Ahad, 23 Januari 2011

WAJAH-WAJAH 1000 MAKNA



kategori student uitm

Wajah duka, wajah sengsara
wajah gundah dan wajah gulana
himpunan wajah-wajah memberi 1000 makna
wajah tak sentiasa seiring isi hati sebenarnya
kerana wajah lara dan wajah berpura-pura
namun ada juga wajah yang sering dilupa
wajah-wajah ini sering  ada dimana-mana
ada kalanya wajah dan hati tak seiring bersama
wajah yang ingin dilihat dan sebaliknya
wajah yang juga menyimpan cerita
ada wajah bisa berkata-kata
kekadang wajah juga bisa menyimpan rahsia


OLEH: GOLOK BUTA
ketika di klas
10pagi
1.10.2009







50 ulasan:

Tinta Azimat berkata...

SAMBUNGAN JAWAPAN SEMALAM.

- Kita sedih apa pun mereka tak
buat, tidak kira BN atau PKR, wakil tak buat kerja utuk rakyat patut disingkirkan, cakap tak serupa bikin. dengar boleh,
kelintong saja banyak. lebih teruk lagi lantik keluarga anak bini sendiri, bila ada kerusi. jangan cuba memperbodohkan pengundi buat yg kedua kali.

- Kalau tuan haji Ghamidi kutuk blog CR en nuri pun tak tahu apa. sebab kami yang duk mengelola, dulu sb, anj, gd, dan kini hantu raya. gp, gpetang, mereka dah lama menghilang, sy juga lama ikut blog ini, cuma luar pagar saja. kini ada
pluang lompat skali. nak blajar aje tak ada apa-apa kepentingan diri. ikut en nuri kata apa yg dirasakan benar saja. kelintong sesekali boleh juga, buat lawa....

- sebenar sy lagi tak tahu sama en nuri juga sebuk di luar, sajak dia dan biodata dia kami yg siar, kini kami ambil saja dlam fail, mana yg sesuai kami agak ada
sambutan dan sesuai dg keadaan terbit, letak gambar untuk menghidupkan cerita dan maksudnya.

- Sy ingat berapa ramai masuk islam , siapa pengikut THG yg sedang koma pun en nuri tak tahu, dia doakan agar kesejahteraan untuk semua, dia kata tolong
baca yasin, dia pun baca agaknya hari jumaat lalu.

- telok kumbar pekan kecil sedang bertukar jadi bandar. Antara bayan lepas ke balik pulau, silap langkah, Pas sini terlepas, Pkr sana terperelau. yg dapat Dap.
gerakan bn merentah depa tak percaya. hari sukalah depa, yg merana mlayu kita.

- Sebenarnya gaji kecil besar sama saja bagi en nuri, apa yg penting baginya ada keberkatan. waktu gaji dia rm470 sebulan dia boleh pakai kereta, guru sementara
berulang alik dg kereta. Mesti guru hari ini pening kepala, Inilah kenyataanya...sebab itu sy suka tolong dia, tak ada gaji pun tak apa..... Ada makan boleh tidur lena.

Muhamad Hairy berkata...

KILANG BAYI

geram aku geram
geram bermacam ragam
macam ayam mengeram
muka dah naik kusam
mana kamu belajar
guru mana mengajar
sungguh kurang ajar
datang bawa onar
jejak siapa kamu ikut
langkah siapa kamu turut
jejak si ibu kucing
jauh sekali
jejak si ibu anjing
jauh panggang dari bara
mengapa kau beranak
jika anakmu jadi dagangan
lima belas ribu satu kepala
pandai kau cari duit
beranaklah lagi
setahun dua kali
jadi kilang bayi

Muhamad Hairy
sajak sayembara

Haji Mat Don berkata...

TOMPOK HITAM

satu tompok hitam
jelas sekali terlihat
cacatkan warna putih kain
tercemar sudah
segera kubasuh titik itu
makin hitam warnanya
tersilap peluntur
tercurah warna hitam
segera kubilas
agar segera hilang
kubilas berulang kali
akhirnya putih kembali
kujaga sepenuh hati
agar tiada terpalit lagi
dan jika terpalit sekalipun
peluntur sebenar telah kutemu
pastikan putih kembali
peluntur allah dan rasul
pasti putih hatiku…


Haji mat Don
sajak simbolik

Sahabudin berkata...

KOLESTROL

sang kolesterol sedang bergembira
berlarian ke sana sini
bertaburan di segenap ruang
pembuluh darah jadi medan
bersuka ria berparti sakan
suka nampaknya sang kolesterol
si pemilik badan buat tak reti
hanya tahu mengisi perut
makan dan terus makan
semua habis disental
tolak batu dan kayu
kalau boleh batu dan kayu
pun mahu ditelan sama
jadi lemak jadi kolesterol
peluh tak juga keluar
trek jogging dipandang sepi
padang permainan tak nampak lagi
yang ada di sisi
hanya pinggan dan bantal
jadi teman seharian
bermaharajalelalah sang kolesterol…


Sahabudin
sajak utk sayembara puisi

Othman Syah berkata...

SANG HUJAN

lebatlah sang hujan.
basahkan bumi kontang.
basahkan tubuh panas.
sejukkan hati paling dalam ini.
sejukkan beri kedamaian
paling indah selepas
engkau pergi nanti.
matahari menyinar
terang menyuluh muka,
membikin aku untuk segera bangkit.
dari lena yang panjang.
hari ini matahari datang.
agaknya ada khabar girang.


Othman Syah
sajak simbolik sedikit utk qalam

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

KILANG BAYI oleh sdra muhamad hairy membicarakan tentan situasi semasa yang nampak kian tenat melanda masyarakat kita dinihari. Apa yang menyedihkan kilang bayi yang lahir itu dari produk bangsa kita. Nampak sangat di mata masyarakat sekeliling. Bangsa kita gagal mendidik anak dalam zaman globalisasi ini, kelunturan iman menjadikan bangsa kita tunduk dan tersungkur dibawa arus zaman. Bayi dijual bagaikan seekor dagangan haiwan belaan. Langsung tidak takut dosa, menjadikan hal ini begitu berluasa. Bila pegangan agama kurang , mereka akan berani melakukan apa saja yangh curang dan haram.semoga kita mengawasi anak-anak kita. Amin. (TB)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

TOMPOK HITAM oleh Haji Mat Dom. Penceritaannya mengenai tentang keraguan hatinya tentang mendengar tohmah dan fitnah selama ini, terasa diri bagaikan terpalit
Dosa yang tidak disedarinya. Nmun apabila telah disedari mana batu dan mana kaca. Si penulis segera kembali kepada pegangan ajaran Allah dan rasulnya. Kini dia telah
dapat famula asas membersihkan jiwa dari sengkangan kekoran yang tidak disengaja. Satu pengakuan yang berani kerana tidak sengaja. Syabas! Amin. (TU)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

KOLESTROL oleh sdra sahabudin Penjaga blog. Ingin membicarakan tentang pengawasan penjagaan kasihatan, tetang pemakanan yang tidak terkawal, menyebabkan penyakit serangan senyap berluasa kini. Kenapa wakil rakyat ramai yang kena sudah 15 kali pelihan raya kecil, Cuma 2 atau 3 bukan kematian. Mereka terdedah dengan jamuan makan setiap hari, begitu juga orang biasa dengan makanan yang mewah dan berkolestrol tinggi disumbatnya ke dalam perut , tanpa mengikut kawalan kasihatan permakanan. Makan banyak punca segala penyakit. Itulah Islam mengalakan kita puasa sunat. Amin. (B)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

SANG HUJAN oleh sdra. Othman Syah Pblog. Kini menceritakan akan satu keceriaan yang mungkin terserlah bila hujan sudah berhenti, setelah turun membasahi bumi kontang selama ini. pastinya sang mentari akan cuba menyinarkan cahaya terangnya. semoga memberi semangat baru dalam usaha bagi pemerentah menyatupadukan rakyat di bumi ini. Setelah sekian lama lalai dan leka dibiarkan berlaku sengketa sesama bngsanya sendiri, hasilnya semua terasa tiada yang untung melaikan terdapat banyak yang telah rugi. Semoga kesedaran ini jadi pengajaran buat anak generasi. Amin. (U)

Mat Noh berkata...

sian en nuri tinggal 600 jer>???? nk mkn apa????

Raja Muda berkata...

600 pun en nuri boleh hidup ke? kalau aku ada 3000 pun belum tentu cukup

Jalil Janggut berkata...

sian plak en nuri ni miskin tegar rupanya

Nabil Quldi berkata...

eh! en nuri kena bayar rumah sampai 2016? lamanya

Salikin Samsudin berkata...

en nuri dah la miskin tuan ghamidi plak fitnah! celaka pnya org tua tu

Petualang Tiga berkata...

ape pnya banyak wajah sgt ni golok buta?

Adi Cana berkata...

sajak apa la golok buta nmpk mcm menarik tp xphm la...

Wasiril Azmi berkata...

sajak yg agak kretif dari golok buta ni

Seri Suri berkata...

mcm2 wajah ada dalam sajak ni hebat!

Sarah berkata...

abang sy punya sajak plak disiarkan kali ni? tahniah la....

Danial berkata...

misteri pun ada sajak golok buta ni

Ku Dania berkata...

seram plak baca sajak golok buta sambil tgk gmbr kat dalam ni

Jeffry berkata...

wah! semua panggil en nuri bos? en nuri pakai aura apa plak??? kongsi la sikit sbb susah org nk panggil kita bos ni

Salina berkata...

sian isteri en nuri sebatang kera rupanya...

Nuri Jaguh berkata...

isteri en nuri anak tunggal ker?

Mega Sutera berkata...

EPF dgn KWSP rupanya sama jer ingatkan berbeza

dam catur berkata...

coklat jub2 tu coklat apa bnda tu en nuri?

Geletek Malam berkata...

byk tips rumah tangga en nuri bagi boleh guna ni

Saizul Maizav berkata...

ha! btol la aku kata en nuri pnh dok rumah banglo! apa la korg ni

Ustaz Sahzan berkata...

rupanya dulu bukan skrg en nuri tinggal rumah banglo

Warga Emas berkata...

mcm mana boleh tergadai rumah mertua en nuri tu?

Pak Ngah But berkata...

ni msti ada masalah pembahagian harta sbb tu rumah mertua en nuri terpaksa dijual

Maisarah An Nisa berkata...

itulah dulu dia jd pak turut saja dia hanya dgr sebelah sy dah zainal dah nasihat dia degil skrg bru dia thu

Sufian Al Zahri berkata...

kalau x salah sy skrg Qulbai jd ketua ganti tuan ghamidi pembantu dia kalau tidak sy la... tp sy dah resign qulbai ambik Ustaz Indera Vijaya

Ahmad Qatarunada berkata...

semoga lps ni ramai lagi yg kluar office puaka tuan ghamidi tu

Panglima Ketot berkata...

sajak ketuhanan ke en nuri?

Seniman Jalanan berkata...

sajak yg puitis dari en nuri tahniah!

Suara Tiada berkata...

sajak nasihat kan? menarik terima kasih en nuri

Suara Rakyat berkata...

mcm2 pasal en nuri tinta azimat ni thu walaupun dia bru berkeja...

Karim Ghani berkata...

eh! ramai bertukar tangan rupanya blog en nuri ni

Pak Bostamam berkata...

kenapa en nuri sendiri x tonjolkan diri? hanya suruh pembantu saja? misteri btol

Pedang Kesatria berkata...

rupanya blog ni byk pengelola la..

Sulaiman Embong berkata...

kalau tuan ghamidi tgk apa en nuri tulis boleh insaf dia nanti....

Ustaz Omar Shafif berkata...

teruklah tuan ghamidi ni asyik fitnah en nuri padahal en nuri xbuat apa2pun kat dia...

Putera Damian berkata...

470 pun en nuri boleh beli kereta??? wah! mcm mana en nuri budjet?

Emily Bayans berkata...

en nuri ni jimat jgk orgnya kalau sy x cukup duit byk tu

Puan Rosnah berkata...

semoga tuan ghamidi sedar apa yg dia buat selama ni

Ustaz Zamree berkata...

en nuri pegi mana? oversea jgk ker?

Tengku Anita berkata...

rupanya en nuri ni bos sbb dia x mengelola blog hanya diserah kepada pekeja...

Abang' berkata...

nampaknya byk jgk pekeja en nuri kalau bagitu

Tinta Azimat berkata...

JAWAPAN PILIHAN RENGKAS SECARA RAMBANG SAHAJA.

- Tinta Azimat bukan Tinta Bayu, nanya dia korang marah.sy wlau pun baru dah lama ikut blog ini kawan baik Viger,kebetulan viger x ada kawan saya masuk, Hantu Raya em!
dia boleh mengundi dah... dia pun sebuk sesekali masuk.

- Sy hairan en nuri walaupun jumlah dlam miskin tegar jumlah bawah RM2500, sebulan, tapi dia pergi juga cari adik yang miskin nak bagi zakat apa ke benda aku pun x tahu.

- En nuri kata kekal muda solat jangan lupa, hutang solat sama berat seperti nak bayar utang, bila sudah terlalu banyak
jadi bertempek-tempek untang, malas bayar (qada solat) sama
juga kita fikir nak bayar utang. banyak fikir cepat tua. sejam
fikir beribu yunit kelori dalam badan kita rosak habis musnah.

- Bila mak dan bapa meninggal adik angkat jauh di KL jadi sebatang kara. nasib baik ada suami klau x khawin memang susah. Itu sebab ibu bapa susah hati lihat anak dara depa dah berumur tak khawin lagi. kalau depa mati sapa nak jaga.

- Coklat jub-jub senang saja pergi kat famasi tanya. dia macam getah dia bubuh gula . macam perisa ada, pahit manis dlln.sy bisa makan tak berapa sedap. macam ubat batuk brangin

- Macam mana tak tergadai, beli rumah lepas pencen, dapat pampasan sikit beli bayar setengah, dah tua banyak sakit, duit bayar rumah guna perubatan. tak boleh bayar lelong. Ini bahaya beli rumah lewat. macan en nuri juga. sakit sikit bila anak-anak tak kerja belajar lagi. Inilah rugi khawin lewat macam en nuri. Aku pun nak cari gf.... ha ha

- kami semua dah janji, setakat ini x boleh tunjuk wajah bahaya.
tak tahu nanti en nuri tukar pula kata boleh kami kena ikut saja,
okeylah tu. kebanyakan orang suka kan. takut nanti orang meluat.
kami semua kena kerja satu kepala dua laptop saja. ada di utara,
perak, kekadang Kl. banyaknya di Pulau Mutiara.