Rabu, 23 Ogos 2017

SUDAH LAMA KITA MENGHITONG HARI


 siang dan malam.jpg

 SUDAH LAMA KITA MENGHITONG HARI

Sudah lama
Kita menghitong hari
Sejak belum mengerti apa-apa
Sehingga kini aku melewati usia 60an
Kita  bagaikan tidak mengerti hari-hari yang berlalu
Malah  kita juga gagal mencatat kerja baik buruk selama ini?.

Rerakan
Adakah kalian juga
Sama seperti yang aku rasakan
Hari ini , esok dan hari yang mendatang
Kita masih dibenarkan hidung menyedut udara Allah
Dan telah banyak makan asam garam ke usia di hujung senja.

Adakah esok
Kita masih bersama
Atau  menjejak rerakan yang pergi
Jikalau kita masih kekal menghitong hari
Pastikah menambah pahala atau mengurangkan dosa
Bagi membawa jiwa yang tenang layak masuk ke syurga Allah?


Oleh : Pena Utara
Catatan jam 8 .30 malam
Hari  Selasa 17hb Januari 2017.

1 ulasan:

nurimanja49@gmail.com berkata...

Ada empat buah siri antologi puisi sepanjang tahun 2016 cuma sebahagian sahaja dapat disiarkan dalam blog ini di atas sebab gangguan internet , PC rosak dan sebagainya. TAJUK ANTOLOGI : AKU CUMA PENCATAT PUISI

100 Puisi politik telah dicetak dan 250 puisi islamik sedang dicetak.