Selasa, 11 Januari 2011

BICARA PADA MALAM





Malam,
Keindahanmu
Pada kegerlipan
Bersama kegelapan
Bintang-bintang kecil.

Malam,
Jika bintang
Enggan mengerlip
Sinar kecilnya
Kau pun menjadi muram.

Malam,
Sepimu itu
Cukup menawan
Menjadikan aku alpa
Pada kepenatan di siang hari.

Oleh: Nurimanja,
Catatan September 1983.
Brown Garden Pulau Mutiara.





50 ulasan:

nurimanja berkata...

. BAB 6 siri 5 BUDAK PONDOK OLEH: NURIMANJA PERAK

Banyak juga aku menerima surat daripa peminat dari iban dan bidayuh , orang kampung ,selain daripada kaum Melanau dan M elayu serawak.selain daripa rakan rakan penulis sendiri, aku sering ke Dewan Bahasa Dan PUSTAKA cawanagn Serawak bila musim citu Gawai, kami akan berbengkel selama seminggu di situ, berbincang danmenulis berkaiatan dengan cerpen dan cerita kanak-kanak.


Satu peristiwa yang aku tidak dapat lupakan , bila aku pergi mengikuti Bengkil Penulisan di Kuching , Bagaimana orang kampung Rajang tempat aku mengajar dapat berita kata aku meninggal , satu kampung turut sedeh, ada yang menagis termasuk anak murid aku yang sering datang ke rumahku, Hamper Pak Cik Bujang bapa angkat aku nak buat kenduri Aruah.


Bila aku sampai ke Warp pelantar bot aku lihat semua orang kampung semacam saja melihat aku, beberapa orang anak murid aku datang terkam dan memengang tangan aku, sambil berkata dalam bahasa Melanau, Bek Nau didak kanawan pubak kawan kebas guru?. [kenapa ramai orang kata kau dan mati guru?].


Sememangnya sewaktu aku mengajar si sekolah itu aku selalu saja sakit-sakit dan boleh dikatakan orang sesalu saja sakit (Bejek) Pernah seorang nyonya yang buka kedai judi dan menuman keras di kampung itu membantu aku dengan memecit dan mengosok kaki tangan aku kerana kata nya denyutan nadi aku amat lemah, dan ramai orang datang ke kuatesr aku.


Masa itu keadaan aku memang tak terdaya lagi, terasa menunggu saat untuk mati.Aku kagum dengan budaya orang kampung Rajang, tidak kira bangsa dan kaum dan agama mereka saling bantu membantu diatara satu sama yang lain.


Dengan sikap ini aku masih dapat bertahan tinggal mengajar di kampung itu selama lima tahun tanpa menukar ke sekolah lain, Memang ada dua tiga orang anak gadis Melanau yang adahati dengan aku termasuk beberapa orang andartu yang tidak segan silu menyapa aku " tidak sunyikah tinggal seorang diri?" katanya.


Malah setiap kali aku melintas di hadapan rumah Pak Rasih yang ada kedai runcit di bawah rumahnya anak gadisnya sering membuka tingkap dan senyum padaku. Tetapi aku ingat pesan mak, jika hang pergi kesana aku dengar hang khawin dengan orang sana, itu bukannya tujuan berdakwah. Dua tiga orang kawan aku dari Pahang dan kedah sudah tersangkut dengan cikgu-cikgu Melanau di sana.Aku masih bertahan.

BERSAMBUNG.

Dayang berkata...

PERTAMA

setiapnya kalinya akan ada pertama.
yang paling pahit.
yang paling sukar.
yang paling menguji.
yang tertinggal cuma bayang senyum.
cuma sedikit haruman wangian
biasa guna cuma siapa ada sempat ambil tadi orang kata selalunya cuma awal begini di harap,
biar sampai ke hujung kita begini.
memohon dilengkapi.
menadah doa biar selalu dilingkungi begini.
tak apa kita tak senang selalu.
tak apa kita berjauh beribu batu.
biar yang mengikat itu kuat.
untuk pertama kalinya berjauh.
mata akan kejam untuk tidak lena.
hati gusar untuk memikir hari esok.
semoga matahari dan bulan
tidak memanjangkan hari kita.


Dayang
sajak utk sayembara

Siti Hajar berkata...

SETIAP

aku benci menunggu hari kau datang
tapi aku tetap menunggu tanpa pasti
aku sangat benci masa melenggang
tapi aku tetap mahu menanti
setiap kali siang malam berganti
setiap yang hidup tetap mati
setiap yang datang akan pergi
setiap yang habis akan mula lagi
setiap indah bukan milik hakiki


Siti Hajar
sajak baru di buat utk sayembara

Ustaz Majusi berkata...

WARNA KEHIDUPAN

hari ini merah
dengan semua rasa
amarah yang indah
cinta yang indah
rindu yang indah
alangkan benci pun menjadi indah
tapi akal statik
bibir beku seiring lidah beku
merah pudar diliput hitam putih
akhirnya biru,
adalah antagonis merahku.


Ustaz Majusi
sajak utk di pertandingkan

Orang Lama berkata...

MUNGKIN

mungkin aku sudah lupa cerita lepas
mungkin, aku sudah buang semua
mungkin, aku sengaja lempar
mungkin, aku tercampak
lantas hilang mungkin,
semua sengaja aku lupakan
sebaik bangun pagi tadi
tidak habis reti apa jadi
tidak habis hadam apa dimakan
tidak habis nyawa air jiwa diperah
tidak habis selagi belum mati


Orang Lama
29.12.2010
pahang

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

Dayang dengan sajaknya bertajuk: PERTAMA, Penceritaan bagai mahu memulakan Kerja pertama, rasa ragu dan curiga , tetapi terus juga berusaha. Apa-apa pun dalam kehidupan ini ialah langkah yang pertama, kerja pertama mungkin agak mengekokkan, tetapi bila telah terbiasa semuanya menjadi lancer dan mudah saja. Itulah gaya kehidupan, biar berjauhan , biar kerinduan, biar pun hari berganti,dan hati pun gusar. Tapi kehidupan seharian perlu kita teruskan. Semoga keadaan kembali ceria. Amin. (TB)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

Siti Hajar sajaknya bertajuk SETIAP pengucapannya bagai rasa resah gelisah, marah dan benci, tetapi masih tetap setia menanti, bagaikan menanti atau menunggu buah yang tidak gugur.Biar pun hari setip kali datang dan pergi. Setiap yang hidup pun telah mati, perlukah masih mahu menanti? Inilah satu keazapan yang tidak terucap bila kita dijanjikan untuk menanti sampai ke mati. maseh juga terus menanti. Semua keindah dan kemesraan yang diharapakan akan musnah jadinya bukan milik sebenar. Keadaan semoga tidak begitu. Amin. (B)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

Ustaz Majusi dengan WARNA KEHIDUPAN. Pengucapannya bagai menceritakan warna kehidupan dini hari, manusia bergelut dengan kesangsian dan kecurigaan hati, kekadang terasa sukar dinilai, marah dan benci pun menjadi indah. Kemelut di dalam kehidupan ini menjadikan otak buntu dan beku, mencari dan menilai warna kehiduapan yang sebenar, akhirnya ada orang menjadi angkuh dan tersasar dengan pemujaan warna masing-masing, tapi bagi si penulis warna yang bertentangan dengan syariah Islamiah pasti ditentanganya .Semoga kita dapat menilainya. Amin. (TU)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

Pengucapan Orang Lama dengan tajuk sajaknya MUNGKIN membicarakan akan satu andaian yang mungkin jadi atau tidak. Selepas habis satu cerita, kawan A, cerita kawan B dan begitu juga kawan C, bila habis semua modal cerita. direkanya pula cerita baru, sesekali terasa naik muak bagaikan hendak meloya muntah si penulis setelah mendengarnya: janji setahun pun tidak dapat ditunaikan, inikan pula 100 hari? Inilah ciri merosak keimanan sehingga orang Yahudi pun sanggup mengelar sejenis reptelia bertukar warna. Tuhan paling murka orang angguh buat salah lantang pula dia
menabit dada. Tidak habis dengan sandiwara, Semoga tuhan bersama orang yang benar. Amin. (U)

Nabil Quldi berkata...

wah! en nuri ni mmg minat jd penulis? tp kenapa akhirnya en nuri memilih jd cikgu?

Abang Nuri berkata...

btol tu smua kat kmpung knal en nuri masa tu kwn2 sy slalu bertandang ke rumah en nuri.. hehehe

Abang berkata...

btol tu smua kat kmpung knal en nuri masa tu kwn2 sy slalu bertandang ke rumah en nuri.. hehehe

Emily Bayans berkata...

gawai tu apa bnda plak?

Ustaz Sahzan berkata...

huh! mmg panjang umor kalau org kata kita dah meninggal

Mat Noh berkata...

sy pun pnh org kata sy meninggal masa tu nk ke rumah anaks edara tp x jd sbb bas plak xde? kebetulan hari tu ada bas excident thn lps byk terbunuh org kmpung smua kata sy pun terlibat sama padahal sy x naik pun sbb sy smpai lambat bas pun dh berlepas...

Pilot Bahrin berkata...

ada bengkel jgk kat sana ker?

Kembara Budiman berkata...

bengkel? itu bukan tempat baiki kereta ker?

Golok Buta berkata...

kena bayar berapa ratus en nuri pegi bengkel menulis tu?

Ustaz Zamree berkata...

huh! siap buat knduri plak? adoi...

Pak Kassim berkata...

msa tu dh xde nset? kalau ada nset boleh en nuri kol dorg kata en nuri selamat

Ustaz Majusi berkata...

selalunya org kata kita mati? panjang umur

Siti Hajar berkata...

pelik jgk masa tu mna dorg dpt khabar agin en nuri xde? menangis smpai bengkak mata saya masa tu.. hehhehhehehehehe

Sarah berkata...

eh! nonya urut en nuri? org x kata apa ker?

Seri Suri berkata...

girlfriend en nuri x jeles ke nyonya tu urut en nuri? hehehehe

Raja Muda berkata...

huh! bukan muhrim mcm mana dia boleh pegang2 en nuri plak? hehehehehe

Muhamad Rabbi berkata...

alamak! nyonya tu urut en nuri? masa ni en nuri bujang ke dah kwin?

Satria Juragan berkata...

benar tu en nuri org sarawak mmg smuanya baik2 belaka

Pak Ngah But berkata...

en nuri xnk dtg sarawak lagi ker?

Pak Awang berkata...

wah! terkenal en nuri masa ni

Atan Yahoo berkata...

semua org nangis? mcm artis plak en nuri? hehehe

Busur Berduri berkata...

smua anak murid siap peluk en nuri? hebat! sy ni plak lps sy tampar anak murid sy sbb lawan cakap terdengar dia kata belakang dia ingat sy x dgr dia cakap "bila cikgu ni nk padam" sedih bercampur kecewa luruh hati..

Nuri Jaguh berkata...

semua bdk2 jd kawan2 plak dgn en nuri?

Jalal Rafzee berkata...

semua buat kwn plak dgn en nuri?

Puteri Bunian berkata...

en nuri msti suka budak2 masa muda dulu

Tok Mahat berkata...

mcm mana nyonya tu thu? bomoh ke dia?

Siti Hajar berkata...

huh! ada jgk nak ngorat en nuri? kalau x salah sy makcik sy dulu pun ada hati kat en nuri dia kata kat sy... hehehhehhehehehe

Abang berkata...

mmg benar tu ramai minat kat cikgu najeri! jiran sy dia andartu hari2 tanya kat saya cikgu mana mana? sihat ke? dah makan ker? nak tergelak pun ada masa tu... hehehehhee

Sharifah berkata...

slumber je kata mcm tu kat en nuri? hehehe

Olie Pajutdy berkata...

dorg ni mcm perigi cari timba plak? hehehe

Kembara Budiman berkata...

en nuri xlyan ke dorg tu? kalau sy jd en nuri rasanya sy menetap kat sana trus... hehhehehehehe

Tetamu Malam berkata...

mmg benar tu en nuri klaau tinggal kat sarawak kebanyakan akan menetap situ trus...

Brader Joe berkata...

wah! siap senyum kat en nuri plak perempuan tu? hahahha

Bob Kuli berkata...

kalau aku perempuan senyum kat tingkap? terus aku pergi umah dia masuk minang? hahahaha

Nur Atikah berkata...

gatal2 jgk perempuan kat sana?

Jalil Janggut berkata...

en nuri kuat iman jgk yer? kalau sy sah tersngkut

Ustaz Muda berkata...

rasanya en nuri x tersangkut awek kat sana mngkin en nuri ada gf kat tempat lama en nuri ni... hahhaha

Nabil Quldi berkata...

en nuri kat sarawak masih bujang ke dh kwin? pening jgk sy

Halilintar berkata...

ramai plak perempuan syok kat en nuri? hehe

Angker 13 berkata...

en nuri masa ni x kwin lagi ke? bertuang pun blum ker?

Mat Toopa berkata...

en nuri boleh bertahan plak dgn godaan mcm tu? kalau sy? mmg xtahan... hahahhaha