Isnin, 25 Julai 2022

MENGAPA DUNIA INI PENUH PANCAROBA?

 







MENGAPA DUNIA INI PENUH PANCAROBA? 
 
 
Terasa
Sesekali aku fikir
Malas untuk melangkah lebih jauh
Kerana dunia fana ini penuh dengan pancaroba
Untuk memerangkap kita sama ada kita buat baik atau sebaliknya ?
 
Ramai
Rerakan menangis
Bila sahabat atau rakan karipnya
Pergi setelah kejayaan yang diburunya tercapai
Terasa bagaikan satu pelaburan besar yang tidak pulang modalnya ?
 
Pasrah
Bagi seorang Islam
Semuanya adalah ketentuanNya
Tidak ada sesiapa pun mampu melawan takdir ?
Mungkin ada hikmah yang tersembunyi serta tersurat dan tersirat ?
 
 
Oleh Qalam Mutiara
Catatan jam 6.00 pagi
Ahad Tanggal 17hb Julai 2022
 

BACALAH SURAH-SURAH RUKYAH









BACALAH SURAH-SURAH RUKYAH 
  
Dakam kehidupan
Tanpa disedari kita bertugas seharian
Mungkin melakukan sesuatuy kurang menyenangkan
Atau pun melebihi kesopanan dan rasa ketidak senangan hati orang lain?
Maka berlakulah sesuatu yang tidak diingini rasa marah dendam dan mahu menjatuhkan kita ?
 
Apabila syaitan !
Mulai merasuk  dalam hati sesaorang
Mulai kita sudah lupa kepada kebesaran Allah S.W.T
Mulai minta pertolongan jin atau syaitan melalui ilmu sihir dan pemujaan?
Malah sanggup kita menyihir seorang itu menderita bertahun sakit tidak sembuh kurus kering?
 
Amat menyedihkan
Sanggup melakukan sihir sehinbgga
Keluarga mangsa menghabiskan wang beribu ringgit
Namun kesembuhan gagal diperolehi malah ada sampai menemui ajalnya?
Pesan alim ulama banyak membacakan ayat surah-surah dari rukyah bagi menghindarkannya ?
 
 
Oleh Qalam Mutiara
Catatan jam 5.20 pagi
Sabtiu  Tanggal 16hb Julai 2022

KITA SEKADAR MERANCANG ALLAH MENENTUKKANYA

 







KITA SEKADAR MERANCANG ALLAH MENENTUKKANYA. 
 
Allahu Yu Rabbi
Begitulah kehidupan kita
Dunia hanya pinjaman semata-mata
Janganlah kita terlalu angkuh dan besar diri dan kepala
Apa sahaja yang kita rancang semua ditentukan oleh Allah yang maha kuasa?
 
Allahu Ya Rabbi
Mati itu satu peringatan
Apabila tiba masa dan tempuhnya
Tidak akan berlaku terlewt atau tercepat satu minit pun
Semuanya kehendak Allah SWT kita sekadar mampu pasrah dan menyerah ?
 
Allahu Ya Rabbu
Kami sekadar merancang
Engkaulah yang menentukanNya
Engkau yang kami sembah Engkau juga kami minta tolong
Ampunkan segala dosa-dosa kami Ya Allah kami redha menerima takdirMu ?

 
Oleh Qalam Mutiara
Catatan jam 6.30 petang
Setelah 20 hari Dr Noornasirah Pergi
Petang Jumaat 14/15  Julai 2022 Al Fatehah dan 10X Kulhu


JANGAN KITA MEMBAKAR API

 





JANGAN KITA MEMBAKAR API 
 
Jangan kita bermain api
Apa tak lagi membakarkannya
Kerana hati ini mudah panas dan terbakar
terutama apabila kita suka cabar dan mencabar
Sensitif menyentuh tentang agama , bangsa dan negara kita
Sesungguhnya siapa pun boleh kayaraya jikalau kita rajin berusaha .
.
Tahukah bulan apa kini?
beberapa saja lagi habis Mei
Lupakah anak cucu kita pada peristiwa
Cukup mencelarukan minda dan menyayat hati
Bila lalat , patung , katak puru dan katak minyak bergaduh?
Satu simbolik yang ternyata banyak hikmah dan penilaiannya buat kita.

Sepatutnya kita semua
Sebagai warga rakyat Malaysia
Ketepikan budaya ungkit mengunkit
Tuduh menuduh rasa ketidak keadilan ekonomi
Kutuk mengutuk tohmah fitnah dan beradu domba sesame kita
Hiduplah seperti daun kelapa mengikut geliran untuk jatuh dan berundur..
 
Siapalah kita sebenarnya?
Semuanya asal warga pendatang
Bertapak di bumi bertuah semenanjung ini
Dalam keadaan dhaif dan susah payah mencari rezeki
Datuk nenek kita tinggal tanah tumpah darah menyeberang lautan
Demi untuk membina hidup baru di bumi yang serba subur hasil mahsulnya.

 
Oleh Pena Utara
Catatan jam 5.05 pagi
Rabu siar semula 14hb Jilai 2022
 

CINTA KERANA ALLAH







BIL:95. CINTA KERANA ALLAH


Cinta kerana Allah
Sebenarnya cinta penuh nekmat
Cinta yang benar-benar mencapai tahap hakiki
Mereka ini sedia berkorban apa sahaja walaupun penuh penyeksaan.
 
Cinta kerana nafsu
Penghujung tidak kemana-mana
Kalau cinta kerana dunia seperti bangkai busuk
Mereka pastinya terima kegagalan dan kecewa di akhir percintainya.
 
Cinta dengan akhlak
Boleh kita ikut cara sunah nabi
Pasti kita akan merasai kenekmatan sebenarnya
Sebaiknya perlulah menyucikan diri dahulu demi kerana Allah S.W.T
 
Cinta orang beriman
Mereka mempunyai akhlak cinta
Dimana sahaja berada kerana Allah dan Rasulnya
Merekalah orang yang dapat menekmati cinta di dunia dan di akhirat.
 
 
Oleh Nuri Manja,
Catatan jam 6. 55 pagi
Selasa tanggal siar kembali 12/7/2022
photo cuma hiasan.


Jumaat, 15 Julai 2022

WELDAN

 






WELDAN 
 
Weldan
Anak muda yang ramai
Umpama mutiara yang bertaburan
Begitulah gambaran mereka sama seperti mutiara
Mereka memberi perkhidmatan sebagai pelayan yang indah.
 
Syurga
Untuk mendapatkanya
Perlulah ada satu pengorbanana
Begitulah keadaannya buat mereka yang beriman
Setelah melakukan amal ibadat dan layanan dari para weldan.
 
Hanya
Mereka yang layak itu
Sentiasa melakukan kerja amal
Sentiasa mereka patuh taat dan mereka dengar
Allah layaklah mereka untuk mendapat layanan seribu Weldan.
 
Oleh : Nuri Manja,
Catatan jam 6.55 pagi
Khamis Tanggal 14 hb Julai 2022.


PERINGATAN MENUJU JALAN ALLAH




 

PERINGATAN MENUJU JALAN ALLAH

Inilah peringatan
Bagi mereka yang beringat
Bagi sesiapa yang ingin menuju jalan Allah
Dengan beramal dan ketaatannya kepada Allah SWT
Sesungguhnya Allah itu akan menunaikan segala janji-janNya .
 
Mereka perlu Ingat
Sesiapa yang ingin mencari
Jalan dari kegelapan ke jalan yang cerah
Ambilah peringatan untuk mendapat keredhaan Allah
Ada dua pilihan jalan satu penyeksaan dan satu lagi kenekmatan.
 
Kita perlu ingat
Kerana gambaran nekmat
Keadaan syurga dan penyeksaan api neraka
Siapa yang ingin mengambil menuju jalan Allah SWT
Terpulang pada kemahuan dan keinginan setiap individu sendiri.
 
Oleh : Nuri Manja,
Catatan jam 5.50 pagi
Hari Khamis 9hb Mac 2017.


.BILA BULAN DI LINDUNG AWAN

 









BILA BULAN DI LINDUNG AWAN 
 
kategori sajak pendek.
Sahabatku
Amat dikasihi,
Bila bulan dilindung awan
Usahlah engkau resah gelisah
Kerana keindahan cahaya bulan
Bukan lagi milik kita .
 
Sedenyut rasa
dari sahabat Sdra Suara Pulau.
2009 Disember 21 19:50
 

MAAFKAN AKU MAMA DAN PAPA.

 










MAAFKAN AKU MAMA DAN PAPA.
 
 
Bertahun- tahun
Kau memburu cita -cuta murni
Setelah  tanganmu pun mencapai awan tinggi
Kau pun mengerti semua keindahan bukanya milik kita lagi?
Kau sebagai pinjaman yang terpaksa pergi kembali kepangkuan Rabul izati.
 
Kau yang kecewa
Menunaikan janji indah selama ini
Buat Mama dan Papa beribu ampun dan maaf
Awan putih yang kau capai kini  kesemuanya tidak beerti lagi ?
Mohon maaf perjalananmu di dunia fana ini sudah hamper tamat  dan terhenti.
 
Denyut Rasa Nurimanja
Buat anak kesayangan yang pergi
Buat selamanya tidak akan Kembali lagi Al Fatehah
Catatan selepas 7 hari kau bersemadi  Tarikh 2hb Jukai 2022

 

KEJAYAAN TELAH TERCAPAI TETAPI KENIKMATAN GAGAL DIKECAPI










KEJAYAAN TELAH TERCAPAI TETAPI KENIKMATAN GAGAL DIKECAPI 

 Anakku
Kejayaan telah tercapai
Sayang tetapi kenikmatan gagal dikecapi ?
 
Bertahun
Kau berhempas pulas
Memburu ijazah di Kuis sehingga layak ?

Di Sintok
Kau sambung di UUM
Berjaya kau perolehi Mester E  Dangang ?
 
Di USM
Kau terus memburu
Setelah Phd E Dagang tercapai kau PERgi ?
 
Apa pun
Kau pinjaman Allah SWT
Kami pasrah dengan segala ketentuanNya?
 
Catatan Rengkas
Dari denyut nadi En Nurimanja
Buat anak perempuan kesayangannya .
Pulang kepangkuan Illahi  Ahad Tarikh 26/6/2022.


Selasa, 5 Julai 2022

SEORANG TUA MELAWAN TAKDIR

 








SEORANG TUA MELAWAN TAKDIR 
 
Seorang tua
Menabit dada usia Panjang
Kerana kuasa sains dan teknologi hari ini
Kalau tidak katanya dia sudah lama mati meninggalkan dunia ini
Tetapi kerana sain dan teknologi dia masih hidip menjadi PM sekali lagi di Malaysia ini.
 
Sebebnarnya
Dia lupa ketentuan Allah SWT
Manusia cuma mempu merancang sahaja
Umur Panjang dan penbdek ketentuan kepada Allah yang berkuasa
Jangan kita menyeleweng pada rukun Iman ke enam percaya pada qada dan gadarNya.
 
Allah menentu
Hidup atau matu sesaorang
Sesuatu kejadian itu dengan kehendakNya
Kita sebagai hambaNya sekadar mampu berusaha saja di dunia ini
Setiap kelakuan kita baik atau buruk semua akan dinilai dan ditentukan di akhirat nanti. 
 
 
Oleh Tinta Azimat
Catatan jam 5.45 pagi
Hari Ahad Tanggal 18 Jun  2022


HARIMAU MALAYA









 HARIMAU MALAYA 
 
Harimau Malaya!
Sudah hamper 42 tahun ?
Kau gagal menyelinap digelangan AFC
Dalam kancah bola sepak di ranatau Nusantara
Apatah lagi melayakkan diri di peringkat antarabangsa dunia ?
 
Harimau Malaya!
Kini  Keluarga Malaysia ?
Kami ingin melihat agar Harimai Malaya
Bukan sebagai jaguh kampung di halaman sendiri
Teruslah melompat lebih jauh lagi sehingga ke persada dunia?
 
Harimau Malaya!
Berjuang untuk kemenangan
Kekuatan kita sebenar adalah semangat
Semangat juang yang kental tidak ada perhentian
Tumpuan kepada 3 gol pertama setiap kali perlawanan wajib ?
 
Oleh Yusma
Catatan jam 5.45 pagi
Hari Ahad Tanggal 18 Jun  2022


KERETA LAMA KU

 



KERETA LAMA KU
 
Kereta lama ku
Sudah lama aku gunakan
Biar pun selalu saja meragam
Namun aku tetap sayang padamya
Kerana kau telah pun banyak berjasa
Baik sewaktu aku senang
Dan sewaktu aku susah juga.
Aku masih sayang padamu
Wahai kereta lama ku
Apa orang lain hendak kata ?
Biarkan kepada mereka
Asalkan kau masih bersamaku
Dan keluargaku
Aku sedikit pun tidak rasa malu.
Pesan aruah mamaku
Ingat kereta lamamu banyak berbakti
Jangan pula kau hidup umpama
lepas jambatan kau buang tongkat
Jangan dengar apa orang lain kata
Apa yang penting segala kehidupan mu
Kau sendiri yang patut menjaganya …
 
Oleh: Nuri Manja,
Catatan jam 6.30 pagi
Tanggal 29hb Disember 2015.
selamat hari jadi En nuri. dm blog citranuri

CUKUPKAH BELANJA SEORANG PESARA

 



CUKUPKAH BELANJA SEORANG PESARA 

Seorang pesara
Cukupkah pendapatan
Hanya RM1,596 sahaja se bulan
Potong bayar rumah RM390 tiap bulan
Api dan air telephon astro lebih kurang RM250.
Handset , Minyak kereta dan broxband internet RM250
Belanja dapur harian se keluarga lebih kurang RM600 atau RM700 ?.
 
Seorang pesara
Anak-anak ada bekerja
Memang ada lebih dari memadai
Tanggungan rengan boleh membantu
Tetapi seorang pesara keluarga kecil tanpa anak
Cukupkah mereka berbelanja jika diri pula ada berpenyakit
Apakah agenda dapat membantu bebanan yang dipikul seorang pesara?
 
Oleh: Nuri Manja,
Catatan jam 6.20 ptg
Tanggal 22/6/ 2022 Siar kembali.

LAMA NIAN HARUMAU MALAYA TIDAK MENGAUM?

 








LAMA NIAN HARUMAU MALAYA TIDAK MENGAUM? 
 
 
Lama nian
Harumau Malaya tudak mengaum
Hamper 42 tahun setelah Mohtar Dahari dijemput pergi.
 
Kini gempar
Ngaumannya di rantau nusantara
Harimau Malaya kembali menggegar keluarga Malaysia.
 
Mampukah ?
Harimau Malaya mengekal rentak
Menjadi juara di rantau Asia mewakili bola sepak dunia?
 
Perlu ingat?
1 & 2 gol cuma pembukaan sahaja
3 gol ada sedikit kemampuan 4 gol baru boleh ketawa ?.
 
Oleh Yusma
Catatan jam 8.00 malam
Sebelum perlawanan Malaysia - Banglades
14/6/2022 .