Jumaat, 21 Januari 2011

IMPAK ALLAH UNTUK MUNAFIK



buat mereka yang mengerti


Allah akan menahan
pada tiga kumpulan ini
yang sukar dilepaskan
pengikut  orang yahudi
kapir dan juga munafik
yang bergelar nabi huzair.

Tulang belakang mereka
akan keras dan tegang
selama 40 tahun berdiri
keadaan tegak dan tunduk
tetapi mereka gagal sujud

Allah menempelak mereka
setelah kapir dan Yahudi
dicampak ke neraka jahanam
tetapi orang-orang munafik
yang engkar menerima impaknya.

Oleh: Nurimanja,
catatan kuliah subuh
dua tiga tahun lalu. 2008-2009.






50 ulasan:

nurimanja berkata...

BAB 8 siri 5 BUDAK PONDOK OLEH: NURIMANJA PERAK

PERHATIAN:

Topi koboi dulu murah saja khas untuk topi permainan kanak-kanak umur bawah dari sepuluh tahun. Untuk penduduk di pulau pinang , ada saya lihat topi koboi, berbagai dan macam warna , macam dalam filem cauboys di atas bangunan pasar bayan baru kedai orang kita perbaiki jam. Dia jual tak salah saya cukup murah harga satu RM10.00 sahaja.dia ambil mana saya lupa tanya, waktu itu saya cari kedai memperbaiki jam untuk ganti betterinya.
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Sewaktu budak lagi, Aku juga menyemat atap nipah, siat pucuk nipah, buat rokok daun waktu malam, tolong ayah, sebelum tidur, sampai jam 11 dan 12 baru tidur
siang hari aku cari mengkawan,(kulit nipas buat semat atap) dapat duit sekupang dua beli coklat atau aiskrim , kadangkala aku tidak ada duit aku tukar dengan telor ayam sebiji telur dapat dua batang aiskrim.

Kalau ada orang jual kerang datang dengan sampan lopek ikut sungai, aku dengar suara orang jual kerang terpekek-pekek di dalam sungai tepi rumah, aku akan berlari ambil buah kelapa dua biji, boleh tukar dengan pak said dapat satu timba kerang, dua tiga hari keluarga aku makan tidak habis.

Satu hari aku kasihan tenguk pak Said dia kayuh sampan dalam hujan jual kerang terjerit-jerit, sesama susah, orang kampung pun tak ada duit, melainkan tukar dengan barang saja, apa yang ada, okey. Kekadang telur ayam, jual ayam, kambing lembu, atau buah-buahan bertukar barang sajalah.

Sewaktu aku pergi ke masjid sembahayang jumaat, nampak Pak said terbaring diatas balai lintang, selimut deman apa kena hujan lebat, Kasihan dia kayuh samapn dari kuala kurau Sampai ke bagan serai, bawa kerang penuh sampan, tentulah berat, waktu balik mungkin rengan sikit, kalau kerang sudah habiss dijual.

Kalau nasib tak baik kerang kena hujan habis busuk, rugi pula pak Said Kerana dia letih mungkin tidur di masjid tak sempat balik ke kuala kurau, sedih lihat diaselalu tidak berbaju, pakai kain pelikat lusuh puntal dekat pusat, kayuh sampan setiap hari jual kerang, dulu mana ada enjin, sampan orang kaya saja boleh pakai enjin sangkut.

Pagi itu hujan lebat, pak Said tambat sampannya di pengkalan (tempat turun naik) masjid. Buah kelapa hasil jualan pertukaran dengan kerang penuh dalam sampan untuk dia bawa pulang dan jual ke pekan kuala kurau. Nasib tidak baik, bangun pagi didapati sampan lopeknya karam, buah kelapa semuanya habis hanyut entah kemana mengikut air surut ke kuala sungai kurau. Kasihan dia macam hendak menangis.

BERSAMBUNG.

Sadaqallah Azim berkata...

MALAM HUJAN

Malam pekat tidak larut,
tidak sunyi dengan riuh
hujan menghentam bumi dan bumbung.
Sekeras-keras air,
jatuh beribu lerai beribu.
Sekeras-keras hati,
lebur juga dalam dingin.
Dalam bising ada lagu,
sayup dalam pekik guruh.
Kau lena menanti subuh.
Bermula baru bermula esok.
hari tak pernah berhenti separuh
untuk sedar,untuk segar.

Sadaqallah Azim
Sajak simbolik

Roy Rashid berkata...

PENUNGGU

Penunggu,
kata mereka;
jin,setan,hantu,mambang
,jembalang,puaka.

Penunggu bentuk sebenarnya,
adalah titik mati;
kotor,berdebu,gelap,
sempit,bernisan.

Penunggu,
atau nama lainnya;
Maut,Kematian,
Ajal,Izrail.
Kita hakikatnya;
berjalan perlahan
menuju ke arahnya.


Roy Rashid
sajak spontan jgk aku buat ni... hehe

Tengku Anita berkata...

ROTAN USANG

Rotan usang berbulu hujungnya
menjadi penjasa paling utama.
Anak-anak berwajah jernih
dicitrakan pucat
gelisah mendatang
lalu melaju membejat
dan bersih-bersih perasaan menjadi cuak tidak terkatakan.
Si tua berkopiah putih
penunjuk kalam bitara
dalam bengis wajah dan sergah marah
seorang penghingus hampir menangis
belum mampu mengerti
nanti dewasanya menjadi mulia
dengan bait-bait puisi Penciptanya.
Rotan usang berbulu
hujungnya menghayun
desirnya membelah ruang-ruang jahil
sebatnya membirat bongkak.
Kain putih ketika lahir
di akhir nanti moga masih suci.

Tengku Anita
sajak sayembara

Muhamad Rabbi berkata...

LANGKAH KAKI TERHENTI

selalu sahaja langkah ini terhenti
saat fajar mula menyinsing
hati redup di tiup bayu senja
mata berlinang dan berkaca
seharian sudah aku lalui
menghitung nasib seorang diri
adakah amalan untuk ku bawa kesana
menempuh esok hari yang panjang
hari ini sudah berlalu lagi
kini bulan mengintai bumi
dan aku turut sama memerhati
merenung jauh ke sudut sepi
dalam hati ini berkata;
aku takkan selamanya disini,
esok lusa mungkin aku kesana,
apakah nasib aku di sana....


Muhamad Rabbi
sajak simbolik utk sayembara

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

MALAM HUJAN sajak oleh sdra. Sadaqallah Azim. bentuk penceiritaannya agak Bersimbolik sikit, kisah hujan malam yang kadangkala boleh mengasyikkan dibuai suasana yang menyeyukkan, biar pun ada suara guruh dan kilat,membuat kita berat untuk bangun wakaupun azan berkumandang di waktu subuh apa tah lagi diminta untuk sujud kepada Allah swt. Amat berat dan lena, Itu satu ujian pengorbanan yang tinggi buat seorang muslim sejati, jika sanggup bangun, meninggalkan kain selimut dan sujud dua rakaat kepada kebesaranMu Ya rabbi. Amin. (TU)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

PENUNGGU sajak sdra. Roy Rasid katanya sajak spontan .si penulisterasa ingin membicarakan soal Penunggu di sini bagai ada tiga kategori pula makhluk halus yang ghaib di dunianya tersendiri. Kompolan pengusik dan pengancau, kehidupan dengan rasukan, dan gangguan, kedua penunggu saat kematian yang juga cemas bila kita telah Berada di alam barzah, ketiga penunggu di alam akhirat yang telah ditetapkan pada azali lagi, kemana kita pastinya akan mengikut menurut amalan masing-masing ketika di dunia dahulu. Amin. (TB)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

Tengku Anita dengan sajak v\ciptaannya bertajuk: ROTAN UANG. Ternyata ada si penulis melihat rotan usang yang berada di atas meja guru atau seorang ustaz, mungkin tergantung di diding bilik guru besar biasanya. Biasanya kanak yang baru pastinya rasa takut dan gentar, apa tah lagi yang empunya seorang yang namanya pun sudah digeruni, pada dasarnya bolehlah dikatakan rotan mengajar untuk kebaikan bersama. Bagi mencorakkan kain putih dengan warna yang lebih sempurna Amin (B)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

Muhamad Rabbi dengan sajaknya yang bertajuk: LANGKAH KAKI TERHERNTI.
Pengucapannnya bagai mengeloh bila mengenang nasib diri apa yang akan terjadi Dalam kehidupan diri satu sajak mengenang nasib.si penulis selama ini, mungkin mengenangkan terasa dosa dan bekalan yang mungkin agak sadikit jika dibandingkan dengan hari-hari yang menadatang, terasa kekurangan semuanya menjadi airmata pun mengalir, kesedihan pun menyapa bagaimana keadaan diri bila berada di hari kematian dan dibangkitkan semula di hari akhirat nanti. Hanya orang yang berimana sering terasa amalannya sadikit dari orang lain dan sentiasa mengharap pada rabul jalal untuk menempatkan mereka ke dalam syurga Allah. Amin (TU)

Karim Ghani berkata...

bayan baru?? rsa mcm pnh pegi sy ada beli topi koboi utk ayah sy sbb senang dia nak berkebun kt kmbung

Lelangit Biru berkata...

murahnya topi koboi? tiruan ke import pnye?

Salam berkata...

murahnya rm10 jer! nnt boleh beli 1

Mat Noh berkata...

topi koboi utk bdk2 je ke? org besar ada x en nuri?

Pedang Kesatria berkata...

eh! topi koboi pun ada di jual ingatkan negeri org putih je ada...

Angker 13 berkata...

nnt nk try la cari 1 topi koboi ni...

Harimau Berantai berkata...

kena pegi jgk ni sbb aku minat jgk topi2 koboi ni

Tetamu Malam berkata...

kedai jam pun di jual topi koboi?

Budak Surau berkata...

mengkawan pelik perkataan ni...

Olie Pajutdy berkata...

eh! xde duit pun ada jgk tukar barang?

Adi Cana berkata...

mcm sistem barter plak siap tukar2 barang plak?

dam catur berkata...

eh! 2 biji telur en nuri tukar dpt sebatang ais krim?

Atan Yahoo berkata...

klu skrg boleh lagi x tukar barang ni? hehe

Sarah berkata...

semua keja en nuri buat wlpn en nuri msih kecik masa tu

Roslan Bidin berkata...

rajin en nuri semua bnda en nuri buat! hehehe

Sharifah berkata...

wah! sistem tukar barang pun ada msa tu ker?

Wasiril Azmi berkata...

2 biji kelapa sebungkus kerang! wa! en nuri cerdik btol msa tu

Badrolshah berkata...

makan kerang la nampaknya hari2 sbb byk dia bagi

Seri Suri berkata...

sian plak duit xde tukar barang je nampaknya

Brader Joe berkata...

kenapa skrg kerajaan x wujudkan sistem tukar barang??? senang sikit

Jalil janggut berkata...

teringin aku nak merasa tukar2 barang ni sbb mcm best jer..

Petualang Tiga berkata...

jual kerang guna sampan ker? pelik jgk

Zainal Arifin berkata...

setahu sy org vietnam niaga guna sampan ni? hehe

Mak Mah berkata...

pak said ni x kwin ke?

Nur Atikah berkata...

sian pak said sorg buat keje...

Mei Ling berkata...

balai lintang? bnda apa plak tu?

Abang berkata...

sian pak said ni xde sapa tolong ker?

Raja Muda berkata...

eh! pening sikit ni cerita kat sarawak ke atau perak???

Pak Awang berkata...

eh! en nuri ni ramai jgk kwn dgn org tua2 masa kcik dulu

Jengking Perak berkata...

eh! pak said ni org banjar ker?

Nuri Jaguh berkata...

pak said ni umor brapa tahun en nuri?

Umar Haslam berkata...

apalah malang nasib pak said ni....

Ustaz Rahman berkata...

eh! pak said ni org pencen ker?

Seniman Jalanan berkata...

pak said ni xkwin ke? mne anak2 dia?

Ali Conan berkata...

wah! masa tu masih guna sisterm baerter ke?

Malik Wariya berkata...

eh! xkn x pakai duit langsung masa tu?

Golok Buta berkata...

masa ni duit x wujud lagi ke smua tukar pakai barang jer?

Datin Maimun berkata...

eh! en nuri msa ni umor brapa tahun? masih tadika ker

Putera Damien berkata...

eh! banyak btol kerang dia bagi x rugi ke? takut x balik modal plak?

Teksi Manaf berkata...

kretif jgk idea org dulu2 xde duit buat sistem tukar barang sama2 dpt merasa...

Muhamad Akmal berkata...

eh! en nuri msa ni tahun bila en nuri? 70an ke?