Khamis, 6 Januari 2011

KITA SESAMA KITA



-minta seniman jalanan buat lagu-


Bila kita sesama kita
menulis bukan kerna nama
sekadar mmengisi masa
meluahkan rasa isi perasaan.

Ingatlah wahai kawan
hidup ini bukannya lama
sekadar mimpi semalam
yang terkejut dari tidur lena.

Aku yang masih mencari
sesuatu yang benar dan abadi
maseh termanggu tidak mengerti
selepas hidup pasti adanya mati.

Kawan cuba kau bayangkan
dunia ini pentas sandiwara
yang menonton kita sesama kita
ceritanya rekaan kita bersama.

Tuhan kenapa engkau jadikan?
manusia hidup penuh beban
memekul di kepalanya yang kecil
lalu jatuh rebah dan tersungkur.

Nyatakan kebenaranmu kawan
kita mencatat perkara biasa
merakam apa sahaja yang  nyata
meluahkan semula untuk semua

 
Oleh; Nurimanja,
Catatan biasa sahaja,
untuk renungan kita sesama kita
3hb, Januari, 2011 jam 12 malam hari.







50 ulasan:

nurimanja berkata...

BERSAMBUNG. Bab 5/ siri 2 Oleh Nurimanja PK..2002
BAB 5/SIRI2

Aziz pula jadi Polis Kawalan Khas sempadan di Sungai Siput Hamzah pula jadi Tukang Kebun di SRK Ejok , Selama, Perak .Abd Hajar kawin dengan orang Kampung Besar Bandar Baru Kedah, kerja sebagai Drever Lory. Mat Asari jadi Guru Agama di Berunai Darus Salam , setelah dia gagal mendapatkan kerja di Malaysia kerana gagal SRP. tetapi gajinya lebeh besar dari guru agama di Malaysia. Boleh 3 atau 4 ribu sebulan.

Waktu di pondok Aziz dan Hamzah selalu saja kena marah dengan Aruah Ustaz Idris ,mudir sekolah SMW kerana tidak pergi solat subuh, duduk dalam pondok, tidak masuk kelas, buat surat cinta, kacau pelajar perempuan, semuanya kena marah, yang anehnya orang lain semua berulang alek dari rumah ke sekolah.

Cuma kami berlima sahaja tinggal di pondok itu kerana pondok usang itu tinggal lima buah saja, dan kebetulan kami tinggal jauh dari sekolah. Pagi aku belajar selang seli Agama dan Akedemik, sebelah malam kebetulan Masjid Tanjung Piandang itu di tepi sekolah kami.

Di sebelah malam ada saja orang alim dan ustaz-ustaz baca kitab aku ambil kesempatan untuk turut mendengarnya , aku selalu membawa buku catatan, dari Ilmu usuludin ,ilmu Fekah, ilmu Tasauf, Tafsir Al Quran dan Al Hadis. Dari sinilah aku mula cintakan agama dan berminat dengannya.lalu mencatat apa saya yang benar dan shahih.

Aku maseh ingat jasa mereka yang mengajar aku, Ustaz Ideris, Ustaz Haji Lebai Noh, Ustaz Haji Mat Ketam, Ustaz Sabran, Ustaz Zakaria, Ustaz Ramli, Ustaz Man, Ustaz Saad, Ustaz Salleh,Ustaz isa dan Ustaz Abdullah, Cikgu yang mengajar akedemik Cikgu Halim, Cikgu Mahmud, Cikgu Hamid, Cikgu Ahmad, Cikgu Omar Dan dan Cikgu Mat Noor kadangkala beberapa orang tenaga pengajar dari UKM cuti semester datang membantu.
Dari 80 orang calun nak dapat A cukup sakit zaman dulu, paling ramai semunya 5 atau 6 orang.

Bukan main megah lagi kerana sekolah serba kekurangan, pereksa pun menumpang di bilik srk tanjung piandang. Dulu punya cerita.(jangan salah sangka tahun 1970an) Itu pun selepas dapat bantuan kerajaan negeri dan pusat , barulah nampak perubahan sadikit, harap duit zakat dan yuran tak seberapa, gaji guru pun RM80.00 sahaja. Sakit ikhlas mengajar kerana agama bangsa dan negara,
saya juga pernah bantu mengajar di situ, sewa rumah sebulan cuma RM20.00 tinggal berapa, nasib naik basikal.

SAMBUNG ESOK.

Zainal Arifin berkata...

ni sajak jalal kirim di komp sy


SETIAP DETIK

setiap ucapan terima kasih,
setiap pelukan erat,
setiap senyuman terukir garis,
setiap satunya diberi hari ini,
supaya esok kalau
sudah tak ada kesempatan,
setidaknya uhari ini sudah.
hujan bawa segala sepi
hujan yang meneman sang sendiri
hujan bawa aku ke sebelah pelangi
agar ku dapat
bertemu lagi sang matahari.
sekarang kurapuh tapi aku gagahkan
dingin cuba aku hangatkan
biar pun dijeling orang dicemuh
di maki oleh sahabat asyar
tapi aku sudah mohon maaf
kalau aku tiada lagi disini
aku mahu atikah ganti blog ini kerana dia mungkin akan satukan
yang hampir berkecai terbelah

Jalal Rafzee
sajak untuk semua sahabat di office dan ahli citra rasa dan terutamanya en nuri maafkan sy kalau sy tiada lagi

Raja Muda berkata...

MULUT

mulut-mulut munggil bisu
dari segaris dua senyum
di tengah hingar pesta
bersama mata yang membuta
tak melihat bintang angkasa
bisu buta ada angin menderu
perlahan tapi melayangkan
bahasa-bahasa sayang hilang
rasa hati sememangnya pembunuh
penawar dalam diam luka menyembuh
luka lain berdarah
ketamakan rasa kepuasan diri
kalaulah takdir di tangan sekarang
biar jangan datang.
biar jangan cari.
biar jangan kejar.
apa tertulis jadi milik hakiki.
apa yang tidak akan terbang
merentas pelangi.noktah.


Raja Muda
sajak simbolik utk qalam harap qalam thu maksudnya

Ustaz Sahzan berkata...

SEDIA

Dunia,aku sudah sedia.
bentangkan cabaranmu,
aku siap untuk menangis dan ketawa.
Darah yang kau rasakan muda
sebenarnya perlahan menjadi dewasa.
Bukan beluncas menjadi rerama
tapi aku masih mampu terbang juga.
Percayalah dunia aku berkobar dan semangatku membakar.
aku kini memecut
bukan lagi menghinjut.
Dunia,aku,sesungguhnya sudah sedia.


Ustaz Sahzan
sajak simbolik buat qalam

Sulaiman Embong berkata...

MALU

Serba serbi malu
Malu nak makan
Biar perut berdendang
Malu nak tanya
Sesat entah ke mana
Malu nak bersuara
Jadi kera sumbang
Malu nak berkawan
Mati sorang sorang
Malu tak bertempat
Tapi tak malu pulak
Barang orang habis dirembat
Tonggang arak lintang pukang
Heroin syabu jadi mainan
Usung betina siang malam
Malu pada manusia
Tak malu pada tuhan....

Sulaiman Embong
sajak isu semasa

Viger berkata...

Inilah agenda yang dirancang oleh saseorang untuk menyingkirkan saseorang. Nasib anda sama dengan anj (aku niat jihat) yang menulis atas kebenaran , tetapi yang paling seronok sebab dua orang tu dia keluar, bukan en nuri buang. Mereka kata kalau disitu ada harimau jangan didekati. Mereka yang nak berhenti tarik diri. tuhan saja yang tahu. Syabas anda seorang muslim jati, kerana suka minta maaf sama ada salah atau benar. Allah lebih suka kepada orang yang suka meminta maaf daria menyombong diri menabit dada. Dulu pun dia hamper nak pi . kini lupa diri. Sabar itu separuh daripada Iman, CR tetap bersamamu. Tentang Nur Atikah, kita minta zainal minta suara ramai ahli CR menentukannya. En nuri jarang buka blog ini, kami buat keja. Aku Cuma masuk sekali sekala. Lepas ini kena hari-hari. Maaf jalan aku nak ulas banyak lagi. Aku pun tak tahu apa. Main hentam saja.

Viger berkata...

Maaf Tuanku Raja Muda saya sekadar penganti sementara qalam. Dia kurang sihat dan en nuri meminta saya cuba membicara. Dulu memang saya minat puisi, kini dah lama, bertukar minat pada ulasan sukan pula. (tapi banyak orang marah dekat saya) tetapi Alhamdullah, ternyata apa yang saya buat andaian menjadi juga. En nuri minta buat Ulasan pendek saja. Cari maksud cukup. Mulut ini biasa dalamnya ada lidah. Yang selalu buat orang harubiru. Rasa masam, manis, pedas, pahit , masim, kelat dlln. Mulut saya dulu pun macam itu juga. Masa anak muda dulu suka lepas cakap. Sorry, kalau tak betul. Apa-apa pun sampai hari ini saya duk pening Tuanku Raja Muda ini Memang berjiwa rakyat sejuta dalam satu. Maaf jika tak kena ulasan.

Viger berkata...

Maaf ustaz sahzan , saya x berapa pandai pasal agama. Sajak SEDIA rasa nak pergi gempur ke? Macam nak pi perang pilihanraya umum. Aku dulu bukan tak suka kat Kerajaan , Cuma undi protes, tu depa menang. La ni dak . Aku pun dibesar dengan wang subsidi kerajaan. dari mengandung sampai aku belajar. Harap maaf no kut-kut tak kena ulasan ni.main tangkap muat.

Viger berkata...

Ini Sulaiman Embong sajak MALU. La ni memang orang banyak muka tak tahu malu. Depa kata iman tak nipis. Tebalik ayam dan kambing pula jadi malu. Dulu depa duk tenguk ayam dan kambing lepas geram di tengah jalan. La ni manusia pula tiru. Hai depa ni nampaknya tak takut dekat tuhan. Maaf no saya ulas pendek saja. Kalau panjang bos marah, macam Qalam, dia tak pa la pandai baca hati orang. Aku ini nak
Baca hati orang hati aku pun tonggang terbalik. Aduh , maaf ya!

Malik Wariya berkata...

eh! mana qalam? kenapa qalam xde?

Kopi Susu berkata...

eh! viger ni sapa plak? kenapa qalam menghilang?

Wasiril Azmi berkata...

qalam dh xde? pegi mana? kenapa qalam xde??

Jalil Janggut berkata...

mana qalam? kenapa qalam xde?

Suara Rakyat berkata...

kenapa en nuri terbit jgk sajak keldai 4 ekor ni?

Olie Pajutdy berkata...

jahanam punya qulbai! rupanya dalam chatbox dia pnya angkara!

Encik Sanusi Rostam berkata...

Saya merayu di sini jgnlah en nuri buang qalam,guest door dan suara bebas? wlpn sy mmg bercadang nk ambil qalam keja dgn sy tp sy hormat qalam perkeja en nuri harap qalam kembali mengulas sajak... sy merayu kpd en nuri dan kaki tangan yg lain bukan sy x suka viger mengulas tp viger x sehebat qalam.... kalau en nuri nk sy buang qulbai dan sufian bru qalam dan yg lain2 dtg sy sggup lakukan

Encik Mahatdir berkata...

mana qalam? saya dtg selalu di blog ni sbb qalam sbb respek cara dia mengulas....

Jengking Perak berkata...

qalam dh xde? aku pun jdi malas nk buat sajak... sedih2..

Geletek Malam berkata...

di mana qalam? msti qulbai pnya angkara dia berhenti? esok kena buat surat momorundum utk merayu kembalikan semula qalam....

Seri Suri berkata...

viger ni ulas mcm main2 jer?? kami nk qalam!!!!!!!!!!!!!!

Tetamu Malam berkata...

qalam dh xde? ni msti sbb qulbai pnya sbb! siap la esok mampus ko qulbai!

Qulbai Khaisai berkata...

eh! sekali aku smish qalam tunduk ke? trus lari mnghilang... hahaha mmg kita menang allahuakbar!! dalam chatbox byk marah aku? klu korg berani pukul aku esok kat ofis siap aku pakai bomoh siap sorg2 ni..

Sufian Al Zahri berkata...

dalam chatbox xleh tulis aku masuk kat sini la... ni smua kecoh2 kenapa? takut ke? korg ni lebih2 plak en nuri sndiri x kata apa? hahaha tu la sokong org yg salah lagi...

Tuan Ghamidi berkata...

qalam lari plak? malu ke nk ulas sajak politik? nampak sgt pilih kasih sajak hentam pembangkang ulas? bila kami hentam balik kenapa takut nk ulas???

Ustaz Kamarudin berkata...

qalam2 berlakulah adil jgn nk ulas sajak hentam pembangkang bila dapat sajak yg hentam kerajaan ulas la jgk... bru la adil? nampk sgt qalam berat sebelah

Ustaz Zaidi berkata...

di mana qalam? jom semua kita boikot qulbai!!!!

Ustaz Helmi berkata...

nampaknya dalam chatbox ustaz zaidi dan berpaling tadah? apa puna kolot pemikiran ustaz zaidi qalam x boleh ulas sajak dia terus dia kluar puak kita... pegecut

Ustaz Omar Sharif berkata...

sedih tgk semua kenalan sy di surau smua org bulan patutlah sy ajak smbhyg mereka xmhu bila sy hbis smbhyg mereka smbyg mereka punya puak... sy di pulaukan sbb sy baik dgn jalal...

Ustaz Rusidi Tajudin berkata...

apalah jd dgn ustaz zaidi ni? terpegaruh dgn kata palsu qalam konon2 x reti nk ulas sajak padahal saja nk uji je nk pancing org kita

Ustaz Mahfuz berkata...

skrg bru aku thu mana berlian dan mana kaca... qulbai harap maaf aku kluar puak engkau!!!

Ummu Akilah berkata...

nampknya yg paling berjaya mat asari la keje di brunei

Sarah berkata...

semua nampaknya lari dari kos di ambil xjd pun guru agama... hehe

Salam berkata...

yg paling sedih hamzah la jd tukang kebun jer..

Haji Atang berkata...

ni kisah sebenar en nuri ke atau en nuri reka saja?

Ustaz Saad berkata...

patulah aziz jd polis sbb masa skola dia ribut

Aziz Moktar berkata...

aziz? nama saya pun ada jgk rupanya dpt jgk tumpang toi... hehe

Nabil Quldi berkata...

semua kwn2 en nuri x jd guru agama mcm en nuri...

Harimau Bwerantai berkata...

kdg2 x semestinya skola agama kluar jd guru agama kdg2 jd lain

Supain Sipaun berkata...

ada 5 pondok je? kenapa sikit sgt?

Ibrahim Lee berkata...

kacau perempuan? ada perempuan jgk ke skola pondok tu?

Mei Ling berkata...

Ilmu usuludin ,ilmu Fekah, ilmu Tasauf, Tafsir Al Quran dan Al Hadis apa bnda ni en nuri?

Miss Kim Cheung berkata...

en nuri sy cadang mau masuk islam tp perempuan kalau masuk islam kena potong jgk ke? sbb sy tnya qulbai dia kata kena potong tanya haji abkam dia kata xpasti tanya plak encik sanusi dia gelak2 saja malu nk jwb katanya sy tanya staff perempuan smua xthu...

Pak Awang berkata...

ustaz haji mat ketam pun ada? pelik nama...

Pak Kassim berkata...

wah! en nuri ingat lagi smua org yg mengajar en nuri

Muhamad Akmal berkata...

ingatkan zaman skrg patutlah rupanya zaman 70an

Ustaz Muda berkata...

sdih plak baca cerita en nuri sbb msa sy dulu skola pondok xlde la teruk mcm en nuri ni sbb smua serba moden

Ambuyak berkata...

smua guru2 en nuri ada lagi x skrg?

Busur Berduri berkata...

wah! kuat ingatan nuri sy nama2 pelajar pun susah nk ingat

Tuan Haji Abkam berkata...

sedih plak baca cerita en nuri sbb teringat masa sy skola pondok dulu

Julia berkata...

skola pondok en nuri masih ada lagi x? atau dorg roboh dh tmpt tu