Selasa, 28 November 2017

BICARA KITA SESAMA KITA DI FB SAHAJA


hari esok.jpg

BICARA KITA SESAMA KITA DI FB SAHAJA 

Maaf rakan!
Kami cuma suka berseloka
Buat kita sesame kita
Jangan ragu dan bimbang
Kita sekadar sembang sembang.

Cerita yang baik
Jadikanlah tauladan
Cerita yang buruk jadikanlah sempadan
Kita sesame kita bagaikan air
Mana mungkin jika dicincang dapat putus?

Justeru itu
Lapangkanlah dada
Terima kasih dengan seikhlas hati
Bahawa hidup ini cuma sementera sahaja
Berbicaralah sebelum kita meninggalkan dunia fana …..

Oleh: Pena Utara,
22hb Oktober 2017 /22 Mei 2014.
Sejak percubaan anak-anak muda kita

SAHABAT FB


masa.jpg

SAHABAT FB 

Sahabat Fb!
Kemesraan Cuma sedikit
Kerana bukan milik kita sepenuhnya.

Kemesraan kita
Cuma di hujung jari
Ketika berbicara dan berseloka

Di Antara kita sesame
Kita juga tidak mengenali
Sekadar persahabatan di alam maya ,

Aku tidak pernah
Dan kalian juga sama
Memimpikan sesiapa di anatara kita,

Cuma terkenang
Nama-nama diantara kita
Berseloka sesame kita di Fb sahaja .

Oleh: Nurimanja,
Pembetulancatatan semula
Tanggal  22 OKTOBER 2017.

BILA KITA TERSALAH LANGKAH


bicara.jpg


BILA KITA TERSALAH LANGKAH

Dulu kita dipuja
Di mana sahaja kita berada
Di pentas biasanya kita diberi tempat
Di sorak di puja dan dikagumi oleh rakyat jelata
Dengan sebab itru kita dicalun dan dinagkat menjadi wakil rakyat.

Dulu kitalah kaki
Dianggap pidatu terhebat
Di lantik menjadi penasihat Negara
Dalam masa itulah kita telah tersalah langkah
Dirasuk rasa ketamakkan dan menguasai dua kawasan DUN dan PAR.

Dini hari rasanya
Diminta berucap pun gagap
Di lihat telah hilang aura kejaguhan
Dalam apa juga majlis yang telah diundangkan
Diramalkan para peminat dan penyokong semua hilang rasa keyakinan.

Oleh Pena Utara,
Catatan jam 6.55 pagi

Ahad tanggal 7hb Oktober 2017 .

NABI SULAIMAN MANUSIA LUAR BIASA


senja berlabuh.jpg

NABI SULAIMAN MANUSIA LUAR BIASA

Nabi Allah Sulaimana ini
Mempunyai kuasa luar biasa pada cincinya.
Telah menjadikan cerita nabi Sulaiman memberi cincinya kapada Jin
Setelah nabi Sulaiman  menyangka  Jin itu menyamar sebagai seorang Isterinya
Maka Jin yang menyerupai nabi Sulaiman itu melarikan diri  40 hari kerajaannya diambil aleh.

Inilah satu ujian dirinya
Bila isterinya membuat satu  kesalahan ?
Telah menyembah pahala ciptaannya bukan Tuhan yang disembah nabi
Maka justeru itu  Allah SWT telah pun mengambil  kekuasaannya selama 40 hari
Kerana kegagalan nabi Sulaimanl menghalang  istewrinya yang melakukan penyelewengannya.

Sepatut Nabi Sulaiman!
Memberi penerangan dan berbincangan
Tetapi nabi Sulaiman sekadar membiarkan  sahaja tanpa ada teguran
Kerana perbincangandan teguran  yang sepatutnya berlaku tidak pula dilakukannya.
 Allah telah  membalaskannya dengan membenarkan syaitan datang menyamar memerentah.

Oleh Qalam Mutiara,
Catatan jam 1.30  tengah hari
Sabtu  29 September 2017.

HIDUP BAGAIKAN SEBIJI TELUR





HIDUP BAGAIKAN SEBIJI TELUR 

Hidup bagaikan se biji telutr ayam
Bila dimasak isinya berwarna putih dan kuning
Boleh dibuat  berbagai laut pauk digunakan untuk di makan
Tetapi agak mengecewakan bila telur telah jadi kemuruk atau tembelang.
Kerana tiada siapa pun yang mahu makan  disebabkan baunya busuk  isi tembelang.

Begitulah juga kita hidup seharian
Orang ramai cuma  nampak dan cantik di luaran
Mereka tidak mengetahui kandungan isi sebenar di dalam
Mereka ingat se biji telur tentu sahaja elok dan enak dimasak di makan
Bagaimana jikalau telur itu nampak kulit  cantek di luar tetapi isinya hanya tembelang.

Justeruitu untuk menilai telur itu
Kena ada ilmu pengetahuan cara memilih telur
Bukan pada kulit yang putih atau warna yang berkilat saja
Jangan mudah dengar bila orang kata telur ini catek dan sedap di makan
Kita pun  terus percaya dan membelinya bawa balik terus masak dan segera memakan

 Berhati-hati bila beli sebiji telur
Jangan kita terus  membeli telur tembelang
Walaupun harganya sebiji  tidak pun mahal setakat mana
Tetapi bila telur di pecah untuk dimasak jikalau sudah tembelang baunya
Memang menyakitkan hati bagaikan tidak ada maaf lagi bagi sesiapa yang cuba  menjualnya.

Oleh Qalam Mutiara,
Catatan jam 1.30  tengah hari

Sabtu  23 September 2017.

Jumaat, 24 November 2017

ADIK-ADIK YANG PERGI


tahui.jpg

ADIK-ADIK YANG PERGI 

Adik-adik yang pergi
Sebagai penyambung perjuang
Untuk meledakan syiar Islam di bumi Allah
Pergimu dalam usia muda jihat syahid dunia akhirat.

Sebagai Tahfiz al Quran
Kehidupan anda untuk menghafal
30 jujuz al Quran dengan penuh kesabaran
Sebagai pewaris dan penyambung dakwah Islamiah.

Bumi-bumi penghuninya
Para alim ulamak dan ahli tahfiz
Allah SWT sentiasa mencucuri rahmatNya
Buat negara yang para ulama dan fukaha kerjasama.

Tahfiz muda yang pergi
Satu perjuangan dan ketentuan
Ada hikmah dan pengajaran buat kita sendiri
Bagi menilai kehidupan kita dalam menegakkan ad din..

Oleh Qalam Mutiara,
Catatan jam 9.30  pagi
Sabtu  15 September 2017.

BILA TAHFIZ TERBAKAR


benarkah.jpg

BILA TAHFIZ TERBAKAR 

Mengapa masyarakat?
Tidak mampu untuk  membantu
Apabila Pusat Tahfiz Al Quran  terbakar
Orang ramai sekadar melihat tanpa memberi bantuan?

Dimana silkap salahnya?
Tidak membenarkan bantuan
Adakah mereka ini nampak  terasing
Atau pun puak yang tidak dibenarkan  bercampur gaul?

Atau sering menolak?
Ingin berdiri dengan tawakal
Bagi mendapat khidmat nasihat luar
Atau tidak ingin diganggu gugat dalam pengerusannya?

Apa yang kita ketahui?
Satu pengajaran dan perhatian
Buat sesiapa yang ingin mengurus
Soal kebaikan dan kebajikan perlu ada kesempurnaan ?

Oleh Qalam Mutiara,
Catatan jam 7.30  pagi
Jumaat 15 September 2017.

QIBTI SERING MENYEKSA BANI ISRAIL


hujung malam.jpg

QIBTI SERING MENYEKSA BANI ISRAIL 

Nabi Musa telah dituduh
Sebagai pembunuh kaum Qibti
Apa bila bani Israil menyalah gunakan kata
Sedangkan nabi Musa ingin menolong dan membantunya.
Cerita nabi Musa menumbuk seorang Bani Israil telah mati itu
Telah pun  tersebar luas sehingga di ketahui ramai ke seluruh Negara Mesir

Sebenar kaum bani Israil
Tersalah dengar cakap Musa
Bila Nabi Musa melihat orang yang sama
Ingin meminta tolong lagi hasil pergaduhannya semalam
Sehingga nabi Musa berkata engkau lagi yang suka bergaduh ?
Nanti aku bubuh penumbuk macam kaum Qibti dekat muka hang baru tahu ?

Akhirnya dengan rasa takut
Dia lantas menuduh nabi Musa
Sebagai seorang yang ganas dan kejam
Suka memukul orang dan samseng dalam kedudukannya
Maka orang ramai yang mendengarnya terus saja  menghecam
Dan menganggap nabi Musa seorang yang hina danjahat dan buruk kelakuan.

Oleh Qalam Mutiara,
Catatn jam 7.00 pagi
Tanggal 15hb September 2017.

.ILHAM ITU DATANG SENDIRI


ingin kukhabarkan.jpg

ILHAM ITU DATANG SENDIRI 

Kita tidak boleh memaksa
Mencatat sesuatu dengan sendiri
Melainkan bila ilham itu tetiba datang bertandang                    
Barulah kita boleh mencatat bila ada messej dan pengertiaannya.

Jangan memaksa diri kita
Jika ilham tidak datang bwertandang
Kerana ilham satu wakyu yang datang kepada kita
Dengan secara tetiba mengikut keadaan dan mengikut  issu semasa.

Cerita dalam masyarakat
Dalam kehidupan kita seharian itu
Itulah ilahm yang sering datang kita catat dan lalui
Cerita yang tidak benar kita tidak boleh mendustai kehidupan sehrian.

Ilham itu datang sendiri
Bukan satu cerita main-main sahaja
Bukan pada sisapa melainkan pencinta seni sastera
Pasti  dapat mencatat dengan bahasa dan maksud yang hendak disampaikan.

Oleh Qalam Mutiara,
Catatn jam 6.40 pagi
Khamis  15hb September 2017.

SEORANG BALIGH YANG SEMPURNA


kawan.jpg

SEORANG BALIGH YANG SEMPURNA     
                                          
Nabi Musa masuk ke Bandar
Dalam keadaan mereka tidak menyedari
Waktu kaiyullah ia itu tidur setengah jam tengah hari
Kerana Nabi Musa telah menentang dan menolok gulungan Firaun
Tetiba baginda melihat dua lelaki sedang bergaduh Antara Bani Israil dan Pasar Qibti
Kerana enggan  menjadi hamba kepada lelaki Qibti yang bangsanya di tindas oleh orang Qibti.

Lantas Nabi Musa menumbuk
Dengan tidak sengaja lelaki Qibti itu mati
Kemudian nabi Musa berkata ini kerja ahli syaitan
Sesungguhnya aku menzalimi diri aku sendiri , Ya Allah ampuniku
Allah SWT memberi pengampunan walaupun dia membunuh tanpa perentah Allah SWT
Sebenarnya peristiwa ini satu pengajaran bagaimana sifat yang perlu ada kepada diri seorang.

Kesimpulannya kita manusia
Perlu ada sikap yang mengaku salah
Jika benar kita bersalah dengan tidak sengaja
Allah akan mengampunkan dosa kita kerana Allah maha berkuasa
Allah juga menurunkan rahmat dan menerima pengampunan jika seorang itu bertaubat
Jangan jadi syaitan sumbung dan angkuh enggan memohon ampun kerana melakukan kesalahan.

Oleh Qalam Mutiara,
Catatn jam 6.50 pagi
Tanggal 14hb September 2017.

Isnin, 20 November 2017

AKU PENCATAT PUISI DI HUJUNG SEPI


senja berlabuh.jpg

AKU PENCATAT PUISI DI HUJUNG SEPI


Ketika orang lain tidur
Aku akan terkejut dengan sendirinya
Selepas solat qiam mullai baca Quran dan berzikir
Aku mulai mencacat sebuah puisi di hujung malam sebuh sepi
Sehingga masuk solat subuh bila azann mulai berkumandang aku berhenti

Ilham biasanya tersimpan
Siap sedia dalam lipatan hati nuraniku
Kini hanya cuma menunggu untuk di luahkan sahaja
Lalu mengetuk dihujung jari di Fb untuk aku mencatatkannya
Sehingga menjadi sebuah karya puisi rengkas dan padat dengan messejnya.

Dulu aku menilai rimanya
Kini sekadar cukup ada kulit dna isinya
Bagi menyampaikan messej untaian  ungapan kata
Apa yang berlaku pada dinihari dalam kehidupan kita seharian 
Harap  sekurangan boleh membuka mata letinga dan minda orang membaca.

Oleh: Pena Utara
Catatan jam 6.30 pagi

Hari Rabu Tanggal 6 September,2017


PUTUS CINTA


kitaran.jpg

 PUTUS CINTA 

Putus cinta
Bukanlah satu penamat
Atau tiada lagi kebahagian di dunia ini
Sebenarnya masih ada kebahagian yang menanti
Untuk kita terus hidup dan berusaha kea rah yang lebih baik lagi.

Ceritalah !
Ramai orang bercinta
Berapa ramai yang telah putus cinta
Adakah rasa kehidupan pun mereka telah tamat
Atau pun tidak perlu bercinta lagi dengan orang yang lain pula?

Putus cinta
Cuma tamat perhubungan
Bukan satu jalan yang tiada penhujung
Malah ramai yang putus cinta dapat bangun kembali
Hidup lebih berjaya dan menekmati cinta baharu tanpa disedari?

Oleh;  Pena Utara,
Catatn jam 6.30 petang
Hari  Isnin Tanggal  4hb  September,  2017.

TANGAN-TANGAN YANG BERDOSA DULU


siang dan malam.jpg

TANGAN-TANGAN YANG BERDOSA DULU

Palastine
Dulu orang-orang lamamu
Telah menjadi dalang pada bangsamu
Kini segala penderitaan dosa mereka yang dilakukan dahulu
Anak-anak genarasi baru mereka kini terpaksa dibayar dengan darah-darah mereka  sendiri.

Palastine!
Bila berlaku persubahatan
Diantara orang-orang dari bangsamu
Bersekongkol dengan bangsa Yahudi laknatullah itu
Segala kemunduran dan penyeksaan anak cucu dan cicitmu menanggungnya.

Palastine!
Satu pengajaran buat kita
Bangsa melayu yang telah merdeka
Jangan sesekali menghasut , mentohmah dan memfitnah
Kemerdekaan yang hilang untuk mendapatkannya kembali satu penyeksaan.

Oleh: Nurimanja
Caatan jam 6.30 petang
Hari Khamis Tanggal 3hb Ogo 2017

BILA KITA PUN MERDEKA


wakil.jpg

BILA  KITA PUN MERDEKA 

Aku lebih tua
Dari hari kemerdekaan kita
Cerita penyeksaan sebelum merdeka
Aku tidak terasa sekadar melihat  kemunduran sahaja
Akibat Negara dan bangsaku serta ekonomi dijajah oleh kuasa besar .

Bila Usiaku
Meliwati angka tujuh  tahun
Aku mengikuti hari kemerdekaan Negara
Berbaju melayu berarak mengebar bendera merdeka
Kini aku tahu aku lebih tua dari hari menyambut kemerdekaan Negara.

Kini usiaku
Menjangkau  enam puluhan
Aku amat terasa nekmatnya hidup merdeka
Tidak seperti  negara yang dicengkamoleh kuasa besar
Mereka ditindas , diseksa diancam , dibunuh  rakyatnya hidup menderita.

Awas kita
Wahai Bangsaku Melayu
Pelihara keamanan dan keselamatan Negara
Jika hilang kemerdekaan untuk mendapatnya azab kita
Justeruitu hormatilah ulang tahun kemerdekaan negara  Malaysia tercinta.

Oleh;  Nurimanja,
Catatn jam 6.00 pagi

Hari  Khamis Tanggal 31hb Ogos 2017.

RASA HORMAT TIADA LAGI


anak.jpg

 RASA HORMAT TIADA LAGI 

Aku lihat saban hari
Cerita hormat menghormati
Satu budaya bangsa kita sudah tiada lagi

Ternyata hilang kini
Orang muda tiada segan silu
Mentertawakan pula  orang tua lanjut usia .

Malah orang tua pula
Memperlekehkah anak muda
Keduanya sama hilang rasa menghormati.

Ini  delima budaya kita
Orang tua dan orang muda
Tiada lagi rasa  hormat dan menghormati.

Oleh Pena Utara,
Catatn jam 5.45 pagi astro

Hari Rabu Tanggal 30hb Ogos 2017.

Ahad, 19 November 2017

KITA KINI HILANG BUDAYA


samaph.jpg


Orang muda kian kurang hajar
Orang muda tiada lagi hoprmat orang tua
Tiada takut dan menghormati kedua ibu bapa mereka
Walau ibu bapa saudara adik beradik ataupun jiran tertangga
Semuanya telah hilang sikit demi sedikit asal sejengkal akhirnya jadi sehasta

Orang tua juga kian lupa pula
Usia mereka berapa hilang budayanya
Anak jadi mangsa tiada kasih saying selama ini
Anak-anak muda tiada lagi di sayangi dan sering dimarahinya
Kini ramai isteri  bekerja si suami pula jaga anak-anak di rumah mereka.

Jiran tertangga tidak di kenai
Malah ada tidak pernah menegur siapa
Lu lu gua gua , lu tak kacau gua , gua tak kacau lu
Masing-masing cuma bawa diri lu punya hal lu  tanggung sendiri.
Gua punya masalah rumah tangga gua sendiri selesai gua tak kacau lu.

Oleh: Pena Utara,
Catatan jam 5.45 pagi
Rabu 30hb Ogos 2017.

SEMANGAT SUKAN KITA


lari.jpg

SEMANGAT SUKAN KITA

Sea game!
Semangat orang kita
Ada tiga empat bangsa terutama
Semangat orang melayu, cina, india dan lain-lain
Bergabung semangat  untuk mendapat kemenangan yang total.

Kini harapan
Telah mencapai sasaran
Sebagai tuan rumah sepatutnya
Kemenang selalu dalam tangan dan kegembiraan
Ternyata Nampak rakyat kini  bersatupadu se hati dan sejiwa.

Demi kejayaan
Sesama merasai nekmat
Kemerdekaan dalam bersatu hati
Tolak segala kefahaman politik atau pun  edialogi
Demi kemenangan  bagi menyambut ulang tahun kemerdekaan.

Oleh: Pena Runcing
Catatan jam 5.00 pagi
Selasa 29 hb Ogos 2017

SEORANG PENIAGA RUTI CANAI



buta atau celek.jpg


 SEORANG PENIAGA RUTI CANAI

Seorang peniaga ruti canai
Warungnya di dirikan  di atas bahu jalan
Puluhan tahun lamanya untuk mendapat  kejayaan
Dulu dia sering tertidur di warunginya menunggu pelanggan
Kerana kurang sambutan dengan ruti canai hangit dan kuah bilis cair.

Dari perniaga dari KL ke PP
Dari berambut panjang ikat ekor kuda
Dari sewa warung hingga diri warungnya sendiri
Dari kerja seorang kini ada pembantu empat orang pula
Dari pendapatan cuma puluhan ringgit sehari kini naik jumlah ratusan.
                                                                                                                                                     
Siapa tahu perjalanannya
Dulu  berambut panjang hingga botak
Dulu  topi soduk tukar ke songkok putih atau ketayap
Dulu nampak sedih muka moyok  kini bergaya berwajah mantap
Dulu  bujang kini sudah  berkawin dan memelihara seorang anak angkat.

Siapa pun tidak mengetahui
Kisah hidup seorang perniaga ruti canai
Telah pun dikenali dengan nama panggilan Pak Salam
Kini  sebuk melayani pemintaan pelangan berbagai citrarasanya
Telah berjaya berniaga ruti canai di bahu jalan kereta baru besar pula.

Oleh: Pena Utara,
Catatan jam 7 pagi
Khamis Tanggal 24 Ogos 2017.
                                      

ADA BANGSA MENCIPTA SEJARAH BUDAYA



politek.jpg


 ADA BANGSA MENCIPTA SEJARAH BUDAYA                       

Idea tercetus dengan sendirinya
Bila ada bangsa mencipta budaya tersendiri
Hasil dari keraguan dan ketidak rasa kepuasan hati
Maka berlakulah satu tragedi yang tidak di ingini melihatnya
Contoh mudah seperti kasut , selepar dan kerusi meja boleh berterbagan
Melintasi di atas kepala , mana sahaja menjadikan keadaan boleh huru hara akhirnya.

Marah ini masih mampu bertahan
Tetapi dia akan menjadi laver gunung berapi
Saban hari dia mendidih apa bila sudah tidak tertahan
Lalu mencetuskan bunga api dan muntahan  segala kepanasan
Jadi kita perlu jaga diri berastaghfar dan bertenang ingat kepada  yang satu
Apabila rasa hendak marah tahan jangan luahkan dan segeralah pergi mengambil wuduk.


Oleh Pena Utara,
Catatn jam 7 pagi astro
Hari Khamis Tanggal 24hb Ogos 2017.

APA YANG KITA CARI ?


ucapan.jpg

APA YANG KITA  CARI ?

Apakah yang kita cari ?
Dahulu kita seorang yang dipuja
Dihormati dimuliakan dan sangjung tinggi
Kini berbagai cerita menular di luar dan dalam Negara
Maka jadilah kita orang yang hilang pendirian yang kami agungkan?

Apakah yang kit tempah?
Kalau segalanya sudah berada
Di dalam gengaman tangan kita segalanya
Perlukah kita menempah sejarah yang tidak cemerlang
Sehingga ada rakan dan taulan kian jauh menghilang melihat kita ?

Perlukah kita melakar ?
Sejarah  kurang menyenangkan
Buat renungan genarasi  baru akan datang
Kebaikkan kita dan sejarah yang mulia diconteng kan
Dengan rasa ketidak senangan kerana tidak mengikut citarasa kita?

Oleh: Pena Utara,
Catatan jam 10 malam

Tanggal Ahad 2O Ogos 2017.

Selasa, 14 November 2017

PETANG INI



dimana silapku.jpg


PETANG INI


Petang ini
aku ingin menulis puisi
tetapi entah kenapa ilham hilang
bagaikan dibawa angin lalu.

Cerita pagi
dan tengah hari tadi
juga gagal aku mengupul dan mencatatnya
Cukup aku terasa kebengangan.

Sehingga fb
dapat berpungsi kembali
aku masih juga gagal mencatat puisi.

Cukup malang
Ilham tak datang
mungkin hati ku kini di rundung malang .


Oleh: Suara Pulau
Catatan  Admin Muda.
jam 6.45 petang /Sabtu 29/ April/ 2017

SEMASA BERDAKWAH


ingin kukhabarkan.jpg

 SEMASA BERDAKWAH

Kata nabi Noh
Ingatlah dosa-dosa Kalian itu banyak
Ada dua perkara jika ingin kembali ke jalan Allah SWT

Banyak bertaubat
Menyesal dan tidak melakukannya lagi
Bagi meninggalkan dosa dan berazam tinggalkan maksiat

Banyak beristafgfar
Memohon kembali menututup segala dosa
Menghindar segala kelakuan kekupuran dan kemungkaran.

Kata nabi Muhamad
Banyakanlah  bertaubat kepada Allah S.W.T
Bertaubat dengan taubat nasuha iaitu bersungguh-sungguh

Orang yang beriman
Mereka sering mohon taubat saban hari
Dengan  berastafgfar di sebelah pagi dan di sebelah petang.

Oleh: Qalam Mutiara,
Catatan jam 5 05. pagi

Rabu Tanggal 26 hb April 2017.

DAKWAH NABI NOH ALAIHISSALAM


sunami.jpeg


DAKWAH NABI NOH ALAIHISSALAM

Bagaimana nabi Noh berdakwah
Salah seorang Nabi mendapat gelaran Ulul Azmi
Kerana nabi Noh orang pertama yang diarah berdakwah
Untuk membebetulkan aqidah supaya kaumnya beriman kepada Allah SWT.

Ada berbagai cara dilakukannya
Mulanya secara tersembunyi dan berbisek-bisek
Kemudian di susuli dengan pertemuan terang dan nyata
Demi bagi mengajak kaumnya mengikuti kebenaran beriman dan bertakwa.

Walau pun menerima tentangan
Buat  nabi Noh tidak berputus asa mengahapinya
Pernah ditawarkan berbagai ganjaran dan habuan untuknya
Asalkan nabi Noh setuju mahu berhentikan agenda berdakwahnya selama ini.

Dalam dakwah berbagai cabaran
Nabi Noh juga menerima berebagai tentangannya
Kaumnya memekkan teliga malah mengatakannya Noh gila
Namun nabi Noh tetap meneruskan berdakwah dengan hikmah dan bijaksana.

Oleh: Qalam Mutiara,
Catatan jam 5 05. pagi
Selasa Tanggal 25 hb April 2017.

IBU DAN AYAH



ibubapa.jpg

 IBU DAN AYAH 

Ibu dan ayah
Kaulah syurga bagiku
Guru dan pengasuh terutama
Sejak dari kami kecil hingga dewasa
Tapi kasih sayangku tidak pernah berubah.

Ibu dan ayah
Angaplah anak-anak
Sebagai sahabat sejati terdekat
Anggaplah mereka rezeki kurniaan Allah
Tiada harta paling berharga di dunia dan akhirat.

Dosa durhaka
Tiada berbau syurga
Beradap sopan jkepada keduanya
Bila bercakap tidak meningking atau herdek
Bagi mendapat calun syurga di bawah tapak kaki ibu.

Oleh: Qalam Mutiara,
Catatan jam 5 05. pagi

Sabtu Tanggal 23 hb April 2017.