Selasa, 28 November 2017

HIDUP BAGAIKAN SEBIJI TELUR





HIDUP BAGAIKAN SEBIJI TELUR 

Hidup bagaikan se biji telutr ayam
Bila dimasak isinya berwarna putih dan kuning
Boleh dibuat  berbagai laut pauk digunakan untuk di makan
Tetapi agak mengecewakan bila telur telah jadi kemuruk atau tembelang.
Kerana tiada siapa pun yang mahu makan  disebabkan baunya busuk  isi tembelang.

Begitulah juga kita hidup seharian
Orang ramai cuma  nampak dan cantik di luaran
Mereka tidak mengetahui kandungan isi sebenar di dalam
Mereka ingat se biji telur tentu sahaja elok dan enak dimasak di makan
Bagaimana jikalau telur itu nampak kulit  cantek di luar tetapi isinya hanya tembelang.

Justeruitu untuk menilai telur itu
Kena ada ilmu pengetahuan cara memilih telur
Bukan pada kulit yang putih atau warna yang berkilat saja
Jangan mudah dengar bila orang kata telur ini catek dan sedap di makan
Kita pun  terus percaya dan membelinya bawa balik terus masak dan segera memakan

 Berhati-hati bila beli sebiji telur
Jangan kita terus  membeli telur tembelang
Walaupun harganya sebiji  tidak pun mahal setakat mana
Tetapi bila telur di pecah untuk dimasak jikalau sudah tembelang baunya
Memang menyakitkan hati bagaikan tidak ada maaf lagi bagi sesiapa yang cuba  menjualnya.

Oleh Qalam Mutiara,
Catatan jam 1.30  tengah hari

Sabtu  23 September 2017.

Tiada ulasan: