Khamis, 27 Januari 2011

TEGURLAH AKU



sajak pilihan sahabat Cr.


Andai aku bersalah
Katakan apa salahku
Terangkan salahku
Dan betulkan salahku
Asal tidak kau diam
Bilaku menyapa
Asal tidak kau pergi
Bila kelibatku lalu
Kerana kebisuanmu itu
Bisa meluluhkan
Lalu buatku nanar
pedih dan luka sendiri


OLEH USTAZ RAHMAN
Ayer Keroh Jumaat 11, desember 2009
diterbitkan semula 27hn Jnuari, 2011





50 ulasan:

Viger berkata...

Tarikh : 9hb. Zulhijjah Tahun 10 Hijriah
Tempat : Lembah Uranah, Gunung Arafah.

Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendakku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini, dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanah kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.

Janganlah sakiti sesiapa pun, agar orang lain tidak menyakiti kamu pula.Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu, dan dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba', oleh itu segala urusan yang melibatkan riba' di batalkan mulai sekarang.

Berwaspada lah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara perkara besar, maka berjaga jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara perkara kecil.

Wahai manusia , sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu.Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu ata mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang tidak kamu sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini,sembahlah ALLAH, dirikan sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan,dan tunaikan zakat dan harta kekayaan kamu, kerjakan ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak saorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan Beramal Solleh.
Ingatlah, bahawa kamu akan mengadap ALLAH pada suatu hari untuk di pertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku. Wahai maanusia, tidak ada lagi Nabi dan Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah disampaikan kepada kamu. Sesunguhnya, aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikut kedua keduanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya, itulah Al-Quran dan Sunnahku. hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikannya kepada orang lain, dan hendaklah orang lain itu menyampaikan pula kepada yang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang mendengar terus dariku.

Saksikan ya-ALLAH, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMU kepada hamba-hambaMU.

Sedutan dari: (blog Rudy Syah)
semoga anda dapat pahala amin!

Ku Dania berkata...

AIR MATA

tadi itu air mata dititiskan,
ikhlas benar luahan itu,
aku terharu, sungguh,
aku sungguh terharu.
kini aku tahu,aku pasti,
aku akan cuba kesat
lembut air matanya,
agar hatinya dapat aku selimuti.
detik itu datang lagi tiada seri
dipenuhi sawang ditemani bayang
gelodak diam dipendam
bagai dirasuk diamuk tiada tenteram
pohon itu asalnya rendang
dedaunnya menghijau lebat
meredup dari terikan
menyejuk dari kepanasan
dedaun itu telah lama gugur
kini tinggal ranting dan dahan
kering…mereput perlahan-lahan
tiada lagi kicauan unggas
sunyi lagi sepi…
hanya menanti meyembam bumi


Ku Dania
sajak ada jiwa2 sikit qalam.. hehe

Halilintar berkata...

PERUT KENYANG

perut sudah kenyang
hati jadi senang
kecamuk sudah hilang
nyanyi lagu riang
kaca tv terpampang
kisah negara orang
hidup dalam perang
habis lintang pukang
darah merah bergenang
selalu kena serang
rasa syukur menjelang
rezeki tak pernah lekang
aman bukan kepalang
tak rela ia hilang
biar terus cemerlang
gemilang terus terbilang
sampai hari mendatang…


Halilintar
sajak simple saja dari saya

Iman Ali berkata...

SOALAN BODOH SEORANG PAKCIK

seorang mantan masih bertaring
seorang pengemudi negeri
ditikam belakang
sebuah negeri tetap
tidak menjadi dua.
orang nombor dua hadirkan diri
sambutan dingin
dialun gelora ombak
sebuah organisasi nasional
tetap tidak menjadi dua.
seorang pakcik
sambil menghirup kopi
bertanya dengan lagak bodoh
1 pantai timur belum terjaga
bagaimana 1 Malaysia kita ini ?
panas hatiku mendengar cakap dia

Iman Ali
kejadian di kedai kopi sajak utk sayembara

Seruling Kelana berkata...

HUJAN,KERETA DAN MANUSIA

Hujan mencurah tanpa tanda
tiba-tiba membunuh kota ini.
manusia semakin pantas
melindungi diri kecantikan mereka
dalam kota bercermin batu.
kenderaan menjadi perlahan
membuntut dibelakang lampu merah
ditekan pedal brek pemandu.
bau longkang semakin hanyir
berlumba air kotor
daki manusia yang tersumbat,
padu di dalamnya.
sekian saat yang pergi
menentukan ketibaan yang baru

Seruling Kelana
dalam perjalanan balik kerumah
pada waktu hujan

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

HUJAN KERETA DAN MANUSIA. Sajak oleh acr sdra Seruling Kelana ternyata ingin menceritakan apa yang sebenar berlaku dalam mencatat apa yang dilihat dan apa yang dirasa. Pengucapannya mudah begitulah keadaanya mungkin dulu sebauh pekan kecil yang kini kian pesat membangun dan bertukar wajah menjadi sebuah bandar, korek sana bina sini, demi mengadakan kemudahan asas jalan raya di negara kita. Bila hujan pastinya keadaan orang ramai lebih menjadi kelang kelibut. Pergerakan keenderaan menjadi lebih lambat dan pelahan. Begitulah keadaanya hidup manusia, tiap yang lama akan diganti yang baru, mengikut keperluan asas manusia, terasa pula keadaan dunia ini , tidak pernah tua, cuma lama sahaja. Amin (TU)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011


AIR MATA – ahli citra rasa (acr): sajak oleh Ku Dania penceritaan si penulis nampak bagai ada sempati pada sesaorang tentang penderitaan hidupnya yang mungkin terinanya, memendam perasaan, sehingga dibyangkan bagai pohon yang dulu rendang kini hilang segala keindahannya, daun gugur, ranting kering, semuanya rasa menunggu waktu reput rebah ke bumi. Begitulah kehidupan manusia yang diserang penyakit jiwa-jiwa, bila mana hati mula tidak seia dan sekata. Yang merana bila hatinya diserahkan segalanya. Selalulah berhati-hati. Amin. (B)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

PERUT KENYANG sajak acr sdra Halilintar pengucapanya bersahaja dan santai saja nampak semacam lagu kanak. Gentang gendut tali kecapi, kenyang perut senang hati.
Benar kata si penulis, sepatutnya kita banyak bersyukur dengan apa yang Allah swt.kurniakan ke atas warga dan negara kita, tidak perlulah lagi menimbulkan angkara dan sengkita sesame kita, lihat saja kisah sedeh diluar negara. Menghibkan dan memalukan kita. Syabas! Teruskan wawasan yang ada. Amin (TB)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

SOALAN BODOH SEORANG TUA atau Pakcik sajak acr sdra Iman Ali. Ternyata bagai mahu marah bila sebuah negeri yang sedang meningkat maju dan keluar dari kemelut semiskinan di katakana masih tidur. Barangkali bukan pakcik. Orang tua yang tinggal dipendalaman pun sudah tahu arus pembangunan telah mengalir serata ceruk dan ranatau di negara ini, tidak kira diperentah oleh parti apa pun, Lihatlah tv semalam PM Najib bersama Azizan dan Guang Eng telah diberi peruntuk puluhan ribu untuk membangunkan daerah utara . begitu juga Terangganu dan Kelantan. diberi juga keutamaa sama rata sama tara untuk pembangunan negara. Amin. (U)

Rossa Long berkata...

sajak ni senja ni pasal org tua ke en nuri?>

Tok Mahat berkata...

senja di gambarkan sebagai org tua ke?

Puan Rosnah berkata...

sajak senja ni simbolik jgk

Encik Mahatdir berkata...

sajak yg kretif senja di gambarkan sebagai org tua

Angker 13 berkata...

sajak senja ni simbolik jgk menarik

Madah Pujangga berkata...

sajak pasal org tua ke en nuri?

Emily Bayans berkata...

sajak en nuri menggambarkan apa ni? xphm sgt la

Pangeran Indera berkata...

senja pun jatuh? sedih sajak ni

Ustaz zamree berkata...

huh! ustaz rahman pun jiwa2 jgk ke?

Ibrahim Lee berkata...

eh! mcm sajak jiwa2 je ustaz rahman sajak lagenda ker?

Ustaz mahfuz berkata...

ustaz rahman sajak tentang keinsafan...

Ustaz Saad berkata...

sedih plak baca sajak ustaz rahman dan en nuri sama2 sajak berbunyi keinsafan

Comel berkata...

sajak yg menarik simbolik!

Haji Khali berkata...

sajak ustaz rahman ni mcm byk buat dosa jer...

Ustaz Rahman berkata...

wah! ustaz rahman plak sajak disiarkan kali ni

Zainal Arifin berkata...

sajak ustaz rahman xde katogori ke en nuri?

Umar Haslam berkata...

ali conan thu x adi cana dtg? tido mati ke?

Wasiril Azmi berkata...

cerita ni kalau buat filem laku ni sbb skrg org minat cte seram

Ku Dania berkata...

cerpen kali ni mmg seram habis! byk tanda tanya

Roy Rashid berkata...

cerpen ni berdasarkan kisah benar ke en nuri?

Muhamad Badawee berkata...

tegurlah aku? sajak rendah diri btol..

Shukri Latif berkata...

sajak tentang kesalahan lalu ke ustaz rahman?

Suara Tiada berkata...

x sabar nk thu kucing tu hantu ke atau kucing biasa?

Puteri Bunian berkata...

eh! tgh2 hutan ada kucing plak?

Bayu Bulan berkata...

kucing tu mcm mana boleh ada plak semalam xde?

Zauraifah berkata...

kucing tu mcm ada perasan plak? jgn2 dia jelmaan agaknya

Denilson Fata Fat berkata...

wahai manusia plak? sapa yg kata ni en nuri?? jin ke?

Mr David berkata...

ni smua kata2 Allah yg kata ke en nuri? mcm mana en nuri thu?

Nyonya Ah Shu berkata...

Allah pun boleh berkata2 jgk ka?

Ravi Ramachandran berkata...

Allah ni tinggal kat mana? dia bagi pengumuman kat mana ni en nuri?

Orang Lama berkata...

terima kasih en nuri atas peringatan ni

Warga Ems berkata...

terima kasih en nuri kerana mengingat-mengingati sesama kita

Ustaz Zaidi berkata...

perkongsian yg menarik! tahniah!

Ustaz Omar Sharif berkata...

smoga kita semua dapat mengikuti apa yg dikatakan di sini amin...

Suara rakyat berkata...

isu pasal politik xde ke en nuri?

Ambuyak berkata...

eh! dh hbis ke pasal politik en nuri?

Sulaiman Embong berkata...

mana hantu raya kalau x dulu dia selalu letak politik?

Bicara Bulan berkata...

di mana politik ni? viger dan tinta azimat lupa ker?

Lebai Noh berkata...

smoga kita semua dapat pahala di atas perkongsian ni

Sheikh Al Habib berkata...

terima kasih en nuri mmg ni pengingatan utk semua manusia supaya jgn alpa kpd dunia...

nurimanja berkata...

JAWAPAN PILIHAN RENGKAS SECARA RAMBANG SAHAJA.(en nuri)

- Dalam Islam kitab Al quran itu dinamakan Qalam(kata2) Allah dibawa oleh malaikat tertentu diwahyu(terimakan] kepada nabi muhamad saw. dan disampaikan kepada umat ini di seluruh alam. (sebab itu orang Isalam tidak berani bertanya soalan ini, mereka dah faham. sebab itu orng Islam kalau mereka bersalah mereka takut. kalau mereka benar
mereka sanggup mati (jihat) kerana Allah.

- kata-kata Allah tidak sama dengan hambanya (manusia) malah kalau Allah itu bisu, ini menunjukan tak perlu disembah, kerana lemah, kalau lemah tidak layak jadi tuhan kita. itu bagi orang Islam memang takut untuk dipertikai, kerana boleh terkeluar dari keimanan (keyakinan) dan agama Islam juga. Itu kekadang saudara baru lebih kuat imannya dari orng Islam yang memang keturunan Islam sendiri. Keyakinan ini terasa dia datang luar biasa, tidak ada siapa pujuk atau pun paksa hanya Allah yang berkuasa
hendak memberi kepada siapa saja yang dia suka. itulah iman (keyakinan pada tuhan)

- Allah dalam islam satu yang gahib, kalau terbentuk dia suadh jadi baharu, tiap yang baru boleh rosak, bila rosak jadi lemah, Kalau tuhan boleh rosak tak layak jadi tuhan. dia juga tidak ada rumah ghaib, kalau ada rumah dia juga lemah, sebab itu dalam masjid tidak ada apa. kosong. mereka sembahyang(solat) dengan keyakinan terasa tuhan melihat, mendengar, mengetahui apa saja. Oleh itu jika ada orang Islam yang menipu, imannya belum cukup kuat. Islam celup.

- Lotong dan napoh , moyet, kera, beruk , semuanya adik beradik jugalah. yang lain tidak perlu jawab.... biasa punya soalan.