Khamis, 24 Ogos 2017

BILA AKU INGIN BERSAMA





BILA AKU INGIN BERSAMA 

Dulu aku sendirian
Lalu ingin mencari seseorang
Sebagai teman kehidupan dalam perjalanan
Kini aku telah bertemu jodoh berdua begitulah takdir,

Kini berjalanlah kami
Dalam melayari sebuah kehidupan
Di dunia fana yang penuh dengan cabaran
Kami bersama menghadapi segala pancaroba melanda.

Dalam pelayaran ini
Kekadang ada segala suka dukanya
Hamper kami terputus hubungan yang dijaling
Mujur  kesabaran keimanan dan ketakwaan masih utuh.

Begitu satu kehidupan
Segala kebaikan dan keburukan
Adalah satu ujian daripada Allah S.W.T untuk kita
Jikalau tiada pegangan agama pasti luntur keimanan.

Oleh: Qalam Mutiara,
Catatan jam 7 .30 malam
Hari Jumaat 27hb Januari 2017

MALAS ITU SATU DOSA



images.jpg

MALAS ITU SATU DOSA 

Malas itu satu dosa
Bagi kita menghapuskan dosa
Bertanggung jawab bertawakal dalam bekerja.

Jangan jadi orang
Malas bekerja tidak buat apa
Jadi orang yang memberi bukan meminta saja.

Begitulah kehendak
Seorang Islam yang disegani
Kerana kerja satu ibadat mengadakan pahala.

Kerja dengan ikhlas
Bukan untuk mendapat ganjaran
Tetapi lakukanlah kerja dalam satu amal ibadat.

Oleh itu berkerjalah
Untuk tugas kita se bagai khalifah
Dapat pahala memberi kebajikan kepada manusia.

Oleh : Qalam Mutiara
Catatan jam 7 .30 malam
Hari  Jumaat 27hb Januari 2017.                      

HILANG NEKMAT DIHARGAI



dimana silapku.jpg

HILANG NEKMAT DIHARGAI
                                                                                     
Kerja kita tanggung jawab kita
Bila kita rasa tidak selesa dan menyeronokan
Hilanglah segala motivasi , mood , rasa nekmat kerjanya
Inilah satu penyakit yang sering kali di rasakan di antara bos dan pekerja.
Maka jadilah hilang segala keharmonian atau perhubungan di antara pekerja-pekerja.

Bila hilang nekmat di hargai
Maka berlakulah satu ladang dosa semata-mata
Tidak ada perhubungan masing-masing membawa diri sendiri
Dimana hilangnya kerja itu sebagai satu ibadat umum untuk mendapat pahala
Kita juga hilang peranan sebagai khalifah sepatutnya dapat memakmurkan bumi ini.

Lihat contoh Abu Dardah
Walau pun dia seorang petani yang sudah tua
Dia masih berkebun dan menanam pokok –pokok buah-buahan
Ada orang bertanya mengapa anda masih menanam sempatkah anda makan
Jawabnya memang tidak dapat memakan buahnya tetapi untuk anak cucu akan datang.

Oleh : Qalam Mutiara
Catatan jam 7 .30 malam

Hari   Khamis 26hb Januari 2017.

BILA ALLAH BERI NEKMAT



ingin kukhabarkan.jpg

BILA ALLAH BERI NEKMAT 

Jangan kamu lupa
Jika Allah memberi nekmat
Hendaklah kamu berbanyak bersykur
Kepada Allah SWT yang telah memberikannya
Kerana Allah SWT yang berkehendakkannya kepada kita.

Jadi jikalau kamu
Kupur dan lupa segalanya
Kemudian lupa dan mengejeknya pula
Pasti ada jawabannya daripada  Allah sediakan
Agar kamu mengerti jangan lupa angkuh dan takbur diri.

Nekmat Allah itu
Tidak minta di balasnya
Cukup sekadar anda tahu bersykur
Menilai kebesaran dan keagongan Allah SWT
Telah memberi nafas , rezeki , hidup dan matinya kita ini.

Oleh : Qalam Mutiara
Catatan jam 6 .30 malam
Hari  Rabu 25hb Januari 2017.







SUNGAI NIL



nahoda.jpg


SUNGAI NIL 

Kau telah dicemari
Se waktu Gabenor Amru
Mereka kekeringan air sungai
Lalu mereka lakukan retul budaya aneh
Mereka memakai gadis perhiasan yang cantik
Kemudian mereka mencampaknya dalam sungai Nil.

Setelah di ketahui
Kepada khalifah Umar
Amirul menulis se pucuk surat
Di balas surat itu minta dia mencapaknya
Ke dalam sungai Nil kebetulan air sungai pun mengalir
bertambah dan melimpah kerana Allah yang punya kuasa.

Allah S.W.T berkuasa
Tidakkah kamu melihatnya
Bagaimana Allah lebih berkuasa
Mengumpul kan awan dan menurun hujan
Mengalirkan air ke dalam bumi dan terus ke sungai
Dari sinilah tumbuhan dan haiwan dapat menekmatinya air.

Oleh : Qalam Mutiara
Catatan jam 6 .30 malam

Hari Selasa 24hb Januari 2017.

Rabu, 23 Ogos 2017

BILA AZAN PUN BERKUMANTANG


azan.jpg



BILA AZAN PUN BERKUMANTANG  


Bila azan berkumatang
Segalanya perlu berhenti seketika
Tinggallah jual beli dan segala urusan keduniaan
Kerana kita wajib mengingati pada Allah SWT buat seketika
Selagi  nadi kita masih berdenyut dan hidung kita menyedut udara.

Tinggalkan segalanya
Kerana semuanya ini tidak kekal
Kita punya perjalanan kewajiban yang perlu di lalui
Suatu alam yang lebih kekal dan bukan sementara di dunia ini
Sebelum kita di maktikan kemudian di hidupkan semula di hari akhirat.

Layanni suara azan
Segeralah bergerak bila diseur
Jangan berlengah lagi atau memekankan teliga kita
Kerana setiap langkah-langkah kita dikira berpahala buat kita
Niat di hatikan ingin mengerjakan solat berjumaat di masjid atau surau.


Oleh : Qalam Mutiara
Catatan jam 6 .30 malam

Hari  Isnin 23hb Januari 2017.

SUDAH LAMA KITA MENGHITONG HARI


 siang dan malam.jpg

 SUDAH LAMA KITA MENGHITONG HARI

Sudah lama
Kita menghitong hari
Sejak belum mengerti apa-apa
Sehingga kini aku melewati usia 60an
Kita  bagaikan tidak mengerti hari-hari yang berlalu
Malah  kita juga gagal mencatat kerja baik buruk selama ini?.

Rerakan
Adakah kalian juga
Sama seperti yang aku rasakan
Hari ini , esok dan hari yang mendatang
Kita masih dibenarkan hidung menyedut udara Allah
Dan telah banyak makan asam garam ke usia di hujung senja.

Adakah esok
Kita masih bersama
Atau  menjejak rerakan yang pergi
Jikalau kita masih kekal menghitong hari
Pastikah menambah pahala atau mengurangkan dosa
Bagi membawa jiwa yang tenang layak masuk ke syurga Allah?


Oleh : Pena Utara
Catatan jam 8 .30 malam
Hari  Selasa 17hb Januari 2017.

ALLAH MENGINGATKAN


berlabuh.jpg

ALLAH MENGINGATKAN 


Wahai
Makhluk manusia!
Hambaku yang beriman
Beribadatlah di mana sahaja
Di muka bumi ini untuk mencari ketenangan

Sebaiknya
Pergilah berpindah!
Allah menjadikan bumi ini luas
Tidak perlu tinggal cuma di satu tempat
Maka hendaklah kamu berhijrahlah di negeri lain.

Jikalau keadaan
Di negaramu terseksa
Berlaku kezaliman penendasan
Malah gagal untuk melaksanakan ibadat
Apa yang di perentah dan di sareatkan Allah SWT.

Oleh : Pena Utara
Catatan jam 5 .30 pagi
Hari  Ahad 15hb Januari 2017.

MERENGGANGKAN DIRI DARI TEMPAT TIDUR MALAM



maafkan.jpg


MERENGGANGKAN DIRI DARI TEMPAT TIDUR MALAM 


Maka bangunlah
Orang beriman untuk solat malam
Mereka amat takut dan bertakwa kepada Allah
Mereka murakabah melihat mengawasi gerak geri kita
Malah mereka mengharapkan rahmat dan pengapunan Allah
Mereka juga mengharap Allah menhindarkan segala kemukarkaan Allah

Ya Rasulullah .
Bagaimana kami ingin ke syurga
Bagunlah malam mengerjakan solat sunat tahajud
Kerana orang yang solat malam ini tidak ramai qiam mumlai
Atau pun perbanyakkan solat –solat sunat di antara manghrib dan Issyak
Sesiapa solat sunat 10 rakaat di sediakan seperti awambi mengiringi solat wajib.

Solat sunat ini
Jarang ada orang melakukan
Maka eloklah selepas solak issyak mereka tidur segera
Kerana banyak fadilat dan hikmatnya bila merenggangkan tempat tidur
Di sebabkan mereka ini beriman dan ingin mendekatkan diri dengan  Allah SWT
Kerana ibadat ini agak sukar dilakukan bagi merenggangkan tempat tidur di malam hari


Oleh : Qalam Mutiara,
Catatan jam 6  5O pagi
Selasa  Tanggal 3hb Januari 2017.


BERSATU HATILAH DI ANTARA KAMU



mimpi sama.jpg


BERSATU HATILAH DI ANTARA KAMU 


Se buah Masjid
inti parti kehidupan kita
marilah kita sesame berjemaah
salam kenal mengenali di antara satu dengan yang lain.

Hendaklah kamu
Mengerjakan solat  itu
Adalah orang-orang yang solat
Mereka mendekat diri dengan Allah menghapuskan dosa.

Sabda nabi kita
Jangan kamu berkelahi
Lakukanlah jual beli dengan betul
Jangan ada diantara kamu hasad dengki tidak bersatu hati.


Oleh : Nuri Manja,
Catatan jam 5 petang

Tanggal 1 hb Januari 2017.

Rabu, 9 Ogos 2017

.AZAB SEKSA ORANG KAPIR DAN MUNAFIK


bermesra dg api.jpg

.AZAB SEKSA ORANG KAPIR DAN MUNAFIK  

Mereka ini
amat seksa dan sedeh
Di dalam keadaan pekak, buta dan tuli
Mereka ini di seksa dengan di rantai lehernya
Di heret muka mereka ke bawah dan kaki nya ke  atas
Kemudian di tenyek dengan batu kerekel , besi api panas dan air melegak.

Azab Neraka
Orang  kapir dan munafik
Diseksa dengan air panas mendideh
Di tuang air hamin dari tengkorak kepalanya
Keluar air dari perut mereka dan di cantumkan semula
Kemudian di heret dan dicampakkan ke dalam api neraka yang menyala-nyala.

Jangan Tanya
Bila berlaku hari Qiamat
Kita wajib bersiap siaga dalam ketakutan
Neraka itu bergemuruh berbunyi suara nafas geramnya
Bila manusia di campak di ruang sempit dengan besi tajam menanti
Mereka telah di jatuh dari gunung yang tinggi di tolak ke bawah dan naik semula.


Oleh : Pena Utara
Catatan jam 6 .00 petang
Khamis Tanggal 12hb Januari 2017.



ADA DUA SUASANA BERBEZA


ingatlah.jpg


 ADA DUA SUASANA BERBEZA 

Di Mutiara
Rasa kegembiraan
Buat keluarga En. Faiz Subri
Dia mendapat insentif RM200,000
Hasil kejayaan bola sepak tanpa di sedari
Telah mengharumkan nama Malaysia di persada dunia
Dengan satu sepakkan bola ajaib yang telah pun di hadiakannya.

Di Kenyalang
Ada rasa kesedihan
Buat  warga rakyat Sarawak
Tan Sri Adenan Satem Ketua Menteri
Apabila menghempuskan nafas terakhirnya
Dalam usia 72 tahun akibat komplikasi degupan jantung
Meninggalkan tugas besar dalam pemergiannya di arus zaman.

Di Dalam
Kehidupan di dunia
Ada episud yang perlu kita lalui
Rasa suka dan duka rencah kehidupan
Kita yang masih hidup hidung menyedut udara
Perlu  insaf dan bersyukur dalam meneruskan kehidupan
Bersiap siagalah sebelum kita dijemput kembali kepangkuan Ilahi.


Oleh : Pena Utara
Catatan jam 9 .00 pagi
Khamis Tanggal 12hb Januari 2017.

SEKSA API NERAKA



qiamat.jpg


SEKSA API NERAKA

Orang pasik
Dan orang kufur itu
Mereka akan menerima seksa
Dalam azab sebuah neraka bernama jahanam.

Satu  gambaran
Orang yang menerima
Seksa azab api neraka 70 juzuk
Bagi  mereka yang ingkar perintah Allah S.W.T.

Mereka juga
Seolah semacam hendak
Di lepaskan  seksa azab neraka itu
Namun di lemparkan kembali dalam api neraka.

Dengan itu
Kita sepatutnya percaya
Beriman dan yakin berpegang teguh
Bahawa azab api neraka itu benar bukan rekaan.


Oleh : Pena  Runcing,
Catatan jam 7 .00 pagi

Rabu Tanggal 11hb Januari 2017.

AKU KEHILANGAN ILHAM



dalam kehidupan ini.jpg

 AKU KEHILANGAN ILHAM 

Hamper 15 minit
Aku melengung panjang
Menunggu ilham tidak datang-datang
Selalunya bila aku dapat berita aku terus mencatat
Kini entah kenapa ilham dan cerita langsung tidak kunjung tiba?

Ilham ini mungkin
Tidak akan datang bila hati
Rasa tidak bersih badan pun kotor pula
Lalu kita kena pergi mandi dahulu dan membersih kan
Segala kekoturan luar dan dalam barulah ilham akan datang.

Kekadang senang
Kekadang ilham amat susah
Untuk datang menjelma dalam hati kita
Jikalau ia datang maka segera lah kita mencatatnya
Jikalau ia nya menghilang sukar pula untuk kita menangkapnya.

Oleh : Pena Utara
Catatan jam 7 .40 pagi
Rabu Tanggal 11hb Januari 2017.

KETIKA AKU BERADA DI HUJUNG SENJA



doa.jpg

KETIKA AKU BERADA DI HUJUNG SENJA 

Ketika sunyi begini
Aku cukup terasa
Kita bagaikan berjalan
Di hujung senja
Lemah tidak terdaya
Bagaimana kita gagal
Membilang hari–hari berlalu

Siapakah kita kini ?
Jika hidup rasa hampar
Segala memori hilang
Bagaikan bertaburan
Di mana-mana terdampar
Gagal pula memungutnya
Terpaksa membiarkan saja

Ketika di hujung senja
Keresahan kian memuncak
Terharu melihat waktu
mentari bulan dan bintang
kian  menambah usia ku
termangu di malam hari
bertambah resah di siang hari.

Oleh : Qalam Mutiara,
Catatan jam 3 5O  petang

Sabtu Tanggal 7hb Januari 2017.