Jumaat, 20 Januari 2017

MERENGGANGKAN DIRI DARI TEMPAT TIDUR MALAM




 

3. MERENGGANGKAN DIRI DARI TEMPAT TIDUR MALAM

Maka bangun lah
Orang beriman untuk solat malam
Mereka amat takut dan bertakwa kepada Allah
Mereka murakabah melihat mengawasi gerak geri kita
Malah mereka mengharap kan rahmat dan pengampunan Allah
Mereka juga mengharap Allah menhindarkan segala kemurkaan Allah

Ya Rasulullah .
Bagaimana kami ingin ke syurga
Bagunlah malam mengerjakan solat sunat tahajud
Kerana orang yang solat malam ini tidak ramai qiam mumlai
Atau pun perbanyakkan solat –solat sunat di antara maghrib dan Isyak
Sesiapa solat sunat 10 rakaat di sediakan seperti awambi mengiringi solat wajib.

Solat sunat ini
Jarang ada orang melakukan
Maka eloklah selepas solat Isyak mereka tidur segera
Kerana banyak fadilat dan hikmahnya bila merenggangkan tempat tidur
Di sebab kan mereka ini beriman dan ingin mendekatkan diri dengan  Allah S.W.T
Kerana ibadat ini agak sukar dilakukan bagi merenggangkan tempat tidur di malam hari

Oleh : Qalam Mutiara,
Catatan jam 6  5O pagi
Selasa  Tanggal 3hb Januari 2017.

TABIAT PADA SEORANG TUA






2.TABIAT PADA SEORANG TUA

Tabiat seorang tua
Lebih setengah abad usianya
Sering kali kami jumpa di kedai kopi
Tidak kira masa pagi atau petang ada saja dia
Kalau ketawa bercakap kuat dan besar dialah orangnya.

Kerajaan musuhnya
Semua yang kerajaan lakukan
Ada sahaja yang tidak kena padanya
Cuma di kedai kopi saja tempat dia berkempen
Semacam seorang tokoh ahli politik yang cukup popular.

Apa yang menarik
Semua kedai kopi dia kempen
Orang ramai yang tahu memanggilnya
Penyampai Radio Tempurung gendang kosong.
BR1M  bantuan kebajikan masyarakat semua dia sapunya.


Oleh :Pena Utara,
Catatan jam 5  OO pagi
Tanggal 2hb Januari 2017.