Selasa, 25 Januari 2011

SENIBINA



kategori ahli lama aktif



Tak semudah kau sangka
Bila bermula
Terkerahlah segala jentera
Meregang segenap otot anggota
Memerah setiap saraf minda

Tak semudah yang kau sangka
Itu tak kena, ini tak kena
Aku suka, kau tak suka
Kau suka, aku tak suka

Malam-malam tak lena
Mata ternganga
Tangan bekerja
Sekalipun tubuh tak bermaya

Bila di penghujungnya
Bukan berakhir selamanya
Namun untuk seketika
Aku bisa lena
Kau suka atau tak suka
Aku tutup cerita.


OLEH: PETUALANG TIGA
sy terdetik buat sajak ni bila tgk org indon berkerja kt U kami ni...
25.10.2009






50 ulasan:

Viger berkata...

ISSU POLITIK SEMASA DAN BERLALU.



-Nizal jamaludin bekas PM perak dulu dah mula kempen dekat kampung Kurnia Jaya di surau Kemunting, lepas itu bagi beras dan gula. Maklum orang nak kekal dua kawasan DUN dan PERLEMAN. tapi yang tak syok dia duk hentam isteri PM tak pakai tudung . Bukan PM bagi duit habis kat isteri dia. Bukan nak bincang pasah keadaan semasa buang bayi ke, budak lepak ke. masalah awang hitam ke. macam mana orang ramai nak pergi surau, kalau WR dun ceramah mengutuk mengumpat orang. bukankah mengumpat itu lebih bahaya dari membunuh.

-Di Penang Guang Eing kata pelabur banyak masuk 2010 ke pulau pinang ini semua rakyat yakin dengan DAP bukan PKR atau PAS . sedap ceramah dia. Dia tak tahu ada orang bagi tahu dekat Mukriz . Itu kejayaan BN yang pergi rombongan melawan ke cina untuk menarik pelapor di sana. Depa ini sama seperti burung terkukur di mana ada padi masak, mereka pun mengaku, padi kami dah masak. pada hal orang lain yang buat kerja, seperti menabur, membersih sawah,menanam , membaja sehingga padi masak.

-Begitu juga dengan kedah Azizan kata BN merentah hasil balak sepuh juta nak dapat pun sakit. PAS boleh dapat dekat empat puluh juta setahun hasil balak. Eloklah hang tebang gila gila. Hang ingat pokok balak boleh tebang hari ini esok tumbuh. lima sepuluh tahun lagi hang nak tebang apa. Ini cara nak melukup. yakin lima tahun lagi agak tak merentah dah kut. itu tak bagi seratus juta. balak janji mangsa. Mana ada wawasan? Melabur di luar negara pun hasil tak balik. sampai mester been pun letak jawatan. macam untung kemana, modal lesap.

-Ustaz-ustaz yang warak bukan kerana parti. Mereka ini duk hairan kenapalah orang ramai para jumaah tak nak pergi solat berjumaah di surau atau masjid. Sebab depa duk buat karut macam ni, panggil bukan Islam perempuan pula tu bagi ceramah, nampak lebai, tapi mesjid dan surau tempat tabur fitnah. sekali dua orang boleh terima, tapi kalau selalu, tenguk muka AJK orang depa. Ada kutipan duit orang ramai, tiap malam ada ceramah, kena bayar dekat penceramah mereka. yang penyokong senyum lebar.

Depa mudah perasaan , sangka semua orang suka mereka kerana ceramah agama, tapi yang tak suka, tak menyukung pun, haram depa tak kira, bila orang tak datang cermah mereka kata jebon tak erti agama. derma orang ramai dekat masjid pun mula kurang. Ada juga flat sanggup bergelap duit kutipan api mentenen, sikit tak cukup. tapi AJK itu sanggup bagi dekat surau dua ratus sebulan untuk bayar ceramah. Depa ini licik, Dimana tempat pun AJK masjid atau surau kena ditawan dulu, lepas itu dia masuk jarum satu-satu jadi penyokong mereka. macam Qulbai


Catatan laporan lama yangdisimpan: daripada: gd, sb, anj, dan hantu raya diterbitkan semula; oleh Viger.

Lee Yap Hui berkata...

BULAN HIBA

Melankolik ini
berbunyi asing,
tanpa simfoni suara
sepi Lalu aku;
yang mahu bising diam,
dataran mati mengemis dan meminta;
perkabulan sebuah doa
Bulan ini menghiba
sayu tanpa bintang
memagar keliling lalu
ingin menari kaku dikekang gelap,
menangis dan meratap;
kehilangan sebuah cerita


Lee Yap Hui
percubaan pertama kali buat sajak dgn bantuan rakan

Vee Nathan berkata...

HUTANG LANGSAI

wah lega akhirnya
setelah bertahun aku bertahan
kadang termiss satu bulan
dan akhirnya
pada saat dan ketika ini
inilah sumbangan terakhir
hutang dah langsai
dan selepas ini
duitku pasti berlebih
lega sungguh lega
kereta dah habis bayar
eh… cantik pulak kereta tu
sesuai dengan gayaku
ah… aku mampu
apa salahnya kan
tempah terus lagi baik
biar semua terbeliak mata
ah… tak sempat nak bebas
hutang lagi sekali
tapi aku berjanji
ini yang terakhir


Vee Nathan
harap qalam terima sajak dari org india

Nor Atikah berkata...

MUNAFIK CINTA

bukan munafik cinta
tumpahan kasihmu itu
perlu aku keringkan
jangan menangis lagi
kelak ada hari untuk cintamu itu.
bukan aku lelakinya
itu harus kau telan.
duri-duri di sepanjang
liku hidupku ini perit menyakitkan
menusuk ke dalam, pedih sekali.
kucabut satu persatu
kuhimpun di dalam dulang kesabaran.
aku merasainya sungguh
lebih dari itu akhirnya,
kemanisan ini tiba
aku mengerti kerana semuanya
kerana duri sepanjang liku dilalui
tiada terbayar untuk kunikmatinya.


Nor Athirah
sajak utk pertandingan

Tengku Anuar berkata...

DINDING

pada kaku dinding sedia kotor
tersulam harum likat
serba kumuhan diri
kau tuliskan kepandaianmu
marah kepada kepala kepartian
suka tinggalkan nombor peribadi
carutan tidak enak dibaca mata
macam terkeluar dari geliga diri
dalam banyak cerdik itu
tertulis satu baris kata-kata
jangan conteng di dinding ini
aku senyum kepada dinding kaku
kerana wajahmu dipuja
ramai manusia cerdik


Tengku Anuar
sajak tentang isu semasa

Qalam Mutriara berkata...

SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

BULAN HIBA sajak oleh sdra. Lee Yap Hui pengucapannya bagai berbau sinis sadikit. Penceritaannya keadaan yang menyedehkan telah berlaku. bila mana dahulu suasana yang dirasakannya indah untuk bersama, tetiba keadaan bertukar menjadi hiba dan sedeh kerana cerita yang diharapkan menjadi kenyartaan , tetapi ternyata tiada pula kesudahan atau penamatnya. Menangis dan merataplah semua penonton, bagai bulan kehilangan bintang-bintang yang memagarinya. Sedeh dan hiba tiada lagi lagu yang mengiringinya, malah yang mahu bising pun boleh terdiam. bisu dan kaku. Semuanya ternyata kehilangan cerita. Cuma andaian saja. (TU)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

UTANG LANGSAI sajak oleh sdra. Vee Nathan ternyata sajak paling santai danjuga relax membacanya: Penceritaannya amat mudah buat sesiapa pun bila hutang yang mungkin bertahun lamanya kini telah langsai.pastinya ada duit lebih dari gaji bulanan kerana tiada pemotongannya lagi. Dan boleh berkira beli kereta atau rumah dan benda-benda yang lain pula. Tetapi bagi penulis mungkin ini utang yang terakhir, lepas ini agak sedeh untuk berutang lagi. Apa pun kedudukan diri perlu dijaga biar ada sadikit orang sebelah atau jiran-jiran buka mata. Cuma andain saja. (B)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

MUNAFIK CINTA sajak oleh sdri Nor Athirah pengucapannya ada berbau jiwa-jiwa sadikit, mungkin ada cerita orangmuda punya biasa kebarangkalian sebelum ini ada
Cerita mengharapkan kasih tetapi bila kasih tercurah , ternyata ada cerita yang mungkin boleh melukai hati, kerana munafiknya cinta yang cuba memberi, lalu untuk tidak jadi pengemis cinta mungkin tiga segi. Lali si penulis sedia mengundurkan diri. Kerana terasa bagai tiada nilai pengorbanan cinta yang akan diberi terpaksa berkongsi dengan orang lain pula. Semoga cari lain sebagai ganti. Amin (U)

Badrolshah berkata...

apa nk jd dgn nasib dia malang sungguh

Pangeran Indera berkata...

rasanya org bunian atau hantu kacau dia nnt

Satria Juragan berkata...

sedih saja yg ada setakat n misteri xde pun dalam cerpen ni

Harimau Berantai berkata...

mngkin ada nenek kebayan yg tolong dia nnt

Nik Aziman berkata...

ingatkan sajak politik rupanya sajak zaman nabi

Salleh Muhamadon berkata...

sajak tentang pejuangan menarik

Ibnu Siddiq berkata...

eh! sajak ni mcm sajak zaman nabi muhamad jer..

Golok Buta berkata...

sajak ni psl israk mikraj ker?

Abul Hassan berkata...

sajak pasal awal muharam ke ni?

Mei Ling berkata...

kahlid ni sapa plak en nuri?

Rossa Long berkata...

mekah kat mana plak ni?

Suara Rakyat berkata...

sajka pasal ramadhan ker? ingatkan sajak psl poltik

Husni KOla berkata...

sajak lama plak nampaknya kali ni

Salam berkata...

menarik sajak en nuri ni

Vijay KUmar berkata...

sajak en nuri xphm la...

Raju Linggam berkata...

ramadahan bnda apa plak en nuri?

Zuraifah berkata...

pejuangan rasulllah rupanya sajak ni

Diana Sanubari berkata...

sajak yg amat menarik teringat lagu rasullalh

Capricorn berkata...

sajak pasal buruh kasar ke petualang tiga?

Ustazah Hamidah berkata...

sajak mcm utk buruh binaan jer...

Cikgu Rahim berkata...

sajak ni utk indon ke petualang tiga?

Nurse Lisa berkata...

sedih plak mengenag org keje buruh binaan bila baca sajak ni

Ustaz Zamree berkata...

lps ni katogori apa plak?

Bulan Terang berkata...

nizar tu la point dia keje nk hentam pasal najib jer..

Jengking Perak berkata...

nizar tu x sedar dia tu tamak sekali dua kerusi dia pegang

Seruling Kelana berkata...

ha! aku ada dgr pasal ni msa tu pegi dgn ayah aku sbb ayah aku PKR tp aku ni tgh2 kdg2 rasa meluat plak tgk nizar ni entah mcm mana ayah aku boleh sokong dia

Guest berkata...

biarlah najib punya isteri x pakai tudung yg tu antara dia dia dgn tuhan...

Bos Kacak berkata...

walaupun isteri najib x pakai tudung sekalipun ada dia hina nizar? nizar x pikir tu

Atuk berkata...

pembangkang mmg mcm tu keja xnk buat tp nak nama...

Brader Joe berkata...

kesian mukriz sepatutnya dia mahu umumkan kat semua baru org thu..

Suara Tiada berkata...

sian mukriz umpama lembu pnya susu sapi dapat nama.

Warga Emas berkata...

x malu la dorg pakai mengaku je padahal bukan dorg pnya kerja

Supain Sipaun berkata...

dorg ni tebang pokok x pikir masa penjang nk msa pendek jer.. bodo btol..

Qalam Musoffa berkata...

sdorg beagi duit byk2 bukan apa sbb dorg yakin PRU 13 dorg x boleh menang

Haji Khali berkata...

masa ni dorg nk habiskan duit yg ada sbb dorg dh nk terlungkup...

Haji Hamdan berkata...

btol2 dorg ni x reti malu ke? termsuk la qulbai

Tuan Haji Abkam berkata...

apa yg seronok sgt menabur fitnah x thu...

Orang Lama berkata...

dorg x pikir tu akhirat nnt disoal

Mak Mah berkata...

dorg ni hanya syok sendiri je padahal penyokong x byk mana pun

Ustaz Zaidi berkata...

sbb tu pembangkang ni muka dorg semua xdes seri sbb keja menipu...

Abdullah Gadafi berkata...

dorg ni kebanyakan pikir diri sendiri je x pikir rakyat

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

DINDING sajak oleh Tengku Anuar pengucapannya membicarakan isu semasa yang berlaku pada tandas dan dinding tembuk yang kaku tidak bernyawa. Terlalu biasa ada
Tangan yang gatal untuk melukis dan menulis nombor peribadi dan sebagainya. Ini juga mungkin untuk menunjukan kepada orang awan agar cuba memerhati hasil seni kreatif mereka untuk dinilai tidak perlu beri kemenangan, mungkin sekadar suka-suka
Itulah budaya cerdek tak boleh diikut, pandai tak boleh diajar. Semoga yang membaca
Boleh menilai akan kebodohan sesaorang itu. Amin. (TB)