Rabu, 26 Januari 2011

KEDAMAIAN



ketegori pilihan sahabat.


Berguling di bahasa sunyi
tiada seloka ombak
cuma darat menyendiri
tergolek bergolek
tak siapa yang tahu
Gelumang skrin terukir
kita pun berlayar
kemudi terolah
nun pinggir lubuk diri
berdebat sendiri
mungkin terpa suka
mungkin jelma duka
Patah layar bertongkat jemu
perahu luncur jua
timur barat ke mana hala
tergalau di jiwa
jari terketik bicara berdetik
ungkap rasa ke udara
moga ada jiwa sudi mendengar


OLEH: USTAZ SAHZAN
percubaan sajak pertama saya
11pagi tarikh; /2010 Ogos 8 12:44/dipilih dan diterbit semula pada 26/01/2011





50 ulasan:

Hantu Raya berkata...

Bekas pengasas PKR serah borang sertai MCA 2011/01/26 Ng kagum kegigihan kepemimpinan BN bela nasib rakyat

LABIS: Kempen MCA di pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang mendapat suntikan semangat apabila bekas pengasas Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ng Lum Yong menyertai parti itu, semalam.

Pemegang nombor keahlian 0000012 dengan jawatan sebagai Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR sejak awal penubuhannya pada 1999, menyerahkan borang permohonan menyertai MCA kepada Presidennya, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek di Pejabat MCA Labis di sini.

Ng berkata, keputusannya diambil kerana kecewa terhadap kepemimpinan PKR yang kini bukan lagi berjuang untuk kepentingan rakyat, sebaliknya sekadar berjuang untuk memenuhi kehendak peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim.

PKR sudah tidak ada agenda perjuangan yang tetap. Agenda mereka kini hanyalah agenda perjuangan Anwar Ibrahim semata-mata. Di dunia ini, tidak ada satu parti pun, yang pemimpinnya tidak perlu dipilih menerusi proses pemilihan kecuali dia yang pegang jawatan ketua seumur hidup.

“Dia sebut sebagai ketua umum, tapi dia bukan lagi ketua umum, sebaliknya ketuanan PKR, kerana semua proses pemilihan, walau apa jawatan pun mesti dipersetujuinya, manakala Majlis Tertinggi parti tidak ada kuasa,” katanya pada sidang media di sini, semalam. Turut hadir bekas pemimpin PKR, Senator Mohamad Ezam Mohd Nor.

Ng berkata, beliau membuat keputusan menyertai MCA kerana melihat kegigihan kepemimpinan parti itu melakukan pemulihan dan transformasi membela rakyat.

Katanya, kepemimpinan negara yang diketuai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga melakukan perubahan dalam politik dan ekonomi, demi kepentingan rakyat dan negara.

“Selepas 12 tahun berada dalam PKR, saya kini ada tanggungjawab menyedarkan rakyat mengenai bahaya dasar perjuangan PKR. PKR membawa bahaya kepada negara dan rakyat,” katanya.

Sementara itu, Mohamad Ezam berkata, tindakan Ng keluar PKR membuktikan bahawa hampir semua 30 ahli pertama yang menjadi pengasas parti berkenaan, termasuk dirinya sudah keluar akibat sudah tidak percaya kepada parti.

“Hampir 90 peratus pengasas parti itu sudah tidak ada dan Ng adalah antara pemimpin utama masyarakat Cina yang bersama kita mengasaskan PKR.

“Jadi saya mahu beritahu kepada pengundi di DUN Tenang ini jika pengasas parti pun sudah tidak percaya parti, anda yang tidak tahu mengenai parti (PKR) baik jangan dengarlah,” katanya.


Sedutan BH kempen untuk N5 TENANG oleh Hantu Raya.

Qistina Amira berkata...

TANGGA PATAH

tangis lagi di kaki hari ini
dingin sekali tertusuk paling jauh
udara enggan lepas ke luar
habis basah segala liar kenangan
puas kususun moga tempias
tidak tersentuh pada hari ini.
ke hadapan disuratkan terbaik
terpatah kembali disiratkan kalah.
tangga-tangga keras di kaki
tersilap tafsir luka berdarah.
dalam malu mata melihat
jangan lupa mengutip maruah.
ke perhentian agung
bukan satu jalan, tentu.


Qistina Amira
sajak utk sayembara

Zahril Fitri berkata...

JANGAN TUMPAHKANYA

sepotong roti cinta
berkopikan jadam hidup
kita harus rasainya bersama
dalam harian tanpa mendung
kerana mentari masih di kepala.
jangan bazirkan jangan tumpahkan
kita cernakan satu persatu.
tanpa cinta tanpa rasa
kita bukan makhluk manusia.
sumbingnya hidup


Zahril Fitri
sajak simbolik utk sayembara puisi ini

Mat Yaakob berkata...

ANGAN IMPIAN

usah kamu duka nestapa
usah dilayan mainan jiwa
teguhkan pegangan pada pencipta
tetapkan iman dalam dada
mana bumi tak timpa dek hujan
mana lautan tiada badai taufan
kita semua makhluk tuhan
mana mungkin tiada ujian
quran sunnah buat panduan
agar tiada hilang pedoman
akal suci milik insan
gabung semua terus ke hadapan
capai semua angan impian
bila semua dalam genggaman
pasti hidup terasa aman
panjatkan syukur kehadrat Ar-Rahman

Mat Yaakob
sajak ketuhanan sikit

Abil Hussin berkata...

ORANG BESAR

rasa jeles tiba mendatang
lihat kau kaki bersilang
di kerusi empuk bukan kepalang
sambil mendabik dada bidang
rasa jeles tiba bergetar
lihat kau duduk bersandar
dalam kereta besar menjalar
sambil mengarah pakcik drebar
rasa jeles tiba hampiri
lihat kau tampilkan diri
pakai kemas tinggi peribadi
kerja tip-top bagus sekali
rasa jeles tiba menjelma
lihat kau banyak menderma
rezeki dapat dikongsi bersama
suruhan tuhan paling diutama
rasa jeles tiba menghilang
rasa kagum tiba mendatang…


Abil Hussin
sajak utk sayembara

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

TANGGA PATAH sajak oleh sdri Qistina Amira.Pengucapannya agak sinisbunyinya: Penceritaannya mungkin mengisahkan rasa kekecewaan dengan perjalan Hidup yang ppatahernah dilalui dulu, segala keangkuhannya dulu yang dikira baik dan diredhai Allah adalah sia-sia kerana diputar belitkan dengan duniawi, Kini terasa, perjalanannya juga salah, tangga yang ingin dinaiki juga patah.kini ternya malu perjuangannya tidak bermaryah. Bagaimana mungkin untuk dapat pintu syurga naim. Ini bukanlah satu jalan mudah.kerana Allah menilai dan menentukannya. Amin! (TB)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

JANGAN TUMPAHKANYA sajak oleh sdra. Zahril Fitri. Pengucapannya bagai ingin mengingatkan sesuatu yang pernah kita nekmati, perlulah dijaga, kerana pahit getil yang pernag dilalui dalam asam garam kehidupan amat perit dirasakan, jika kita gagal mengawal dan memeliharainya, musnahnya berpanjangan. Kerana kita bukannya manusia yang gemar mengunarkan kehidupan. Sajak ini terlalu banyak rasa pengubah susaian ayat, sehingga melarikan pengucap dan penceritaanya yang sebenar. Semoga berhati-hati pada pemelihan perkataan ayat dan baitnya. Amin (TB)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

ANGAN IMPIAN sajak oleh sdra. Mat Yaakob pengucapanya mengajak kita pada impikan kedamaian dan teguhkan pegangan aqidah keimanan di hati kita kepada pencipta. Insyaallah, kerana kita makhluk Allah pastinya ada ujian untuk menilai keimanan seorang yang bernama isan, Tetapi dengan al quran dan sunnah nabinya bila dijadikan panduan, Insyaallah jalan kebenaran akan membantu kita.Itulah kedamaian yang sebenar bila iman dan takwa menguasai hidup kita. Apa yang berlaku telah berlaku dan akan berlaku, semuanya kita yakin adalah ketentuan dari Allah swt. Amin (TU)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

ORANG BESAR sajak oleh sdra. Abil Hussin penceritaannya tentang rasa cemburumelihat kelebihan sesaorang yang tuhan kurniakan keapadanya. Mungkin dengan kedudukan yang tinggi , kereta besar, ada pula orang gaji, dihormati, anak pinaknya semuanya menjadi orang yang berkedudukann tinggi. Malah hatinya juga lebih dekat pada tuhan dengan tahjudnya sepanjang malam, harta banyaknya jadi dermawan, dan zakat harta tahunannya juga ribuan juta dikeluarkan. Sepatutnyalah kita mengangkat tangan tabit hormat kerana kelebihannya. Jika ada ramai orang begini pastilahmenjadi negara yang baik makmur dan yang dapat pengampunan daripada Allah. Amin (U)

Umar Haslam berkata...

rasanya dia bukan manusia biasa ni

nabil Quldi berkata...

ni berdasarkan kisah benar ke en nuri?

Encik Qalifatullah berkata...

apa jd kat ali conan tu? dia mati ke nnt?

Jalil Janggut berkata...

ali conan tu kena rasuk agaknya sbb tu dia cergas semacam jer...

Denilson Fata Fat berkata...

Allah sy thu tu tuhan org islam rabby sapa plak? bini Allah ke?

Pak Ngah But berkata...

indah sunggu sajak kali ni

Atuk berkata...

sajak ketuhanan yg mebawa seribu keinsafan

Comel berkata...

sajak yg puitis dari en nuri

Orang Lama berkata...

sajak lama rupanya kenapa bru nk disiarkan?

Pak Awang berkata...

simbolik sgt sajak ustaz sahzan ni

Ustaz Mahfuz berkata...

ustaz sahzan buat sajak ni msa tgh baca khutbah ke?

Satria Juragan berkata...

sajak apa ni ustaz sahzan? tinggi maksud dia

Abul Hassan berkata...

sajak sempoi dari ustaz sahzan tp xphm...

Angker 13 berkata...

sajak pertama kali ustaz sahzan menarik jgk

Mat Toopa berkata...

sajak en nuri lagi senang phm ustaz sahzan susah sikit la

Nurse Lisa berkata...

sajak ni tinggi sgt la ustaz sahzan berkenaan pasal apa ni?

Ustaz Muda berkata...

sajak yg agak simbolik betol2 punya simbolik susah nak tangkap

Teksi Manaf berkata...

pmpuan tu x tinggal sekali ke dgn ali conan singgah malam je ker?

Salam berkata...

siapalah agaknya pmpuan tu aku rasa dia hantu kum kum la...

Si KEcil berkata...

apa terjadi seterusnya en nuri?

Jalal Rafzee berkata...

ali ni x rasa ada benda x kena ke? xkn dia xtahu malam2 mana ada pmpuan tgh2 hutan melainkan hantu

Nur Atikah berkata...

pontianak ke langsuir agaknya yg kacao dia tu?

Siti Hajar berkata...

ali conan sorg saja ke dalam cerita ni xde watak lain ker?

Inspektor Halim berkata...

eh! kenapa tiba2 Ng Lum Yong msuk MCA? sapa plak kempen kt dia?

Abdullah Gadafi berkata...

btol keputusan yg cina tu buat serupa macam kami jgk kecewa sbb PKR bukan pejuang utk rakyat tp utk diri sendiri

Suara Rakyat berkata...

entah2 dia terbca blog en nuri kot? sbb tu dia kluar PKR?

Ustazah Hamidah berkata...

harap2 lps ni lagi ramai yg kluar PKR

Lukiee berkata...

btol2 MCA parti yg lebih baik dari PKR

Joseph Lee berkata...

semua org cina dah sedar dorg x terpegaruh dgn PKR lagi

Muhamad Badawee berkata...

hantu raya ni rajin cari bahan? hehe

Muhamad Akmal berkata...

hantu raya pun letak politik jgk dulu suara bebaas saja

Ustaz Zaidi berkata...

habislah PKR skrg ni byk yg dh kluar

Dayang berkata...

eh! hantu raya dtg kembali? hehe

Tengku Anita berkata...

lama kelamaan jd sikit la PKR nnt.. hehe

Ustaz Kamarudin berkata...

bagai telur di hujung tanduk skrg PKR Ni

Bulan TErang berkata...

hrp2 pilihan raya kali ni memihak kpd BN....

Wasiril Azmi berkata...

tahniaa hantu raya! byk pasal politik kami thu dari sini..

Hajjah Jamilah berkata...

teruskan lagi tahniah hantu raya dedahkan pasal politik ni biar qulbai baca sikit..

Datin Maimun berkata...

di harap penyokong PKR dapat berfikir panjang...

Seruling Kelana berkata...

ape2pun aku doakan semoga BN menang di tenang nnt! insyaallah

Tinta Azimat berkata...

JAWAPAN PILIHAN RENGKAS SECARA RAMBANG SAHAJA.


- Ya Rabb atau Rabby = bahasa arab tuhanku atau Allah
buat fata fat. (Allah tunggal tidak berana dan diperanakan
kalau ada sifat ini dia bukan tuhan. nama tuhan ada 99
nama maksud erti yang elok.

- Siri cerita misteri biar anda semua buat andain, kami x
boleh mendedahkan sinofsisnya.
biar jadi suspen sikit...


- Sajak-sajak lama en nuri yang pernah terdilek oleh anak nuri kecil atau jantan dulu hampir 260 lebih. kami dapat kesan dalam buku catatan buruk bawah al mari.

- jika ada soalan terlepas pandang tidak dijawab , harap maaf.