Jumaat, 7 Januari 2011

PEDANG KERINGAT



sajak kategori pelajar IPTA 2009

Pedang keringat
mencantas malas dan lesu
membugar kemakmuran
menempa kejayaan.

Pedang keringat
harapan tinggi melangit
gagah membuka ladang kerap diasah
kemilau gagah dan tajam
digeruni belantara dan belukar.

Pedang keringat
membukam negeri baru berwawasan
melahirkan warga terbilang.
Ppdang keringat
keazaman tak pernah padam
melestari cita-cita murni
berbekalkan besi kursani
disepuh roh dari langit.

 
OLEH: Jaringan Gua
kampus UM 2ptg





50 ulasan:

Naga Samudera berkata...

MARAH

marahkan nyamuk
habis kelambu dibakar
marahkan tikus
habis padi ditebas
marahkan saudara
usah sampai putus ikatan
usah padamkan api dengan minyak
pasti kan terus marak
simbahkan dengan air duduk sekejap
tenangkan kusut fikiran
halaukan dahulu bisikan jahat
bisikan syaitan makhluk sesat
usah biar mereka bersorak
tanda menang milik mereka
ambil wuduk mereka pasti menjauh
dekatkan dengan tuhan
mereka pasti kepanasan


Naga samudera
perak
11malam

Asyar Mujid berkata...

MINTA DI AMPUNKAN

hidup ini penuh misteri
macam macam boleh jadi
orang cerdik di caci maki
orang tak cerdik jadi menteri
tapi bukan aku dengki
jauh sekali nak iri hari
cuma pelik dengan kondisi
apa nak jadi dunia hari ini
ramai orang hipokrasi
esok cakap A lusa kata C
tapi ramai yang mempercayai
bukannya bodah
tapi otak letak kat kaki
mintak maaf boleh
sy join geng en nuri
jangan terasa dan berkecil hati
terkasar bahasa dulu saya ingin mohon di ampuni


Asyar Mujid
Sajak untuk semua kaki tangan citra rasa dan ahli begitu juga en nuri

Ustazah Hamidah berkata...

RASUAH

langitku runtuh
harapanku musnah
mohon berteduh
di bawah rumah
tanahku basah
kompasku punah
mencari arah
bimbang tersalah
duniaku parah
diriku pasrah
biar pun susah
takkan mengalah
tekadku teguh
ranjauku redah
perjalanan jauh
mencari hidayah
mentariku merah
hatiku cerah
tersembunyi hikmah
di sebalik musibah
ujian itu lumrah
sabar itu indah
bercakap mudah
membuatnya payah


Ustazah hamidah
sajak isu semasa

Ustaz Rahman berkata...

BERBAIK DENGAN MANUSIA

berbaiklah dengan manusia
di saat menuju kejayaan
jangan sombong kerana
pasti kau akan jatuh kegagalan
keberanian memerlukan keyakinan
mampu di bentuk melalui kebenaran
berkata benar adalah satu kekuatan
boleh memberi keinsafan
kepada orang lain
seorang yang penakut goyah
pendirian kekaburan hala tujuan


Ustaz Rahman
Sajak utk qulbai dan sufian dan koncu yang lain

Qalam Mutiara berkata...

Naga Samudera dengan sajak nasihatnya bertajuk MARAH. Pengucapannya bagai bersahaja, tapi punyai erti dan nasihat yang berguna, buat seorang yang suka marah. Sememangnya marah itu daripada hasutan syaitan, dia akan masuk melalui saluran darah, dan menghasut kita, diantara dua tiga saat jika kita dapat berkata astagfirullah halazim, ambil uduk, suhu panas akan turun. Biasanya syaitan akan suruhhati kita melakukan, apa sahaja perkara yang mungkar, bila kita menyesal apa yang telah pun berlaku, dia akan berkata, aku cakap sahaja, kenapa kamu lakukan. Salah sendirilah. Ini pengajaran patut kita renungkan. Amin terima kasih naga samudera.

Qalam Mutiara berkata...

Kami sempati pada anda menjadi mangsa hasutan dan bujukan iblis di hati manusia. Hanya orang yang beriman yang dapat menilainya. Setiap yang benar itu tetap benar, Kerana tiap amalan dengan niat, keikhlasan hati menyusikan ibadat kita, jika hati ini jahat dan kotor bolehkan tuhan bersama kita? Asyar Mujid kami langsung tidak ada rasa anda dan jalal bersalah, Inilah bahayanya bila kita difitnah dan dihasut, sebagai orang Islam kita sentiasa bermaafan, dan berdoa kepada mereka supa dapat hidayah mereka perasan tuhan bersama mereka, sebenarnya saya lihat dunia dan syaitan telah memutar belitkan mereka. Jika menang sepuluh negeri pun dengan cara senyap atau pun bising, tuhan tahu niat kita. Lambat atau cepat dia akan jatuh juga.Semoga anda menjadi orang benar. Amin MINTA DIAMPUNKAN sesamalah kita berhemah cuba memperbetulkan kesilapan kita dan saudara kita. Amin.

Qalam Mutiara berkata...

Ustazah Hamidah dengan sajaknya bertajuk: RASUAH. Ini satu kerja orang yang sering terpukau dengan kebendaan dan kemewahan. Bila mana kemampuan yang ada Tidak terdaya, jalan mudah akan digunakan. Hanya orang yang takut mati dan beriman dan membayangkan hari pembalasan yang besar kemungkinan mengelakan Diri dari kerja rasuah ini. Sebaiknya yang beri dan menerima dihukum bersama. Bersama kita mencegah rasuah atau korapsi Amin

Qalam Mutiara berkata...

Ustaz Rahman sering berdakwah meminta manusia melakukan apa yang terbaik dengan seikhlas hati. Sajak Bertajuk: BERBAIK DENGAN MANUSIA atau sesame kita. Pengucapannya berbentuk nasihat yang berguna kita perlu renung bersama. Tidak ada apa yang dinilai tuhan dan manusia melainkan keikhlasan , keberanian yang sebenar di redhai Allah swt. Jika keadaan sebaliknya nescaya kejayaan yang dibina tidak akan kekal selamanya. Tembelang pun akan pecah , rahsia pun terbongkar. Dimana lagi muka hendak diletak. Nasihat Ustaz Rahman Terima Kasih Amin.

Ustaz Omar Sharif berkata...

SOTO AYAM

Bahan-bahan ( 2-3 org kot )

* 1 ekor ayam - direbus
* Sup Bunjut ADABI
* B.merah, b.putih, halia - ditumis
* Nasi impit ADABI - rebus je yg plastik
* Suhun - digoreng
* [Hiasan]
* Bawang goreng
* Daun Bawang
* Daun Sup
* [Bahan kicap]
* 20 batang cili padi
* 2 ulas b.putih
* 1/2 cawan kicap manis

Cara-cara

1. Buka sup bunjut dan kisar/tumbuk isinya. Utk memberikan lebih rasa. Kalau tak suka tak payah le bukak tp nanti rase cam kuah sup ayam je.
2. Tumis b.merah, b.putih, halia sehingga kuning dan naik bau. Kemudian masukkan le air rebusan/stok ayam yg direbus tadi. Kalau suka masukkan kentang dan tetulang ayam. Kuah soto siap. *Jangan lupa masukkan sup bunjut yg telah ditumbuk td.
3. Ayam yg direbus td, digoreng dgn sedikit gaulan kunyit/garam.
4. Selepas goreng, carikkan ayam mcm gambar di atas. Ayam carik siap.
5. Untuk kicap pula, kisar semua bahan kicap dan ratakan.
6. Untuk resipi bergedil pula, sila ke sini *Saya menggunakan resipi bergedil yg same cam kat link ni.
7. Lastly, tuangkanlah kuah ke atas nasi impit, suhun yang telah digoreng dengan bergedilnya.
8. Dan hiaslah soto dengan carikkan ayam diatasnye bersama-sama bawang goreng, daun bawang dan daun sup.

Danish berkata...

eh! soto ayam pun ada?

Qalam Musoffa berkata...

sedap plak tgk menu soto ayam dari ustaz omar ni

Abul Hassan berkata...

soto ayam ni aku pun thu buat.. hee

Pangeran Indera berkata...

soto ayam? makanan apa plak ni?

Pak Bostamam berkata...

penjaga blog dh sumbang resepi ahli pun dah en nuri bila plak nk sumbang resepi???? hehe

Zuraifah berkata...

soto ayam plak kali ni? msti cuba ni

Golok Buta berkata...

soto dgn lontong sama ker?

Jalal Rafzee berkata...

soto ayam resepi isteri ke ustaz omar? hehe

Suara Rakyat berkata...

mcm2 resepi ada kat sini

Sudin Ramlee berkata...

lama xde resepi ada semula

Pak Ngah But berkata...

eh! isu semasa xde ke en nuri?

Brader Joe berkata...

kenapa sajak ni kosong je? berita xde ker?

Harimau Berantai berkata...

esok aku nk cuba la resepi kat blog ni...

Yusri Nawab berkata...

resepi skrg dah berapa? ada sampai 100 x?

Suria Kencana berkata...

lps ni xpyh beli buku resepi sbb dalam ni dah byk

Mozaire berkata...

sapa yg pilih sajak? agak kecewa jgk sbb smua sajak disiarkan ahli x aktif

Ustazah Hamidah berkata...

ni msti viger yg terbit sajak? kenapa terbit sajak ahli x pnh tgk terbitlah sajak dari ahli yg aktif

Bob Kuli berkata...

lain kali viger pilih la sajak ahli aktif sbb takut nnt ahli selalu dtg xnk dtg sbb asyik2 sajak ahli x aktif je disiarkan

Lagenda Pulau berkata...

byk sajak ada kenapa viger pilih sajak dia ni?

Pak Kassim berkata...

sdih jgk sy terkilan pun ada asyik2 sajak ahli yg x terkenal je disiarkan?? kenapa?

Atan Yahoo berkata...

sajak apa plak jaringan gua ni langsung aku xphm

Puteri Bunga berkata...

sajak apa la simbolik sgt sajak dia ni

Pedang Kesatria berkata...

mcm mana aku je sajak ni? tapi aku pedang kesatria

Pahlawan Melayu berkata...

sajak perjuangan nampaknya jaringan gua ni

Nurse Liaa berkata...

mcm bunyi politik je sajak ni

Budak Rap berkata...

harap2 en nuri pilih semula sajak sbb viger pilih sajak entah apa2...

Nur Atikah berkata...

sajak penjaga blog bila nk kluar ni?

Jupri Halim berkata...

sajak kami pun hebat2 apa? siarlah sajak kami plak en nuri

Bulan Terang berkata...

sajak sapa plak disiarkan ni?

Puteri Aisyah berkata...

x sabar nk thu cerita en nuri ni

Dayang berkata...

seronok plak ikut cerita en nuri rasa mcm nk ikut sampai habis

Laila Mellisa berkata...

eh! en nuri di hantar ke mana plak?

Salikin Samsudin berkata...

eh! panjang jgk cerpen en nuri ni

Yusof Lim berkata...

sajak en nuri ni best tp sajak ahli ni yg x best

Ustazah Janariah berkata...

selamat bertugas semula qalam!

Asyar Mujid berkata...

terima kasih qalam kerana datang semula

Ustaz Muda berkata...

kenapa kosong je ruangan ni? mana cerita ustaz yg en nuri tulis dulu? xkn dh hbis?

Suara Rakyat berkata...

petikan akhbar xde ke en nuri?

Bicara Bulan berkata...

suara bebas mana? nmapk qalam jer?

Jalal Rafzee berkata...

suara bebas dgn guest door masih merajuk lagi ker?

Hantu Raya berkata...

JAWABAN RENGKAS SAHAJA

- semua resepi baru hendak masuk 40 jenis saja. tak termasuk info dan lain2.

- sebab biar kosong mungkin ahli atau sesiapa juga penjaga blog nak masuk beri sumbangan apa-apa saja.

- Viger dulu orang sastera juga tapi dia ini otak kartun sikit, otak minat sukan sikit, dia kawan baik dengan yusma.

- en nuri belum datang lagi dia nak ziarah pergi bagan serai atau taiping hantar barang sedekah kain baju kat orang miskin adik beradik dia atau pun bayar zakat.


- Maaf viger tak catat apa pertanyaan orang, sebab itu dia terlepas pandang pertanyaan
miss kim cheung,

- setahu saya tidak jadi masalah miss kim cheung, tidak potong pun, tapi kena rajin cuci, nak senang
jumpa ustaz riduan tee, dia ini pengerusi chaina muslim malaysia atau ajak bf kawan melayu pi mana pejabat agama, mereka akan beri penerangan lanjut. tak ada masallah mis Kim. di sekolah-sekolah pun ada ramai ustazah, boleh tanya, niat dah bagus tuhan
mungkin sayang kamu.

- Viger sms Quest door dg Suara bebas(kena jadi ahli dulu),depa kata lepas 30 januari akan datang balik. depa hendak tunggu Tenang menang.

-Pakpenakan - bapa saudara , Apek ini gelarang saja ada en nuri bagi tahu pada seorang student dari singapore, dia anak orang cina masuk islam, sebab dia tua pandai
cakap, mereka angap dia macam orang tua.

-sajak en nuri itu belum peroses kali kedua atau di sahkan okey! oleh en nuri, tetapi Viger ambil terbit semalam. apa nak kata, tak salah dia, mana dia tahu gelang kelibut jadi bidan terjun. terima kasih Veger.

-Beberapa sajak dlam npscr 2 Qalam dah perbetulkan, hari aku akan jawab semua soalan sementara tunggu bos pulang aku pula ganti tempat Quest door, naik pangkat sikit dari tukang sapu jadi penjaga pintu. hee hee.