Sabtu, 25 Jun 2022

BUDAYA SONGSANG YANG AKU LIHAT






BUDAYA SONGSANG YANG AKU LIHAT 


Allah Hurabbi !
Tetapkanlah imanku ini .
Apa hendak jadi dengan kehidupan ini ?
Di satu daerah di perkampung orang Islam di Nusantara
Agak aneh dan mencelarukan minda yang matang dengan budaya songsang ?
 
Ada Jenazah !
Minta di arak diusung .
Dari kumpulan anak muda berbaju hitam?
Mereka menamakan pesta teruja penghantaran mayat .
Sepanjang perjalanan mengelilingi kampung itu mereka bertempek sersurak ?
 
Kena Teruja !
Malah sesampai sahaja
Di setiap simpang keranda digoyangkan?
Di iringi air cawan minuman menerial pun berterbangan,
Terasa keranda bawa jenazah itu bagaikan berdangdot rengger pula jadinya ?
 
Oleh Pena Utara
Catatan jam 9.00 pagi
Tanggal /6/2022 Hari Jumaat.

BILA BULAN WENGAMBANG TAK JADI





BILA BULAN WENGAMBANG TAK JADI 
 
Mengapa kita
Cukup terlalu mengharap!
Biasanya ramai orang yang telah pun tahu
Apabila tiba tanggal 15 haribulan melayu bulan pun mengambang
Ramailah muda mudi yang berpacaran melewati malam bersama angin sepoi bahasa
 
Tetapi mereka
Kadangkala ada yang telupa!
Bulan juga adalah bahru makhluk Allah SWT
Setiap yang baharu pasti akan binasa dan tidak kecuali dari Nya
Apabila cuaca kurang baik langit gelap bintang pun tiada bulan mengambang tidak jadi.
 
 
Oleh: Suara Pulau
Catatan jam 5.05 pagi khamis
Tanggal 16  June  2022 di kamar sepi.


DIMANA PERGINYA SUARA SHAH ALAM DIRIMBA







DIMANA PERGINYA SUARA SHAH ALAM DIRIMBA
 
Hutan rimba batu ini
Telah pun lebih 63 tahun tertegak
Dengan adanya suara keramat Shah Alam Dirimba
Bersetuju semua para haiwan berketurunan besar dan kecil meraikan
Se buah kemerdekan yang total tanpa ada ganggu gugat dalam perkongsian bersama.
 
Tetapi sayang kini ?
Terdapat suara sumbang berbunyi
Mahu mencabar kewibawaan suara Shah Alam Dirimba
Dalam masyarakat hutan rimba bertukar jadi hutan batu ini perpaduan
Sepatutnya kita jagailah jangan ungkit tentang kontrak yang kita bersetujui Bersama.
 
Shah Alam Dirimba ?
Masih ada bukan diam sedang fikur?
Adakah warga haiwan di hutan rimba batu ini tersedar
Perjanjian kontrak mereka persetuji bersama dengan Shah Alam Dirimba
Jangan ingat suara Shah Alam Dirimba telah hilang taring , kuku dan ngaumannnya  ?

Oleh:  Pena Runcing,
Catatan jam 5.05 pagi  Rabu
Tanggal 15  June  2022 di kamar sepi.

AKU MENCATAT PUISI SEPERTI MEJERAT KETITIR







AKU MENCATAT PUISI SEPERTI MEJERAT KETITIR 
 
Seorang penjerat
Sudah lama nian tidak ke hutan
Seperti seorang penjerat ketitir kehilangan arah
Di mana ketitir  bersembunyi  suaranya pun tidak lagi erbunyi ?
Sanggup meredah hutan belukar terpijak onar dan duri  cuma mencari ketitir ?
 
Aku pun begitu!
Bila ilham lama tidak datang
Kegelisahan hati mulai meronda bertanya khabar
Terutama bila kurang pula  membaca menonton Tv atau filem ?
Ilham tidak akan datang bergolek di hasdapan kita tanpa ada usaha mencarinya?
 
Penjerat ketitir
Dengan aku pencatat puisi
Bagaikan ada persama dengan hati ingin mencari
Seni suara bunyi ketitir dan aku menilai dari segi kesusteraan?
Apakah nilai seekor ketitir  dan catatan sekuntum puisi agak sama nilai seninya ?
 
Oleh Qalam Mutiara
Catatan jam 8.30 malam
Hari Ahad 12/6/2022 photo Cuma hiasan
 

KALAU KALIAN MAHU TAHU ?

 










KALAU KALIAN MAHU TAHU ? 
 
 
1.Penyakit Kecelaruan Minda?
 
Mudah sangat
Kalau kalian mahu tahu
Apa itu penyakit kecelaruan minda?
Kalian akan mempertahan sesuatu jerja luar biasa?
UMNO/BN hendak bagi  BR1M  RM2,000 setahun pada kepala keluarga
Kalian menolak Kerajaan  IMNO/BN dan bersetuju ikat perut dan duit wallet hanya RM30.00.
 
2,Penyakit Budaya Sonsang?
 
Mengapakah?
Kakian diserang penyakit
Kami mengelar budaya songsang?
Perasankah kalian tanpa sedar kita menyokong?
Kerja onar dan mungkar menidakkan kerja benar ada bukti dan fakta ?
Kini kalian masih belum sedar segala kemewahan dan kekayaan negara hilang semuanya ?
 
 
Oleh:  Pena Runcing,
Catatan jam 5.05 pagi  sabtu
Tanggal 11  June  2022 di kamar sepi.


Rabu, 15 Jun 2022

AKU TELAH BANYAK MELIHAT WATAK









AKU TELAH BANYAK MELIHAT WATAK
 
Dalam kehidupan ini
watak memainkan peranan penting
Pada hati, jiwa, dan hajat nalori kemahuan kita?
Maka terpaksa kita pegang watak utama memburu kehidupan
Sebagai seorang pelakon watak hero bagi menghidupkan cerita yang menarik ?
 
Untuk menyakinkan
Khalayak  peminat dan penontonnya
Seorang pelakon terpaksa banyak berpura-pura?.
Tetapi bagi satu watak datang yang tidak mempunyai skrip ini
Amat mudah terlalu biasa buat siapa sahaja membawa watak bagi melakukannya?
 
Kerana Watak jahatT
terlalu mudah buat sahaja asalkan
Siapa sahaja menonton akan rasa orang marah ?
Boleh menyakinkan penonton dapat menghidupkan jalan cerita
Bagi sesiapa sahaja penonton bagi mengetahui watak yang anda lakonkan hari ini?
 
Penonton nilaikanlah!
Apakah ada kejayaan hasil usaha?
Watak sebagai seorang boss ataupun buruh kasar?
Setelah sekian lama kita mainkan selama ini kerja apa sahaja
Berjayakah atau tidak kerjaya kita  itulah watak sebenar yang telah kita lakonkan ..
 
Oleh: Suara Pulau
Catatan jam 5.05 pagi jumaat
Tanggal 10  June  2022 di kamar sepi.


DINI HARI BUKAN LAGI ZAMAN LELUHUR ?

 



DINI HARI BUKAN LAGI ZAMAN LELUHUR ? 

 
Rerakan Fb!
Aku kini terpanggil sendiri
Untuk bangun mencatat puisi bukan kreatif lagi?
Malah dikejutkan rasa ketidak puasan denyut nadi jantung sendiri
Untuk melihat dan menilai keasaan dini hari bukan lagi zaman leluhur yang kita nikmati?
 
Masakan !
Cukup terasa rerakan Fb!
Setelah kita maju dan menjadi negara merdeka ?
Menikmati kehidupan mewah dan selesa mengkagumi dunia luar ,
Ada pula hati puaka melayani nafsu serakah menganggu gugat dalam agenda mabuk kuasa?
 
Kenapa ya!
Nafsu serakah memujuk !
Menghacurkan sebuah keindahan zaman leluhur?
Dengan sengaja merancang  mencelarukan minda rakyat jelata ,
Bersama menghidupkan dan mengamalkan budaya songsang yang benar itu semua salah?
 
 
Oleh  Tinta Azimat
Catantan jam 1.50 pagi
Jumaat 10hb  June  2022
.Gambar hiasan.


BANDINGKAN KERJA DUA ORANG BAPA ?








BANDINGKAN KERJA DUA ORANG BAPA ? 
 
Seorang Bapa
Sebagai Pengayuh beca tua
Pendapatan tidak menentu ikut nasib
Keluarganya tinggal di rumah setinggan pingger bandar?
Makan  minum dari hasil keringat sesuap nasi dari rezeki Allah yang halal?
 
Seorang bapa
Sebagai Penjawat Kerajaan
Bergaji besar dan berkereta mewah
Tinggal bersama keluarga di banglo tersergam indah
Kehidupanya terlalu mewah sehingga lupa segal kekayaannya dari Allah SWT.
 
Jikalau kerja                                                                              
Saban hari makan rasuah
Sehingga ratusan ribuan juta ringgit
Apakah ini bukan kecelaruan minda budaya songsang?
Telah pun melanda sebuah negara Islam  balladun thaiyibatun rabul ghafur.?
 
Oleh  Tinta Azimat
Catantan jam 7.20 pagi
9hb  June  2022 .Gambar hiasan.
 

SEMALAN AKU DAPATI HUJAN DAN GERUH PUN BERGURAU?











SEMALAN AKU DAPATI HUJAN DAN GERUH PUN BERGURAU? 
 
Maaf cakap rerakan  Fb !
Semalam aku dapati hujan bagaikan bergurau
Masa kan tidak tetiba sahaja hujan?
Tanpa ada amran atau tanda
Hujan lebat turun tanpa diduga?
Kebetulan waktu aku sedang memandu
Kereta pula rosak penghawa dingin 
Jadi gelap cermin bersalji
Terpaksa aku berhenti meneruskan perjalanan ….
 
Kemarin pun begitu juga!
Guruh pula ingin bergurau dengan kehidupanku
Masa kan tidak tetiba berdentum ?
Tanpa amaran di tengah hari.
Guruh berdendum dua tiga kali ?
Kebetulan aku sedang mencatat puisi
Terkejut kenalah berhenti
Ilham pun hilang terpaksa kena menunggu lagi  ……
 
Oleh Pena Utara
Catantan jam 3.20 petang
3hb  June  2022 .Gambar hiasan.

 








SIAPA YANG GILA ? 
 
Siapa gilaa?
Akukah yang gilaa?
Alam semula jadikah yang gilaa?
Atau manusia yang hidup di dunia yang gilaa?
Atau orang-orang politik yang mabuk kuasa telah menjadi gilaaa?
 
Siapa gilaa?
Kalau kalian kata?
Aku mungkin kegagalan hidup?
 
Siapa gilaa?
Kalau kalian kata?
Alam mungkin sedang marah?
 
Siapa gilaa?
Kalua kalian kata?
Manusia orang-orang politik ?
 
Betul juga?
Aku pun pening?
Alam semula jadi mungkin juga?
Manusia yang hidup di dunia ini tidak bersyukur?
Orang politik yang mabuk kuasa melayani nafsu serakah mereka?
 
Pena Rincing,
Catatan jam 5.50 pagi
Hari Khamis Tanggal 2/6/2022.
Bandar Baru Teluk Kumbar Pulau Pinang .


Ahad, 5 Jun 2022

KOREK BONGKAR DEDAH ?

 






KOREK BONGKAR DEDAH ? 

Sekian lama kita tertipu
Dengan muslihat jahat seorang tokoh
Punya aura Allah berikan hanya untuk memperdaya
 
Puluhan tahun berkuasa
Banyak muslihat jahat telah dilakukan
Dia pandai merencang sesuatu tetapi dia membunuh.
 
Dibawah kekuasaannya
Banyak budaya gempar dan ugut sahaja
Harta kekayaan negara untuk keluarga dan keroninya
 
Kini rakyat jelata tahu
Maka berlakulah koret bongkar dan dedah
Ternyata dia perompak khazanah negara sebenarnya .
 
Suara Pulau
Catatan jam 5.40 pagi
Hari Rabu Tanggal 1/6/2022.
Bandar Baru Teluk Kumbar Pulau Pinang .


SI MATA BERSAR PENUH MUSLIHAT?

 







SI MATA BERSAR PENUH MUSLIHAT? 
 
Awas kita semua!
Kata seorang ahli firasat
Manusia mata besar terbonjol keluar
Hidup mereka mencipta kejayaan dengan muslihat
Kelicikkan mereka lebih licik dari saekor belut di dalam lumpur
 
Kerjaya mereka?
Hanya mengumpul harta
Mencari peluang kedudukan semata
Jikalau sudah mendapat tempat dipergunakannya
Dengan penuh tipu daya dan muslihat tolak tarik makan semua .
 
Rerakan mereka!
Pastinya berwajah sama
Malah rakan keroni sepanjang hayat
Jika ada wang boleh dibeli kuasa dan kedudukan
Kerana budaya hidup mereka kejahatan yang membawa berkat.
 
Tinta Azimat
Catatan jam 5.00 pagi
Hari Selasa  Tanggal 31/5/202.
Bandar Baru Teluk Kumbar Pulau Pinang .

JANGAN BERMAIN DENGAN KATA-KATA?

 




 

JANGAN BERMAIN DENGAN KATA-KATA? 
 
Jangalahn kita bermain
Dengan kata-kata jika kita tidak mengerti
Kerana kata-kata itu banyak istilahnya sama ada baik atau buruk
 
Kerana setiap katakata
Ada yang nyata ada yang sinis dan auta ?
Kalau kita gagal menangkapnya ternyata kita akan salah gunanya.
 
Perkataan  yang nyata
Tidak menipu tetap dan penuh kebenaran
Selalunya digunakan dalam menentukan seorang itu menjadi saksi
 
Kata sinis itu  mengena
Kepada sikap atau tingkah laku sesaorang ?
Maka dilontarkanlah kata sinis yang tajam dan tepat penuh maana .
 
Kata auta atau menipu
Ternya ada muslihat untuk melepas dirinya
Dari sesuatu perbuatan yang benar bersalah untuk selamat menipu?
 
Pena Utara
Catatan jam 7.00 pagi
Hari Usnin  Tanggal 30/5/202.
Bandar Baru Teluk Kumbar Pulau Pinang .



RINDU BELUM BERBUNGA KASIH BELUM BERPUTIK

 





 


RINDU BELUM BERBUNGA KASIH BELUM BERPUTIK 
 
Kekasihku!
Rinduku belum berbunga
Apatah lagi untuk kau nanti berputik?
 
Kekasihku!
Janganlah kau berharap
Sia-sia saja menunggu harum baunya?.
 
Kekasihku!
Kerana aku belum mengerti
Bagaimana nilai sebuah arti kerinduan?
 
Oleh Pena Utara
30hb April 2014.Gambar hiasan.
 


KUASA POLITIK MENGILAKAN?

 





KUASA POLITIK MENGILAKAN? 
 
Kini
Ternyata
Selepas PRU14 ini
Kita dilanda berbagai penyakit
Bala bencana musibah pertaka luar biasa?
 
Apa?
Ini petaka
Atau bala bencana
Allah SWT turunkan untuk kita?
Kerana mabuk kuasa dalam politik negara?
 
Nah!
Kita lihat
Ada berapa orang
Terlalu mabuk dan gila kuasa ?
Sehingga sanggup jatuh menjatuh akhirnya?
 
Woi!
Kini apa
Rakyat jelata dapat
Sekadar bercakaran sahaja ?
Pak Menteri yang beruntung terima gaji besar?
 
Pena Utara
Catatan jam 11.00 pagio
Hari Ahad Tanggal 29/5/202.
Bandar Baru Teluk Kumbar Pulau Pinang .