Rabu, 5 Januari 2011

SEORANG TUA GELADANGAN




Al kisah seorang tua geladangan
mati dilanggar kereta atau pun lori
tidak ada siapa pun yang mengetahui
kakinya  patah  tengkoknya terkulai
darahnya  membuak membasahi bumi
ditengah kesibukan jalanraya di pagi hari
tubuh terbujur kaku nadinya pun terhenti.
Kini tiada siapa pun yang sudi memikirkan
pasti ada cerita tersendiri yang tersembunyi
Bagaimanakah  geladangan boleh terjadi begini?
adakah bergaduh dengan ibu atau pun isteri
atau teman segeladangan membiarkan
ada masallah atau pun  tekanan sakit jiwa
ataupun balasan tahana kepada keluarganya?
Inilah satu pengajaran yang patut kita renung bersama...


Oleh: Nurimanja,
Padang Kota. Pulau Pinang
Tarikh:    30  September, 2010




50 ulasan:

nurimanja berkata...

BERSAMBUNG. Bab 5/ siri 1 Oleh Nurimanja PK..2002
BAB 5

Di Sekolah Agama Rakyat Simpang Tiga aku belajar tidak lama sekadar Tahdirin Sani sahaja,di Sekolah Agama Rakyat Samsul Maarif Al Wataniah, Tanjung Piandang aku sambung ke kelas Abtidae awal, setahun belajar aku lompat kelas Abtidae Sales ,kemudian Shanawi Awal. Setahun kemudian aku lompat lagi kelas Shanawi Sales ,
Di sekolah inilah aku sering saja jatuh sakit, deman, selsema , lelah, sakit kepala, mungkin aku diam di dalam sebuah pondok yang sempek udaranya kurang, disebabkan pondok didirikan lebeh kurang dua depa sebuah,aku kurang dapat udara, malah kawasan yang semak samun dengan sabut kelapa, bersama air yang betakung bila hujan.

Kedudukan pondok juga tidak begitu selesa. Tepi parit taliair pondok Mat Asari, nomber dua pondok aku ,nomber tiga pondok Abdul Hajar Marzuki, nomber empat pondok Abu Hamzah dan yang akhir sekali pondok Aziz Salim budak Lasak, Sungai Siput. Jikalau aku sakit merekalah yang tolong aku, ambil air dan beli laut di kantin.

Man Pondan tauke penjual kantin sekolah. Aku paling suka bihun laksanya, kuah pekat, isi ikan banyak, tetapi aku tidak boleh makan belacan, bila makan saja mulalah bersen, kemudian kena selsema, dan dua tiga hari pula deman dan tidak pergi ke sekolah.

Dalam Shanawi Sales aku terpaksa belajar dua aliran Bahasa Arab dan Akademek, Guru aku Cekgu Omar Dan[PPM] pernah berkata, Tembaklah dua ekor burung dengan se ketul batu. aku selalu berfikir, apa benda itu? akhirnya aku dapat jawapan setelah aku tamat, Aku mendapat dua sijil, SRP dan Shanawi Salis belajar dalam satu masa.

Waktu di pondok aku memang jarang keluar, sesekali saja ikut Aziz dan Hamzah berjoging, dari jalan Sungai Labu Atas Ke Sungai Labu Bawah, itu pun tidak tamat , sebab aku semput, main badminton memang aku minat , walaupun penat Aziz dan Hamzah tak mudah mengalahkan aku,walaupun aku selalu semput.

Tetapi cuma ada seorang budak bernama Hambali itu yang aku sering kalah, dia pandai main tepi net, dan hantaran jauh kebelakang , itu yang membuat aku penat, tak terkejar dibuatnya, kini dia aku dengar dah jadi tentera. Baguslah bekhidmat untuk negara.

BERSAMBUNG.

Hajjah Jamilah berkata...

TERASA YANG RASA

pandang bintang kelip kelip.
dalam berjuta kecil itu,
ada 1 bintang sinar
sampai butakan hati aku,
bukan mata tusuk panah sampai hati
kadang nak lari biarkan rasa julung ini tapi tak boleh lari
sebab dia ikat hati aku.
dan segala apa yang aku punya.
cuma kini biar rasa ini kekal
sebab aku tinggikan rasa makin terasa ini untuk aku makin terasa
sampai rasa terasa


Hajjah Jamilah
saya isteri kepada tuan haji abkam

Anis Syahila berkata...

HATI MATI

hati aku mati untuk berhati.
mati hati bila berhati hati.
hati aku mati jika di biarkan
mati sikit demi sedikit.
makin lama makin sedepa.
makin dalam makin tenat.
bisa badan aku jadi minta tolong
boleh beri aku hati kau.
Suapaya bisa aku hidup kembali.
sebab hati aku mahu hati kau.
mohon hatikan hati kau
sama hati mati aku.

Anis Syahila
maaf tuan blog tumpang hantar sajak sbb hntar kat majalah smua xnk siar (sy anak encik sanusi)

Miss Seeta Dewi berkata...

SENYAP

Tidak puas rasanya aku bicarakan.
Payah untuk aku lepaskan.
Sukar juga untuk aku luahkan.
Benci perasaan ini.
Dalam hati berkata begitu
tetapi di bibir berkata begini.
Tidak jelas butir-butir
apa yang mahu disuakan.
Hanya kabur ditutup litup
kata yang kononnya indah.
Ah! Tidak usah panjang cerita.
Memang payah mahu rungkai kata.
Kerana apa yang dihasratkan,
memang payah untuk difahamkan.
Apatah lagi untuk memahamkan.
Jalan terbaik senyapkan saja


Miss Seeta Dewi
sy penjga blog harap qalam terima sajak dari sy ni

Camelia Jumbagat berkata...

CINTA FIRDAUS

ku merasa tak bisa menjauh
kerna kita terbiasa bersama
salahkah diriku
menyayangimu kasih
aku ingin bersamamu
hingga di batas waktuku
aku tak ingin sendiri melayari sepi
hingga akhir nanti
badai deras ombak hati
lemas perasaan sendiri
hampir jiwa mati
tak mungkin sang bulan sembuhi
luka berdarah ini
cinta di duniawi
ku lanjut ke firdausi
melangkah mahligai cinta Islami
walau seribu tahun berakhir
asal bahgia kelak bersemi
anugerah cinta abadi Ilahi

Camelia Jumbagat
salam perkenalan dari sy penjaga blog jgk

Qalam Mutiara berkata...

Sajak daripada isteri tuan haji abkam , Puan Hajjah Jamilah dengan sajakanya bertajuk: TERASA YANG RASA. Pengucapannya bagai ada sesuatu yang telah terikat atau telah pun bersama dalam perjanjian , terasa diri bagai terperangkap dan hati ingin lari, tetapi apakan daya kerana hati telah pun merasa apa yang telah dirasakan. Untuk menunggu sampai bila untuk tidak mahu merasa, menyeksakan diri, untuk bebas perlulah ambil tindakan untuk membebaskan keadaan. Jika tidak anda terus merasa apa yang sedang anda rasakan. Semoga keadaan yang sedang anda rasakan, boleh menyakinkan. Fikirlah jika perlu diteruskan. Amin

Qalam Mutiara berkata...

Sajak Sdri Anis Syahila bettajuk HATI MATI tajuknya pun sudah mendebarkan. Pekiraannya bagai mahu mati kalau hati sudah mati, makan tak lalu tidur pun tak lena mandi pun tak basah. Ini amat tenat penyakit yang sukar diubat. Sebenarnya hati ini biasanya suka berubaha-ubah (kalbun) dalam bahasa arabnya. Oleh itu hati mesti dijaga sebaik mungkin pertama masukkan keimanan mengenal ilmu ketuhanan dahulu. Selepas itu baru yang lainnya. Nescaya anda pergi kemana pun hati anda tidak akan rasa sakit atau mahu mati. Kerana qada dan qadar telah menyelinap menjadi hak Binting atau perisai pertahanannya. Serah saja hati pada tuhan ia akan membalas cintamu. Amin

Qalam Mutiara berkata...

Miss Seeta Dewi dengan sajaknya bertajuk: SENYAP. Ternytaa pengucapannya bagai bersahaja, tetapi punyak maksud yang tersendiri. Jawaban yang paling mudah dan tepat untuk bf anda diam sahaja. Supaya derama atau dialog sandiwaranya dapat di terjemahkan dengan senyap ataupun berdiam diri sahaja. Semoga bf anda faham dan sikap senyap anda akan membawa sukses. Okey!

Qalam Mutiara berkata...

CINTA FIRDAUS sajak nukilan daripada sdri. Camelia Jumbagat, nampaknya semua warga penjaga blog kawan-kaawan Nur Atikah agaknya. Ada berbau jiwa-jiwa sedikit
pengucapannya. Apa-apa pun biasalah penyakit rangmuda punya biasa. Sebenarnya Allah menjadikan umatnya dia suka melihat mereka berkasih sayang di anatara lelaki dan wanita. Seperti Adam dan hawa .Tetapi biarlah pada jalan kebebarannya. Tetapi manusia mudah lupa. Oleh itu belajarlah dahulu mencinati tuhan sebelum menyintai dan mengharapkan kasih sayang sesama manusia, kerana yang abadi itu tuhanMu. Amin

Mei Ling berkata...

Tahdirin Sani apa ni en nuri makin lama makin xphm cerpen en nuri ni byk aya2 bru

Jessica Liew berkata...

Abtidae awal bnda apa plak ni?

Mr David berkata...

Shanawi Awal nama org ke en nuri?

Danial berkata...

1 pondok 1 org je ke???

Ustaz Muda berkata...

huh! 1 pondok sorg je en nuri? masa sy dulu 1 pondok 3org

Putera Damien berkata...

x takut ke tinggal dalam hutan tu en nuri?

Abdullah Fikry berkata...

bahaya tinggal sorg klu en nuri jtuh sakit mcm mana?

Sarah berkata...

keciknye pondok en nuri...

Adi Cana\ berkata...

selesa ke en nuri? sbb kecik sgt la pondok tu

Halilintar berkata...

huh! kalau malam2 en nuri xleh bangun sakit bahaya tinggal sorg2..

Olie Pajutdy berkata...

x kena penyakit ke? byk nyamuk tingggal dekat semak ni

Tetamu Malam berkata...

kalau en nuri kena histeria mcm mana? dah la en nuri tinggal sorg jer..

Tuan Haji Abkam berkata...

sama seprti sy jgk dulu skola pondok tapi sy skola pondok di indonesia...

Supain Sipaun berkata...

x takut ke en nuri? hutan je sekeliling?

Pak Ngah But berkata...

mana mereka smua en nuri? en nuri msih berhubung lagi ke?

Kembara Budiman berkata...

5 org je? kenapa sikit sgt?

Ustaz Majusi berkata...

setahu sy skola pondok ni ramai kenapa en nuri ada 5 org je?

Jeffry berkata...

sy pnh jgk skola pondok tp beberapa bulan saja sbb x tahan...

Budak Rap berkata...

eh! pondan pun ada skola pondok ke? hahahhaaha

Seri Suri berkata...

en nuri elergic belacan ke?>??

Haji Atang berkata...

mana nk sedap kalau makan xde belacan en nuri sian en nuri elergic

Golok Buta berkata...

laksa letak belacan ke? bukan letak otak udang ker?

Raja Muda berkata...

x sakit perut ke hari2 makan laksa jer?

Ustaz Deris berkata...

omar dan? mcm pnh dgr saja dia pengawai penjaga kan? sbb kwn sy ada kwn nama omar dan....

Nabil Quldi berkata...

semua kawan2 en nuri skrg jd apa? ustaz ke?

Wasiril Azmi berkata...

eh! knapa jd tentera plak wlpn skola pondok?

Mr Aiman berkata...

en nuri hebat jgk main badminton ni

Ustaz Saad berkata...

en nuri ni asyik semput je? penyakit keturunan ker?

Sulaiman Embong berkata...

en nuri x beli ubat hisap ke? sbb sy pun semput tp bila selalu guna ubat hisap alhamdulilah skrg dh kurang

Ustaz Sahzan berkata...

mcm mana en nuri thu semua pasal ni? ni msti masa muda en nuri rajin menulis diari ni sbb dgn diari kdg2 kita boleh buat novel

Ustaz Zamree berkata...

sajak misteri la apa jd kat org tua tu?

Julia berkata...

sapa org tua geladangan tu en nuri?

Puteri Bunian berkata...

org tua tu mati ke akhir sekali?

Pak Awang berkata...

suspen la sajak ni sapa org tua geladangan tu?

Ustazah Janariah berkata...

sajak ni agak misteri la...

Pak Bostamam berkata...

sajak yg agak simbolik jgk

Badrolshah berkata...

sajak ni en nuri buat utk sapa? org buta ke?

Encik Sanusi Rostam berkata...

sajak org tua ni msti ada maksud tersirat ni

Umar Haslam berkata...

sajak berkenaan pasal kehidupan ke en nuri?

Tengku Anita berkata...

sajak org tua ni en nuri tuju kepada siapa?

Qulbai Khaisai berkata...

sajak politik ke en nuri? org tua ni sapa? najib ker? haha