Khamis, 24 Ogos 2017

BILA AKU INGIN BERSAMA





BILA AKU INGIN BERSAMA 

Dulu aku sendirian
Lalu ingin mencari seseorang
Sebagai teman kehidupan dalam perjalanan
Kini aku telah bertemu jodoh berdua begitulah takdir,

Kini berjalanlah kami
Dalam melayari sebuah kehidupan
Di dunia fana yang penuh dengan cabaran
Kami bersama menghadapi segala pancaroba melanda.

Dalam pelayaran ini
Kekadang ada segala suka dukanya
Hamper kami terputus hubungan yang dijaling
Mujur  kesabaran keimanan dan ketakwaan masih utuh.

Begitu satu kehidupan
Segala kebaikan dan keburukan
Adalah satu ujian daripada Allah S.W.T untuk kita
Jikalau tiada pegangan agama pasti luntur keimanan.

Oleh: Qalam Mutiara,
Catatan jam 7 .30 malam
Hari Jumaat 27hb Januari 2017

1 ulasan:

nurimanja49@gmail.com berkata...

Untuk mengekalkan keharmonian kehidupan suami isteri perlu selalu bertolak ansur di antara satu sama yang lain .