Selasa, 10 Januari 2017

SEORANG AHLI SOFI MERAYU







SEORANG AHLI SUFI MERAYU


Seorang Ahli sufi  telah merayu
Tentang kehidupannya selama ini
Mungkin serba kekurangan dan kejahilan
Pada pendidikan dan pegangan agama Allah

Dia  pun mengaku dan mengadu
Kepada Allah S.W.T tentang kejahilannya
Dia tidak layak masuk syurga Allah S.W.T
Dan paling takut untuk ke Neraka Jahanam.

Di lafaskan dalam nyanyiannya
Saban hari Setiap pagi dan setiap petang
Semoga Allah S.W.T mendengar rayuan
Akhirnya semoga Allah menerimanya.

Dia mengharap dan pasrah diri
Hanya Allah S.W.T yang dapat mengampun
Segala dosa-dosa  besar dan kecilnya
Apa yang telah di lakukannya selama ini.


Oleh; Nuri manja,
Catatan jam 5.50 pagi
Rabu  pada 7hb Disember 2016.

Tiada ulasan: