS



kategori menilai masa.

 
Tak dapat kusambar
waktu melintas tersangat pantas
di lebuh masa teruja.
Tak dapat kuhentikan
waktu tajam memancung saat
kelalaian kealpaan mendekat.
Tak dapat kupintas
waktu bagai angin deras
menjadi ribut memangkas.
Ibarat dunia dengan akhirat
waktunya semakin dekat
harta sementara iman nikmat.
Siapa yang mengenal watak waktu
dialah manusia mencapai jaya
akan rahmat alam semesta.


OLEH: MEOR ZAKI
11malam / 26.9.2009,
johor negeri nilai orang kaya.





SAJAK YANG TERCICIR



-maaf sadikit terlewat

 
Salam mesra tahun 2011!
datangmu menjenguk kamarku
dalam usia di hujung senja
dalam kemelut ekonomi melanda
hatiku sering dipagut resah
selamat tinggal tahun 2010!
kini usiaku kian bertambah
jiwaragaku  dicengkam gelisah
pada rambut, pipi, gigi dan mata
menunjukkan perjalanan ini hampir tamat.

Di bawah sinar mentari 2011!
benarkanlah aku menyedut udaramu
bagi menjana segala tenaga tua
dengan rezeki yang tinggal sadikit
terlalu berharap kehadratmu Ya Allah!
agar dapat perlindungan dan pertolongan
hanya padamu jua Ya Allah Ya Rabbulalamin....

 
Oleh: Nurimanja,
catan awal tahun 2011,
maaf sajak ini tercicir dulu, kepalanya pun tak ada
kami letak sendiri, Sajak yang tercicir   24/01/2011.






Ahad, 23 Januari 2011

WAJAH-WAJAH 1000 MAKNA



kategori student uitm

Wajah duka, wajah sengsara
wajah gundah dan wajah gulana
himpunan wajah-wajah memberi 1000 makna
wajah tak sentiasa seiring isi hati sebenarnya
kerana wajah lara dan wajah berpura-pura
namun ada juga wajah yang sering dilupa
wajah-wajah ini sering  ada dimana-mana
ada kalanya wajah dan hati tak seiring bersama
wajah yang ingin dilihat dan sebaliknya
wajah yang juga menyimpan cerita
ada wajah bisa berkata-kata
kekadang wajah juga bisa menyimpan rahsia


OLEH: GOLOK BUTA
ketika di klas
10pagi
1.10.2009







CINTA PADA DUNIA TIDAK KEMANA.



sekadar renungan sahaja.


Ada apa pada indah dunia?
jikalau kau cinta  sepenuh padanya
dia akan mencekek kehidupan
kau akan  ikut segala kehendaknya
tetapi, kau gagal membawanya bersama.
malah, setiap detik dan ketikamu
kau pasti akan dihitung segala dosa
kerana hidupmu tidak akan dapat lari
selagi denyut nadimu belum berhenti.

Siapa kata bahagia di dunia?
pancaroba paling banyak mendatang
sentiasa saja  mahu mengcekek hempet
dunialah pintu segala-segalanya
tiap detik akan diheretnya kita
dengan dosa-dosa yang bertempek
muntah mentedarahlah kita sendiri
kerana dunia jangan biasa dipercayaai
pastinya akan merana diri sendiri.


Aku, engkau, dia, dan mereka ,
 setiap  hidup pasti merasai mati
dunia masih tetap muda dan lawa
 mengikut arus peredaran zamannya
indah, menarik, mempersona, terpedaya
dunia berlari pantas sukar dikejar
kerana kita selalu saja ditinggalkan
lalu tersungkur, leteh lesu di kaki waktu.
.

Oleh: Nurimanja,
catatan tanggal 1/01/1010
sajak-sajak dari  lagenda cinrarasa







Sabtu, 22 Januari 2011

DETIK PERJALANAN INI



kategori penghanatar surat

 
Menyusur lorong kehidupan
meniti permatang hari yang panjang
yang sukar aku menemui
tanda noktah perhentian.
Di ruang waktu sempit ini
cuma haloba mengisi pencarian
dengki bersarang di lubuk sukma
umpat keji mainan seharian
kawan umpama masa berada
musuh jika tidak berharta.
Perjalanan ini kususuri
terus melewati denai hari
kerap terpijak duri-duri keangkuhan
dibakar pijar gejolak mentari
sehangus kalbu merintih simpati
pudar keikhlasan kontang kerohanian.
Bilakah perhentian damai bermula
perteduhan nyaman keabadian tersemai
berpaut pada kasih keredaan Ilahi
di bawah bayangan sejati
rahmat khidmat tersemat
berpapah pada mardatilah.

 
OLEH: SABRI DESPATCH
duduk din rembau,n9
18.10.2009







SEBATANG ROKOK




 
Sebatang rokok
dihidupkan
lalu disedut
bila tinggal pendek
dimatikan dibuang...

Semuanya
adalah satu penipuan
ilusi kepuasan dan kenekmatan
yang memperdaya kepalsuan...

Sebatang rokok
sebenarnya tidak punya apa-apa
cuma membakar kehidupan
yang terlalu biasa
buat memendekkan usia....


Oleh: Nurimanja,
tarikh 17hb, November, 1976.
cuba renungkanlah ....








Jumaat, 21 Januari 2011

MALAYSIA BUMI KITA



kategori pengali kubur


Lihatlah,
nikmatilah jernihnya air;
dengarlah hayatlah angin berdesir.
Inilah dendang bumi yang kaya
kita warisnya sungguh bertuah.

Di kocak sungai ikan segar menari,
di dahan unggas cergas menyanyi.
Seisi alam ini satu anugerah
syukur tulus kita kepada Allah.
Bumi yang yakin, langit yang tulen
berdakap damai seakrab mungkin.


OLEH: MAT NOH
Kuala Kurau, Perak.
23.11.2009

2.BERBEZA

Kelmarin,Semalam dan Hari ini.
apa bezanya hati?
Kelmarin kau kenal dia tapi kau belum cukup kenal dia,
Semalam kau cukup kenal dia tapi belum cukup memahami dia
Hari ini kau memahami dia tapi belum cukup,
belum cukup untuk kau dan dia
Dan tak akan pernah cukup untuk kau atau dirinya.
MAT NOH
SELEPAS MELIHAT BLOG NURKILAN
SHBT CITRA RASA







IMPAK ALLAH UNTUK MUNAFIK



buat mereka yang mengerti


Allah akan menahan
pada tiga kumpulan ini
yang sukar dilepaskan
pengikut  orang yahudi
kapir dan juga munafik
yang bergelar nabi huzair.

Tulang belakang mereka
akan keras dan tegang
selama 40 tahun berdiri
keadaan tegak dan tunduk
tetapi mereka gagal sujud

Allah menempelak mereka
setelah kapir dan Yahudi
dicampak ke neraka jahanam
tetapi orang-orang munafik
yang engkar menerima impaknya.

Oleh: Nurimanja,
catatan kuliah subuh
dua tiga tahun lalu. 2008-2009.






Khamis, 20 Januari 2011

SUARA SENGKETA



kategori sajak politik

Riuh-rendah suara sengketa
tergoyang tiang nusa kencana
laungan suara merempuh istana
gajah sama gajah berjuang
si kancil di kepit pada gelanggang
mergastua resah terpaku
unggas diam terpinga kaku
ternakan kehilangan desa
layu pepohon cinta bangsa
kota mulai memunggah ibarat
luka bangsa belum terbebat
sampai waktu sukar sepakat
bumi makmur hilang berkat
pasti tertukar milik muktamad.
Dalam lupa kita menyanyi:
apabila bunga kembang berseri
sang gajah tua keluar menari
lenggang kanan lenggok kiri
diundang menari seekor lagi.
Siapakah itu suaranya tinggi?


OLEH: SUARA RAKYAT
10 pagi
28.10.2009






BICARA GAMBARAN QIAMAT





 

Ingatlah di Yaumahsyar,
(hari perhimpunan di padang mahsyar)
ada manusia berjalan dengan mukanya
mengikut kelakuan hidupnya  di dunia dulu.

Setiap umat akan berlutut,
(tersembuh duduk mengadap Allah swt)
diarah setiap seorang akan mengadap Allah
lalu di mahkamah agong merekaakan dibicarakan.

Allah itu pengasih penyang,
(sedia mengampun akan dosa hambanya)
cuma bagi mereka  benar insaf dan menyesal,
tetapi bagi yang ingkar azabnya amatlah pedih.

Rahmat Allah itu amat luas,
( itupun jika kamu tahu rahsia kelebihanya)
jika kamu tahu rahmat, tidak perlu ingat syurga
cukuplah  sekadar terlepas dari seksaan api neraka.

Begitu juga bagi orang kapir,
(mereka  orang yang bukan beragama islam)
jikalau mereka tahu rahmat Allah tidak putus asa
nescaya mereka akan cari rasa nekmat Allah swt ini.


Oleh: Nurimanja,
catatan lama maseh segar,
untuk dihidupkan kemabli dlm suasana.
tarikh: 20 /01/2011. selamat hari thaipusam.







Rabu, 19 Januari 2011

MENCABAR KEPAYAHAN



kategori pekerja bomba

 

Krisis ekonomi virus baru
muncul pantas tanpa diduga
tembok berduri minta disapa
rugi jika tidak berani mencuba
malu jika tidak bereksperimen
mencabar akal mencari yang murni
alam semesta diatur selesa
sedangkan langit belum runtuh
matahari masih terbit di Timur
murai merbah terus bernyanyi
rambutan pulasan ranum di dusun
setiap yang wujud berfungsi
sederap langkah akan ditanya
kenapa murung berputus asa?
Mari mendaki Gunung Tahan
juga semangat diri sendiri
sama sukarnya menakluki Everest
tiada emas di puncak sana
pulangnya tanpa janji duit seguni
cuma emas lain dimiliki
lulus ujian mencabar kepayahan.


OLEH: LATIF BOMBA
di kota baru
sajak ni di buat sy bersama rakan2
siar semula tarikh; 19/01/2011






SAEKOR CICAK DAN SAEKOR BUAYA





Saekor cicak,
matanya memandang rezeki
dari sudut atas  ke bawah
mencari mangsa tangapannya.

Saekor buaya,
matanya memandang rezeki
dari sudut bawah ke atas
mencari mangsa bahamannya.

Sepisis ini sifat rupanya sama,
cicik hidup di didnding dan selling
cuma buaya hidup di sungai dan paya.

Apakah hikmah pengajarannya?
kita pun perlu belajar memandang
dari segenap sudut atas dan bawah
sebelum membuat sesuatu keputusan
agar tujuannya tepat dan saksama.

 
Oleh: Nurimanja,
catan sajak lagenda
siar semula hari ini 17/01/2011.







Selasa, 18 Januari 2011

RODA MEMORI



kategori dua sahabat sejawat.

 
Roda memoriku berputar lagi
Roda itu bergolek-golek
Melalui jalan-jalan lama
Lorong-lorong yang sarat dengan rasa
Liku-liku yang berkerikil
Serta susur simpang yang pernah menjemput bingung datang menyinggah

Aku langut menadah langit
Memerhatikan warna kelam malam
Cerahnya mentari
Gebunya kepulan awan
Sirnanya alam tatkala mendung
Dan redup alam yang sedam dipandang
Segalanya kelihatan sama
Sungguhpun roda memori ini terus berlalu
Bergolek-golek sendiri tanpa arah dan haluan
Tanpa pemacu dan juga arahan
Terus melalui susur-susur kenangan nan lalu

Aku terus menyusurinya
Semakin lama semakin jauh ke dalam
Cuba mengingati lopak serta lubang
Yang pernah menjadikan kakiku mangsa
Terpelecok kernanya
Cuba mengingati rasa itu
Cuba menyelami rasa peritnya
Serta menghitung titis mutiara yang luruh akibatnya
Dengan harapan
Lubang itu tidak akan dilewati oleh kakiku lagi
Cukuplah hanya sekali
Aku tak mahu terjatuh lagi


OLEH: HAMBA ALLAH DAN CAPRICORN
12.10.1009
2009 Oktober 17 08:14





BOLEHKAH KITA MENJADI






Bolehkah kita menjadi
Kisah tiga orang para ambia
khalifah umar abdul aziz,
khalifah amerul ar rasyid,
dan hali sofi syaekh qadir jailani.

Khalifah umar abdul aziz,
pemerentahannya tiada orang miskin
sehingga tiada layak terima zakat
kerana keberkatan doa tahajudnya.


Khalifah amerul ar rasyid,
bayangkan solat sunatnya 200 rakaat,
pemerentahannya sebuk  2/3 hal dunia
masih sempat memabsuh tanganorang buta.

Ahli sofi syaekh qadir jailani.
anak jin pun turut belajar dengan ilmunya
25 tahun tahajud masih terus membujang
boleh berjalan di atas air dan terbang di udara.


Oleh: Nurimanja,
catatan malam hari,
tidak ingat tarikh; 2009-2010.





Isnin, 17 Januari 2011

MALAM DAMAI SUCI



sajak kategori pemandu taxi


Malam, damai dan suci
Menyambung siang dalam kerinduan
Membatasi mesra penuh harapan

Malam, damai dan suci
Terguris jua penantian
Apabila kehangatan dan kekalutan
Menjadualkan kehibaan

Malam, damai dan suci
Mendamba kecemerlangan
Ketika kadangkala
Cuba menyentuh kasih
Tanpa keikhlasan yang berpedoman.


OLEH: TAXI MANAF
ketika bersama rakan2 di meja makan a one
smabil menunggu penumpang
10 pagi 
Terbit semula 17/01/2011.





BILA AKU DIBERI TANDA NOHTAK



buat ahli yang pernah baca sajak ini

 
Baru semalam aku bermimpi
kakiku kudung sebelah
tapi masih juga terus berjalan,

Seorang gadis kecil
menjunjung beban di kepala
bersamanya ada bakul menkuang
perlu mengikut aku berjalan.

Di tengah perjalanan
ada dalang asing menghalang
membawa tongkat dan parang panjang
aku tetap terus merempuh halangan,

Beberapa kali dia jatuh
parangnya aku lempar jauh
tongkatnya entah kemana hilang
aku terus berjalan tempang.....

 
Oleh; Nurimanja,
sajak ini dinilai kembali
apakah tafsir di dalam mimpi.
catatan penghujung 29/12/2006 mimpi benar.






Ahad, 16 Januari 2011

KEMBALI KE HUTAN



sajak kategori orang tan sri.

 
Kembalikan hutan itu
kepada keindahannya
kepada ketenangannya
kepada kedamaiannya
kepada flora faunanya.
Jangan biarkan
putik bunganya gugur
rimbun daunnya bertabur
hijau pohon rebah ke tanah
haiwan unggas mati berdarah.
Kembalikanlah
akar itu kepada buminya
pusaka itu kepada warisannya
sejarah itu kepada tanah airnya
kebebasan itu warga rimbanya.

 
Oleh:TAN SRI YUNUS
di hutan Pahang ketika melawat disana bersama kawan
tanpa tarikh. terbit semula 14/01/2011




SETIAP MANUSIA ADA TUGASNYA





Sebelah tangan ada lima jari
yang pendek panjang, gemok kurus
semuanya ada fongsi dan tugasnya
mengapa kita mesti berdengki
tidak amabil pengajaran dari jarijemari.

Kekadang setandan kelapa pun
mungkin ada sebiji dua yang komeng
begitulah juga lumrah hidup manusia
bukan semuanya yang sempurna
tetapi pasti ada sesuatu kelebihannya.

Baca hikayat raja-raja dahulu kala
tugas si buta untuk menghembus api
tugas si tuli boleh kerja bakar mariam
tugas si kurap boleh kerja tampi padi
tugas si bisu boleh tolong halau ayam
tugas si kodong minta tumbuk padi
bagi sesaorang manusia ada tugasnya
tiada gaji sekadar makan percuma.

 
Oleh: Nurimanja,
catatan tanpa tarikh;
sajak lagenda en nuri 1982.






Sabtu, 15 Januari 2011

MAAFKAN AKU ALLAH



sajak kategori pengawal

 

Maafkan aku Tuhan,..
kerna melupakan Mu,
maafkan aku Tuhan,..
kerna mengabaikan Mu,
maafkan aku Tuhan..,
kerna menghindar dari Mu,
maafkan aku Tuhan,..
kerna aku leka mengecewakan Mu,
walaupun aku tau,..
KAU sentiasa ade untukku,
walaupun aku tau,..
KAU tk pernah lupakan aku,
walaupun aku tau,..
KAU tak pernah menghindar dari aku,
walaupun aku tau,..
KAU juga tak mengecewakan aku,..
tapi aku tak mengingati itu semua,
malahan aku lalai dengan sengaja,
melupakanMu dengan sengaja..
meninggalkanMu dengan sengaja,..
maafkan aku
adakah KAU akan mengampunkan aku..

 
 OLEH: BRADER JOEO
13hb Dismbr, 2009 







KISAH SEORANG ANAK MUDA WARAK






Di sebuah kedai gunting orang salap (biasa)
masuklah  seorang anak muda yang warak
ingin mengunting rambu kerana beribadah
dilihatnya tanda harga kemudian  bertanya
"Tidakkah boleh dikurangkan lagi harganya?"
jawab tukang gunting dengan nada selamba
"Jangalah berkira sangat dalam kerja ibadat,"
waktu dia bersedia duduk untuk mengunting
pemuda itu memusing kerusi tempat duduk,
"Mengadap tidak arah kiblat bukankah sunat,"
Pemuda itu terus terdiam terasa terkena lagi.
tukang gunting melihat pemuda itu terdiam
"Betapa ruginya anda selama ini berdiam diri,
bertasbihlah atau berzikir dapat juga pahala..."
wah pemuda warak itu terasa dia terkena lagi
sewaktu bayar wang upah  terus saja pergi.
ada baik solat sunat dua rakaat tanda syukur
yang anda selama ini tidak pernah bercukur.

 
Oleh: Nurimanja,
catatan ceramah bebas,
tanggal 27/7/1977.





Khamis, 13 Januari 2011

BUAT KEKASIHKU ISHIKA



sajak ketegori love story


Di kala ombak bergulung-gulung
petang datang menjelang
aku mengingat saat bersamamu di pantai ini

Wahai Ishika....
bayang wajahmu selalu menggetarkan hati
menempati ruang fikiranku
dalam untaian hari yang kulalui

Kuingat selalu.....
saat kita berdua berjalan....
melintasi jambatan yang kuat dan kukuh
bagai cintaku padamu

Kenangan itu.....
takkan pernah dapat kulupakan
selalu dan untuk selamanya....
kan tersimpan rapi dalam buku memoriku


OLEH: DAM CATUR
Terengganu
3.11.2009 







KITA SEMUA PERLU MELOMPAT KE HADAPAN




Kita tidak perlu dengar lagi
bunyi salakkan dan gongongan
tidak perlu layan anjing-anjing terluka
dari salakkan dan gongongan yang kecewa
biarkan saja mereka ke hulu atau pun kehilir
mencari simpati untuk meraih sokongannya
kita semua perlu melompat saja ke hadapan
mengikut rasmi padi dan sang penyu di pantai
bukan seperti lalang atau anjing menyalak bukit
ke barat dan ke timur dengan gonggongan panjang
sedangkan ekornya sendiri bergelumangan tahi
biarkan mereka mati sendiri dalam meragan
dengan lidah terjulur mulut pula ternganga
akibat salah gonggongannya yang tidak bermakna.

Oleh: Nurimanja,
petekan jabatan penerang pp.
Encik Ismail Budin di block 4. 13/01/2011.






Rabu, 12 Januari 2011

PELUANG KEDUA



sajak kategori ahli OKU

 
Rerama itu hinggap dijendela
kupandang sepi dari kamarku
Indah tapi ia cacat
malam itu suram
sesuram hatiku
cahaya lampu menyakitkan mata
tapi tak mampu bawa cahaya
mengimbas waktu lalu
kerna Tawa riaku mengusir sedih,

Aku masuk ke dunia ini tanpa ragu
hilang tenggelam dalam rindu
tapi itu dulu..
tika ini aku tersentak
tersedar ibarat dihentak
cacatnya diri aku sedari
kabus hitam itu mengekoriku
lepaskan aku dari belenggu

Ku pohon kesempatan kedua
andai diberi waktu,akan ku sulam dengan cahaya
akan ku pintal iman didada
berilah aku kesempatan itu,
tariklah nikmat itu dariku
kuncikan hati rapatkan pintu
aku tunduk pada sujudku

Jangan hadirkan rasa itu
jangan timbulkan kenangan lalu
biar ku usir jauh, agar tenang peraduanku
kau maha pemurah lagi pengasih
tunjukkan aku jalan lurus Mu
agar aku tidak sesat di bumi ini..

 
OLEH: MAN PENDEK
SEMASA PERJUMPAAN OKU,
2009 Oktober 6 09:21





BILA SENJA BERLABUH




BILA SENJA BERLABUH
MALAM PUN MENYAPA
ANGIN BAGAIKAN BERBISEIK
KESAYUAN PUN MULAI MERAYAP
MELENGKARI BENAK SEPI
HATI PUN CUBA MENILAI
BILA WAJAHKU DISELUBUNGI
KETUAAN DI HUJUNG USIA.

OLEH: NURIMANJA,
CATATAN LAMA
TANPA TARIKH/2009.







Selasa, 11 Januari 2011

JAUH



kategori cendekawan PTPA


Semenjak ku pejamkan mata
hilang sudah mentari
Ke manakah perginya bulan?
Saat ku dikelilingi kegelapan
Tiada lagi cahaya kerlipan bintang
Deru angin tidak kurasai lagi
Kicauan burung bagaikan lenyap
Dimanakah diriku ini?
Dimanakah ibu dan ayahku?
Kini ku sudah jauh
Hanya baring berpeluk tubuh


OLEH: PROF NAQUIB
Tanpa Tarikh dan tempatnya.
sajak-sajak bersama sahabat CR 2009.





BICARA PADA MALAM





Malam,
Keindahanmu
Pada kegerlipan
Bersama kegelapan
Bintang-bintang kecil.

Malam,
Jika bintang
Enggan mengerlip
Sinar kecilnya
Kau pun menjadi muram.

Malam,
Sepimu itu
Cukup menawan
Menjadikan aku alpa
Pada kepenatan di siang hari.

Oleh: Nurimanja,
Catatan September 1983.
Brown Garden Pulau Mutiara.





Isnin, 10 Januari 2011

ANDAI KAU KENALI AKU



kategori sajak negara jiran 2009.


Andai kau kenali aku
kau temui kehampaan
dalam setiap langkahku
andai kau kenali aku
kau terpaksa jelajahi
setiap ruang sepi hatiku
andai kau kenali aku
kau temui penyesalan
dalam setiap denyut nadiku
andai kau kenali aku
kau memperjudikan rasa
bagi menyingkap tabir rahsiaku
andai kau kenali aku
kau kenali kecewa
kerna aku tak punya apa

 
OLEH: EMILY BAYAN.
Nagara Singapore
23.11.2009
     



MENGAPA ENGKAU ENGAN SUJUD





Kitab Al Quran telah diturunkan,
isinya tiada ragu dan perlu bimbang
semuanya dari Allah serua sekelian alam
sebagai ubat segala penawar bawa ketenangan.

Quran inilah satu peringatan Allah,
bukan buku ciptaan omongan Muhamad
terimalah kenyataan pesan kata bererti ini
sebagai satu seruan, sah, nyata, terang dan benar.

Allah itu mencipta langit dan bumi,
keduanya berputar mengikut paksinya
kita hidup bagai tiada tempat perlindungan
malainkan tiada pertolongan selain daripadaNya.

Perhatikan tentang kekuasaannya,
tentang perkara terang dan tersembunyi
manusia dicipta dari hasil segumpal tanah
dilahirkan  keturunan dari seripati air yang hina
perantaraan pertemuan manusia Adam dan hawa.

 
Oleh: Nurimanja,
Catatan kuliah jumaat,
dari diary akhir tahun 1976. 





Ahad, 9 Januari 2011

AKAN KU



kategori orang di awan 2009


Akan kupintal buih-buih
menjadi tali
mengikatmu
akan kuanyam gelombang-gelombang
menjadi hamparan
ranjang tidurmu
akan kutenun awan-gemawan
menjadi selendang
menudungi rambutmu

akan kujahit bayu gunung
menjadi baju
pakaian malammu
akan kupetik bintang timur
menjadi kerongsang
menyinari dadamu
akan kujolok bulan gerhana
menjadi lampu
menyuluhi rindu

akan kurebahkan matari
menjadi laut malammu
menghirup sakar madumu
Kekasih, hitunglah mimpi
yang membunuh realiti
dengan syurga ilusi.


OLEH: PILOT BAHRIN
2009 November 6
17:35