Ahad, 5 Jun 2022

SI MATA BERSAR PENUH MUSLIHAT?

 







SI MATA BERSAR PENUH MUSLIHAT? 
 
Awas kita semua!
Kata seorang ahli firasat
Manusia mata besar terbonjol keluar
Hidup mereka mencipta kejayaan dengan muslihat
Kelicikkan mereka lebih licik dari saekor belut di dalam lumpur
 
Kerjaya mereka?
Hanya mengumpul harta
Mencari peluang kedudukan semata
Jikalau sudah mendapat tempat dipergunakannya
Dengan penuh tipu daya dan muslihat tolak tarik makan semua .
 
Rerakan mereka!
Pastinya berwajah sama
Malah rakan keroni sepanjang hayat
Jika ada wang boleh dibeli kuasa dan kedudukan
Kerana budaya hidup mereka kejahatan yang membawa berkat.
 
Tinta Azimat
Catatan jam 5.00 pagi
Hari Selasa  Tanggal 31/5/202.
Bandar Baru Teluk Kumbar Pulau Pinang .

Tiada ulasan: