Ahad, 2 Januari 2011

SEBUAH NEGARA ADIL



untuk wujudkan,
se buah pemerentahan
Baladun taiyibatun warabbul ghapur.

Natijah negaradil,
perlukah kita melakukan
perkara mungkar bukan ketelusan?

lantas perlukah,
kita mengunakan laptop
teknologi memutar belitkan fakta?

perlu ingatlah,
kerana dunia tidak abadi
cuma tempat bermain dan suka saja.

Oleh ; Nurimanja,
Telok Kumbar, 5.Mei 2004.
kampung dilanda pembangunan.





50 ulasan:

nurimanja berkata...

BERSAMBUNG. Bab 4/ siri 1 Oleh Nurimanja PK..2002

BAB 4
Lain pula dengan keturunan sebelah ayah, aku tahu sangat , sebab aku tinggal di Bagan Serai Perak Darulridzuan. Sejak kecil aku tahu rumah aku luas, aku terpaksa mengatur kaki melangkah lantai papan rumah , ada yang lantainya jarang dan nampak tanah, aku cukup takut dengan lantai yang luas lubangnya kecuali mak letak tikar mengkuan, aku pernah tenguk satu malam ada kulit pisang timbul daripada lubang yang luas di tepi dinding, aku tak tahu siapa yang cuba usek aku. Satu lagi yang aku takut waktu turun tangga , anak tangga itu kayunya bulat dan jarang pula jaraknya ,aku terpaksa guna tangan dan kaki turun satu-satu begitu juga waktu nak naik tangga , seksa aku rasa dan lebeh seksa lagi pernah beberapa kali aku jatuh dan benjul tahi, mak cuma sapu air asah kulit pelam telur campur gambir, dua tiga hari beransur baikdan sembuh semula.

Semasa aku kecil, aku suka tengok wajah aku di dalam cermin, Almari yang ayah beli cukup antik, bekerawang di sekelingnya. Aku suka lihat mata aku di dalam anak mata aku nampak satu cahaya tegak bewarna kekuningan, yang pelek di sebelah mata saja, aku tak ingat sebelah kiri atau kanan, sebab hari ini warna itu tiada lagi,bertahun lama aku bengung, aku tak cerita dekat siapa pun, aku takut nanti mereka gelar aku anak harimau sebab warna itu sama dengan mata harimau.Dalam hati mungkin cahaya lampu minyak tanah.

Di rumah aku , setiap hari isnin, ada Pak haji Dolah mengajar mengaji Al Quran dengan berlagu atau teranum, Emak orang pertama jadi pilihan suruhan Pok haji Dolah membacanya selepas Pak haji Dolah membacanya. Suara Mak Kadangkala aku dengar macam orang lelaki, bunynyai dalam dan garau, aku tak berapa suka suara itu, macam dibuat-buat,sedap dan merdukah suara macam itu? Sebenarnya aku tak tahu apa, .suara mersek, garau, suara dalam , di kepala, di dada, di perut, itulah mereka kata bacaan berlagu.Patutlah Pak Haji Dolah kawin dua tiga, termasuk Mak Teh Tijah yang tergila-gilakan Pak haji Dolah, mungkin disebabkan suaranya yang sedap dan merdu itu bila berteranum..

BERSAMBUNG.

Ini bukan cerpen cerita biadata salasilah en nurimanja (GD dan QM)

Taib berkata...

SITUASI 4 PAGI

Bising sungguh bising
Mengapa membising di sini
Memecah keheningan pagi
Menyakitkan gegendang telinga
Apakah kau tidak mengerti
Jam sudah empat pagi
Ini waktu lenaku
Wahai si hitam tolong faham
Wahai si tompok tolong mengerti
Pergilah bercanda di sana
Pergilah bercengkerama sepuasnya
Kawal suaramu itu jaga si hitam
Nanti siang kau tahulah
Akan ku bunuh kamu
Pasti kau tak menggatal lagi....


Taib
sajak yg simbolik agak2 qalam phm x? hehe

Bob Kuli berkata...

DUKA SI ANAK AYAM

Berkokok nyaring si bapa ayam
Sambil mengepak sayap kedua
Si anak ayam menikus lari
Si ibu ayam tempat mengadu
Nasib si anak ayam
Ke mana pergi sering diperhati
Silap tersasar memakan diri
Jadi habuan si bapa ayam
Kena taji bertalu-talu
Bapa ayam pandai memujuk
Baik budi perangai elok
Semua benda habis disogok
Anak ayam pasti terlentok
Ke lembah hina akhirnya terperosok
Anak ayam sudah terkepung
Arah tuju semua dibendung
Tiada guna terpekik terlolong
Silap sendiri kenalah tanggung


Bob Kuli
percubaan sajak simbolik

Sarah berkata...

JANGAN HARAP AKU MAAFKAN

Bila pun aku...
Menangis ketawa diam tak bicara
Mengadu sendu bisu kaku ceria
Senyum sedih bahagia gembira
Celaru keliru benci
Cinta rindu sakit marah pilu
Aku tahu hanya kamu yang faham aku
Lalu ini aku bilang bila pun...
Pencuci muka-ku cair
Colgate-ku kempis
Syampu-ku berkurang
Sabun-ku luak
Sekali dia bilang maaf
Aku tak hirau lagi
Lalu senyum kosong-kosong...

Sarah
Kuala Lumpur
11malam

Seri Suri berkata...

MAK AKU DAN MAK KAU CAKAP

Mak kau cakap
Hidup ni satu penipuan
Perempuan tu mainan
Cinta tu khayalan
Impian tu angan-angan

Mak aku cakap
Sabar tu separuh dari iman
Sayang tu kurniaan Tuhan
Dunia ni hanya persinggahan
Mati tu satu kepastian
Yang tu mak aku cakap
Jadi kau jangan ambil kisah!
Sebab yang itu semua cakap mak aku
Aku cuma dengar cakap mak aku
Kau dengar saja cakap mak kau tu!
Sebab lantaklah mak kau yang cakap
Bukan mak aku cakap.


Seri Suri
12malam
perak

Qalam Mutiara berkata...

SITUASI 4 PAGI sajak daripada sdra. Taip ini mungkin cerita kucing yang hendak mengawan diantara Hitam dan Tompok, kebetulan musim hujan dan panas adalah masa kemesraan buat mereka untuk berpadu asmara. Buat mereka ingin bercengkerama.Demimenurunkan zurian bangsa mereka yang tercinta, Biarlah, jika kau bunuh mereka , Pastinya mereka tidak kira siapa. Soalnya melepaskan rasa keperluan bersama. Sebaiknya biarlah mereka ingin merasa cuma setahun sekali agaknya. Amin.

Qalam Mutiara berkata...

Boo Kuli sering menceritakan apa yang dilihat dan dirasakan situasi di tempat kerjanya yang sememangnya begitu agaknya. Tajuk DUKA SI ANAK AYAM. Jelas dan nyata akan gambaran kehidupan manusia yang menjadi anak ayam yang sentiasa dikawal ketat oleh bapa ayam dan ibu ayam. Mereka yang terjebak semenangnya terlalu sukar untuk melepaskan diri, kerana terjebak terpaksalah mereka hidup menjual maruah, Semoga anak cucu kita tidak terperangkap soal mencari wang mudah.sehingga tergadai diri dan maruah. Amin.

Qalam Mutiara berkata...

Sarah dengan sajaknya bertajuk: JANGAN HARAP AKU MAAFKAN. Pengucapnya berbicara tentang kehidupan orang muda dini hari. Kekadang ada yang punya niat yang tertentu memperdaya atau mengena kawan, diam bersama ketawa riang tetapi ada cerita yang kurang menyenangkan. Tinggal pula sebilik memang banyak perkara yang mungkin menyulitkan. Payah untuk dapat kawan yang sesame faham dan salin bantu membantu, Apa yang berlaku, hak kita hak dia , hak dia , hak dia. Inilah yang sering saja berlaku, menjadikan kawan sebilik mengambil keputusan diam membisu malah enggan berbicara di atas keterlajuran kita, Semoga tidak selalu begitu. Amin.

Qalam Mutiara berkata...

MAK AKU DAN MAK KAU CAKAP sajak daripada sdri cikgu Seri Suri. Bila nak khawin? Sering sahaja menceritakan hal kekeluargaannya dan jiran tertangganya. Si penulis ini selalu saja berdebat dengan kawan dan lawannya, ada-ada saja cerita yang tidak kena, Sesekali menjadikan lelaki rasa takut untuk mendengarnya.Apatah lagi untuk mendekati, Cerita mak kau dan mak aku ini, eloklah diterang dengan terperinci. Dan didamaikan dengan hati yang terbuka, semoga segala perselesehan lalu dapat selesaikan dengan segera,agar keadaan kembali sediakala . Semoga yang lalu tidak berulang semula. Amin.

Comel berkata...

kulit pisang?? pelik

Muhamad Rabbi berkata...

monyet kot yg sumbat kulit pisang tu?

Ummu Akilah berkata...

sapalah agaknya punya angkara sumbat kulit pisang?

gelora maya berkata...

hantu raya kot yg punya keje....

Sarah berkata...

seram plak sapa plak sumbat kulit pisang tgh2 malam?

Jalil Janggut berkata...

rasanya beruk la punya keja sumbat pisang tu

Ustaz Majusi berkata...

rasanya pak cik atau abang en nuri kot yg letak kulit pisang? mngkin nk mengusik

Mr David berkata...

turun tangga pun en nuri takut ka? hehehe

Muhamad Akmal berkata...

kalau tangga batu ok la ni tangga kayu sy pun takut

Ezad Emir berkata...

kenapa x pegi klinik? letak ubat mcm tu jer ke?

Mei Ling berkata...

apa bnda gambir tu en nuri?

Jengking Perak berkata...

kluit pelam campur gamir letak telur boleh baik???? ajaib!

Atuk berkata...

kdg2 petua org dulu2 pun mujarab mengubati penyakit

Si Kecil berkata...

huh! mata en nuri ada cahaya!!!

Budak Rap berkata...

eh! en nuri ada keturunan harimau ker? hehehe

Atan Yahoo berkata...

entah2 en nuri kembar dgn harimau kot? hehehe

Sufian Al Zahri berkata...

mngkin lampu mintak tahah agaknya...

Julia berkata...

msti en nuri berangan nk jd model sbb selalu tgk cermin? mcm sy dulu jgk la

Ali Conan berkata...

ada cahaya datang dari mana plak tu?

Danial berkata...

byk kejadian aneh seram plak bulu roma baca..

Emily Bayans berkata...

en nuri x bgthu ayah dgn mak en nuri ke pasal kejadian aneh ni?

Olie Pajutdy berkata...

tangga en nuri tinggi ke?

Halilintar berkata...

selalunya bdk2 suka panjat tangga en nuri atkut plak dgn tangga? hehe

Tanpa Wajah berkata...

mcm2 kejadian aneh berlaku masa en nuri kecik?

Ustazah Hamidah berkata...

yg seram sapa plak letak kulit pisang? entah2 hantu kot?

Jeffry berkata...

en nuri buang x keesokan hari kulit pisang tu? sbb takut ada org yg kianat nk bomohkan en nuri klu org letak bnda2 pelik ni...

Mr Casanova berkata...

mak en nuri suara garau??? dia tercekik ke? heheh sory2...

Jalal Rafzee berkata...

mcm mana dia buat suara garau tu?? pelik

Sulaiman Embong berkata...

suara dalam perut kot dia buat tu?

Tetamu Malam berkata...

mcm2 cerita ada kat sini seram2 belaka

Puteri Bunian berkata...

sajak simbolik ke en nuri tulis ni?

Rossa Long berkata...

apa bnda natijah tu en nuri?

Ustaz Sahzan berkata...

sajak mcm bunyi politik jer...

Supain Sipaun berkata...

sajak yg agak menarik...hehe

Kembara Budiman berkata...

sajak pembangunan ke ni?

Lelangit Biru berkata...

sajak yg agak snang phm jgk kali ni

Qulbai Khaisai berkata...

sajak utk kerajaan ke ni???

Faezawatie berkata...

sajak ok je nnt letak sajak simbolik plak en nuri?

Salam berkata...

sajak yg agak sempoi jgk... hehe

Puteri Bunga berkata...

esok sajak sapa plak ni?

nurimanja berkata...

JAWABAN RENGKAS SAJA


- natijah - tujuan mencari sesuatu kesimpulan dan kejayaan

- gambir - sejenis makan bersama
sireh pinang kapur dan gambir

- saya bersetuju mungkin cahaya lampu pelita minyak tanah. (tapi yg pelek) sebelah sahaja.

- Kulit pisang mungkin ada orang nak bergurau, abang saya suka waktu
maghrib masih duduk di tanah

- Maaf Guest door silap letak sajak
terpendek tahun 2010 bukan 2009.
mereka ini selalu ghaplah.

-Cerita ini rakaman semula dalam ingatan kebanyakkan watak dalam catatn ini semuanya jadi aruah. kita cuma ambil pendoman mana yang baik sahaja.

Lepas baca sedekah al fatihah. Amin!