Jumaat, 24 November 2017

ADIK-ADIK YANG PERGI


tahui.jpg

ADIK-ADIK YANG PERGI 

Adik-adik yang pergi
Sebagai penyambung perjuang
Untuk meledakan syiar Islam di bumi Allah
Pergimu dalam usia muda jihat syahid dunia akhirat.

Sebagai Tahfiz al Quran
Kehidupan anda untuk menghafal
30 jujuz al Quran dengan penuh kesabaran
Sebagai pewaris dan penyambung dakwah Islamiah.

Bumi-bumi penghuninya
Para alim ulamak dan ahli tahfiz
Allah SWT sentiasa mencucuri rahmatNya
Buat negara yang para ulama dan fukaha kerjasama.

Tahfiz muda yang pergi
Satu perjuangan dan ketentuan
Ada hikmah dan pengajaran buat kita sendiri
Bagi menilai kehidupan kita dalam menegakkan ad din..

Oleh Qalam Mutiara,
Catatan jam 9.30  pagi
Sabtu  15 September 2017.

Tiada ulasan: