Sabtu, 29 Januari 2011

SATU PERINGATAN





Tidakah kalian tahu
bukti kejadian alam ini
menunjukkan ada kebesaranNya,
buat kalian yang ingin mengetahui.

Lihatlah langit dan bumi
yang tiada sebatang tiang ini
dihiasi dengan bintang-bintang
gunung ganang yang tersergam kukuh
sebagai pasak paku bumi kejadian alam

Bersama bukit bukau menghijau
dihiasani dengan tumbuhan melata
disirami dengan air hujan dari langit
semua sebagai rezeki sebuah kehidupan.

Ingatlah kejadian ini semua
sebagai satu pertanda kebesaranNya
bagi kalian yang ingin mencari
dan kembali pada jalan kebenaran
perlulah meredhai akan segala kehendakNya.

 
 Oleh: Nurimanja,
catan sajak lagenda
tanggal 13hb September, 2009.








50 ulasan:

nurimanja berkata...

CERITA ALAM MISTERI : CATATAN KISAH LAGENDA DULU KALA : SUSUNAN SEMULA CARA BEBAS NURIMANJA.
Ditaip semula oleh Tinta Azimat BERTAJUK: LANGSUWER/ LANGSUIR siri 6


SEBELUM MATAHARI menampakan dirinya mereka telah melihat ada saekor kucing putih melompat keluar dari teratak Ali canon, seketika kemudia mereka pun meninggalkan temapt itu dalam keadaan yang penuh terharu dan mencurigai. Malik wijaya tidak pergi melihat keadaan Ali canon, kerana Adi cana menghalanginya.

Aku telah dapat jawapan, katanya, "Patutlah Ali canon tidur mati di siang hari, rupanya malam dia berjaga, tetapi siapa pula perempuan yang masuk ke dalam terataknya, apa yang mereka bicarakan? Anih!" kata Adi cana amat membinbangkan hatinya,
Apa pun yang terjadi Adi cana mengarahkan kita balik dahulu untuk mencari akal bagi menangkap perempuan itu.

Sewaktu dikampung mereka telah dapat nasihat dari datuk Irafanul haq, mengatakan jika perempuan itu ada jelmaan langsuir, carilah untuk memaku di pangkal tenguknya, Agar dia tidak dapat bertukar menjadi dirinya menjadi haiwan dan
makhluk lain di siang hari. akhirnya mereka bertiga bersiap sedia untuk pergi sekali lagi ke teratak Ali canon.

Setelah barang kelengkap disediakan, seperti tali, paku lima inci, tahi besi, bawang putih dan sebagainya. Mereka berdua
memulakan langkah, kali ini mereka bercadang untuk menemui Ali canon dan cuba bersemuka dengannya. kerana inilah peluang yang boleh membantunya dari pukauan langsiur itu, sehingga menjadikan Ali canon tidak sedarkan diri, bagai di
pukau mengikut arahan.

Setiabnya mereka di rumah Ali canon pagi itu, mereka telah memagarkannya dengan meletakan tahi besi di sekeliling teratak Ali canon, Malik wijaya mengantung tangkai bawah putih di sekeling dinding pintu dan tingkap, kemudian Adi cana menghidupkan bara membakar keminyat habsi dicampurnya berberapa biji cabai kering.

seketika mereka ternampak saekor kucing putih melompat keluar dari teratak Ali canon, mengiua lari ke dalam hutan. bulu roma mereka berdiri, dengan jampi serapah oleh Irafanul haq mengawasi kiri dan kanan, diikuti oleh Malik Wijaya
bersama parang ladingnya yang terhunus untuk menanti sasaran yang mungkin terjadi.


BERSAMBUNG.

Tuna Tatiati berkata...

SALAM PEMBUKAAN

salam permulaan pembuka bicara
salam pertama aku utuskan
salam pengenalan harap di sambut
agar berirama kita semua
salam selamanya janganlah rapuh
berdusta kita usah di mamah usia
salam kita janganlah berduka
jika tersalah perbaikilah bersama


Tuna Tatiati
Sajak ringkas dari saya.. hehe

Zainal Arifin berkata...

SEMUT DAN PEPATUNG

Aku terlihat di dinding putih itu
ada seekor semut gelisah
mencari jalan pulang
setelah terpisah induknya
resah nampaknya dia kerana
asyik mengulangi jalan yang sama.
tapi di cahaya mentol pula
ada seekor pepatung sesat
mungkin menumpang
kehangatan seketika apabila
siang menyembunyikan rupanya
tabah menantikan supaya dapat
bebas terbang lagi.
tapi esoknya adakah wujud lagi aku
antara semut atau pepatung itu ?

Zainal Arifin
Percubaan sajak simbolik harap hantu raya dapat menangkapnya

Raju Linggam berkata...

SIAPA-SIAPA PUN

siapa-siapa pun
mahu bikin puisi bikin sajak
mahu bikin apa-apa.
cuma taruhkan kata indah-indah
biar sukar biar tiada faham
itukan puisi sajakku.
siapa-siapa pun
mahu jadi seniman jadi sasterawan
mahu jadi datuk juga.
cuma hadap mesin ketuk
cuma beli komputer kalau mampu
jangan lupa simpan janggut
juga sedikit rambut panjang
kalau boleh rajin hantar karya
tiada keluar tong sampah ada.
siapa pun mahu jadi siapa-siapa
hingga tiada tahu dirinya itu siapa


Raju Linggam
kali ni saya dapat juga buat sajak tanpa bantuan rakan

Ustaz Omar Sharif berkata...

SENDIRI BERDIRI DALAM TEMPANG

sendirian berdiri dalam kaki hari
yang kian tempang
deru angin membara panas
kikis satu demi satu kenangan silam
memucat dalam senja
kata-kata adalah diri kita
semakin sedikit terucapkan
semakin keliru akhirnya,
kita sendirian berjalan
dalam deru angin semakin tewas
patah satu demi satu takdir diri
jangan hitung kembali
setiap pilihan kita seperti angin
patah dalam tangan hari
yang menakutkan seluruh mimpi
tanpa dusta saat mata berkaca.
tanpa bohong melewati saat dahulu
saat hati bergurisan tanpa dusta
tanpa bohong terlukis
dalam kanvas merah.


Ustaz Omar Sharif
sajak ni agak simbolik sedikit harap hantu raya dapat menangkapnya

Hantu Raya berkata...

SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

Sajak mengambarkan salam perkenalan buat semua sahabat yang mengikuti blog Cr ini dari seorang PB yang baru bertunang agaknya , semuanya diharap dapat berjalan
Dengan lancer, tidak bersedeh atau beduka hiburkan hati setiap masa, supaya wajah tidak dimakan usia. Usaha lagi sdra Tuna Tatiati .(TB)

Hantu Raya berkata...

SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

Penceritaanya menampakan keadaan yang tersepit di antara semuat dan pepatung sang semut berada dalam kekalutan bila induk hilang, tetapi tidak berubah, masih juga mengikut rentak sama,. Tapi saekor pepatung datang menumpang tidak mempunyai pendirian, sekadar memanaskan diri di celah cahaya mentol, pasti ia akan meluluskan diri tunggu masa untuk terbang. Keadaan tersepit ini menjadi orang tengah atau perantaraan merasakan keadaanya juga goyah. Begitulah gambaran si penulis situasi delima yang dirasainya, mungkin ditrempat pekerjaanya.. (TU)

Hantu Raya berkata...

SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

Sajak Raja Lingam sudah mempunyai kemampuan sadikit untuk menyusun kata-kata, semoga disatu hari nanti boleh mengatasi sdra utaya sangkar yang telah pun berjaya dia menghasilkan buku dan menerbitkan antologi Puisinya dikalangan orang India dengan sajak-sajak berbahasa Malaysia. Sesiapa pun boleh. Syabas! (TB)

Hantu Raya berkata...

SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011
Juga terasa bagai berada di dalam keadaan yang membimbangkan. Hari-hari bagai penuh dengan misteri, keada menjadi kalut dan mencurigakan, tidak seperti dulu, keharmonian bagai terhulur di mana. Sapa mesra dan tegur sapa. Kita nampaknya banyak perbalahan pendapat, sehingga solat pun tidak mahu bersama. Inilah satu fahaman yang membahayakan yang sepatutnya kita orang yang beriman tidak perlu ikut. (TU)

Comel berkata...

seram plak baca cerpen ni

Ali Conan berkata...

eh! hantu tu jd kucing putih plak?

Tetamu Malam berkata...

eh! hantu pun boleh bertukar jd haiwan ker?

Abang berkata...

bila baca cerpen en nuri tiba2 rasa takut tgk kucing plak?

Seri Suri berkata...

eh! malam jd hantu siang jd kucing plak?

Lukiee berkata...

eh! biar btol kalau hantu ni siang dia jd binatang?

Emily Bayans berkata...

alamak! kucing perliharaan saya kucing putih tiba2 rasa seram mcm nak buang je kucing ni

Zainal Arifin berkata...

kenapa dia bertukar jd kucing x jd binatang lain?

Pak Kassim berkata...

selalunya kucing hitam yg dikaitkan dgn hantu tp cerita en nuri kucing putih plak?

Tuna Tatiati berkata...

huh! patutlah pun malam berjaga siang patut tido mati

Malik Wariya berkata...

patutlah ali conan ni asyik tidor saja....

Atan Yahoo berkata...

eh! siang trus tido plak? malam dia dgn hantu tu?

Ezad Emir berkata...

kenapa ali conan x lari je dari rumah tu?

Nasruq Haqq berkata...

eh! mereka smua ikut petua sy plak? hahaha sedangkan sy pun xthu sgt pasal menangkap hantu ni berubat pulihkan pesakit tahu la...

Harimau Berantai berkata...

eh! berani ke dorg nk paku tengkuk hantu tu

Kembara Budiman berkata...

x mati ke hantu klu di pangku tengkuk plak?

Brader Joe berkata...

selalunya langsuir ni paku tengkuk msti jadi manusia cantik...

Angker 13 berkata...

eh! berani btol dorg nk tangkap hantu plak?

Nurse Lisa berkata...

risiko tinggi tu takut hantu tu rasuk dorg plak?

Saudagar Emas berkata...

eh! sepatutnya dorg kena berpakat dulu dgn ali conan

Ku Dani berkata...

rasanya kalau dorg semua dapat paku tengku pontianak tu msti dorg semua berrbut nk kwin dgn pontianak tu

Mei Ling berkata...

parang lading benda apa tu?

Lukiee berkata...

cerita ni btol2 punya ke atau rekaan semata? kalau cuba boleh jd ke ni?

Tengku Anita berkata...

makin lama makin seram la baca cerpen en nuri ni...

Diana Sanubari berkata...

lps ni sy xnk teruskan membaca cerpen ni lagi bulu roma seram je bila start baca

Ustaz Majusi berkata...

sy dulu berubat org guna macam ni jgk la nak tangkap hantu yg selalu kacao rumah pesakit sy

Budak Rap berkata...

berani btol dorg ni kalau aku x snggup

Jalil Janggut berkata...

apa la dorg ni biarkanlah hantu tu dgn ali conan bukan kacau dorg pun

Badrolshah berkata...

rasanya hantu tu terpikat kat ali conan la

Ustaz Zamree berkata...

cerita ni mcm manusia bercinta dgn hantu plak?

Ustaz Rahman berkata...

dalam cerpen en nuri ni ada hantu lain x lps ni? atau hanya hantu langusir saja?

Mat Noh berkata...

dorg ni mmg buat keja gila la mmerbahaya !!

Jengking Perak berkata...

rasanya hantu tu x dtg la malam nnt sbb selalunya hantu takut dgn org berani

Balqish berkata...

eh! mana la datuk iranul haqq tu thu cara taangkap hantu?

Ustaz Rahman berkata...

kenapa datuk dia x pegi sekali? suruh cucu jer?

Hamba Allah berkata...

rasanya mngkin x berjaya kot dorg nk tangkap hantu ni

Rossa Long berkata...

tahi besi? eh! besi pun hidup ke? mcm mana boleh ada tahi plak?

Raju Linggam berkata...

kalau paku kt tempat lain x jd ker?

Mozaire berkata...

eh! kalau pakai skru boleh x? kalau xde paku?

dam catur berkata...

kalau pakai lekat je xpyah paku boleh ker?

Nabil Quldi berkata...

kalau aku baling je paku kat hantu tu nak paku kat tengkuk takut