Selasa, 25 Januari 2011

KABUS KEMARAU





Seorang saksi membawa kebenaran
tetapi semuannya bagai ditolak
keangkuhan penduduk kota Mekah
lalu kemurkaan pencipta menjawabnya
dihantar kabus kemarau panjang
kepada penghuni seluruh kota mekah
kerana menolak kenyataan yang nyata
tidakah mereka tahu siapa Khalid?
yang terpuji lagi amat dimuliakan
mengertilah malam seribu bulan
10 akhir ramdhan yang diberkati
malam diturunkan kitab pertunjuk
malam keberkatan dan kemuliaan
seluruh penghuni dunia yang pana ini
dilemparkan cahaya dari kegelapan
di tengah malam memacar sinar
dari kebenaran kitab suci Al quran.


Oleh:Nurimanja,
catatan 12 September, 2009
bersamaan 30 ramadhan, telok kumbar,





50 ulasan:

nurimanja berkata...

CERITA ALAM MISTERI : CATATAN KISAH LAGENDA : SUSUNAN: NURIMANJA.
ditaip semula oleh Tinta Azimat
______________________________________________________________________


Dia seorang pemuda yang membawa diri dari kampungnya kerana kemiskinan dan wajah yang tidak tanpam. Setelah ibunya meninggal dunia dia tiada tempatpergantungan lagi.babakpnya memang sudah lama meninggal dunia sejak dia berusia tujuh tahun lagi. dia sudah menjadi anak yatim di kampungnya itu.

Ali canon begitulah namanya, Ali namanya. dan canon nama ibunya, dia pun tidak tahu siapa nama bapanya yang sebenar, zaman dahulu kala tidak perlu IC, dimana saja anda boleh pergi. Malah jika anda ada kekuatan, pandai bersilat, dan ilmu hitam, anda boleh menguasai sesuah perkampungan itu.

Ali canon mempunyai tubuh yang kental walaupun wajahnya tidak begitu tanpam dia seorang yang rajin bekerja, kekuatannya yang luar biasa menjadikan dia dicemburui oleh pemuda yang tidak sebulu dengannya.,Disebabkan dia selalu dihina dan dipersenda
dicaci dan diinaya. Ali Canon membawa diri keluar dari kampungnya. namun

Di pinggir hutan belantara tinggal Ali Canon seorang diri dengan mendirikan sebuah pondok kecil tempat dia bertedung dari panas dan hujan . Ali Canon cuma berkebun di tanah tidak bertuan di pinggewr hutan belantara itu. Kerana dia sering kesunyian, cuma mendengar kicauan burung dan salakan anjing hutan dan ketukan ular tedung.

Hasil tanaman padi huma dan ubi kayu dia hidup sebagai orang hutan yang tidak ada berdunia dengan alam kemanusian lain yang tinggal jauh dari perkampungannya. Ada
juga sekali dua, da waktu mencari rotan di hutan, dia terjumpa dengan anak muda di kampung yang sebaya dengannya. Mereka pun bertanya khabar.

Pada satu hari Ali canon jatuh sakit barangkali diserang deman panas. berminggu Ali canon terlantar seorang diri di pondok buruknya. Di waktu malam dia sering diganggu dengan mimpi ngeri dan mencemaskan. Sehingga pada satu malam dia bergelap kerana
pelita jamongnya tidak terdaya lagi untuk dihidupkannya.

BERSAMBUNG.

Salleh Muhamadon berkata...

HUTAN UNGU

musim-musim penuh senja
membuluhi hutan ungu
kertas-kertas biru
bertinta kasmaran merah
tiris jua, dihujani waktu.
bersama angin petang
kau bisikkan perasaanmu.
bersama pelangi petang
kau bicarakan sukma rasamu.
sesungguhnya aku memahami
setiap bahasamu itu.


Salleh Muhamadon
sajak simbolik tentang alam semulajadi

Husni Kola berkata...

BELATI

hulurkan sahaja belatimu itu
ingin kubenamkan ke tiap-tiap
lohong saraf ini
biar mati segala rasa sarat ini.
rindu ini membulat seperti
bulan penuh tumpah cahayanya
di balik jendela retak.
resah ini merata seperti
bintang sinar berulang kali kiraan
tiada serupa sifirnya.
yang hanya tinggal belati di tangan

Husni Kola
sajak simbolik sedikit

Pangeran Indera berkata...

HURUF-HURUFNYA

diam pilihan kita, selalunya begitu
kata-kata menjadi mahal harganya
kita membaca tanpa panduan
tafsiran menjadi kacau
benar silap kita satukan sekali
dalam menu pilihan kita
itulah kita kepatahan
dan kelukaan dalam diam.
di sini hanya wujud huruf-huruf
dibuntingi oleh nikmat rasa
mungkin aku engkau juga mungkin
bernafas di celah-celah
huruf-huruf ini.


Pangeran Indera
percubaan sajak simbolik pertama kali

Mr Casanova berkata...

CUKUP HANYA SATU

cukupkah hanya satu
kalau aku mahu tambah lagi
kerana dapat puaskan hati dan nafsu
lagipun ikut sunnah nabi
boleh beristeri empat
tapi apabila rakan mula bertanya
sunnah lain kamu bagaimana
ada kamu ikut kamu peduli
sunnah paling mudah
baca doa makan kekadang tak buat
tepuk dada tanya poket
mampukah agaknya kamu
jika hutang masih membelit
usah cari penyakit
tepuk dahi tanya hati
mampukah berlaku adil
jika dua masih tak terbela
usah cari bala cukuplah hanya satu…


Mr Casanova
sajak pendapat rakan2 kalau aku nak berkahwin empat

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

HUTAN UNGU oleh sdra. Salleh Muhamadon ada berbagai andaian boleh dibicarakandalam sajak ini., satu dinataranya: Mungkin membicarakan tentang situasi semasa.cuma sekadar andaian sahaja, kebarangkalian berkaitan dengan kedudukan orang yang berkedudukan, punya pangkat dan harta benda yang lumayan. walaupun berada dihujung senja, biasanya YB tetapi masih galak bermain cinta dengan gadis-gadis genik untuk dijadikan teman bermesra sehingga sanggup menjadikannya isteri yang kedua. Dengan janji yang mengoda dan mempersona.Demi untuk mendapatkan hajat dan cita-cita dan diredhai Allah. . Amin (U)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

BELATI oleh sdra. Husni Kola sajak ini juga mempunyai berbagai andaian yang kita boleh tangkap dan diterjemahkan, sebagai sebuah lukisan abstrak tentang pada mata setiap orang akan melahirkan berbagai andaian. Cuma andain keberangkalian. Penceritaannya ada
rasa marah dan kecewa dengan beban berat yang ditanggung di dalam keadaan yang dialaminya. Mahu saja rasanya ingin ia membunuh atau memusnahkan segalanya biar segala harapan tidak kesampaian, agar ianya menjadi kosong, biar yang cuma tinggal hanya kenangan. Mungkin ada cerita jiwa-jiwa sikit. Semoga ada jalan yang mungkin dapat penyelesaiannya nanti. Aminj. (TU)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

HURUF-HURUFNYA oleh sdra. Pengeran Indera dari Berunei kebangkalian sajak Ini ada berkaitan dengan kemesraan kita di dalam blog alam maya ini. Kita sekadarberbicara secara diam tanpa wajah atau rupa cuma kita melihat dan membaca kata–kata tanpa panduan sekadar menilainya sendiri, salah silap kita satukan dalam minda kita sendiri.Itulah kemesraan yang dirasakan generasi dalam situasi perhubungan penerangan dalam dunia seber maya dini hari. Amin (TB)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

CUKUP HANYA SATU oleh Mr Casanova pengucapannya membicarakan tentang untuk berkhawin empat. Tetapi di atas nasihat kawan-kawan, jika mahu berkhawin empat ikutsunahnya. Tetapi sunah yang lain tidak dilaksanakan, ada baiknya berhenti dahulu. Dan cukuplah sekadar hanya satu. Tetapi cubalah bertanya pada hati adakah anda mampu berlaku adil. Jika gagal diakhirat nanti kita lihat ada manusia yang dia berjalan senget sebelah, kerana gagal berlaku adil pada kedua isterinya. Amin. (B)

Comel berkata...

cerpen ape plak ni?

Seri Suri berkata...

sian dia membawa diri sbb x nsem? hehe

Ungku Zubir berkata...

anak yatim piatu rupanya pemuda ni

Malik Wariya berkata...

hahhahha ali canon plak yg berlakon kali ni?

Ummu Akilah berkata...

ali conan? eh! nama ahli plak kali ni? hahaha

Danial berkata...

ali conan? eh! kenapa bin ibu plak bukan bin bapa ker?

Ali Conan berkata...

alamak! jd pemuda x berwajah nsem plak sy ni? tp xpe walaupun x nsem tp rajin

Sharifah berkata...

xkn sampai org buang dia plak xbb xnsem? hahahaha

Tinta Bayu berkata...

harap bdan je besar tp x nsem? hhahaha

Salina berkata...

x takut ke tinggal dalam hutan sorg?

Umar Haslam berkata...

xde seram pun cerita ali conan ni en nuri?

Leonard Abdullah berkata...

pakai nama ahli plak kali ni? harap2 lps ni byk lagi nama ahli yg kluar

Mr Casanova berkata...

ali conan plak kali ni? hahahhaa

Ustaz Rahman berkata...

ali conan? cerita badang ke en nuri?

Ustaz Majusi berkata...

seronoklah ali conan nama dia ada kali ni

Pak Bostamam berkata...

xkn xde langsung org simpati dgn dia en nuri?

Ezad Emir berkata...

setakat ni xde seram lagi nampaknya

PENYAIR AGUNG berkata...

TGH2 MALAM DALAM GELAP GELITA SAH MSTI ADA HANTU YG DATANG NI SBB DIA KAN TINGAL SORANG LAGI SENANG HANTU NAK KACAO

Siti Hajar berkata...

sian dia smua org hina kat ali conan

Roy Rashid berkata...

kenapa org benci dia sgt? padahal di rajin

Emily Bayans berkata...

ksian dia dh la xsem miskin plak?

Ustaz Zulkainaan berkata...

eh! xkn dia xde sedara mara?

Tengku Anita berkata...

pemuda yg sebaya dia tu sapa nama?

Tanpa Wajah berkata...

lps ni ada lagi x nama ahli en nuri?

Roslan Bidin berkata...

dia mmg sebatang kara ke???

Encik Sanusi Rostam berkata...

mak dgn ayah dia meninggal sbb apa?

Nur Atikah berkata...

pemuda sebaya dia tu baik jgk sbb tegur dia ingatkan x tegur

Adi Cana berkata...

malam2 tinggal dalam hutan? beraninya

Raja Muda berkata...

hantu x kacau dia ker?

Wasiril Azmi berkata...

kenapa tinggal dalam hutan cari la kmpung lain

Angker 13 berkata...

sian dia membawa diri lps kedua org tua dh xde..

Miss Kim Cheung berkata...

adakah org akan simpati dgn nasib dia nnt?

Pak Awang berkata...

ali conan ni umor brapa dalam cerpen ni?

Ibrahim Lee berkata...

zaman berapa puluhan ni sampaikan I.C pun xde?

Raja Zaki berkata...

apa yg misteri en nuri? sedih tu ada la..

Pak Kassim berkata...

ada hantu tumpang tidur rumah die ke en nuri?

dam catur berkata...

cerita ni xpnh baca lagi ni cerita baru nampaknya

Raja Muda berkata...

tgh2 malam klu gelap gelita? haiwan buas kot yg dtg

Si Kecil berkata...

smabung cepat en nuri! x sabar nk thu ni

nurimanja berkata...

JAWAPAN PILIHAN RENGKAS SECARA RAMBANG SAHAJA.


- Ini bukan cerpen tetapi macam cerita misteri zaman dahulu
kala mungkin doging rakyat atau nak percaya dengan tak
percaya sama banyak. Macam filem tahayul juga. lebih baik
tak usah percaya. Ini pun masa saya kecil dulu mak saudara
saya suka cerita saya dengar, saya catat lama puluhan tahun.
kertas dia pun dah makan gegat. kuning warna dari kertas putih.

- Ali canon nama zaman tak ada IC memang sesuai. sahabat dia
sedang duk cari nama purba sikit , pagi ini dah dapat Adi Cana.
atau malik wariya

- Cerita ini pendek saja, kebetulan semalam saja nampak juga
iklan di tv 801 saluran cerita LANGSUIR juga, tapi mungkin
cerita tak sama. tapi ejaan dia lebih betul , saya punya ejaan
sekolah dulu pakai e ada tanda pula di atas kepala dia. sekolah
dulu. kalau eja cawan- chawan.

nurimanja berkata...

JAWAPAN PILIHAN RENGKAS SECARA RAMBANG SAHAJA.


-jawapan rengkas buat saudara baru.

-Mekah itu negeri tempat kelahiran nabi Muhamad yang membawa kitap al Quran kepada umat manusia beragama
Islam. sebelah timur tengah. padang pasir sana.

-Sajak kabus kemarau cerita tentan pengajaran dan perjuangan nabi muhamad yang ditolak oleh kaumnya, bila ratusan tahun mereka menyembah bahala , tetiba datang
nabi suruh atau mengajak mereka menyembah tuhan yang esa (satu) tiada dua atau tiga.

-Ramailah yang menentang.lebih marah lagi mereka yang telah berpengaruh dan pembuat patung-patung bahala. kerana punca rezeki mereka. kalau tuhan tak laku dijual lebih marah lagi, dalam cerita nabi Ibrahim, setelah dia
memecah bahala kecil dibawah jagaan allata dan aluza.
katanya: tanyalah tuhan kamu siapa yang memecahkan? bahala kecil ini. kamu silap, kamu buat tuhan, kamu jual,kamu sebah pula. Ini tandanya lemah. kalau tuhan dia mesti berkuasa. bertamabh marah mereka , tangkap nabi Ibrahim bakar dia hidup.kerana memcabar tuhan kita....

- KHALID yang menjadikan, salah satu nama sifat tuhan boleh menjadikan semua makhluk di dunia ini.

-Sajak 30 ramadhan ini ada cerita misteri, kebetulan bila sampai pada surah adduhan malam, kebetulan malam itu malam ganjil dan mungkin malam lailatul qadar.
Allah huakbar. (tajuknya kabus kemarau) cerita benar.