Jumaat, 20 Januari 2017

TABIAT PADA SEORANG TUA






2.TABIAT PADA SEORANG TUA

Tabiat seorang tua
Lebih setengah abad usianya
Sering kali kami jumpa di kedai kopi
Tidak kira masa pagi atau petang ada saja dia
Kalau ketawa bercakap kuat dan besar dialah orangnya.

Kerajaan musuhnya
Semua yang kerajaan lakukan
Ada sahaja yang tidak kena padanya
Cuma di kedai kopi saja tempat dia berkempen
Semacam seorang tokoh ahli politik yang cukup popular.

Apa yang menarik
Semua kedai kopi dia kempen
Orang ramai yang tahu memanggilnya
Penyampai Radio Tempurung gendang kosong.
BR1M  bantuan kebajikan masyarakat semua dia sapunya.


Oleh :Pena Utara,
Catatan jam 5  OO pagi
Tanggal 2hb Januari 2017.

Tiada ulasan: