Rabu, 19 Januari 2011

MENCABAR KEPAYAHAN



kategori pekerja bomba

 

Krisis ekonomi virus baru
muncul pantas tanpa diduga
tembok berduri minta disapa
rugi jika tidak berani mencuba
malu jika tidak bereksperimen
mencabar akal mencari yang murni
alam semesta diatur selesa
sedangkan langit belum runtuh
matahari masih terbit di Timur
murai merbah terus bernyanyi
rambutan pulasan ranum di dusun
setiap yang wujud berfungsi
sederap langkah akan ditanya
kenapa murung berputus asa?
Mari mendaki Gunung Tahan
juga semangat diri sendiri
sama sukarnya menakluki Everest
tiada emas di puncak sana
pulangnya tanpa janji duit seguni
cuma emas lain dimiliki
lulus ujian mencabar kepayahan.


OLEH: LATIF BOMBA
di kota baru
sajak ni di buat sy bersama rakan2
siar semula tarikh; 19/01/2011






50 ulasan:

Mawar Merah berkata...

KELMARIN AKU WUJUDKAN

Kelmarin aku wujudkan
rasa untuk sesuatu.
Kelmarin juga aku
wujudkan kisah untuk sesuatu…
Kelmarin juga aku
tinggalkan sesuatu untuk sesuatu…
Semalam apa yang aku
wujudkan rasa sesuatu telah terasa…
Semalam juga apa yang aku
wujudkan kisah sesuatu terkisah
Semalam juga apa aku tinggalkan untuk sesuatu telah bersatu…
Hari ini apa terasa telah kutahu
Hari ini juga apa terkisah
aku dah tak kisah…
Hari ini juga rindu yang
terdiam dulu telah bersatu…


Mawar Merah
ambik tempat mawar putih yang ke oversea...

Sarah berkata...

RACUN INGATAN

terbias di balik kata
terhidu bauan asing..
menerjah padangan ke arah bayangan
lalu terdampar dalam kenangan
resah kusut gelisah lagi diburu..
seakan mengamit laju
kitaran semalam
merosakkan keceriaan pagi
pelangi petang dilihat suram
racun ingatanku dulu


Sarah
sajak utk sayembara

Pak Ngah But berkata...

KALIAN CELAKA

kau mahu nampak wira dimata semua
sedangkan kaulah dalang puncanya
mahu dingat diratap
bagai ultraman melawan raksaksa
sedangkan keduanya sama sahaja
konon pertahan maruah agama-bangsa
sedangkan kami sikit
tak pernah rasa beza warna-bahasa
hinggalah kau datang
percik api menyala
apa kalian sudah lupa
sejarah dulukala?
hey kalian memang celaka
usah karang cerita
usah berkelahi segala
usah saling siram api menyala
banyak lagi derita rakyat
yang masih perlu kalian bela.


Pak Ngah But
sajak simbolik utk pertandingan sajak ini

Jeffry berkata...

BUAT PENGIAT SENI

Kamu adalah neraka
Aku ditunggu sekian lama
agar aku boleh diseksa
sehingga tangisan pilu
menitis laju meledak menyala
membakar kedinginan Syurga.
Maaf belum sempat membaca
Kerana membenarkan
kapitalis sedunia
Mencuri seni dari jiwa!
Membiarkan hatiku reput kejar harta
maaf terutamanya tuan bijaksana
Kerana saya berjanji
Akan giat semula di sini
Ketika kali terakhir bertemunya
Saya lihat kamu masih lagi menulis!
Tidak sabar merasai ia semula
Si Pekak, Si Tempang
Tuan Pengerusi dan Si Jongang
Karya kamu amat saya rindui
emosi,pengemis jiwa dan semua
Karya kamu akan saya nikmati
Dan biar apa pun yang kamu ceburi
Harus jangan dibiar rasa itu mati
Buat pengiat seni


Jeffry
sajak simbolik bersama ayah sy yang agak susah utk qalam semoga berjaya! hehe

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

KEMARIN AKU WUJUKAN nukilan sajak daripada Mawar Merah Pengucapannya bagi menceritakan kisah yang lalu untuk kebaikan bersama. Mungkin selama ini si penulis agaknya jadi orang tengah untuk menyelesaikan masalah, namun ada kereshan yang mungkin kian memanjang. Lama lelamaan mereka terasa dan sedar kembali akan apa yang terjadi mungkin satukesilapan yang tidak disengajakan. , kini mula menyesal dan kembali bersatu. Jika dulu tidak bersama, kini mungkin bermesra berputik semula. Itulah pengorbanan seorang sahabat yang merelakan.Amin (B)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

RACUN INGATAN kepala sajak oleh sdri sarah. Pengucapannya pendek sahaja.Namun punya cerita yang tersendiri agaknya. Kebarangkalian dulu ada memory yang masih kental dalam ingatan, sesekali resah, gelisah di baham kekusutan, masa berlalu hati tetap mengamit rasa, terasa bagai merosakan suasana kehidupan. Sekali dikenang terasa bagai diracun segala ingatan . Semoga kita kembali kepada ketentuan taqdir ilahi. Amin (TB)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

Pak Ngah But Nyata pengucapannya bagai terasa menerjah angin kemarahan untuk diluahkan dalam sajaknya bertajuk KALIAN CELAKA. Sebagai seorang yang telah lama menyedut udara tuhan, beberapa kali darah naik memuncak kekepala, memikir akan apakah jadahnya bangsa kita, selalu bersengkita sesame kita, sedangkan orang lain pula mengaut keuntungan. Lebeh parah dan gelisah bilamana sesame menyeram minyak pada api yang belum menyala. Ada yang mahu jadi dalang dan ada pula yang mahu jadi petualang.Dimana letak kata membela bangsa, agama dan Negara? Sebenarnya rakyat kini masih ada yang hidup menderita, jenguk-jenguklah sekali di daerah desa yang jauh di mata. Syabas! Pak Ngah But! Kebenaran itu tetap berada dimana-mana, Amin (TU)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

Jeffry dengan nukilan sajaknya BUAT PENGIAT SENI. Pengucapannya ternyata untuk pengiat seni tetapi ada semboliknya pada sandaran cerita lain, mungkin juga ada berbaun, dan bercapur aduk dengan segala macam kerenah kehidupan harian. Sesekali terasa juga ingin marah pada penyamun dan perompak yang suka mengaut keuntungan dari hasil keringat orang lain , seperti cetak rompak dan lainnya. Bagi pengiat seni kekadang terperangkap dengan kotraknya ada yang untung dan pula yang rugi semuanya. P. Ramlee sepatutnya kayaraya, tetapi apa yang ada cuma papa kedana.Tetapi kini kita menulis secara bebas di alam maya berkarya sesame kita, tidak perlu ada royalty. Kini zama IT semua kecangihan ada, anda boleh buat apa yang anda suka. Semoga BPS dapat sukes apa yang ada. Amin. (U) cuma andain saja.Sajak ini pada dasar baik , tetapi telah jadi rosak dari pengucapannya yang sebenar kerana terlalu banyak untuk dikelirukan.

Puan Rosnah berkata...

kambing ni kaler apa en nuri?

Atan Yahoo berkata...

semua kambing betina ke jantan?

Budak Surau berkata...

kambing ni en nuri dapat yg anak dia ke? atau mmg dh besar punya

Orang Lama berkata...

sajak yg agak simbolik yg menarik!

Sharifah berkata...

btol tu setiap haiwan ada peranan masing2

Roslan Bidin berkata...

sajak ni berkenaan pasal apa en nuri?

Zainal Arifin berkata...

dua bintaang ni nampak mcm sama tp berbeza cara cari makan...

Saudagar Emas berkata...

best sajak en nuri ni atas bawah pun boleh cari rezeki

Ustazah Hamidah berkata...

sajak binatang ni ada sinis ke en nuri?

Nabil Quldi berkata...

apa agaknya maksud tersirat dalam sajak en nuri ni

Petualang Tiga berkata...

eh! sajak en nuri ni mcm ada maksud disebaliknya

Mak Mah berkata...

2 binatang berbeza cari mkan pun berbeza... simbolik sungguh

Brader Joe berkata...

latif bomba? ni mcm nama kawan aku kat jabatan bomba tempat aku keje je... latif anuar. nnt nk tanya dia..

Kembara Budiman berkata...

sajak berkenaan pasal bomba ker?

Karim Ghani berkata...

sajak ahli aktif xde ke en nuri? asyik ahli xpnh dgr pun nama dorg ni

Tinta Bayu berkata...

latif bomba? dia ahli ker? cpnh nmpk pun

Hamba Allah berkata...

sajak kehidupan bomba kalau x salah aku sajak dia ni

Geletek Malam berkata...

eh! aku ingatkan brader joe je bomba kat sini latif pun bomba jgk ker?

Pilor Bahrin berkata...

eh! latif bomba ni ahli ke? kenapa siar sajak dia?

Latif Bomba berkata...

wah! terima kasih en nuri sy diberitahu brader joe td... maaf agak lama sy x singgah sini sbb intenet kena potong skrg tumpang intenet brader joe....

Mei Ling berkata...

kmbing en nuri ni kalau jual berapa ratus msa tu?

Awang Leman berkata...

sepanjang en nuri bela kambing ni ada yg jtuh parit x? hehe

Wasiril Azmi berkata...

mcm mana en nuri boleh tahan bau kambing

Orang Lama berkata...

masa ni en nuri x skola ke? asyik dgn kmbing jer...

Nur Atikah berkata...

brapa tahun en nuri gembala kambing ni?

Shuhada berkata...

kambing en nuri ni bukan sembarangan kmbing ni

Caprircorn berkata...

apek tu jual kat en nuri ke? atau bagi pinjam jer?

Warga Emas berkata...

en nuri dpt berapa upah bela kambing ni?

Ustaz Zulkainaan berkata...

en nuri siap boleh main guli lagi? hehehhehee

Salam berkata...

kalau kmbing mcm ni sy pun nk jaga sbb senang dia ikut cakap....

Nahul Hidzar berkata...

hahaahaha lawak pun ada kambing ni...

Qalam Musoffa berkata...

sambung lagi nak thu jgk apa jd kat kmbing tu akhir sekali....

Richard Sirosa berkata...

kambing je ker en nuri bela? ayam xde?

Kevin Chong berkata...

kambing ni mmg misteri.. entah2 jelmaan hantu raya agaknya? heheh

dam catur berkata...

sajak cicak dan buaya? mcm sajak lama jer/

Encik Sanusi Rostam berkata...

sajak ni menarik walau sy xpdt tangkap tp agak kretif sajak perbandingan ni

Bulp Omen berkata...

sajak cicak ni berkenaan pasal apa plak?

Sadaqallah Azim berkata...

sajak ketuhanan ke ni?

Muhamad Rabbi berkata...

sajak yg agak simbolik yg menarik wlpon sy xphm

Mr David berkata...

best jgk sambung lagi en nuri..

Mat Toopa berkata...

seronok plak cerita pasal kambing ni....

nurimanja berkata...

JAWAPAN PILIHAN RENGKAS SECARA RAMBANG SAHAJA.


-Pertama kita simpati juga dengan haji ghamidi, dengan saya
dia mungkin tiada sengketa, dengan budak2 muda nakal ini,
macam anak kambing saya, saya minta maaf pada keluarga
tuan haji Ghamidi. kerana kita tak sunyi daripada kesilapan.

-benar apa yang anda kata, sampai hari ini saya tidak dapat
jawapannya , macam mana kambing itu tahu jam pukul lima
petang siap sedia masuk kandang/reban, tidak bising pun.
saya tapik dekat apek cina yang namanya Ah Kap.

-Cina Ah Kap ini pun best juga cerita dia (nanti saya cerita )
dalam ulasan sajak pilihan kategori, Viger taip balik semula.

- Diserawak ada sekor kambing educated nanti saya cerita
best juga dia ligan atau kejar anak dara samapi dalam bilik.
kambing ini berak dlm tangki semen saya, dia makan nasi
dalam periuk saya. bau dia dua tiga depa dah hamis....Yang
syoknya patang tenguk perempuan berkeban....

-Warna kambing saya macam2, lima ekor tu macam satu
keluarga pelarian, anak kecil pun ada. Sebab cina Ah Kap
duduk seberang sungai, dia hantar dengan samapn. macam
orang pelarian saya tenguk kambing itu. di sebelah sana
ada estate juga, pengurus arah pekerja dia sembur racun,
bila kambing Ah Cap masuk estate, makan rumpun matilah .
baki itu yang dipindahkan atau dia bagi dekat ayah saya.

-lembu tak ada, tiga ekor kambing yang ada tali saya pegang,
hari itu saya balik sekolah lewat, hampir lebih jam 1 tengah
hari, (sekolah rendah dulu 12.30 balik.) main punya pasal.
tiga ekor kambing itu, agaknya lapar sangat, dibawa saya juga
berlari lentang pukang jadinya. saya lepas, menyesal saya
mereka cukup lapar tame makan. Maaf kambing.

- tahi kambing, tahi ayam mereka buat baja yang saya tahu,

- abang saya dua orang, seorang kerja dekar estate, seorang
lagi bantu ayah kerja di bendang, ke sungai, atau dia sendiri
buat bubu atau gerogoh tahan udang galah atau ikan baung,
jual dia dapat duit sikit, malam main kugiran, siang dia berlatih
nyanyi dalam sungai terjerit2 orang kampung semua dengar
suara dia. sambil kayuh sampan angkat bubu dia. orang muda.

-klau jaga kambing mana ada upah, nak jual tahi kambing,
kena tunggu berapa tahun. dengan busuk bau kambing, semua belah. Aku sememangnya tak ada kerja. Ayam masa kecil saya takut bila besar ada juga bela dengan itik sekali. Saya jugalah yang kompul telor ayam untuk ayah jual seminggu sekali di pekan selasa. (sapa tak kenal pak ndak mahmud) kayuh basikal saja ke pekang selasa simpang tiga. hari ini membernya semua telah pergi Al fatihah....