Rabu, 5 Januari 2011

DIALOG PAGI



Kategori sajak luar negara 2009


Bersama titisan embun
yang membasahi subuh
hati menjadi teduh
mengurai bisikan-bisikan
yang selalu resah
aku tidak paham
gejala kehidupan
dengan kedua tangan
yang menutup mata telinga
kaki yang mengikat diri
hati yang keruh
tuhan, aku ingin beranjak
dengan langkah kakiku sendiri
meski tak secepat kilat
asal engkau menemaniku
di tiap desah nafasku

 
Oleh: Adithama
Negara Brunei
2009 Disember 25 04:42 






50 ulasan:

Suara Bebas berkata...

Dakwa penderhaka sultan di bawah Seksyen 121 Kanun Keseksaan

KUALA LUMPUR 2 Jan. – Ahli Parlimen Kulim- Bandar Baharu, Zulkifli Noordin hari ini mencadangkan beberapa tindakan tegas diambil ke atas pihak yang menghina serta menderhaka kepada Sultan Selangor,Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung pelantikan Datuk Muhammed Khusrin Munawi.

Beliau yang juga seorang peguam berkata, semua pihak yang mengugut dan menentang perkenan Sultan Sharafuddin dalam isu tersebut perlu didakwa di bawah Seksyen 121 Kanun Keseksaan kerana ‘Perbuatan memerangi Raja-Raja Melayu’ yang jika sabit kesalahan, hukumannya gantung sampai mati.

Selain itu katanya, pertuduhan alternatif juga boleh dibuat di bawah Seksyen 121 (1B) kerana ‘merancang, mengada-ada, mereka-reka atau berusaha akan pemecatan atau perlucutan raja pemerintah sebuah negeri’ yang jika sabit kesalahan, hukumannya pula adalah penjara seumur hidup.

“Ini bukan perbuatan yang boleh dibiarkan, apatah lagi bertolak ansur, kerana amat biadab lagi kurang ajar bagi mana-mana rakyat di negeri Selangor melakukan perbuatan derhaka seperti itu. Jangan biarkan mereka ini terus memaki-hamun dan mempertikai kedudukan sultan kerana kelak ia menjadi barah.

“Bagi maksud ini, teman (saya) mencadangkan kepada mana-mana rakyat Selangor supaya membuat laporan polis menurut Seksyen 121 atau Seksyen 121 (1B) supaya tindakan segera boleh diambil. Kita tidak mahu sejarah membaringkan diri di bawah kereta sultan berulang lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian di dalam blognya,http://zul4kulim.blogspot.com, bagi menggesa pihak berkuasa bertindak tegas terhadap beberapa pemimpin pembangkang yang berterusan mempertikai, menentang serta mengugut Sultan Selangor dalam isu pelantikan Mohammed Khusrin.

Antara paling biadab ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei yang mendakwa, ketegasan Sultan Sharafuddin untuk tidak berganjak daripada keputusannya merestui pelantikan Mohammed Khusrin, biarpun mendapat pelbagai kecaman daripada pembangkang, sebagai ego.

Ustaz Kamarudin berkata...

KETIKA KITA DI SINI DI SANA LAIN

ketika semua sedang asyik
meruntuhkan benteng di tepi sungai
tembok lain sedang terbina
meninggi menguat biar tak ada
yang menembus masuk
ketika engkau lihat matahari
dengan sinaran teriknya
di balik awan itu adalah hujan menangis menyembunyi dibalik gunung
ketika tidur malam mereka lena
ada jaga menghadap ngeri
berdepan sama realiti dan fantasi
sekali gus ketika membaca ini
jangan sangka kenal jangan cuba


Ustaz Kamarudin
maaf qalam dan en nuri kalau tak keberatan harap terima sajak sy

Ustaz Nordin Khamis berkata...

MELODI HUJAN

aku cium bau hujan di luar
aku dengar jatuh titisnya ke tanah
aku melihat mendung dibawa bersama
aku dengarkan suara telinga
menyanyikan lagu bunyikan melodi
menghantar rasa yang sama
setiap kali pun kerlipan mata
memandang satu persatu
pandangan jatuh sudut demi sudut
bisik-bisik menghasut
semata menambah minyak ke api
padam marak menyala kembali
adalah sesuatu cuba ditepis keras
supaya setiap marah
berbara dihapus segera
biar setiap dibasah
hujan tenang aman

Ustaz Nordin Khamis
saya sahabat kepada ustaz omar

Ustaz Zaidi berkata...

BERASAK-ASAK

berasak-asak menerpa seluruh rongga
menelan mati semua bernyawa
meredah hujan ribut
menongkah segala arus
cuma naik sedikit ke permukaan
menyedut sedikit udara
kematian yang abadi
sebelum masa yang termaktub
bila pilih untuk diam
kadang lagi molek dari segala
sebenarnya mahu memupuk aman
mengurang apa barang
gelombang badai selalu pilih lari
bukan atas dasar pengecut akan api
sekadar mahu sembunyi
barang sekejap di perut bumi
dalam air atas awan
celah batu ada situ


Ustaz Zaidi
harap qalam menerima baik kami berempat kami sahabat ustaz omar

Ustaz Rasidy Tajudin berkata...

DI HADAPAN KIPAS LANTAI

setiap kali aku duduk di tempat itu
aku akan pejamkan mata
merasai kehadiran engkau
yang tak terlihat dengan mata
cuma terasa tanpa deskripsi
malam ini aku duduk
di hadapan kipas lantai
dengan kelajuan maksima
mengharap engkau datang
tapi yang ada cuma kepalsuan
mendingin tak ada busur dan panah
semua berdebur berterbangan
bagai debu-debu di udara
hujan yang pantas turun menyimbah
angin yang meniup segala kencang
sebaik mata terbuka
di kala matahari menyinar

Ustaz Rasidy Tajudin
salam 1 malaysia buat qalam besar hati sy jikalau qalam sudi mengulas sajak kami semua

Qalam Mutiara berkata...

Ustaz Kamarudin dengan sajak bertajuk; KETIKA KITA DI SINI DI SANA LAIN. Maksud pengucapannya ada berbagai cerita dalam hidup ini perlu kita renungi dan
mengambil iktibar. Mungkin di sini kita rakyat Malaysia hidup dalam keadaan aman dan damai tetapi saudara islam kita di palastine sangsara berdepan dengan melawan penindasan. Mungkin ketika ada rakyat kita hidup senang tetapi jangan lupa ada lagi yang masih menderita dan sangsara yang enggan mendedah rupa. Begitulah keadaan
kita yang tidak mustahil kalau kita sangka panas hingga ke petang, tetapi kekadang hujan juga boleh turun di tengah hari. Semoga keadaan setabil dan ceria selalu dikurniakan Allah swt. . Amin

Qalam Mutiara berkata...

MELODI HUJAN sajak daripada Ustaz Nordin Khamis. Prngucapannya agak bersimbolik bersandarkan pada sang hujan dan keadaannya. Sesekali ada angin yang membisik dan menghasut irama melodi sumbang seperti minyak dicurah ke api. Jika ada keingin untuk padan tetapi ternyata akan menyala semula. Secara yang telus dan mendamaikan ada baiknya kita mengharap sang bayu bertiup dengan sepoi bahasa, agar tenang dan aman, hentikan melodi hujan, menyelesaikan keadaan tidak membesarkan apa yang buruk dan apa yang tersalah sangka. Ini cuma andaian saja semoga keadaan yang bercelaru dan buntu kembali jadi menentu.. Amin.

Qalam Mutiara. berkata...

Ustaz Saidi dengan sajaknya BERASAK-ASAK .Pengucapannya bagai mengejar keadaan yang agak merumit dan menyeksakan. Seperti sedang bergelut dengan kehidupan. sesekali rasa takut bila berlaku kemalangan dan kematian, namun itu semua tuhan yang menentukan, jika kita tidak mengenal sapa , ada baiknya kita diam rasa aman, tidak kira dimana saja kita lalui di darat, dalam air di atas awan, di dalam trowong, celah batu kita lalui, demi untuk sampai ke tempat di tuju. Kita perlu menempuh segala macam halangan hujan rebut badai dan sebagainya,demi menuju ke distinasinya. Cuma andaian sahaja. sekian, jika perjuangan murni teruskan. Amin.

Qalam Mutiara berkata...

DI HADAPAN KIPAS LANTAI ustaz Rusidy Tajudin. Pengucapannya ini bagai mencari sesuatu pada malam yang diharapkan sepanjang bulan terakhir agaknya. tetapi sayang iktikap yang di buat untuk mencari malam seribu bulan ini. Terasa meleset dan palsu di hadapan kipas lantai surau atau masid, tetapi hujan dingin yang datang bersama angin sejuk meniup tubuh, keberangkalian ada kehadirannya tetapi tidak sama bagi setiap orang yang diperkenankan bertemu malam al qadar itu. Amin.

PENYAIR AGUNG berkata...

SAJAK ORG TUA NI MSTI EN NURI TULIS SECARA SPONTAN BILA MELIHAT ORG TUA KEMALANGAN KAN?

Harimau Berantai berkata...

misteri la sajak org tua ni sapa org tua ni?

Saizul Maizav berkata...

sajak org tua geladangan? mcm pnh baca jer..

Encik Sanusi Rostam berkata...

MADU


Saya pengemar madu ingin berkongsi dengan anda, cara bagaimana untuk mengenalpasti madu yang asli dan madu palsu. Berikut ini adalah kaedah yang diajarkan oleh abah saya ;

* Rasa madu lebah asli adalah sedikit menyengat (selepas minum terasa macam gatal ditekak dan rasa nak berdehem). Madu palsu pula rasanya cuma manis sahaja dan kurang menyengat.

* Mempunyai bau wangi aroma yang menyengat (bau madu asli sangat unik…kalau hidu secara terus, baunya naik ke otak dan kita jadi agak pening2 lalat)

* Warna madu asli adalah sekata (Warnanya sama saja dari atas hingga dasar botol…tidak berbelang, atas warna lain bawah warna lain)

* Madu asli dalam botol ada seperti gegelang buih dibahagian paling atas permukaan madu.

Cara nak check samaada ianya madu asli ke palsu ialah ;

* 1- Masukkan madu dalam sudu besi (½ sudu)

* 2- Hidupkan sebatang lilin

* 3- Panaskan madu tadi di atas api lilin

** Jika buihnya kecil2 dan sedikit, ianya adalah madu palsu!!
** Jika buihnya besar2 dan membuak2 (macam gunung berapi yang nak meletus tu), maka ianya adalah madu asli!


perkongsian untuk ahli tapi jangan percaya bulat2 bagi sy asli atau tidak bergantung juga

Jengking Perakj berkata...

esok nnt aku nk cuba la try madu aku baru beli ni

Ummu Akilah berkata...

info pasal madu pun ada?

Ustaz Rahman berkata...

baik lagi madu palsu sbb madu asli hidu pun boleh pening kepala

Tanpa Wajah berkata...

mana en sanusi tahu pasal madu ni?

Nur Atikah berkata...

en sanusi pun sumbang jgk? wah! sy dh agak sh sbb encik sanusi ni mmg gila madu kat meja dia punya byk madu

Tuan Haji Abkam berkata...

pasal madu ni sy xthu sgt sbb sy xboleh makan madu takut badan panas

Mozaire berkata...

esok aku nak test jgk la madu aku beli kat kedai semalam

Salam berkata...

bagi aku xkisah la madu asli atau tiruan janji madu...

Usop Nayan berkata...

madu asli susah nk dapat la skrg ni

Satria Juragan berkata...

skrg mana ada madu asli sbb skrg dorg cmpur sikit kimia

Brader Joe berkata...

madu asli? skrg smua madu bukan 100% asli dari pokok kalau asli dari pokok rugi la dorg

Datuk Muread berkata...

setakat ni smua madu sy beli rasa sama je xde plak beza

Iman Ali berkata...

eh! madu pun ada? encik sanusi ni pakar madu rupanya

Lebai Noh berkata...

cerita lebai noh dh hbis ke en nuri?

dam catur berkata...

boleh percaya ke cara encik sanusi ni?

Razak Abu berkata...

pasal madu ni no komen la sbb sy bkn peminat madu

Zainal Arifin berkata...

eh! bos pun berminat dgn blog ni? psl madu ni aku stuju je dgn bos...

Tuna Tatiati berkata...

bos ni mmg pengemar madu la nampaknya

Ahmad Qatarunada berkata...

eh! bos kita masuk la? pasal madu plak? dah agak pun sbb aku tgk dia di setiap minggu selalu minum madu campur air masak? sedap ker?

Ustaz Zulkainaan berkata...

madu kalau makan banyak boleh mengelupur sbb panas tu!!

Atuk berkata...

madu tualang macam mana plak nk thu encik sanusi?

Karim Ghani berkata...

dapat jgk info pasal madu kat sini

Jalil Janggut berkata...

madu? kat tempat aku ada jual madu nnt aku beli nk try jgk apa kata encik sanusi ni

Diana Sanubari berkata...

madu? kalau madu dalam campuran makanan sy makan la

Karim Ghani berkata...

pasal madu plak? ni yg aku nk dgr ni

Sufian Al Zahri berkata...

alamak! bos pun msuk jgk! besar pengaruh blog ni sbb jarang bos dtg singgah blog org

Mat Toopa berkata...

adithama? sapa plak ni siam ke? sajak ketuhanan lagi

Atan Yahoo berkata...

sajak apa plak? aku xknal la adithama ni jd aku x baca pun sajak ni

Raja Muda berkata...

skrg byk sajak2 ahli yg x terkenal ni yg boring ni

Mr Casanova berkata...

berbulu jgk aku tunggu sajak best2 xde ker?

Sufian Al Zahri berkata...

suara bebas bagi ni boleh dipercayai ke?

Qulbai Khaisai berkata...

suara bebas ni bukan ahli sibuk plak nk hntr jgk berita palsu

Saudagar Emas berkata...

sajak adithama ni menarik tp x phm la...

Kembara Budiman berkata...

kenapalah pilih sajak ahli yg x msuk kami ahli yg kerap singgah xde ker sajak kami kat sini???????

Haji Khali berkata...

suara bebas ni dgn suara pulau dua beradik ker?

Tuan Ghamidi berkata...

aku x berapa nk pcaya suara pulau ni

Guest door berkata...

JAWABAN RENGKAS SAHAJA


-Sajak berasak-asak QM enggan mengulas, kerana
bercelaru isi dan maksudnya (dia buat andaian saja)

-Sajak OTG ini sajak lahir dari cerpen en nuri sendiri
kisah jiman dan budin, tidak ada kena mengena dengan
najib seperti di dakwa Qulbai.

-Terima kasih bos beri info madu. kita akan cuba, tapi apa yang sedih saya duk telok kumbar, sebelah kedai runcit,sebelah dekai famaci, botol sama warna pun sama, tudung botol pun sama, di famaci RM24.90sen di kedai sebelah
amba segar RM8.00 ( yang mahal itu bergelang buih, tapi cair bila ditungang, berbeza yg murah pekat betali benag bila dituang dan semut pun tak hurung) mana betul?

-Kami mulai curiga blog ini di kuasai kuncu-kuncu penyokong
pembangkang yang tidak mengikut perkembangan semasa.seperti Qulbai hampir tiada ulasan semasa dia jaga
blog en nuri ( semuanya dibuang)

ORANG YG BERKATA INGIN MINTA MAAF:
PADA SULTAN.

“Ini bukan perbuatan yang boleh dibiarkan, apatah lagi bertolak ansur, kerana amat biadab lagi kurang ajar bagi mana-mana rakyat di negeri Selangor melakukan perbuatan derhaka seperti itu. Jangan biarkan mereka ini terus
memaki-hamun dan mempertikai kedudukan sultan kerana kelak ia menjadi barah.

“Bagi maksud ini, teman (saya) mencadangkan kepada mana-mana rakyat Selangor supaya membuat laporan polis menurut Seksyen 121 atau Seksyen 121 (1B) supaya tindakan segera boleh diambil. Kita tidak mahu sejarah membaringkan diri di bawah kereta sultan berulang lagi,” katanya.

Kenapa sufian dan Qulbai selalu buat soalan bebal, barangkali mereka baca harakah dan suara keadilan saja, sehingga kalau edola mereka kata kambing itu
boleh terbang mereka akan bertakbir. inilah penyokong jahil yang agak fanatif.

Saya terpaksa menjawab ambil aleh!