Isnin, 25 Julai 2022

JANGAN KITA MEMBAKAR API

 





JANGAN KITA MEMBAKAR API 
 
Jangan kita bermain api
Apa tak lagi membakarkannya
Kerana hati ini mudah panas dan terbakar
terutama apabila kita suka cabar dan mencabar
Sensitif menyentuh tentang agama , bangsa dan negara kita
Sesungguhnya siapa pun boleh kayaraya jikalau kita rajin berusaha .
.
Tahukah bulan apa kini?
beberapa saja lagi habis Mei
Lupakah anak cucu kita pada peristiwa
Cukup mencelarukan minda dan menyayat hati
Bila lalat , patung , katak puru dan katak minyak bergaduh?
Satu simbolik yang ternyata banyak hikmah dan penilaiannya buat kita.

Sepatutnya kita semua
Sebagai warga rakyat Malaysia
Ketepikan budaya ungkit mengunkit
Tuduh menuduh rasa ketidak keadilan ekonomi
Kutuk mengutuk tohmah fitnah dan beradu domba sesame kita
Hiduplah seperti daun kelapa mengikut geliran untuk jatuh dan berundur..
 
Siapalah kita sebenarnya?
Semuanya asal warga pendatang
Bertapak di bumi bertuah semenanjung ini
Dalam keadaan dhaif dan susah payah mencari rezeki
Datuk nenek kita tinggal tanah tumpah darah menyeberang lautan
Demi untuk membina hidup baru di bumi yang serba subur hasil mahsulnya.

 
Oleh Pena Utara
Catatan jam 5.05 pagi
Rabu siar semula 14hb Jilai 2022
 

Tiada ulasan: