kategori sajak berunsur Islamik
Tatkala diriku lemah
Ya Rahman KAU suluhi cahaya marifatMu
Tatkala diriku goyah
Ya Wahhab KAU kurniai pedoman 'izzahMu
Tatkala diriku hanyut
Ya Fattah KAU bukakan pintu hidayahMu
Tatkala diriku jatuh
Ya Qawiy KAU selitkan sedikit kekuatan
KAU lampirkan segulung keazaman
Saat pengharapan hampir gugur
Saat mendung pekat menyelubungi
Saat badai ombak membanjiri
Saat lautan mula bergelora
Saat hujan membasahi bumi
Saat gerimis menitis
KAU hadirkan pelangi
mewarnai setiap ruang hati
keindahannya berserak
di segenap sudut maya
bak manikam terdampar
di perlimbahan
masih jua bersinar
disentuh cahaya mentari
Pada nikmat ini
Pada muhasabah ini
Bicara nenda:
"Allah masih sayangkanmu"
"Allah masih kasih padamu"
"Dan sentiasa di sisimu"
OLEH; PENDITA RAYA
di masjid selepas solat raya 2009 .
DITERBITKAN SEMULA 3/01/2011
Tatkala diriku lemah
Ya Rahman KAU suluhi cahaya marifatMu
Tatkala diriku goyah
Ya Wahhab KAU kurniai pedoman 'izzahMu
Tatkala diriku hanyut
Ya Fattah KAU bukakan pintu hidayahMu
Tatkala diriku jatuh
Ya Qawiy KAU selitkan sedikit kekuatan
KAU lampirkan segulung keazaman
Saat pengharapan hampir gugur
Saat mendung pekat menyelubungi
Saat badai ombak membanjiri
Saat lautan mula bergelora
Saat hujan membasahi bumi
Saat gerimis menitis
KAU hadirkan pelangi
mewarnai setiap ruang hati
keindahannya berserak
di segenap sudut maya
bak manikam terdampar
di perlimbahan
masih jua bersinar
disentuh cahaya mentari
Pada nikmat ini
Pada muhasabah ini
Bicara nenda:
"Allah masih sayangkanmu"
"Allah masih kasih padamu"
"Dan sentiasa di sisimu"
OLEH; PENDITA RAYA
di masjid selepas solat raya 2009 .
DITERBITKAN SEMULA 3/01/2011
50 ulasan:
CERITA YANG KETIGA: USTAZ LEBAI NOH WALI KERAMAT
Masa muda mereka kata dia garang, siapa yang tinggal di pondok disekitar rumahnya, dia juga selain mudir sekolah menengah agama shamsul maarif wataniah, menjadi tuk khadi nikah khawin orang di sekitar pekan tanjung
piandang.
Apa bila sudah tua melewati 60an marahnya tiada lagi, semangatnya sahaja yang lebih, sewaktu saya mengikut kelas nahu dia mengajar tasrip 10 atau 14, dengan mata terpejam dia minta kita semua ikut apa yang dia baca. Ramai pelajar mainkan dia. Setelah dia celek mata kelas kosong tinggal saya dan
beberapa orang lagi.
Apa yang menarik bila hari jumaat, kalau dia ditugaskan baca khutebah pada minggu itu, akan berlakulah gangguan terhenti seketika, para jumaah akan dapat menonton tangisan pilu yang menyebakkan dada, bersama lelehan air mata.
Untas Lebai Noh seorang ustaz menjadi khatib membaca khutebah pasti dia mengalir air mata menikam dan menyucuk hati bila siapa yang mendengar dan menghayati khutebah penyampaiannya.
saya juga dulu terikut rentaknya, bila saya baca berdoa dan menjadi iman tak sengaja memang saya sebab dan menangis. malah langsung tak boleh nak sebut,atau baca kena tunggu sebentar , baru mula pula
gementar dan takut, Tetapi hari ini sudah okey. cuma saya enggan jadi iman.
Dia juga berketurunan banjar agaknya sebab dengan saya selalu dia guna bahasa banjar "Hari ini aku mahu talah tasrip 10" katanya, kawan-kawan saya selalu ketawa
dan tersenyum bila ustaz lebai noh bertutur bahasa banjar dengan saya. kerana mereka tahu saya orang kampung.
BERSAMBUNG.
MENGEJAR MAUT
kita sering berlari-lari
sampai berdarah luka di setiap
letaknya kering bernanah
tetap kita larikan juga jasad ini
di setiap detik lelah jiwa ini
sedikit pun tak pedulikan
kerana yang penting,
suapan emosi menjadi penuh maksima
kering habis keringat hanya sisa
tetap lari takkan pernah kita henti
seperti mengejar maut
sebelum maut datang ke detik
Encik Qalifatullah
harap qalam menerima sajak sy ni saya adik ipar kepada encik sanusi
IA BAGAI KITA
bagai kilat datang
perginya sekerlipan mata
bagai angin lalu
hembusan damainya sedetik cuma
bagai hujan
turunnya menggila barang semusim
bagai lalang
geraknya tak ketentuan
bagai awan
bentuk yang berubah-ubah
bagai mimpi
datangnya cuma dalam tidur
begitulah kitaserba seketika,
tapi cukup rasa.
tapi kerana dunia tidak sudah-sudah
aku ludah dan mengasah
panah dan busur sudah lama simpan
hari ini harusnya
keluar mencari sasar
Nur Atikah
percubaan sajak simbolik
KOTAK LINTANG PUKANG
pada angin lintang aku jeritkan
panggil jiwa aku ke udara
aku laungkan sehabis jiwa
dari segala kehidupan
aku cuma mahu kamu
noktah kamu fahamkan.
yang kurang semakin kurang
yang tersisa semakin susut
yang ada semakin mahu menghilang
ada pun aku cuma mahu
menghalau membuang pergi
cerita semalam semalam
paling tidak pun menyimpan kemas
dilipat dan diletak di dalam kotak
kemudian tak dibuka sampai akhir
lari lintang pukang
Raju Linggam
salam berkenalan dari sy penjaga blog department lain
GELAK TAKBUR
gelak tabur hilang semua luka lara
benci terbang ke awan
marah meresap ke udara semua hilang
tinggal rasa kosong seketika
air mana memenuhkan segenap ruang
ada rasa penuh sempurna
mimpi bulan hilang
mimpi bintang hilang
mimpi matahari hilang
tinggal adalah kosong tak bernyawa
titik dan bernoktah
Ustaz Omar Sharif
sy imam di surau berdekatan semalam jalal mengajak saya masuk blog ni kebetulan sy pun minat menulis sajak
Sajak Encik Qalifatullah bertajuk MENGEJAR MAUT membicarakan bahawa hidup ini bagai sedang berlari untuk menuju distinasi. Bagai pun maut pula bagai mengejar dan mencari kita yang berada di mana sahaja. Itulah kehidupan, bila maut dapat menangkap kita, langkah pun terhenti, maka tamatlah cerita kehidupan kita. Kini kita terus berlari tanpa berhenti, penat lelah tanpa pedulu, tidak akan toleh ke belakang lagi. Semoga kita sentiasa dalam berhati-hati dan berwaspada. Amin.,.
Sajak IA BAGAI KITA. Nur Atikah kali ini membicarakan tentang pengalaman dalam kehidupan kita ini. Setiap apa yang berlaku dan dialami dalam kehidupan kita seharian ini adalah pengajaran buat kita menilai dan bertindak jika perlu. Dari lahir hingga dewasa adalah pengajaran yang tidak perlu berguru dan secara tidak langsung telah mengajar kita untuk menilai erti kehidupan yang boleh mendewasakan kita. Dan mematangkan fikiran untuk bertindak dan melakukan sesuatu yang lebih betul dan baik. Begitulah agaknya maksud si penulis dalam sajaknya, cuma andain , semoaga sukses. Amin!
KOTAK LINTANG PUKANG sajak oleh Raju Linggam untuk mengakap maksud ternyata cerita yang berserabut dalam kehidupan yang menjadi igauan dalam kotak femikiran si penulis. Rasa mahu memekek dan meluahkan segala rasa keserabutan bagaikan mundah yang perlu dikeluarkan dari perut. Atau setidaknya masuk sahaja dimasukkan kedalam kota diikat dan disimpan tak perlu di buka lagi. Begitulah rasa kebencian si penulis pada kehidupan yang terlalu banyak permasallahan yang tidak sanggup lagi dilaluinya. Semoga kehidupan kembali ceria bersama tahun baru 2011 ini. Amin
Sajak Ustaz Omar Sharif bertajuk GELAK TAKBUR pengucapannya bagai ingin mendedahkan kepada kyalayak bawaha apa yang ada cari dan buru semuanya akan terhenti, ketawa besar atau takbur anda di hari ini pasti akan terhenti, bila diaarah oleh Allah swt untuk berhenti. Dan disitu sajalah noktah terakhir anda,kerana tidak ada satu pun yang abadi. Justeruitu jangan terlalu takbur dengan gelak ketawa. Semoga Kita semua tidak begitu. Amin.
sajak ketuhanan nampknya
sajak yg agak menarik snang phm
sajak yg best! hehehe
bila plak sajak sy ni en nuri?
sajak ketuhanan lagi? aduh..
nampaknya sepanjang minggu ni smua sajak ketuhanan jer?
sajak sapa plak ni? dia ahli ker?
pendita raya? xpnh dgr pun nama dia ni
sajak keinsafan la nampknya
sajak utk tuhan la.. menarik
katogori sajak lawak xde ke en nuri?
esok katogori apa la plak? hehe
mcm2 ketogori ada... hehhee
sajak simbolik xde ke en nuri?>
esok sajak org muda plak en nuri? hehe
nampaknya sajak pndita raya pun x best! hehee
sajak ketuhanan lagi ker?
esok harap sajak sy plak?
bila sajak nurkilan 2 plak disiarkan?
sajak2 bekas anak murid en nuri xde ker?
apa bnda mudir ni en nuri?
shamsul maarif ni nama org ke? sapa dia ni?
banjar org mana plak ni?
banjar tu islam ke?
lebai noh? eh! kebetulan nama sy tu dan kebetulan jgk sy pun baca khutbah masjid di sungai dungun tapi bukan selalu klu takda org sy ganti
lebai noh ni x kwin ker?
lebai noh? mcm pnh dgr je dia duduk kedai dua ker?
lebai noh meninggal jgk ke ada lagi skrg ni?
kurang ajar jgk murid2 dorg boleh plak lari bila dia pejam mata
tasrip ni apa en nuri?
ada aura kesedihan la ustaz lebai noh ni
kalau ceramah boleh buat org nangis kira tinggi ilmu dia..
lebai noh ni banjar ker?
lebai ni umor brapa plak?
kenapa dia mengajar tutup mata? msti la bdk2 lari...
hebat jgk lebai noh ni sampai nangis org bila dgr ceramah dia..
ustaz deraman ni asal org mana?
dia ada lagi ke en nuri? suspen jgk cerita lebai noh ni?
harap2 ustaz ni x meninggal sbb semua ustaz en nuri cerita akhir sekali semua meninggal...
byk jgk ustaz en nuri kenal patutlah en nuri pun ustaz
lebai noh ni sapa plak? hebat jgk dia ni aura kuat
Catat Ulasan