Khamis, 24 Ogos 2017

MALAS ITU SATU DOSA



images.jpg

MALAS ITU SATU DOSA 

Malas itu satu dosa
Bagi kita menghapuskan dosa
Bertanggung jawab bertawakal dalam bekerja.

Jangan jadi orang
Malas bekerja tidak buat apa
Jadi orang yang memberi bukan meminta saja.

Begitulah kehendak
Seorang Islam yang disegani
Kerana kerja satu ibadat mengadakan pahala.

Kerja dengan ikhlas
Bukan untuk mendapat ganjaran
Tetapi lakukanlah kerja dalam satu amal ibadat.

Oleh itu berkerjalah
Untuk tugas kita se bagai khalifah
Dapat pahala memberi kebajikan kepada manusia.

Oleh : Qalam Mutiara
Catatan jam 7 .30 malam
Hari  Jumaat 27hb Januari 2017.                      

Tiada ulasan: