Isnin, 3 Januari 2011

HATI SEORANG IMAN




Bila lain pemerentah
lain pula cara pentakbirannya
daripada jawatan seumur hidup
kena pula isi borang jawatan semula
cuma dua tahun sekali layak berkhutbah.

Bila hati seorang iman
bertugas bukan kerana borang
sekadar keikhlasan dan keluhuran
bukan kerana ganjaran dan gelarannya
atau elaun setahun sekali wang zakat dicari.

Tapi demi agama Allah
sahut menyeru dakwah islamiah
selagi ada kerelaan hati  sucimurni
jika terasa bagai dipermainkan jawatan
elok saja si iman memilih berhenti menarik diri.


Oleh: Nurimanja,
bila hati rasa terluka.
jawatan ketua pun dilepas juga.
catatan di masjid Telok Kumbar, 2011.




50 ulasan:

nurimanja berkata...

BERSAMBUNG. Bab 4/ siri 2 Oleh Nurimanja PK..2002

Dari situlah aku mula mengikut sikit-sikit lagu nasyid yang di ajar Pak Haji Dollah sebelum memngajar membaca Al Quran, seperti, Qalamul qadiqmullah, Walaaspuriri, Dunia fitegeri ,secara tidak langsung, aku pun berminat membaca Al Quran, cuma tidak pandai sangat berlagu.

Mak bila ada majlis kenduri kkawin sering dijemput membaca Al Quran bersama beberapa orang lagi kawannya, Ayah yang hantar , balik lewat hingga jam dua belas malam, aku selalu saja rasa hendak marah tinggal di rumah .

Aku masih ingat bagaimana Pak haji Dolah nak berkhawin dengan Mak Teh Tijah janda muda anak satu itu, walaupun Mak Teh Tijah berkulit hitam manis namun dia maseh galak, ketawanya mengatasi bacaan murid yang baru hendak berlajar berlagu.

Malam perkhawinan itu aku dengar orang kampung ramai yang marah, Pak haji Dolah mengajar Quran di rumah Mahmud itu , bukan hendak mengajar sangat nak mengurat anak dara dan janda muda di kampung ini.

Ayah terpaksa mengatar Pak Haji Dollah ke rumah pengantin perempuan melalui sungai, ayah mengunakan sampanlopek, mudek ke hilir, takut kalau-kalau Pak haji Dolah tidak sampai ke rumah Mak Teh Tijah, Pasti tidak ada najlis persandinganlah malam itu, sebab selain Pak Haji Dolah ada lagi seorang dua nak ngorat Mak Teh Tijah ini.Pak haji Dolah dah kebas dulu.

Kalau melalui jalan baruh (darat). Aku tak tahu kenapa orang kampung marah sangat. mungkin yang ada hati kepada Mak Teh Tijah telepas peluang. Aku maseh kecil , aku tak ambil tahu sangat hal itu semua.

Dalam diam-diam aku tak sangka abang Halim juga belajar Al Quran berlagu di rumah Pak Haji Dolah dengan dua tiga orang kawan-kawannya di sebelah malam, patut abang Halim selalu pulang lewat malam, dia memang banyak ilmu sebab dia belajar banyak guru, Haji Majid, Pak Haji Masdar kedai dua dan termasuk juga guru silat,

Bila tidak ada Tok Bilal di masjid kpg Tanjung Nipis, mereka lantek abang Halim jadi bilal, akhirnya, dia pula menjadi iman selepas dia berkhahwin dengan Kak Sariah cucu Tok Wan Dollah.

BERSAMBUNG.

Tuan Haji Abkam berkata...

AGONG CINTAMU

Tiap malam kala ku dongak
Melihat agong cintamu..
Pasti dilihat akan tanda rindu itu
Pasti terpandang akan
Keyakinan pencinta kasih sayang
Biar juta langit tinggi
Seindah dan setia bintang tiga itu
Berada disitu tiada ganjak
Walau bulan berganti silih
Mentari ufuk timur yang terbit
Menghilangkan tanda-tanda cinta ini
Namun pasti bintang tiga disitu
Menanti dikasih bagai malam-malam
Janji bintang tiga biar cakera bumi bertimbus awam putih
Titik sejajar ini pasti disini..
Seindah langit bintang tiga malam
Tiada pernah terjanji untuk
Gugur..turun menyembah riba
Ibarat bulan tiada mahu bersinar
Seindah langit bintang tiga ini..
Sesetia bintang tiga dilangit ini..
Ku pacak kasih buatmu..


Tuan Haji Abkam
maaf sy hntr lagi kerana byk plak idea sy nk buat sajak semenjak dua menjak

Nor Hasanah berkata...

TULANG RUSUK KAMU

Dan kali ini aku betul betul
Berhenti menjadi tulang rusuk kamu
Simpati benci sayang hilang
Jadi sekarang aku musnah sekejap
Bermula dari bawah
Untuk bangkit sekali lagi.
Tikamlah aku selayaknya.
Asal kamu tahu aku sudah mati
Sebelum ditikam kamu.
Maka hiduplah kamu tanpa aku
Kerana mungkin aku tidak cocok
Sebagai tulang rusuk kamu.


Nor Hasanah
saya penjaga blog harap qalam terima sajak sy

Suzana Jamal berkata...

HAI HAI LEPAS TU BYE-BYE

Kau akan terus begitu sayang
Biasa hidup dan mencurang
Jika tidak itu bukan kamu
Aku akan tetap begini sayang
Biasa hidup dengan kamu sayang
Jika tidak itu bukan aku
Mudahnya kau katakan BYE
Setelah susah payah kau katakan HAI
Jika tahu aku akan kau katakan BYE
Tidak sekali aku beri peluang untuk kau kata HAI.
Mengapa perlu ada HAI
Jika kata akhirmu berbunyi BYE?


Suzana Jamal
saya penjaga blog salam perkenalan

Elis Amira berkata...

TOLONG JANGAN HIMPIT!

Peredaran udara yang tiada
Tolong sempit himpit kepit
Sungguh kau genggami aku.
Maaf jangan terlalu ketat aku mohon
Agar tidak mati aku dalam dakapanmu
Akan aku rentap diri ini
Agar terus lepas dari tangan itu?
Satu ribu hari berkongsi langit
Berbeza ruang dan masa.
Enam puluh detik semalam,
Sepasang mata jadi saksi,
Seraut wajah kalis benci.

Elis Amira
saya pun penjaga blog jgn marah qalam

Qalam mutiara berkata...

Tuan Haji Abkam dengan sajak AGONG CINTAMU pengucapannya bagai ingin membuktikan bahawa cinta dan kasih pada keagongan tuhan atau cinta pada seorang itu bagaikan ketaatan bintang tiga yang tergantung didada langit, tetap kekal hingga kini. biar apa pun terjadi mereka tetap kekal bersama. Begitulah teguh hati si penulis memahatkan kata pada keagongan cinta pada makhluk atau ketuhanannya yang sukar dibelah bagi. Amin.

Qalam Mutiara berkata...

TULANG RUSUK KAMU tajuk sajak oleh sdri Nor Hasanah. Mengingatkan kita bahawa wanita itu dijadikan dari tulang rusuk lelaki dalam keadaan bengkok, jika ingin dibentuk janganlah terlalu kuat atau keras, pastilah akan patah dan musnah. Perlu berhati-hati dan dibelai dengan mesra. tetapi nampaknya nasib si penulis tidak berpihak pada kematangan seorang lelaki, lalu bagai dikecewakan, untuk bangkit dan berdiri semula, amat perit, kini perlulah berhati dan berwaspada. Semoga sukses . Amin.

Qalam Mutiara berkata...

Suzana Jamal dengan sajaknya bertajuk: HAI HAI LEPAS TU BTE –BYE Ini pun satu penyakit yang boleh di kategorikan sebagai jenayah jual beli perkenalan. Bila berjumpa hai-hai sesaja. Apabila berjumpa cuba mahu bermesra, setelah mengenali hati budi, lalu pergi bye-bye pula kerana mungkin rasa tidak sesuai lagi di pandang mata. Biasanya menyesal kemudian tidak ada guna. Walau apa pun ianya belum lagi dapat mencuri hati. Selamat berhati-hati selepas ini. Amin

Qalam Mutiara berkata...

Sajak Elis Amira TOLONG JANGAN HIMPIT cerita bagai dalam perjalanan yang meremaskan dan membosankan, bila penumpang terlalu ramai, mungkin dalam satu keinderaan awan terkini. Memang sesekali waktu sesak bila ramai yang hendak pulang serentah keadaan akan menjadi kacau bilau.Masing bagaikan enau mahu cuba melepaskan pucuknya, hempit menghimpit asak mengasak . biar pun puluhan mata menyasikan dengan rasa benci, kerana kehdupan perjalanan berhehendakkan begitu. Semoga bila ada wang lebih beli kereta atau motosikal naik sendiri. Amin.

Mei Ling berkata...

Qalamul qadiqmullah ni apa bnda en nuri?

Jessica Liew berkata...

Walaaspuriri benda apa? susah nk sebut

Jupri Halim berkata...

mcm2 ayat bru ada yg Dunia fitegeri ni apa?

Kevin Chong berkata...

al quran pun buat lagu ke?

Mr David berkata...

quran tu apa plak en nuri?

Awang Leman berkata...

pak haji dollah? mak tijah? sapa ni?

Sarah berkata...

pak haji dollah pun ribut jgk yer? hehe

Seri Suri berkata...

nk megorat bkn nk mengajar? adoi.. apa la pak haji dollah ni

Abdullah Fikri berkata...

pak haji dollah ni sapa plak?

Emily Bayans berkata...

sampanlopek tu apa bnda? bot ke?

Pedang Kesatria berkata...

mudek ke hilir, bahasa apa plak ni?

Faezawatie berkata...

mak jijah ni popular jgk di kmpung

Danial berkata...

mak teh ni wlpn hitam laku jgk? hehe

Ravi Ramachandran berkata...

baruh tu bnda apa? xphm la..

Mt Noh berkata...

abang halim? pndai bersilat ke? xthu plak sy...

Bob Kuli berkata...

mcm2 cerita ada dalam ni naik pening baca..

Brader Joe berkata...

aku hnya tumpu cerita en nuri je yg lain2 xde sgt

Putera Damien berkata...

eh! mcm2 cerita plak smlm pnya dh hbis ker?

Usop Nayan berkata...

abang halim? ni bkn dahalan ke?

Jeffry berkata...

abang halim abang en nuri ke? kalau abg halim abang en nuri? en nuri ni msti mat zauzi ni?

Puteri Bunian berkata...

mana cerita psl en nuri ni cerita pasal lain plak?

Nuri Jaguh berkata...

en nuri x msuk sekali ke belajar silat?

Jengking Perak berkata...

kenapa smua pakat nk mat teh ni?

Ustaz Saad berkata...

abang halim? jadi imam? pnh belajar silat? mcm knal saja....

Hambali Maliki berkata...

cerpen kali agak susah sikit nk phm la..

Ustaz Rahman berkata...

sajak en nuri ni mcm khutabah jumaat di teluk kumbar saja???

Ustaz Zulkainaan berkata...

sajak ni mcm berbunyi sedih je? kenapa plak ni?

Abul Hassan berkata...

sajak ni pasal apa? xphm la

Mozaire berkata...

sajak utk org teluk kumbar ke en nuri?

Jalil janggut berkata...

pasal berebut jawatan ke en nuri?

Salam berkata...

ada apa plak kat masjid teluk kumbar ni?

Pak Kassim berkata...

sapa plak menarik diri ni?

Karim Ghani berkata...

en nuri imam teluk kumbar ker?

Ustaz Zamree berkata...

sajak pasal apa plak? sedih je bunyi?

Tok Mahat berkata...

ni sajak msti pasal rebut jawatan atau pangkat ni

Ummu Akilah berkata...

sajak ni en nuri tuju kat imam teluk kumbar ker?

Adi Cana berkata...

sajak susah la nk paham...

Golok Buta berkata...

sajak politik ke ni?

Harimau Berantai berkata...

sajak simbolik jgk pasal teluk kumbar ker?

Ustazah Hamidah berkata...

sajak susah nk tangkap la..

nurimanja berkata...

____________________________________________________________

JAWAB RENGKAS PERTANYAAN AHLI CR


-Muder- Sama juga guru besar atau pengetua sekolah

-Ada sajak sembolik, SESUMPAH daripada Suara Pulau

-Mat zauzi itu abang saya. Ibu saya ingat letak nama itu
boleh jadi semacam tokoh ulamak Iman zauzi
tapi dia pun penulis juga. (Azimad Mahmud)

-baruh itu, jalan atas bukan jalan di tepi sungai

-mudek ke hilir itu, kita kena ikut air sungai surut .

-sebelum baca al quran berlagu (teranum) kita kena cari
angin vokal bernasid sekejap latihan

- semua perkataan yang bukan Islam tak faham itu, perkataan
Arabic, orang melayu Islam pun ada yg tak faham.

-Quran itu, Kitab yg diturunkan kpd nabi Muhamad saw, seperti injil, zabur

-banjar ini bangsa mereka seratus peratus kuat beragama dan taat pada Islam

-Sahasul Maarif itu bahasa Arab, nama sekolah agama.

- Mengajar pejam mata , mungkin dia nak khusuk agaknya