Mereka-Mereka Itu Lari Bertempiaran
Mereka Berlari Untuk Merebut Roti
dan merebut Segala Jenis Makanan
Untuk Memenuhi Perut
Mereka Yang Kelaparan
Mereka Berlari Untuk Merebut Roti
dan merebut Segala Jenis Makanan
Untuk Memenuhi Perut
Mereka Yang Kelaparan
OLEH SI KECIL
2ptg
20.3.2010
2ptg
20.3.2010
50 ulasan:
KISAH MENGENANG USTAZ HAJI IDRIS ANANG (siri 2)
SAMBUNGAN semalam
Ustaz Ideris ini meninggal dalam usia masih muda 40an kena strok badan dia agak gemuk makan memang lalu sehingga memercek peluh, terlalu banyak makan kenduri
khawin, dia pernah berkata sewaktu mengajar "saya sehari mesti ada dua ataupun tiga kad jempuntan khawin, paling banyak tujuh satu hari," pergilah yang dekata-dekat dulu katanya sambil ketawa.
Apa yang sedeh selepas seminggu saya jumpa dia , amat gembira saya lihat dia ketawa senyum sahaja, tetapi dia cuma boleh duduk berjalan pakai bergayut dengan tali saya lihat di rumahnya banyak tali beregan di antara tiang ke tiang. sedeh juga, kebetulan
bila saya tamat SPM di al mashoor pulau pinang saya diminta mengajar sekolah tersebut.
Masa itu ustaz Ideris sudah sakit, hampir setahun namanya tidak dipotong, masih bayar gaji
walaupun dia tidak mengajar. masa itu gaji kecil saya kena berniaga sambilan, jual kain baju dan kad selamat hari raya kapada anak murid dan kawan-kawan sejawat.
Bila saya tahu dia sakit saya pergi ziarah dia, malah dia tahu saja berniaga sambilan kerana
kebetulan abang ipar saya buka kedai mara di bagan serai , sabtu ahad saya tolong berniaga Ustaz Ideris tahu dia minta beli dua helai baju kemeja lengan pendek, saya hairan dia selalunya pakai baju melayu.
Bila saya hantar baju ke rumah dia. Saya rasa kesihan tak ambil untung, cuma ambil modal saja.
Apa yang amat sedeh selepas seminggu saya dengar dia telah mninggal dunia. Patutlah dia
pegang tangan saya terlalu lama.......
Beberapa hari kemudian saya bermimpi. saya solat berjumaah dengannya, Dia minta saya ganti
jadi iman ditempatnya, katanya tak ada orang lain lagi, tetapi saya berkata, tak mampu ustaz, tak mampu, akhirnya saya terjaga.
Hari memang saya tidak mengajar, malah orang minta sambung pun saya toloak , jadi iman dan bilal ditawarkan pun saya tolok. saya lebih suka berdakwah secara sandai di laman blog sendiri. tak ada siapa kenal tak ada rasa bangga dan riak.
(Ini bukan cerpen cerita ustaz -ustaz yang pernah mengajar saya yang sebenarnya)Amin
SEMPATKAH?
perlahan mereda
semalam yang gila
simpankan kuku dan taring
untuk menyinga nanti
kita bersenda
kita mengimbau
kita laksanakan apa terjangkau
kita panjatkan tali-tali bergantungan
kemudian kita melayang
dengan gelak ketawa
logik tak akan mengizinkan apa
kedua kita sedar
tak perlu tanyakan kenapa
kerana kita akan disempatkan
untuk sebarang yang tersempatkan
Penghuni Maya
percubaan sajak simbolik
JANJI DI PANTAI
kerak yang tersisa
melembut disimbah hujan panas
mengeras disinar matahari dingin
pokok di tepi tingkap
sudah berdaun merah
laut di depan mata
sudah berair hijau
segala semuanya sudah berubah
cuma aku yang masih kaku statik
kita berbaring di atas pasir pantai
berdepan langit biru
kita semua dengan lima pasang mata
bercahaya berjanji akan ke pantai
setahun dari detik itu
sampai ketemu sekali lagi
empat batang tubuh
yang paling menghangatkan
hati yang sedingin salju
satu masa sampai nanti
tertakdir pertemuan di pantai sama
setahun lagi
Nur Atikah
Sajak kenangan lalu
SEBOTOL MADU DAN GADIS BERBAJU MERAH
hanya sebotol madu aku bawa
semas pulang dari kedai
tiba-tiba aku terlihat
1 bagasi kecil penuh padat
disebelah ada sepasang kasut putih
aku melihat-lihat bagasi itu sebelum menerus perjalanan pulang
tiba-tiba ada seorang
gadis berbaju merah
duduk seorang diri.
mungkin menjenguk hari lepas
tiba-tiba ketawa dan nangis,
tiba-tiba bernyanyikan lagu
aku memerhati saja
setelah habis semua madu aku teguk
aku mahu membuangkan botol itu
tiba-tiba gadis tersebut memerhati
dengan mata yang agak menyala
aku lalu meninggalkan gadis itu
tiba terdengar suara gadis itu jangan kau berani sepahkan di jalan
kerana jala ini aku yang punya
aku menoleh semula tiba-tiba gadis itu hilang entah ke mana
Encik Sanusi Rostam
pengalaman misteri pada akhir tahun 2010
KAPAL LAYAR
kapal layar naikkan sauh
kapal layar turunkan kain layarmu
kapal layar serukan angin meniup
kapal layar ayuhlah berlayar
kapal layer biarpun ribut dan petir
biarpun gelombang
mengasak ganas lautnya
biarpun nakhodamu
terpatah tangan mengemudi
biarpun tak ada angin mahu menolak
biar apa pun halang tempuh
berlayar jauhlah
jauh tak lihat oleh matanya
berlayarlah jauh
sehabis kalau bisa ke paling hujung
tak ketemu dengan pelabuhan tadi
kapar layarku berlayarlah
sebelum pelabuhan itu tenggelam
sebelum virus segerombolan datang
berlayarlah si kapal layar
Tuan Haji Abkham
maaf saya hntr sajak lagi? kali ni berunsur simbolik..
SEMPATKAH sajak daripada sdra. Penghuni Maya menceritakan keadaan yang dulu keadaan yang tidak mententeramkan hati dan jiwa. Kini nampak mulai sadikit meredakan. Adalah terlalu biasa buat sesiapa pun dalam hidup ini adakala kita berselesih pendapat, adakala kita boleh turut ketawa dan bergurau senda sesame kawan. Tetapi apabila sudah ada sadikit kematangan keduanya akan mula sedar dan tak perlu lagi membangkitkan kisah lama, buat sementara masih hidup dan sempat bermaafan, buatlah baik sebelum ajal datang menjelma. Amin.
JANJI DI PANTAI oleh sdri Nur Atikah dengan sajak memory lamanya, kini cuba dicungkel kembali . Mungkin dahulu ada cerita yang menarik hati di antara satu pertemuan di pantai nan indah bersama beberapa orang teman sepermainan agaknya. Bagai ada pesta tahunan tempat berjumpa. Kini segalanya telah bertukar dan berubah. cuma tinggal si penulis yang maseh static, tetap setia memuja ombak dan pantai pada pasta pertemuan sehingga tahun mendatang. Semoga sukses. Amin
Terasa bagai mimpi ngeri sajak SEBOTOL MADU DAN GADIS BERBAJU MERAH oleh Sdra. Encik Sanusi Rostam dari dajaknya kali kedua. Penceritaannya agak anih dan sesekali terasa menakutkan. Mungkin cerita separuh sedar jika kita dalam keadaan pening dan suhu badan yang panas, berbagai andain boleh berlaku malah tunggul kayu pun boleh disangka hantu. Mungkin juga ada gadis nakal yang suka merendek dengan bf dia, ataupun benar dia tidak siuman lagi bila ternoda dan dia ditinggalkan. Berpenghuni di kawasan itu, tentulah dia marah bila tempatnya dibuangkan sampah. Pasti juga dia takut sekadar bersuara dari kejauhan. Sekadar andain saja. Biasa berlaku. Semoga tidak berulang lagi. Amin
KAPAL LAYAR sajak kedua daripada Tuan Haji Abkham. Pengucapannya agak sembolik memaparkan perjuangan atau perjalanan yang tidak seharusnya jangan berhenti .Baik pada saseorang ataupun pemerentah , Biar apa berlaku sekali pun hidup akan terus diperjuangkan, jika betul berada di landasan yang benar, jika ada rasa curiga dan kurangmenyakinkan, ada baiknya jangan diteruskan atau diberi semenagat untuk diteruskan. Dikhuatir akan berlaku perlayaran atau perjalanan yang mudarat dan sia-sia, merugikan segalanya. Semoga tidak begitu. Amin.
bahaya kalau tertlalu gemuk ni harap2 mozaire baca...
huh! tamak jgk ustaz ni...
ustaz ni org arab kata "sharo to am" hehe
selalunya kalau tertalu gemuk bahaya jgk ni
tamak btol smua kenduri dia pegi? klu aku pegi 1 atau 2 sudah la
7 tempat dia pegi sekali ke?? aduh....
kenapa dia nek pegi semua knduri jgk?? padahal makan smua sama jer...
jalan pakai tali?? bkn pakai tongkat ker?
jalan pakai tali xpnh dgr plak ? kalau pakai tongkat thu la
sian ustaz deris tu la x jaga makan...
kdg2 tu makan yg penyebab penyakit
40 dh strok ni msti jarang jogging ni
muda btol ustaz tu dah serang mcm2 penyakit
sdih btol bila baca dia pegang tangan en nuri lama sebelum dia pergi
ha! sampai skrg x thu mcm mana rupa en nuri....
sy pun cadang nk hntr gambar utk tatapan smua tp bila baca en nuri pun x hntr gambar berdakwah secara rahsia jd sy pun batalkan hasrat nk hntr gambar jgk
kalau en nuri asyik nk berahsia klu ada org besar nk jmpa en nuri mcm mana nk kenal?
bagus btol en nuri kita kena contohi en nuri...
jual ambik modal jer?? aduh...
jual xde untung baik xpyh niaga
jujur btol ustaz deris tu jual ambik modal jer?
ustaz ni mengajar en nuri ker?
ustaz ni x kwin ker?
ustaz ni asal dari mana?
al fatihah utk ustaz idris ni
sian meninggal pada usia muda....
bila baca pasal ustaz ni meti muda aku cadang nak diet la lps ni takut kena obisiti plak?
sdih plak baca cerita ustaz ni
esok ustaz apa plak en nuri?
ustaz tu meninggal x sempat kawin ker?
en nuri bekas pelajar al mashor penang tahun berapa? sy pun mengaji di situ juga
masa dia menginggal en nuri umor brapa?
cerita ustaz ni tahun berapa punya en nuri?
mmg sedih dan hiba baca cerita ustaz ni
esok ada sambung lagi x cerita ustaz ni?
sajak pasal apa plak si kecil ni?
mcm sajak simbolik je si kecil ni
si kcil ni ahli ke? xpnh tgk pun
sajak mcm utk palestin jer?
sedih plak sajak si kecil ni sampai berebut makanan?
si kecil ni umor brapa? sajak hebat...
Catat Ulasan