Isnin, 17 Januari 2011

BILA AKU DIBERI TANDA NOHTAK



buat ahli yang pernah baca sajak ini

 
Baru semalam aku bermimpi
kakiku kudung sebelah
tapi masih juga terus berjalan,

Seorang gadis kecil
menjunjung beban di kepala
bersamanya ada bakul menkuang
perlu mengikut aku berjalan.

Di tengah perjalanan
ada dalang asing menghalang
membawa tongkat dan parang panjang
aku tetap terus merempuh halangan,

Beberapa kali dia jatuh
parangnya aku lempar jauh
tongkatnya entah kemana hilang
aku terus berjalan tempang.....

 
Oleh; Nurimanja,
sajak ini dinilai kembali
apakah tafsir di dalam mimpi.
catatan penghujung 29/12/2006 mimpi benar.






50 ulasan:

Qalam Mutiara berkata...

ULASAN QALAM MUTIARA PADA SAJAK Bila aku diberi tanda nohtah EN NURI .

ulasan Qalam Mutiara,secara bebas!
dalam pengamatan saya sajak BADTN bersara dari perkhidmatan. kudung kaki di sini pendapatan munking kurang setengah, bagai tinggal sebelah kaki. namun kehidupan anda seharian tetap juga diteruskan.

Seorang gadis kecil, mungkin anak en nuri yang sedang menuntut di uum yang mungkin mahu meneruskan pengajiannya memang menanggung beban jika hendak mengambil ma ataupun doktor seterusnya.

Disamping berniaga sambilan untuk
menampung perbelanjaan dan juga keluarganya.

Ditengah perjalanan maksudnya dalm mimpi umur melewati lima puluhan lebih. Ada saja persaingan yang menghalang, en nuri selalu saja dipermainkan atau ada adik beradik dan kawan yang suka perkena, rakan niaga yang iri hati dan cemburu. namun en nuri terus juga bersabar dan merempuh segala halangan.

(contoh terbaru ada orang yang cuba
ambil madu en nuri ditukarnya pula harga dijual degan harga berlipat kali ganda)

Namun dalam usia kian merangkak ke senja, bergelut dengan kemelut cabaran kehidupan, ada saja orang tidak senang hati dengan kerjaya perniagaan, cuba menghasut dan
balan keadaan ( persaingan yang tidak sihat) en nuri tetap sabar dengan berkat kesabaran cadangan usaha niaga besaran ditukar kepada kecil kecilan sahaja.

sesekali dia masih juga terasa tempang dalam perjalanan hidup ini. dengan pendapat yang kecil,
kena menanpung kos yang besar, dalam kehidupan seharian.kini sekadar bersabar sajalah, Amin.

Cuma andaian saja Qalam Mutiara

Karem Kramjit Singh berkata...

LAGU KESEPIAN

ini lagu kegemaran.
selalu dia dendang kala aku sepi.
kala aku perlu perhatian.
kala jiwa aku tawar dan hambar.
dia buat hati aku lapang. lengang.
tapi dulu sebab kini dia benci aku.
jadi lebih sempurna aku
hidup seorang diri
biar tak ada yang kesah kabus itu. tanda episod kami baru bermula.
maka ribut itu hubungan kami
yang musnah begitu saja.


Karem Kramjir Singh
sajak kenangan dulu menyahut cabaran mei ling walaupunsy agak sibuk tapi sajak tetap sy tidak lupa

Zain Issac berkata...

INSAFLAH

kita cuba pengulangan kata kali ini
ada apa dengan janji
kalau kau tak bisa kotakan.
segala nya di lempar dan dihembur.
tapi cuma sebagai kata
ada apa dengan kawan
bila masa kita perlu mereka tiada?
bila masa kita susah mereka cabut?
bila masa kita senang
senang pula mereka di sisi!
ini manusia tiada apa-apa..
tidak wujud pun tidak mengapa.
ada apa dengan ijazah
bila kita sudah tidak erti
menghormati terbongkok-bongkok itu?
bila kita sudah tidak erti
dengan apa di seru itu?
bila kita sudah tidak erti
dengan halal dan yang haram.
segulung ijazah jadi kebanggaan .
air yang tidak diterima amalan
untuk 40 hari lama nya diteguk bagaikan air suling?
ada apa ! di desa itu keciciran yang hina itu lebih tinggi martabat
renunglah ada apa semua
ini kiranya tiada pegangan .
ada apa semua ini kiranya
tidak diredha oleh Dia.
ada apa semua ini? ada apa!
tiada apa-apa. kau tinggal kau..
dia tinggal dia.. aku tinggal aku..


Zain Issac
sajak utk sayembara sajak

Richard Sirosa berkata...

KENAPA

kenape agaknya hidup ni
kadang-kadang happy…
kadang-kadang tak happy…
mungkin sebab kita punya hati
yang boleh merasa naluri
yang boleh meneka tapi terkunci
andai hati mampu berkata-kata
pasti punah celaru semua telagah mujurlah kita punya bibir
yang masih mampu mengukir senyum
walau sakit masih mampu
berkata walau dusta
kerana hidup ini penuh dengan emosi
adakalanya menyusahkan diri…


Richard Sirosa
sajak simbolik utk sayembara

Kevin Chong berkata...

HAMPIR-HAMPIR

Hampir saja tersungkur
Seinci lagi menemui rebah
Aku terus melangkah gagah
Sedikit-sedikit mengisi peparu
Yang sempit menghirup,
Udara redup jemari dungin
Dan bergetar putih, pudar
Itu warna tubuhku.
Di dalam ini berdetak deras
Mencungap pernah lihat ikan
menggelupur diseludup ke darat?
Hampir-hampir saja aku.


Kevin Chong
nak cabar qalam utk sayembara ni sajak simbolik ni.. hehehehe

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

LAGU KESEPIAN sajak dari sdra. Karem Kramjit Singh. Kebetulan viger ingin cari sajak lama anda tak jumpa untuk kategori kaum sing 2009. Tapi hari ini anda terpilih
untuk sayembara bersama blog CR syukurlah. Pengucapannya ada semacam mengenang memory lama.
Karem selalukah dengar lagu datuk D.J Dave ku tak ingin menangis lagi, memanglah Menyanyat hati. Dulu mungkin ada orang tersayang dan boleh bergurau senda. Tapi
Kini menjadi sepi dan bersendiri, kerana kemesraan baru hendak bermula, angina rebut pula datang melanda, lalu memutuskan harapan dan memusnahkan segala impian bersama. Semoga tuhan memberi peganti yang baru. Semoga sukses Amin.(U)

Qalam Mutiara. berkata...

SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

INSAFLAH oleh sdra. Zain Issac dengan sajaknya yang penuh dengan tanda tanya?Pengucapannya bersehaja, tapi punya sinis yang bermakna, bila si penulis cuba untuk mempersoalakan, pada kata dan janji, pada apa yang telah dikejari, bagai tiada nilai dan erti, malah yang mungkar dan jahat lebih tinggi murtabat disanjung. Namun bagi si penulis jika begitulah keadaannya , kau, aku, dan dia punya dunia tersendiri, namun si penulis bertanya, Adakah ini semua jalan yang di redhai Allah? Jika seorang itu bagai tiada satu pegangan . renungilah dalam hidup ini. Kerana Allah tidak memerlukan itu semua, malaikan keimanan dan ketakwaan. Amin. (TU)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

KENAPA? Begitu juga dengan sajak sdra.Richard Sirosa. Pengucapannya bagaikan mahu bertanya akan keadaan dalam hidup ini, mengapa mesti ada suka dan duka, malah ada berbagai cerita yang tersembunyi, namun masih mampu menyembunyi rasa atau luka hati, dengan mengukir senyum.Tetapi dalam hati tiadak siapa yang mengetahui akan perasaan pedeh dan luka menahan rasa. Kekadang si penulis merasa hidup ini adaklanya menyusahkan kita, mungkin juga lakunana hidupan ini bagaikan sandiwara saja, tetapi mesti ingat, tiap lakunanan kita tuhan akan menilai peranannya.Untuk kita ke syurga atau pun sebaliknya. minta dijauhkan Amin. (B)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

HAMPIR-HAMPIR sajak oleh sdra. Kevin Chong. Pengucapannya agak bersimbolik.Hidup ini umpama ikan patin dalam sangkar peliharaan agaknya pada pengucapan si penulis, bila saekor ikan yang ditangkap naik ke darat pastinya kehabis tenaga, tunggu masa utuk mati. Tetapi mungkin nasib lebih baik, terlepas semula ke dalam air dan dapat kembali ke dunia kehidupannya . Begitulah juga keadaan manusia yang sesekali ditimpa musibah, hamper mati, tetapi bila tuhan memanjangkan usianya, dia berasa insaf dan sesekali terkenang akan peristiwa cemas yang menimpanya, bagaimana ikan yang mengelupur bila diseludup ke darat. Begitulah mungkin keadaanya. Amin (TB)

Ezad Emir berkata...

wah! qalam pun ulas sajak en nuri ker?

Sarah berkata...

eh! sajak en nuri pun qalam ulas jgk? hehe

Kora Gersang berkata...

eh! selama ni sajak en nuri qalam x ulas pun kenapa tiba2 skrg ulas plak?

Ustaz Rahman berkata...

ingatkan sajak apa la tadi? rupanya sajak pasal pencen...

Jalal Rafzee berkata...

en nuri esok sy nk minta 1 ruangan... esok en nuri letak bioagfafi dalam 1 sajak lagi 1 biar kosong sy ada benda nk letak. kalau en nuri x keberatan la

Angker 13 berkata...

sajak pasal pesara ker?

Danial berkata...

en nuri x jawab ke ulasan qalam tentang sajak en nuri ni?

Saizul Maizav berkata...

en nuri jual madu ke??? kat flat aku ni ada sorg pakcik jual madu setahu aku en nuri tinggal kondo???? atau mungkin jgk perkeja en nuri... misteri...

Pak Kassim berkata...

en nuri jual madu? yg mana 1 ni? kat amba segar ker???

Abul Hassan berkata...

eh! madu? en nuri ada jual madu ke? sbb kt tempat aku ni ada sorg jual madu...

Ustaz Rahman berkata...

en nuri jual madu berapa? yg sebotol 20 lbih ke? atau sebotol rm8?

Jalil Janggut berkata...

en nuri jual madu? en nuri dapat mana madu?

Salam berkata...

en nuri jual madu? ambik kat siam ker?

Encik Sanusi Rostam berkata...

eh! en nuri jual madi? berapa sebotol? ada letak kat KL x en nuri sy ni pengemar madu????

Jengking Perak berkata...

madu? ada letak kat kedai kat perak kan? hmm..mcm pnh tgk je en nuri ni...

Mat Noh berkata...

en nuri letak jgk ke kat sungai dungun????? sbb sy selalu beli madu kt sna tp skrg xda plak?

Jeffry berkata...

madu? kat kedai karia en nuri ada letak x? sy pnh beli kalau x salah Rm8 kan? murah sgt tu...

Usop Nayan berkata...

madu? kt tmpt sy ada org letak madu? eh! en nuri ke yg letak? rm8 sebotol...

Ustaz Sahzan berkata...

biasalah en nuri manusia ni mana boleh lihat org lain berjaya nnt mula la dengki

Sulaiman Embong berkata...

en nuri dpt bertahan jgk wlpn dh pencen klu sy agaknya tempang trus..

Nur Atikah berkata...

en nuri ni org bisnes jgk rupanya? hehe

Jalil Janggut berkata...

en nuri niaga apa lagi selain madu????

Mozaire berkata...

eh! en nuri x niaga acar dh ke? dulu en nuri kata niaga acar skrg dh berhenti ker?

Ustaz Zulkainaa berkata...

madu? sy rasa mcm pnh beli tp kat sungai batu la... en nuri ada lekat kat sungai batu x?

Ummu Akilah berkata...

madu? eh! kat area teluk kumbar ni en nuri je yg letak atau ada lagi org lain?

Emily Bayans berkata...

en nuri dulu sebelum bersara keje apa?

Anis Syahila berkata...

en nuri berniaga kedai runcit ker?

Seri Suri berkata...

en nuri jual madu? buka syarikat ker?

Nahul Hidzar berkata...

eh! en nuri ni stokis ke dlm berniaga ni?

Raja Muda berkata...

en nuri minat niaaga rupanya? kalau sy niaga lingkup la sbb sy ni x minat niaga...

Ustaz Saad berkata...

ada org iri hati kat en nuri? sapa plak?

Nuri Jaguh berkata...

huh! sedara mara pun iri hati kat en nuri?? kenapa???

Bob Kuli berkata...

teruk la dorg ni en nuri senang sikit semua jeles... geram sy dgr

Tuan Haji Abkam berkata...

nak buat mcm mana en nuri dah lumrah manusia xboleh lihat org lain berjaya

Puan Rosnah berkata...

ape2pun en nuri jgn hiraukan mereka semua... buat x thu je...

Abang berkata...

semoga en nuri maju dalam perniagaaan!! amin..

Nabil Quldi berkata...

dh agak pun ustaz ni berniaga sbb msa sekola dulu pun ustaz niaga air gas... sy yg selalu beli masa tu.. hehe

Kembara Budiman berkata...

en nuri niaga ada bukan fancais ke?

Ustaz Nasarudin berkata...

selain madu produk apa en nuri jual?

Mei Ling berkata...

wah! en nuri ni ikut budaya cina mmg kami klu xde keje mcm mana sekalipun baik berniaga sbb kami percaya rezeki byk dtg dari niaga..

Lukiee berkata...

en nuri ni msti kaya ni sbb selalunya org niaga kaya2...