Sabtu, 22 Januari 2011

DETIK PERJALANAN INI



kategori penghanatar surat

 
Menyusur lorong kehidupan
meniti permatang hari yang panjang
yang sukar aku menemui
tanda noktah perhentian.
Di ruang waktu sempit ini
cuma haloba mengisi pencarian
dengki bersarang di lubuk sukma
umpat keji mainan seharian
kawan umpama masa berada
musuh jika tidak berharta.
Perjalanan ini kususuri
terus melewati denai hari
kerap terpijak duri-duri keangkuhan
dibakar pijar gejolak mentari
sehangus kalbu merintih simpati
pudar keikhlasan kontang kerohanian.
Bilakah perhentian damai bermula
perteduhan nyaman keabadian tersemai
berpaut pada kasih keredaan Ilahi
di bawah bayangan sejati
rahmat khidmat tersemat
berpapah pada mardatilah.

 
OLEH: SABRI DESPATCH
duduk din rembau,n9
18.10.2009







50 ulasan:

Hantu Raya berkata...

Tok Guru Nik Aziz mengajak Blogger dan Facebooker memberi tindakbalas terhadap pimpinan UMNO dan Kerajaan BN. Tindakan Tok Guru benar - benar terdesak. Majlis Perjumpaan Bersama Blogger yang diadakan di Hotel Grand Season, Kuala Lumpur telah ditaja oleh Kerajaan Negeri Kelantan semata - mata untuk menghimpun para Blogger untuk membantu beliau mencapai matlamat.

TGNA dan PAS benar - benar terdesak, beliau mengharapkan para blogger menghaburkan fitnah dan memutarbelitkan isu - isu yang timbul. Dalam perjumpaan tersebut TGNA kononya di katakan bertujuan untuk mendekatkan penulis - penulis bebas dan Blogger serta rakan Facebooker yang bagi membantu menyampaikan maklumat yang tepat. Tetapi disebaliknya TGNA telah ada agenda tersendiri iaitu menggunakan blogger upahan ini supaya menyebar dakyah dan fitnah bagi mencapai hasrat menumbangkan Kerajaan BN didalam PRU ke 13 nanti.

Dari kajian yang dibuat oleh individu tertentu, rating Blogger yang Pro kepada pembangkang telah semakin menurun kerana mereka - mereka ini tidak lagi dibiayai oleh parti - parti seperti PKR dan PAS. Banyak halaman telah dikuasai oleh Bolgger dan Facebooker yang Pro Kerajaan. Banyak isu - isu terkini tidak dijawab dengan tepat oleh Blogger pembangkang menyebabkan rakyat telah beralih arah kepada Kerajaan.

TGNA amat risau dengan keadaan ini, Beliau amat mengharapkan Blogger2 dapat memainkan isu semaksimum mungkin untuk mengembalikan keyakinan rakyat kepada Pakatan Rakyat yang semakin terhakis.

Dalam perjumpaan tersebut tiada lansung TGNA memberi nasihat dan pandangan yang baik - baik kepada blogger2 mereka, Malah meniupkan semangat persengketaan dan membenci UMNO dan Kerajaan. Dalam ucapannya turut menyatakan bahawa matlamat utama adalah untuk meletakkan pengaruh PAS ditahap yang lebih tinggi dari PKR. Sepatutnya PAS mendominasikan Pakatan Rakyat untuk menawan Putrajaya. Bukan Anwar, Anwar dilihat pemimpin yang banyak isu yang sukar diterima rakyat.

Beliau juga membidas segelintir Blogger yang terdiri daripada orang - orang PKR dalam tidak sedar mereka telah membidas PAS dalam penulisan mereka. Sedangkan PAS dan PKR dalam satu pakatan. Ada diantara penulis upahan PKR hanya menumpukan kepada Anwar dan pemimpin PKR sahaja dan ada isu - isu yang berkaitan dengan PAS lansung tidak dihiglight oleh penulis Upahan PKR.

Oleh itu beliau merayu kepada Blogger PAS supaya menyebar segala maklumat tentang PAS kepada rakyat. PAS tidak mahu tenggelam diarus cyber maya, PAS tidak mahu blogger PAS memenangkan pihak PKR. TGNA amat berharap Blogger PAS dapat memahami tugas dan matlamat mereka.














PEROSAK BANGSA PEMUSNAH NEGARA
Beras Padu
Malaysia Kita
Warta Maya
Kickfedella
Harakah Daily
Detik Daily
Sanggah Tok Sago
Ketua Perusuh
Forum Gerak Feformasi
Aduka Taruna
Perisik Rakyat
Kuda Ranggi
Jiwo Kelate
Kata Tak Nak
Kerabu Bersuara
Isu Hangat
TKO Daily.Net
Kelam Perantau
Cina Islam
Penghuni Gua
Biaqpila
Mimpi Senja
Mahasiswa Kini
Pahang Daily
Go Malaysian
Al Brangi

Petekan blog yang dirahsiakan namanya. kerana lupa HANTU RAYA.

Hamzah Lee berkata...

KUNCI

pusaran dek deruan sangat dahsyat
berombak, mengganas belum pun terhapus mendampar ke pantai
gelombang demi gelombang
bunyian hilang jeritan kering
senak ruang udara
sesak segenap dada
semoga di hujung taufan ini
ada tenang yang panjang
yang terus tulus kerana,
di sebalik wajah keras gagah
tersembunyi jiwa paling rapuh
megah yang melutut
persemayaman yang menyembah
kerana kunci bilik rahsia
sudah aku paksa kau telan


Hamzah Lee
sajak simbolik utk pertandingan

Ahmad Hasnol berkata...

UKHWAH

rancangnya kita
tak pernah ada sempurna
laksananya dia sehabis penuh
kental mantap sehabis usai
sudah semua daya
tak ditarik tak ditolak
sememangnya dia yang mengajar
berlapang dadalah
bersangka baiklah dengan Dia,"
di setiap jatuh rempuh tak utuh
Dia kirimkan seorang
bakal bidadari rumahtangga
yang mengampuh menduduk
menegakmeniup barang satu dua kata
nanti terbangnya bidadari pulang
dari kejauhan ini
hanya ada sekerat nota ini;
sejauh manapun sudah disimpul
di dalam hati merestu memberi mudah
selama hayat dikandung,
biar terus ukhwah ini, ada,"


Ahmad Hasnol
sajak ketuhanan utk sayembara

Nor Kamala berkata...

BALIK PULANG UBAT SAKIT DERITA

di hujung remang jingga
ketika setiap makhluk sedang berkejar pulang
mengharap setiap habis titik keringat hari
dikeringkan penghawa dingin
di setiap yang berarak beramai
dengan kejaran waktu tak kasihani
sedang kita menikmati sejenak
ada tak akan bergolek datang
menjamah setiap dingin
meratah setiap lembayung merah
hari itu hari akhir
paling akhir kita ketemu
di senyum paling manis
lewat bibir dia
di raut paling tenang senja itu
temukan damai seketika
ubat segala sakit derita


Nor Kamala
sajak simbolik sedikit utk sayembara

Teoh Maddon berkata...

KALAU ADA JAWAPANYA?

kalau hujan ada mahu payungkan?
kalau bahang ada mahu kipaskan?
kalau gelap ada mahu suluhkan?
kalau pahit ada mahu maniskan?
kalau sedih ada mahu gembirakan?
hari ini kalau ditanyakan
tentang kalau jawapannya kalau,
jawapankah kalau kematian
mahu menyedarkan
kehidupan hilang erti maknanya
kerana erti setiap sesuatu dijumpai
di antara perjalanan dari
sebuah kehidupan kepada kematian.


Teoh Maddon
aku bukan islam aku cina iban takut qalam keliru sajak ada simbolik sedikit

Qalam Mutiara berkata...

Oleh:Hamzah Lee
sajak simbolik utk pertandingan/2011 Januari 22 14:35

SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011
KUNCI sajak: Pb sdra Hamzah Lee Pada awalnya penceritaan si penulis cuba ingin bayangkan satu harapan agar keadaan kembali tenang setelah lama dilanda badai yang panjang, angina kencang, gelombang yang dahsat, bagai sebak di dalam dada, Agar mereka diberi hidayah Allah saja yang boleh membantu mengwujudkan kedamaian mesra dan tenang, jika semua di antara kita yang selalu sujud dan berpegang dengan tali Allah swt. Amin! itulah kunci yang perlu kita pengang dan amalkan untuk mengelak dari segala sengketa. Anmin. (U)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

Pengucapan sdra. Ahmad Hasnol terasa manusia ini dijadikan untuk berkenal sapa dan bergaul mesra di antarakaum bersuku sakat dan berpuak-puak, salin hormat menghormati. Salin bertegur sapa dan beramah mesra. Malah jika kita sesama Islam itu dipanggil bersaudara. Begitu punya akhrabnya ajaran agama Islam, bertegur spa dan bersangka baik, iratkan perpaduan dan sebagainya. Itu salah satu yang diajarnya dan kita patut mengamalkan apa yang baik dan menjauhkan apa yang dilarang.. jalingkan tali persaudaraan (ukhwah islamiah) , agar kita di mana sahaja berada, terasa kita sesama kita mudah berjumpa dan bermesra kerana Allah swt. Amin. (TU)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

Nor Kamala dengan sajaknya yang bertajuk: BALIK PULANG UBAT SAKIT DERITA. Penceritaannya mengisahkan sewaktu pulang kerja seharian bagai kehabisan tenaga pula dan kekeringan keringat. Berulang alek ke tempat bekerja hamper lewat petang dan malam. Terasa kesayuan dan mengharap ketenangan dari , jika ada pun sekadar cuma senyuman tanpa suara. Bolehkah hati mendapat ketenangan untuk mendamaikan hati seketika. Semoga kejayaan akan menjelma dalam kesayuan dalam mencari kedamaian. selamat. (TB)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

Patutlah nama anda sekerat cina dan sekerat lagi Maddon saya sudah agak dari awal lagi. Apa pun sajak anda yang bertajuk: KALAU ADA JAWAPANYA? Penceritaanya mencari maksud hidup dan mati, sudah menjadi kepastian hukum alam ataupun tuhan. Tiap yang hidup akan merasai mati, jika tidak mati sukar pula untuk diberi nama erti hidup.jadi apa saja yang baru akan jadi lama, rosak dan akhirnya akan binasa. Maka bagi setiap yang hidup akan merasai mati, Dalam Islam hanya tuhan saja yang berkuasa, setiap makhluk kejadiannya pasti akan binasa (mati). Suatu penceritaan ghaib, sukar untuk diterjemahkan.hidup bernyawa?, tetapi kita tidak tahu dimana nyawa? Saekor ikat itu kalau kita kerat ekornya juga mati, cari nyawanya di mana?. Itulah kejadian tuhan. Kita makhluk lemah sekadar menyerah padaNya. Semoga anda dapat mencari ertinya. (B)

Haji Mat Non berkata...

patutlah tuan ghamidi x bagi kami masuk langsung blog en nuri sbb dia tahu tembelang dia terbongkar! cis esok kena bagi tahu kat rakan2 puak ghamidi supaya masuk blog en nuri.. sy pun kluar dari office ghamidi! semoga lbih ramai lagi lps ni

Jessica Liew berkata...

kacang dhal ni makanan apa plak?

Abdul Kareem Krajit berkata...

sy bru cadang nak sumbang resepi kacang dhal ni tpi haji hamdan plak dh sumbang....

Leonard Abdullah berkata...

sedap ke kacang dhal ni xpnh cuba plak?

Arkenna berkata...

kacang dhal nak cari kat mana ni?

Latif Bomba berkata...

eh! kacang dhal dari haji hamdan? haji hamdan ni mamak ke?

Adithama berkata...

resepi baru kena cuba jgk ni...

Marjinah Markonah berkata...

ape2pun menarik sajak en nuri ni katakan taknak kepada rokok! hehe

Salikin Samsudin berkata...

alamak! lps ni kena berhanti hisap rokok la lps baca sajak en nuri ni

Guest berkata...

seram plak baca pasal rokok ni esok kena mula berhenti la mcm ni

dam catur berkata...

mcm mana cara2 nak berhenti hisap rokok? rsa takut plak aku ni dah la gian rokok sehari sebatang

Laila Mellisa berkata...

semoga lps ni ramai berhenti hisap rokok lpas baca sajak en nuri ni

Tanpa Wajah berkata...

apa2pun katakan taknak kepada rokok!!!

Hajjah Jamilah berkata...

belia benci rokok! kita kena anti rokok!!!!

Atuk berkata...

klu rokok x boleh curut pun termasuk sekali ke en nuri?

Syakila Adnan berkata...

btol tu en nuri buang duit je hisap rokok

Johnson Iqbal berkata...

btol tu en nuri rokok ni bagi cepat mati je bagi hindari rokok

Nurse Lisa berkata...

rokok membahayakan kesihatan kalau nak hidup lama jgn hisap rokok!

Orang Lama berkata...

haji hamdan ni keling ke siap bagi resepi kacang dhal plak?

Sabri Despatch berkata...

eh! sajak sy pun disiarkan semula? terima ksih en nuri! ni keja dulu skrg sy jd posmen plak....

Nur Atikah berkata...

pengalaman masa mengahntar surat ke ni?

Eddy Capil berkata...

masa nak hantar surat pun boleh buat sajak jgk

Toyol Emas berkata...

sajak pasal kehidupan despatch ke ni?

Ambuyak berkata...

masa hantar surat pun dpt idea ke sabri?

Syeikh Al Habib berkata...

menarik sabri ni di mana2 pun dia ada ilham

Teksi Manaf berkata...

blogger utk hentam kerajan pun ada jgk rupanya...

Aziz Moktar berkata...

dulu pun dorg menang pun sbb blogger jgk la...

Datuk Hasbi berkata...

nampaknya en nuri kena kerja lebih gigi lagi sbb takut jgk serangan dari blogger pembangkang ni

Brader Joe berkata...

blogger pembangkang pun ada jgk rupanya! x boleh jd ni

Hamba Allah berkata...

harap2 najib pun menubuhkan blogger kerajaan.....

Pak Ngah But berkata...

ramai jgk blogger pembangkang boleh ke blog en nuri nk lawan mereka semua

Warga Emas berkata...

harap2 ahli en nuri x terpedaya dgn blogger pembangakng ni

Seri Suri berkata...

semoga najib tubuhkan lebih byk lagi utk blogger kerajaan plak

Jeffry berkata...

harap2 walau dgn tertubuhnya blogger pembangkang ni kerajaan tetap menang,...

Usop Nayan berkata...

nampaknya PAS dah mula takut skrg siap kumpul ramai2 plak?

Harimau Berantai berkata...

di harap blog en nuri akan jd perisai utk blogger kerajaan,....

Ziarah Makrifat berkata...

byk btol blogger PAS ni BN pnye xde ker?

Seruling Kelanan berkata...

bila dorg nak tubuh blogger BN plak ni

Satria Juragan berkata...

apa plak rancangan dorg kali ni mcm2 muslihat PAS ni

Naga Samudera berkata...

smoga ramai x terpegaruh dgn putar belit pas

Tinda Azimat berkata...

Maaf ruang sudah penuh, kita bawa hehadapn saja. Tinta Azimad