Selasa, 14 November 2017

DAKWAH NABI NOH ALAIHISSALAM


sunami.jpeg


DAKWAH NABI NOH ALAIHISSALAM

Bagaimana nabi Noh berdakwah
Salah seorang Nabi mendapat gelaran Ulul Azmi
Kerana nabi Noh orang pertama yang diarah berdakwah
Untuk membebetulkan aqidah supaya kaumnya beriman kepada Allah SWT.

Ada berbagai cara dilakukannya
Mulanya secara tersembunyi dan berbisek-bisek
Kemudian di susuli dengan pertemuan terang dan nyata
Demi bagi mengajak kaumnya mengikuti kebenaran beriman dan bertakwa.

Walau pun menerima tentangan
Buat  nabi Noh tidak berputus asa mengahapinya
Pernah ditawarkan berbagai ganjaran dan habuan untuknya
Asalkan nabi Noh setuju mahu berhentikan agenda berdakwahnya selama ini.

Dalam dakwah berbagai cabaran
Nabi Noh juga menerima berebagai tentangannya
Kaumnya memekkan teliga malah mengatakannya Noh gila
Namun nabi Noh tetap meneruskan berdakwah dengan hikmah dan bijaksana.

Oleh: Qalam Mutiara,
Catatan jam 5 05. pagi
Selasa Tanggal 25 hb April 2017.

Tiada ulasan: