Sabtu, 25 Jun 2022

DIMANA PERGINYA SUARA SHAH ALAM DIRIMBA







DIMANA PERGINYA SUARA SHAH ALAM DIRIMBA
 
Hutan rimba batu ini
Telah pun lebih 63 tahun tertegak
Dengan adanya suara keramat Shah Alam Dirimba
Bersetuju semua para haiwan berketurunan besar dan kecil meraikan
Se buah kemerdekan yang total tanpa ada ganggu gugat dalam perkongsian bersama.
 
Tetapi sayang kini ?
Terdapat suara sumbang berbunyi
Mahu mencabar kewibawaan suara Shah Alam Dirimba
Dalam masyarakat hutan rimba bertukar jadi hutan batu ini perpaduan
Sepatutnya kita jagailah jangan ungkit tentang kontrak yang kita bersetujui Bersama.
 
Shah Alam Dirimba ?
Masih ada bukan diam sedang fikur?
Adakah warga haiwan di hutan rimba batu ini tersedar
Perjanjian kontrak mereka persetuji bersama dengan Shah Alam Dirimba
Jangan ingat suara Shah Alam Dirimba telah hilang taring , kuku dan ngaumannnya  ?

Oleh:  Pena Runcing,
Catatan jam 5.05 pagi  Rabu
Tanggal 15  June  2022 di kamar sepi.

Tiada ulasan: