Jumaat, 28 Januari 2011

PEREMPUANKAH ITU?





Perempuan!
bentukmu seni dan yunit
ghairah dan mempersonakan
kekadang kau cukup mengoda
dengan gaya liuk lentukmu
ramai lelaki mengkagumkan
dan bisa merobohkan keimanan.

Perempuankah itu?
menjadikan lelaki  tersungkur
dicelah lengang lingokmu
kerana kecantikan memukau
semua ilmu juga akan mati
selagi tidak dapat hajat di hati.

Berapa ramai temanku,
yang telah hilang kesiumanya
bila melihat tubuh mogelmu
dan mendengar kata manismu
hampir luluh seluruh tubuh
cukup terperdaya dengan keghairahannya.

buat kita yang bernama lelaki
cukup berhati  dan berwaspada
kerana jika tersalah langkah
akan tersungkur di kaki waktu


Oleh: Nurimanja,
Di bandar kuching serawak 1979
sajak legenda  seorang anak perantau.






50 ulasan:

nurimanja berkata...

CERITA ALAM MISTERI : CATATAN KISAH LAGENDA DULU KALA : SUSUNAN SEMULA CARA BEBAS NURIMANJA. Ditaip semula oleh Tinta Azimat BERTAJUK: LANGSUWER/ LANGSUIR siri 4


Sekembalinya Adi cana ke kampung, dia telah menceritakan kepada kawannya Malik Wijaya dan Irafanul Haq. Mereka bedua ini , Malik Wijaya seorang anak kepada kepala desa, dan Irafanul Haq cucu kepada dukun guru silat Nasrul Haq.
Mereka bertiga telah pun bercadang untuk pergi mengindap di teratak Ali canon di waktu malam.

Kerana Irafanul Haq cucu dukun dan guru silat yang terhandal di kampung itu,semangat keberaniannya agak luar biasa, bagai diwarisi kepakaran dari datuknya Nasrul haq. Sebelum mereka bertindak ketiganya merasiakan akan hal itu dari pengetahuan orang kampung, termasuk ketua kepala desa bapak Malik wijaya sendiri.

Setelah persiapan rapi diaturkan, kononnya mereka bertiga ingin mencari rotan dan kayu setangi yang mungkin memakan masa sehari dua baru pulang. orang kampung pun turut mempercayainya. Setelah persiapan peralatan disediakan mereka bertiga pun berangkat meredah hutan belantara yang tebal itu menyelinap masuk ke dalamnya.

Perkara begitu adalah terlalu biasa buat anak muda di sesebuah kampung di zaman dahulu. kalau berasa takut bukanlah dikatakan anak jantan. Mereka bertiga berpakain serba hitam, dengan ikat semuntal di kepala dan kain selepang di dada, berseluar kain keras sekerat betis, parang panjang terselit di pinggang. sadikit bekalan ketupat nasi dan telur rebus untuk sarapan dalam perjalanan.

Setelah sampai berhampiran teratak Ali canon , sepanjang hari mereka menunggu tidak nampak wajahnya, hanya nampak saekor kucing putih yang turun naik ke atas terataknya. Sehingga lewat petang mantari hampir terbenam , mereka nampak kelibat wajah Ali canon, bagai mengliat laga seorang baru bangun tidur gayanya.

Tiga orang rakannya menjadi hairan, kerja apa yang Ali canon lakukan, adakah dia tekah tukar gaya kehidupan. siang dia tidur malam pula dia berjaga. Ah anih juga Ali canon ini, fikir ketiga rakannya. Seketika kemudian nampak dalam cahaya samar kegelapan Ali canon bersila di depan terataknya, bagai bertafakur, melihat mentari jatuh. dengan rambutnya yang
pajang bergerbang dengan tali semuntal ikat di kepala. seperti lagak Aduka dan Teruna dalam filem Samerah padi pula.


BERSAMBUNG.

Sufian Al Zahri berkata...

PERISTIWA DISINGKIRKAN

Apabila tuan ghamidi menyuruh perkejanya fitnah blog en nuri
sehabis-habisan katanya
Supaya tiada lagi yang percaya
Tiada lagi yang terpegaruh kerana katanya orangnya semakin berkurang
Setika aku berfikir panjang
Cuba bertanya kepada orang tuaku
Meraka berkata kerja dengan ikhlas
Jangan main kotor seketika
Aku pandang mereka
lagak bagai orang alim
Aku meminta diberi masa
Lantas mereka dengan tegas berkata
Kau ni nak main bersih ke?
Jangan berangan sebab
Bersih pun boleh kalah
Kotor la boleh menang
Tapi aku fikir ini
sudah jauh menyimpang
Bila aku cuba menyuarakan pendapat
Terus aku disingkir
katanya pendapat ramai
Aku tahu mereka menipu
mungkin aku tiada persamaan
Kerana aku menolak rasuah fitnah
Tiba-tiba seseorang datang berkata
Dia orang besar di sini
Di sini semua dengar perintahnya
Kerana kami dijamin masuk surga
Aku terpingga-pingga
terkelu hendak berkata
Lalu aku diam seketika
Tiba-tiba ada lagi suara berkata
Kenapa sudah habis oksigenkah ?


Sufian Al zahri
semasa saya di buang kerja di bawah tuan ghamidi jd sy pertaruhkan sajak ini utk sayembara

Yusmanira berkata...

MAJLIS MAKAN-MAKAN

malam-malam tadi disini
ada majlis makan-makan
semua pekerja en sanusi di jemput katanya ada makanan istimewa
tapi malangnya hanya beberapa orang saja yang hadir
aku singgah sebentar
aku lihat sini satu sana satu makan
malam tu yang datang tetap ramai.
tapi pagi tadi aku terdengar suara-suara berkata Qulbai
ingin memancing perkerja en sanusi kerana di sana semakin berkurang
jadi di harap qulbai segera insaf
kesimpulannya makan-makan tadi
di hadiri orangnya sendiri
kerana kami disini
tetap berpegang teguh ikat mati lepas ni mesti disana tersungkur kesian si pengampu sudah bermimpikan kuasa
jika berhasil tapi ternyata
taktiknya telah di kesan
kesian si pengampu


Yusmanira
sajak berkaitan tentang majlis makan2 yang di langsukan tadi utk sayembara ini

Ahmad Qatarunada berkata...

ATURAN ALAM

aturan langkah
berpaksikan upaya sepasang kaki
aturan sahabat bersalaman
tanpa berhelah di belakang
aturan kuasa berpautkan
sokongan berbalutkan amanah
aturan mulut berkuncikan
tajamnya buah akal.
jangan semalam jaya ke seberang
mungkin esok belum melompat
tersandung rebah sendirian
aturan alam selalu menghukum.


Ahmad Qatarunada
sajak utk sayembara percubaan kali kedua.. hehe simbolik sikit ni

Joseph Lee berkata...

MEMBUAK-BUAK MARAH

masuk saja ke tahun baru
kau mula perangai tak tentu
meragam tak kira waktu
meracau tambahkan pilu
merajuk minta dipujuk
mengada minta dibelai
sengaja menyakitkan hati
menaikkan suhu darah
hingga tahap mendidih
masihkah kau ingat
kita berdua riang selalu
ke sana sini terus menderu
aku ada kamu dan kamu ada aku
kita serasi bersatu
sehati sejiwa bagai tiada terpisah
sesudah lima tahun
ini balasanmu padaku
dalam tiada perasanmu
tatkala lesap dua ribu
itu duit untuk ibu
semoga lepas ini kau sihat selalu
kerana aku tunggu masa nak jualmu
wahai kereta kenariku

Joseph Lee
percubaan sajak suspen! hehe

Hantu Raya berkata...

Menceritakan kisah penyikiran. Sudah pun diduga malah kami dapat membaca, Satu hari anda akan dapat kesedaran, alahamdullih, tuhan memberikan anda jalan yang benar.Apa yang sedeh keadaan mereka, langsung tidak berfikir, keadaan kawan yang koma, Malah boleh buat kenduri pula hendak pancing penyokong. Cukup sedeh, terbalik pulaorang yang mereka gelar jahilliah (BN) Baik Niat bukan Barang Naik itu kata mereka. Inilah kerja mereka bertopingkan agama semata. Demi untuk Parti Keliru Rakyat. (TU).

Hantu Raya berkata...

Hari ini, kita tidak hairan buah pisang dan nangka yang baik dan cantik itu ada ulat isi di dalamnya, tanda dunia akhir zaman, begitulah gambarannya, haji dan lebai kurang ada keyakinan lewat kebelakangan ini, malah ada yang dapat taitel alim ulamak dan tuk guru pun sudah jadi keliru dan haru biru. Kalau orang lain buat salah sikit dibongkar hingga bergegar dunia pana, tetapi bila mereka keluar faktua agama semunya untuk kepentingan parti politik kotor mereka. (U)

Hantu Raya berkata...

Begitulah keadaan yang mencorakkan kekeliruan. Hidup bgai tidak bersyur dengan Apa yang ada langsung tidak melihat panduan di luar dan dalam Negara, negeri yang mereka perentah, banyak yang dah huru hara. Kita semua tahu dan mereka juga kata Ya. Negara dah maju daripada Negara yang klebih lama merdeka. Tetapi itulah sikap
dan hati orang melayu kita, tidak kira haji atau lebai sama. Busuk, masjid dan surau dijadikan medam menghentam saudara Islam seagama. Malah sanggup bersolat lain
walaupun dalam masjid atau surau yang sama. Siapa ikut sesat selama-lamanya.(TB)

Hantu Raya berkata...

Begitulah keadaannya kalau yang baru itu tentu sayang dan cemburu, tetapi bila sudah lama hati mula merasa jemu dan jelek pula. Jasa yang lama pun mudah dilupa. Dan mahu bercadang tukar saja yang lama, cari baru bagai penganti. Jika jual seribu dua pun boleh juga buat beli ubat sakit ibu. Jika dikira agak menyusah dan mengecewakan, jual saja cari baru, demi keselesaan. (B)

Malik Wariya berkata...

eh! nama aku pun ada jgk? jd anak kepala desa plak? hehehee

Nasruq Haqq berkata...

eh! jd datuk iranula haq plak? kebetulan anak perempuan sy nama Ifa Nur ain.. hehe ifa jgk di depan...

Danial berkata...

dia heboh kat kwn dia plak?

Supain Sipaun berkata...

berani dorg pergi bertiga jer?

Ustaz Zukainna berkata...

kenapa x ajak ramai2 pegi 3 org jer?

Adi Cana berkata...

berani btol aku? tp dlm cerita ni la di alam nyata mmg aku x snggup malam2 nk pegi hutan

Saizul Maizav berkata...

eh! sapa plak rambut panjang tgh bertakafur tu?

Mona berkata...

ali conan tgh menurun agaknya

Pak Kassim berkata...

eh! apa yg berlaku? dorg berani ke nk tegur ali conan tu?

Pedang Kesatria berkata...

rsanya ali canon tgh kena rasuk kot?

Mei Ling berkata...

semuntal tu apa en nuri?

Ali Conan berkata...

eh! sy ke rambur panjang tu? atau jelmaan saja

Kembara Budiman berkata...

dorg ni berani btol kalau aku x snggup nk meredah hutan malam2...

Seri Suri berkata...

kenapa x bawak 1 kampung????

Ustaz Rahman berkata...

selamat dorg 3 org je yg thu kalau bawak 1 kampung? sah kena bakar dah rumah ali conan tu

Ezad Emir berkata...

berani jgk pegi malam2 dorg ni

Ustaz Sahzan berkata...

dorg ni asyik menghendap2 je? kenapa x bagi salam terus la melawat ali conan

Lukiee berkata...

teratak? apa bnda tu?

Roslan Bidin berkata...

selalunya guru2 silat yg berani meredah hutan malam2...

Madah Pujangga berkata...

patutlah dia ajak dua org kwn dia tu sbb klu guru silat ni byk ilmu

Nuri Kecil berkata...

ifarunul haq tu laki ke pmpuan nama mcm pmpuan jer?

Olei Pajutdy berkata...

dorg nk buat apa pegi malam2?

Pak Awang berkata...

pergi la tanya sendiri kat ali canon ni dorg ni terhendap2 mcm pencuri plak?

Roy Rashid berkata...

kenapa x pegi siang je? berani plak pegi malam

Tetamu Malam berkata...

org kmpung xkn x syak apa2?

Raja Muda berkata...

ketupat nasi dan telur rebus je? boleh kenyang ker?

Pejuang Islam berkata...

eh! sampai 3 org pegi pun x berani jgk nk tegur ali canon ker?

Lelangit Biru berkata...

kenapa tiba2 rambut ali canon jd panjang plak?

Satria Juragan berkata...

eh! hantu raya agaknya yg tgh bertakafur tu?

Puteri Aisyah berkata...

kucing tu msti ada kat rumah ali canon misteri la

Salam berkata...

eh! siang dia tidur malam dia buat apa?

Sudin Ramlee berkata...

ali canon ni mcm burung hantu jer?

Puan Rosnah berkata...

kenapa plak dorg pakai baju kaler hitam??

Atan Yahoo berkata...

kucing tu x bercakap ke?? hehehe

Jengking Perak berkata...

cerita ni kalau buat filem msti lagi menarik...

Ku Dania berkata...

org dulu berani2 bukan mcm org skrg ramai penakut

Ustaz Majusi berkata...

dorg x buat bacaan yassin ke kat rumah ali canon?

Golok Buta berkata...

berapa hari dorg nk pegi ni?

Guest berkata...

ketiga-toga org x kwin lagi ke?

Tuan Haji Abkam berkata...

dorg ni umor dalam berapa puluhan?

Abul Hassan berkata...

kena barhati2 la dorg ni nnt disedari kucing tu? naya