Sabtu, 15 Januari 2011

KISAH SEORANG ANAK MUDA WARAK






Di sebuah kedai gunting orang salap (biasa)
masuklah  seorang anak muda yang warak
ingin mengunting rambu kerana beribadah
dilihatnya tanda harga kemudian  bertanya
"Tidakkah boleh dikurangkan lagi harganya?"
jawab tukang gunting dengan nada selamba
"Jangalah berkira sangat dalam kerja ibadat,"
waktu dia bersedia duduk untuk mengunting
pemuda itu memusing kerusi tempat duduk,
"Mengadap tidak arah kiblat bukankah sunat,"
Pemuda itu terus terdiam terasa terkena lagi.
tukang gunting melihat pemuda itu terdiam
"Betapa ruginya anda selama ini berdiam diri,
bertasbihlah atau berzikir dapat juga pahala..."
wah pemuda warak itu terasa dia terkena lagi
sewaktu bayar wang upah  terus saja pergi.
ada baik solat sunat dua rakaat tanda syukur
yang anda selama ini tidak pernah bercukur.

 
Oleh: Nurimanja,
catatan ceramah bebas,
tanggal 27/7/1977.





50 ulasan:

nurimanja berkata...

BAB 7 siri 43 BUDAK PONDOK OLEH: NURIMANJA PERAK

Agak kekok juga aku, bila berada di rumah batu seperti banglo bergembar dua tingkat, maklum aku seorang anak muda dari kampung yang terpencil dari kebisingan enjen keretatetapi disebabkan pengalaman merantau dan dari pengalaman kehidupan aku berniaga di pekan kecil Bagan Serai,biasa tinggal di asarama Al mashoor Pulau Piang, aku dapat mengatasi masaalah kekok itu. isteri cuma sebagai kerani kecil di syarikat Hosni bus Esores , gaji tak seberapa , kerja teruk dari pagi sampai ke malam , akhirnya pohon berhenti.jadi suri rumah sepenuh masa.

Tambah pula aku pula maseh lagi guru sementara terlatih yang belum dilantik, membuat aku menerima gaji yang maseh kecil ketika itu RM450.00 setiap bulan.Aku juga tiada kereta atau motosikal , malah lesen kereta atau motosikal pun tak ada, cukup susah aku rasa bila nanti isteri ada anak, aku berazam untuk membeli sebiji kereta terpakai berharga RM4,000 Mazda BAM 818 , 1000 CC daripada Pak Din, Seorang Pesara, di kampung Jana ,Kemunting, Taiping Perak melalui abang ipar aku Ismail Jaya.

Aku beli kereta ini pun sebab aku lihat Ba agak susah hendak pergi ke hospital berulang alik kerana tiada kenderaan untuk menapatkan rawatan injinsin penyakit batuk kering TB.nya, pernah satu hari aku tengok Ba macam orang menagis susah nak naik bus, waktu balik , Pak majid pula hantar dengan Lamberetanya, susah aku tengok macam ini bila sudah tua anak lelaki pula tidak ada, siapa lagi nak tolong , akulah yang sepatutnya sebagai menantunya.

Mujurlah kebetulan sewaktu aku pulang bertugas di Serawak aku dapat sadikit duit tugasan seberang laut , aku cuma kelim RM4,000 sahaja, yang peliknya macam mana kawan-kawan aku boleh kelem sepuluh hingga sebelas ribu.setengahnya takut pula nak makan, aku tak faham Malah waktu aku kelem pindah rumah baru dari Pulau Pinang ke Perak pun aku kelem RM200.00, selepas beberapa minggu surat itu datang balik dan meminta aku tambah lagi, aku sewa lory Rm 200.00 aku kelem banyak itu jugalah, bila kelem perpindahan datang aku diberinya RM400.00, mereka kata aku betul bentul.Sebenarnya aku pun boleh menipu, kalau aku mahu, tetapi aku tak mahu hidup dengan duit tak berkat, dalam aku tak menipu pun aku sering juga kena tipu, aku pegang prensip biar orang perkena kita , jangan kita perkena orang.

BERSAMBUNG. (B)

Camelia Jumbagat berkata...

KU BINA TEMBOK INI

aku binakan tembok ini
menjauhkan antara kita
biar tak ada yang menjangkau
biar tak ada yang mendapat
biar antara kita jauh
biar dari ketinggian ini
akanku bisa melihat pantai damai
akanku bisa menghirup bayu laut
akanku bisa mendengar lagu ombak
akanku bisa merenung biru air-nya
aku biarkan engkau
bersama kuda-kuda mu
memalingkan dari keintiman biasa
biar tak terhantar aroma-aroma biasa antara kita
biar buat seketika kita bernafas
biar sekejap kita adalah siapa kita
aku binakan tembok-tembok
sebagai pilihan akhir.


Camelia Jumbagat
sajak utk sayambera

Haji Masqur berkata...

JASAD DAN JIWA

hadirkan jasad dan jiwa
ke udara dalam segala kelam kabut
hiruk pikuk semua yang menyerabut
terbangkan segala apa ada
dari daerah ini untuk dia pinjam
sekadar biar dia berteguh
dengan pasak yang masih tersisa
teguhnya hampir roboh
simpankan sedikit saja lagi
sebelum sampai ke depan
sabarkan sebentar aku datang

Haji Masqur
sajak utk di pertandingkan

Ustaz Hisyam berkata...

MOGA KAU MENGERTI

apakah kau sudah lupa
atau sengaja jadi pelupa
buat-buat lupa
masih kuingat saat itu
saat kau datang padaku
buatku rasa terharu
dengan lagak tak ubah
bagai laki hilang bini
mengiau bagai kucing kelaparan
di waktu itu tanganku
cepat menyeluk poket
hulurkan helaian masih keras
masih berbau haruman bank
kau beratus kali ucap tengkiu
akulah sahabat dunia akhirat
dan kini setelah poketmu tebal
kau buat muka seposen
dua ratus usunglah kau sepuasnya
di akhirat sana


Ustaz Hisyam
terima cabaran saufi utk sayembara

Hambali Maliki berkata...

MATI SORANG

Terasa ruang makin besar.
Dan sunyi Sunyi sepi.
Tapi serabut ramai hilang,
aku tak peduli Jika tidak,
aku lah yang mati.
Air kosong makin jernih.
Bersih,makin putih.
Tanpa sedikit kotor.
Tanpa setitis lumpur.
Tanpa debu-debu kapur.
Pulang lah kau,jangan.!
Nanti aku terus mati
Pernah dulu aku takut
Bersendiri mesti berteman
Ke mana pun pergi.
Tapi semalam ustaz cakap,
Bila mati nanti kita sendiri
Betullah tu hari ini
Aku mesti biasakan diri
Untuk sendiri-sendiri
Jadi kalau esok aku mati,
aku dah tak takut lagi.


Hambali Maliki
sajak kenangan masa skolah dulu utk sayembara

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011


KU BINA TEMBUK INI sajak Camelia Jumbagat penceritaannya bagai ingin menjaga perhubungan kemesraan agar jangan terlalu item atau sering bersua, biarkan
Berada di dalam jarak yang sepatutnya, agar terhendar dari godaan iblis yang mengoda. Jadi binting iman ini patut dijaga sebagai tembuk memelihara si penulis dengan si dia mungkin menjadi bfnya. Sebenarnya kemesraan lebih abadi dari ada tembuk atau sekatan sementara yang diminta dijaga oleh adat dan keluarga juga agama kita. Amin. (B)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

JASAD DAN JIWA oleh Haji Masqur Pengucapannya bagai kabur, walaupun bayangannya agak samar dan mengelirukan. Pada dasarnya penceritaan tentang kehidupan yang kita pinjam sementara ini, Si penulis cuba mengingatkan agar buangkan segala kelam kabut, hiruk pikut dan semuanya yang agak berserabut dari hati dan jiwa ini. Biar kosong sadikit dalam perjalan hidup yang berbaki ini atau yang sudah tua tinggal sadikit saja lagi. Cukuplah sekadar kita memikirkan lebih hal-hal bagi persediaan kita ke sana negeri akhirat, dari melebihkan halduniawi ini. Amin.(TU)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

MOGA KAU MENGERTI oleh Ustaz Hisyam. Penceritaannya bagaiingin mengingatkan sesaorang yang mungkin sudah lupa atau buat lupa. Bila dalam keseksakan ingin memimjam tetapi bila sudah terlepas sesak liat pula untuk membanyarnya semula. Tetapi dia lupa di akhirat nanti dia kena bawa utang dan si piutangnya. Masa itu wang tidak berharga lagi, Cuma amalan yang ada sebagai ganti. Lalu jadi moflislah kita di akhirat nanti, jika utang kita ramai hingga 10 atau 20 orang. Tersangkutlah kita di pintu Syura tak dapat masuk kerana utang belum selesai. Perlu ambil perhatiian, Amin. (U)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

MATI SEORANG sajak oleh Hambali maliki pernah jaga blog CR ini dulu seminggu. Pengucapannya berkisar tentang kehidupan dan kematian. Pada mulanya semasa kita
Kecil sebelum dewasa. Hati selalu kecut dan takut cerita kematian. Malah duduk di tempat yang gelam pun takut, harapkan teman, ibu ayah atau siapa saja keluarga. Tapi setelah dewasa kita mula mengenal erti kematian dari melihat pengelaman orang yang meninggal. Cuma hari ini kena buat persedian selalu bersendirian, kerana mati seorang itu akan bersendirian ke liang lahat nanti. Amin. (TB)

Ibnu Siddiq berkata...

eh! isteri en nuri org putih pun keje sebagai kerani?

Muhamad Badawee berkata...

keje kerani pun gaji kecik ker

Ummu Akilah berkata...

keje kerani bank ke?

Apek Liew berkata...

Bam 818? wah! itu nombor manyak ong oh! cina kata kaya bertambah kaya susah mau dapat nombor keleta itu macam manyak untung en nuli...

Golok Buta berkata...

4000 murahnyer!!! kalau aku beli 3 biji pun boleh... hehe

Usop Nayan berkata...

ismail jaya abang ipar en nuri ker? mcm pnh dgr saja nama dia

Ustaz Majusi berkata...

ba ni sapa plak?

Muhamad Akmal berkata...

TB penyakit apa plak tu?

Nurse Lisa berkata...

penyakit TB? bahaya kalau x dirawat tu

Ustaz Rahman berkata...

eh! isteri en nuri anak tunggal ker??

Saizul Maiza berkata...

eh! kalau x salah sy ba yang halau en nuri dari rumah dulu kan? yang en nuri nk tumpang sembhyng dulu

Seri Suri berkata...

eh! agak lambat en nuri baru nk beli kereta zaman skrg belum jd cikgu keret msti ada 1... hehe

Ustaz Zamree berkata...

susah xde transport kenapa en nuri ambik masa yg lama bru nk beli?

Pangeran Indera berkata...

mazda? kereta macam mana tu? xpnh dgr plak...

Pak Awang berkata...

mahal jgk 4000 kereta mazda tu...

Pak Kassim berkata...

kereta second hand ke 4000 en nuri? mahal jgk sy dulu beli 2500 jer..

Sulaiman Embong berkata...

huh! dia jual mahal jgk kalau ambik dari kedai boleh la 4000...

Haji Majid berkata...

eh! nama saya pun ada jugak dalam cerpen ni? sekali sekala tumpang toi...

Sarah berkata...

xkn xde anak laki ba tu?

Mawar Harum berkata...

eh! isteri en nuri ni berapa adik beradik?

Busur Berduri berkata...

huh! gila apa sampai berbelas ribu dorg claim!

Ustaz Saad berkata...

sikit sangat en nuri claim sy dulu masa di johor sy clain dalam 10 000 jugak masa tu muda x thu apa lagi skrg bila pilir semula rasa mcm menipu plak?

Cikgu Rahim berkata...

hehehe en nuri betul sgt la sy dulu claim pun 10 000 ke atas jgk.. hehehe

PENYAIR AGUNG berkata...

BETOL APA YG DIKATAKAN OLEH EN NURI SAYA PUN MACAM TU JGK MASA DARI PENANG KE PAHANG NI KALAU NAK CLAIM BIAR LOGIK....

Cikgu Zuki berkata...

minta maaf tp en nuri ni betul la kalau sy la> sy msti claim 10 000!

Karim Ghani berkata...

kenapa sikit sgt en nuri claim? bukan duit kita en nuri? kerajaan yg pnya kalau sy sah ambik lebih lagi...

Ustaz Mahfuz berkata...

400 nak makan apa? duit minyak pun x lepas kenapa x claim 5000 ke atas...

Ustaz Sahzan berkata...

la... sikit betol en nuri claim? mcm x claim je...

Abang berkata...

200 je en nuri claim? duit belanja cukup la lain2 kena pakai duit sndiri la nampaknya

Mega Sutera berkata...

mcm mana en nuri nk sara hidup sbb sikit sgt en nuri minta tu

Mozaire berkata...

batuk kering pun ada injection ke? ingatkan dia bagi ubat biji jer..

Tuan Haji Abkam berkata...

mahal jgk kereta terpakai pun 4 ribu?

Julia berkata...

kesian plak sy baca kisah hidup en nuri sbb en nuri betol sgt

Jengking Perak berkata...

kalau sy jd pegawai tu sy tambah lagi 2000 sbb en nuri claim terlampau sikit

Emily Bayans berkata...

claim tu bnda apa en nuri?

Nabil Quldi berkata...

eh! cerita kat sarawak dah hbis ker?

Pedang Kesatria berkata...

panjang jgk cerpen kali ni

Raja Muda berkata...

eh! en nuri bila kwin? sbb semalam bru jmpa jodoh skrg dh kwin plak??

Kembara Budiman berkata...

eh! en nuri x cerita pun pasal tunang ke? pasal bercinta dgn isteri ke?

Encik Sanusi Rostam berkata...

seronok plak baca cerita en nuri rasa mcm sy pun ada sekali dalam cerita en nuri ni...

Tetamu Malam berkata...

buat novel cerita en nuri ni mesti menarik