Rabu, 12 Januari 2011

BILA SENJA BERLABUH




BILA SENJA BERLABUH
MALAM PUN MENYAPA
ANGIN BAGAIKAN BERBISEIK
KESAYUAN PUN MULAI MERAYAP
MELENGKARI BENAK SEPI
HATI PUN CUBA MENILAI
BILA WAJAHKU DISELUBUNGI
KETUAAN DI HUJUNG USIA.

OLEH: NURIMANJA,
CATATAN LAMA
TANPA TARIKH/2009.







50 ulasan:

nurimanja berkata...

. BAB 7 siri 1 BUDAK PONDOK OLEH: NURIMANJA PERAK

Sebelum aku datang ke bumi Serawak ini aku sering bermimpi naik bot melalui sungai yang pajang dan kiri kanak ada pokok bakau dan nipah, kini benar berlaku bila aku naik bot Tunas Rajang suasa sememangnya sama seperti dalama mimpi-mimpiku.

Begitu juga semasa aku duduk di kampung Rajang ini selama lima tahum ini aku sering pula bermimpikan berjalan dalam bandar, masuk lorong market dan gudang belibelah, selepas aku bertukar ternyata aku dapat pertukaran di Pulau Pinang negeri yang sedang pesat membangun di sebelah utara Semanajung tanah air.

Mulanya aku mengajar Di SK Telok Bahang , di situ aku tinggal dengan seorang cikgu Pencen , suaminya pula kena Strok, dan mempuntai tiga orang anak angkat kesemuanya lelaki yang tinggal ditingkat atas, tapi sayang ,walaupun mereka semua menghormati aku , tetapi mereka tidaknampak mengerjakan solat lima waktu.

Setiap pagi aku terpasa melintasi mereka yang tidur bergelempangan di depan pintu, rumah kosrendah berdinding papan tahun lapan puluhan untuk pera nelayang Telok Bahang, di bilik bawah ada dua orang perempuan yang lama menyewa bilik tambahan yang dibuat atau ubah suai oleh cikgu Zaharah. seorang Ustazah Maria dan kerani sekolah Norizan keduanya dari sekolah tempat aku mengajar.

Tidak lama aku tinggal di situ lebeh kurang satu bulan aku belah kerana dapat duduk bilik kouoters Cikgu Bakar berdekatan dengan sekolah, selamat aku tak payanh lagi berjalan kaki setiap pagi, masa itu aku tida kbergaji dekat empat bulan, Guru besar Abang Galau, rajang Serawak buat silap hantar semak gaji akhir aku tidak pula di tanda tangain , terpaksa hantar balik ke Serawak, aku sabar , tinggal di bilik koters ini sewa cuma RMI0.00 sebulan.

Cikgu Bakar sewa kuaters guru dekat JKR pun RM10.00 sebulan , cuma api dan air saja dia bayang , masa itu tidak berapa duit dua tiga ringgit sahaja , itu pun cikgu Bakar tak boleh bayar , pernah air kena potong. Aku hairan dengan cikgu Bakar, hari-hari dia jalan kaki, cikgu lain ada juga kereta buruk, motorsikal cabuk, atau basikal tua. Dia cuma naik buas, teksi jalan kaki.tuompang orang. Betul-betul sengkek waktu itu siapa jadi guru, termasuk aku.

Gaji mati RM750.00 sebulan, belum lagi potong utang yang lain. seksa kawan.guru besar pun pakai kereta
tangan kedua. aku pun jalan kaki.
nasib. tapi tak ada utang.

BERSAMBUNG.

Encik Qalifatullah berkata...

SEMOGA DIREDHAI

gendang gendut tali kecapi
kenyang perut suka hati
perut dah berhenti menyanyi
terasa sendat penuh terisi
mata pula sibuk nak menari
pejam celik minta dikasihani
duduk bersandar di anjung sepi
sambil berteman secawan kopi
tenang sekali malam ini
rasa nikmat tidak terperi
kurniaan dari rabbul izzati
kupanjat syukur sepenuh hati
agar kekal ia begini
namun apa yang pasti
nikmat ini bukan hakiki
sekadar pinjaman dari ilahi
tunggu masa diambil kembali
sudah tertulis sejak azali
bila nyawa direnggut nanti
tiada yang tinggal walau seinci
cuma yang kekal hakiki
hanya amalan penyelamat diri
semoga diredhai…


Encik Qalafatullah
sajak utk sayembara

Haji Majid berkata...

SAPA YANG BODOH?

aku mungkin bodoh
sebab ikut kau buat jahat
sebab ikut kau buat fitnah
aku mungkin bodoh
sebab sokong kau main menipu
sebab sokong kau lagakan orang
aku memang bodoh
sebab terikut kata-kata kau
sebab terikut pejuangan palsu kau
aku memang bodoh
sebab tak ikut puak en sanusi
sebab tak ikut puak en nuri
ok! aku bodoh engkaulah pandai
teruskan kepandaianmu itu
agar engkau beroleh bahagia dunia
tapi aku lebih suka
bahagia di akhirat
tapi aku lebih suka
jika engkau fikir aku bodoh tapi biar orang lain menilai
siapakah yang bodoh sebenarnya?


Haju Majid
menyahut cabaran miss kim harap en nuri terima saya

Tuna Tatiati berkata...

BUNGA ANGKASA

terlihat jauh di sana
sekumpulan bintang di angkasa
berkelipan di pandangan mata
bertaburan tak terkira
ada satu di sudut sana
makin pudar sinar cahaya
mungkin itu tandanya
tempoh hayatmu yang lama
hinggalah satu masa
saat yang di janjikan tiba
menjadi debu yang tersisa
mawar merah yang istimewa
tapi tak mengapa
itu kitaran biasa
begitu juga manusia
pasti hancur akhirnya
benarlah apa yang di kata
kalam indah lagi mulia
tapi ramai yang tak percaya
sehinggalah ada yang melihatnya


Tuna Tatiati
sajak utk di pertandingkan

Dewi Sageeta berkata...

BOLEH TAK?

Boleh tak aku nak
dapatkan semua yang aku ada dulu?
Boleh tak aku nak
ada dengan manusia sayangkan aku?
Boleh tak aku nak
tidur tanpa berteman air mata?
Boleh tak aku nak
bangun tanpa risau tak menentu?
Boleh tak aku nak
kejar segala cita-cita aku?
Boleh tak aku nak
belajar segala aku perlu?
Boleh tak aku nak
curah sayang orang yang aku mahu?
Boleh tak aku nak
rang berdamping dengan aku?
Boleh tak aku nak
hidup dalam cinta tak berpenjuru?
Boleh tak aku nak
bertutur bicara tanpa kelu?
Boleh tak aku nak
bahagia selalu?
Boleh tak aku nak
selalu dirindu?
Boleh tak beri peluang untuk membuat sajak mengasah bakatku?


Dewi Sageeta
percubaan buat sajak dgn bantuan rakan utk pertandingan harap qalam x kisah menerima sajak dari orang india

Qalam Mutiara berkata...

Encik Qalafatullah dengan sajaknya bertajuk SEMOGA DIREDHAI. Ternyata ada Rasa kesyukuran pada apa yang ada dan yang telah ditetapkan oleh Allah swt. Inilah sikap orang yang beriman, dalam kehidupan yang sementara ini, bersama nekmat rezeki yang diberi dan kebahagian yang dipinjamkan Cuma sementara ,cukup tenang bagi seorang yang beriman, malah meredhai akan segalanya. Kata tuhan, wahai orang yang berjiwa teang, kembalilah denagn keredhaanku , masuklah ke dalam golongan yang beribadah, dan masuklah ke dalam syurgaku. Amin. (TU)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

Tuan Haji Majid dengan sajaknya yang kembali ke jalan yang lurus dengan sajaknya SIAPA YANG BODOH? Pengucapannya ternyata ingin bertanya dan terus terang untuk minta penjelasan. Siapakah yang agak terbodoh? Kalau ramai sudah mengatakan salah mengapa mesti menegak benang yang basah? Cukup cerita di dunia, jangan diheret ke akhirat pula.. Biarlah dalam sejarah hidup kita tercatat sejarah yang manis untuk renungan anak cucu kemudian hari, bukan seperti Abu jahal yang menentang nabi. Dan banyak lagi watak-watak jahat yang tidak perlu kita sebut
di sini. Syabas! Haji Majid tuhan masih sayangkan anda. Biar mereka kata bodoh, asalkan diri dan hati anda rasa tenang di sisi Allah, di dunia dan di akhirat juga. Amin (U)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

Sajak sdri Tuna Tatiati bertajuk: BUNGA ANGKASA Penceritaan dan pengucapanya bagai menyentuh rasa kehidupan manusia jagat. Kerana dalam kelompok kehidupan manusia ini diibaratkan bagai bintang yang bersinar di angkasa raya. Diantara seribu bintang ada yang kian lemah dan pudar cahayanya. Itulah juga buat manusia, ada yang telah bertemu jodoh punya anak dan sebagainya, tetapi ada juga yang masih membujang,terasa cemas dimamah usia, tetapi itulah taqdir tuhan yang mengarah mewngikut putarannya, kalau Islam kena terima akan taqdir Allah swt. Tetapi disebaliknya pasti ada hikmah dan ganjarannya. (TB)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011
Sajak dari sdri Dewi Sageeta bertajuk: BOLEH TAK ? Bagaikan pertanyaan yang tersangkut untuk mendapatkan apa saja keperluan yang dihajati oleh seorang digelar manusia dalam kehidupan ini. Sebenarnya begitulah keadaannya. Kekadang kita cuba minta satu, dapat dua. Malah ada yang tidak minta pun boleh dapat. Apa yang Menyedehkan. Minta macam-macam, satu pun tidak dikabulkan atau diberi tuhan. Dalam Islam mungkin juga ada hikmah dan pengajarannya. (maksud hikmah kalaulah kita minta kaya, tuhan bagi, tapi kita pula lupa diri, orang dan adik beradik semua benci. Ada baiknya jangan jadi kaya) begitu juga sebaliknya yang kaya tak boleh jadi meskin dia kan maki tuhan. Bunuh diri. Semoga sukses! (B)

Nabil Quldi berkata...

eh! en nuri dah pnh mimpi dulu ker?

Sudin Ramlee berkata...

en nuri dh dpt alamat dari mimpi rupanya?

Ustaz Sahzan berkata...

inilah org kata mimpi jd kenyataan

PENYAIR AGUNG berkata...

RUPANYA MIMPI BUKAN SAJA MAINAN TIDO TAPI KDG2 ADA MAKNA TERSEMBUNYI

Bob Kuli berkata...

nampaknya ke berhati2 dgn mimpi kita?

Seri Suri berkata...

eh! x sangka plak mimpi jd btol?

Pak Kassim berkata...

nampaknya tuhan dan bagi Klu en nuri nak ke mana nanti?

Ustaz Rahman berkata...

tuhan maha adil dia bagi kita mimpi dulu tmpt yg kita akan pergi supaya nnt x kekok

Abang berkata...

mcm mana en nuri pnh mimpi sebelum ke sarawak? aneh?

Abul Hassan berkata...

en nuir x mabuk laut ke naik bot? klu aku la sah muntah2...

Laila Mellisa berkata...

eh! en nuri dah pnh mimpi sebelum ke penang?

Sarah berkata...

kenapa en nuri sggup tunggu sampai 5th bru nk minta tukar?

Tetamu Malam berkata...

5thn en nuri sok sarawak? lama jgk tu

Julia berkata...

wah! seronoknya mimpi jd kenyataan!!

Ustaz Zamree berkata...

susah org nk dpt mimpi jadi kenyataan

Salam berkata...

penang dah pesat membangun ke masa tu? sy ingatkan bru je penang nk membangun

Mak Mah berkata...

mcm mana en nuri boleh kenal cikgu pencen tu?

Pak Ngah But berkata...

eh! dorg hormat dgn en nuri tp x hormat dgn tuhan? aduh

Pak Awang berkata...

dorg 3 org sorg pun xpnh solat ker?

Haji Majid berkata...

xkn dorg xpnh solat? mngkin en nuri xnmpk kot?

Datin Maimun berkata...

dorg baik plak dgn en nuri? sebab kalau dalam tv selalunya msti org bru kena dera

Danial berkata...

eh! 1 rumah ada laki dn perempuan?? mcm mana plak tu?

Mat Noh berkata...

ni sewa bilik ke sewa rumah en nuri?

Golok Buta berkata...

murah giler! 10 ringgt je sebulan?

Putera Damien berkata...

apesal murah sgt en nuri? rm 10 jer?

Raja Muda berkata...

RM10 murah sangat! kalau sy bagi 50 pun boleh.. hehe

Cikgu Rahim berkata...

cikgu bakar ni sapa plak? mcm mana en nuri kenal dia?

Saizul Maizav berkata...

en nuri ni kat mana2 pergi senang je dapat kwn? kalau sy la ambik masa jgk nk suaikan diri

Sadaqallah Azim berkata...

huh! miskin sgt cikgu msa tu yer?

Karim Ghani berkata...

dulu cikgu mmg susah tp skrg ni cikgu smua pakat kereta merayap! wlpn hanya cikgu sandaran

Cikgu Zuki berkata...

xkn langsung xde motor cikgu bakar tu?

Jalil Janggut berkata...

gaji cikgu masa tu berapa sebulan?

Mei Ling berkata...

kereta tangan kedua tu apa en nuri?

Busur Berduri berkata...

biar btol en nuri? cikgu dulu sengkek? cikgu skrg ni nampak lain jer...

Ustaz Rahman berkata...

dulu cikgu mmg susah skrg cikgu gaji starting pun beribu

Ustaz Rahman berkata...

btol tu en nuri cikgu dulu susah sy sampai ke pencen gaji x naik2 selamat la pencen naik sikit klu x berak tahi kapur la jawabnya

Ustaz Muda berkata...

xkn miskin sgt cikgu msa tu en nuri???

Nabil Quldi berkata...

msti ramai yg lari dari jd cikgu msa tu

Haji Khali berkata...

mcm mana en nuri boleh tahan jd cikgu? sy pun pnh jd cikgu tp sy bersara awal sbb masa tu gaji kecil tp skrg bru menyesal

Malik Wariya berkata...

cikgu ingatkan loaded rupanya sengkek jer?

Jengking Perak berkata...

skrg jd cikgu gaji pun beribu yela byk cikgu graduit