Khamis, 13 Januari 2011

BUAT KEKASIHKU ISHIKA



sajak ketegori love story


Di kala ombak bergulung-gulung
petang datang menjelang
aku mengingat saat bersamamu di pantai ini

Wahai Ishika....
bayang wajahmu selalu menggetarkan hati
menempati ruang fikiranku
dalam untaian hari yang kulalui

Kuingat selalu.....
saat kita berdua berjalan....
melintasi jambatan yang kuat dan kukuh
bagai cintaku padamu

Kenangan itu.....
takkan pernah dapat kulupakan
selalu dan untuk selamanya....
kan tersimpan rapi dalam buku memoriku


OLEH: DAM CATUR
Terengganu
3.11.2009 







50 ulasan:

Hantu Raya berkata...

KOMENTAR SEMASA DITULIS OLEH HANTU RAYA BUAT YANG MENGERTI SAJA.

-Tunaikan dulu janji 2008 baru boleh lakukan program 100 hari, jangan jadikan negara seperti kancil nak berak tahi gajah.

-Dulu ramai guru terseksa waktu dia jadi menteri pelajaran, hari ini senang saja cakap nak bagi imbuhan rm500 sebulan. kami mengangapnya dengar boleh percaha jangan.

-PM tidak perlu berdebat dengan orang yang sudah tertekan, kerana rakyat sedang menilai dengan kerja yang terbaik, bukan kerja cakap berputar belit.

-Rakyat sepatutnya kena ajar PKR dengan mimpi ngeri untuk PRU ke 13 agar hidup rakyat jangan cuba diperbodoh, ternyata tubuh parti rumah tangga, waktu dalam BN pun kita semua dapat baca.....


-Saya tidak pernah menulis pasal politik. kini tercabar bila batu api kecil dan batu api besar cuba mencabar kewibawaan semasa dan untuk menghuru harakan ahli blog CITRA RASA.

Hussin Wahid berkata...

PANTULAN

berbeza apa kau sedang fikirkan
apa yang kau perhatikan
aku sedang kecapi mimpi indah
tak pernah terbayang oleh diriku
apa sedang kau fikirkan
berbeza benar apa yang ku rasa
kerana aku benar memaksudkannya
dengan cahaya yang kau lihat
tak pernah tembus ke ruang hati
senyum di bibir memang terzahir
tak meresap bila kau perhalusi
sepertinya sebuah prisma kaca
warna terhasil begitu istimewa
namun hakikatnya siapa mengerti
hanya gembira melihat pelangi
kerana apa yang berlaku di dalam
tak pernah sesiapa memandang
biarlah hati terus berahsia
ku ungkapkan hanya padanya
dengarlah segala incirahsiaku ini
wahai maha mendengar suara ini
kerana aku sedar dan percaya
hanya kau ku serah jiwa
tiada dua atau pun tiga
cuma satu untukku dan untuk semua.


Hussin Wahid
sajak utk di pertandingkan

Puan Rosnah berkata...

CERMIN ALAM

Air, langit dan gunung
Kekadang lebih sekadar pemandangan
Yang tersurat keindahan…
Yang tersirat pengajaran…
Air, langit dan gunung
Kekadang cubitan pada satu kealpaan
pada limpah selaut indah
mana titis sejemput sembah?
Air, langit dan gunung
Kekadang cermin satu perlambangan
keteguhan Iman kelapangan Islam
kelembutan Ihsan teranyam kukuh
peribadi insan
Ya, Allah…
Kau teguhkan iman ku
Seteguh gunung itu…
Kau lapangkanlah Islam ku
Selapang langit biru…
Kau lembutkanlah ihsan ku
Selembut bayu lalu…


Puan Rosnah
sajak sayembara buat bersama bantuan suami

Denilson Fata Fat berkata...

BUKA DOMPET

buka dompet kulit
keluar rama-rama
sebalik kertas-kertas
tak ada nilai
belek dan belek
jumpa gambar aku dan rossa
aku telah jadi insan paling kaya.
berjuta rasa aku simpan..
berjuta kata aku pegang..
berjuta cara aku tanam..
tapi apa yang tinggal
hanyalah sebak membuak..
maka resah gelisah
aku cuba fikir segala aturan indah
kesimpulan ceritanya
kesungguhan dari hati aku hancur..
apa yang aku rasa kini..
hanyalah kelam dunia..


Denilson Fata Fat
cuba menulis sajak bahasa melayu selepas 8bulan ambik khusus bahasa melyu di harap qalam terima sajak saya ni

Hajjah Jamilah berkata...

OMBAK

Hati durjanya umpama ombak
Saban hari memukul pantai
yang menghancur cinta
Hempas sampai puas
Mengganas sampai melemas
Kasihan ombak
Mahu berlalu tiada daya
Mahu pergi tiada kuasa
Dan dia hanya mampu setia
di sisi pantai penghancur cintanya


Hajjahh Jamilah
sajak utk sayembara

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

PANTULAN sajak daripada sdra. Hussin Wahid penceritaannya bagai ada satu yang Hendak diceritakan kepada khalayak. Ada biasa melihat bulan yang tinggi sebenarnya
Ia bagai tiada berfungsi, ramai orang memujanya kerana cahayanya yang menawan dan sejuk mata melihatnya, tetapi tahukah anda bulan sebenarnya tidak bercahaya, Cuma mendapat PANTULAN cahaya dari sang matari ke bumi dan terpantul kepada Sang bulan. Begitu agaknya mengucapan yang hendak disampaikan sdra HW. Akhirnya, terlalu sadikit orang yang tahu melainkan hanya tuhan yang mengetahui kerana itu rahsia alam. Amin (U)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

CERMIN ALAM sajak kerjasama daripada Puan Rosnah dan suami. Pengucapannya Mengisahkan setiap kejadian alam ada rahsia yang tersendiri dan bagai cermin muka yang perlu kita melihat akan segala perbandingannya pada langit gunung dan sebagainya. Hanya orang yang tuhan beri rasa ketinggian penglihatan dan renungan tajam matahatinya, boleh mentafsirkan segala kejadian ada perbandingan, Begitulah cermin alam di dunia yang fana ini buat makhluk bernama manusia untuk memikirkannya. Amin (TU)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

BUKA DOMPET sajak pertama agaknya dari Denilson Fata Fat, syabas! Telah pun berjaya menguasai Bahasa Malaysia dalam masa yang singkat sahaja. Penceritaanya berkaitan dengan dompet duit. Begitulah keadaan kita dini hari bergerak perlu dengan wang, saban hari laju sahaja duit keluar, masuknya belum tentu bertambah, sesekali mungkin boleh jadi kosong dumpet, diwaktu itu kita menjadi resah gelisah dan dunia ini bagai tidak indah lagi. Itulah kisah buka dompet, bukan gila judi, nanti lebih parah lagi. Semoga berhati-hati dalam hal perbelanja seharian. (B)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

Pertama kali Puan Hajjah Jamilah dengan sajakanya bertajuk: OMBAK pengucapannya agak puitis juga,ia mengunakan ombak sembolik lelaki cerita untuk khalayak Cuma buat perbandingan. Begitulah juga dengan kehidupan manusia mungkin
pantai/wanita yang sering menjadi mangsa habuas kepuasan hawa nafsu ganas siombak/lelaki saban hari. Setianya cinta pantai kekadang boleh memusnahkan diri sendiri. Cuma secebis bingkisan cerita dari beribu cerita dalam kehidupan kita seharian untuk merenungkannya. Amin (TB)

Hamba Allah berkata...

alamak jiwa2 plak dam catur? hahahha

dam catur berkata...

alamak! malu plak sajak sy tersiar? hehehe sajak utk gf sy ni tp itu dulu la skrg kami dh berpisah sy skrg kapel dgn org lain

Tok Mahat berkata...

mcm2 katogori ada? hehehe

Mak Mah berkata...

kretif btol en nuri mcm2 katogori ada nampaknya

Angker 13 berkata...

sajak kali ni ada jiwa2 la tu yg x berapa best tu

Sulaiman Embong berkata...

x best langsung sajak dam catur! sbb jiwa2...

Jengking Perak berkata...

ishika? sedap nama awek ko dam catur

Naga Samudera berkata...

dam catur ni jiwa2 plak sajak dia? hahahha

Pak Kassim berkata...

ismail budin? mcm kenal saja nama ni dia yang dok blok 1 ke???? kalau x salah dia pegurusi sama mcm ghani jgk kat flat sy

Ustaz Zulkainaan berkata...

sajak apa plak en nuri ni?

Ustazah Hamidah berkata...

simbolik jgk sajak en nuri kali ni

Badrolshah berkata...

sajak en nuri x phm la...

Jalil Janggut berkata...

ismail budin ni bukan dok blok 1 ke? kenapa en nuri blok 4 plak?

Ustaz Rahman berkata...

ismail budin blok 4? xpnh dgr pun nama ni...

Ustaz Kamarufin berkata...

sajak mcm ada politik sikit....

Ustaz Zaidi berkata...

sajak agak simbolik susah nak tangkap ni

Haji Atang berkata...

sajak pasal anjing sapa plak anjing ni?

Jalal Rafzee berkata...

sajak ni pasal anjing ke ada maksud lain?

Suara Rakyat berkata...

isu politik xde ker?

Bulan Terang berkata...

bila suara bebas nak kembali? x sabar nk komen isu politik ni

Tan sri Yunus berkata...

isu semasa xde ke en nuri?

Atuk berkata...

sajak mcm bunyi sindiran jer...

Warga Emas berkata...

sajak ni mcm sindir geng serban saja...

Orang Lama berkata...

agak sinis sajak ni tahniah en nuri!

Inspektor Halim berkata...

wlpn nmpk mcm simbolik tp ada sindiran jgk ni.. hehe

Geletek Malam berkata...

sajak utk pembangkang ke en nuri?

Tuan haji Abkam berkata...

bila suara bebas nak keja semula?

Haji Majid berkata...

suara bebas xde sunyi la plak?

Qalam Musoffa berkata...

smoga suara bebas kembali semula

Suara Misteri berkata...

btol tu janji 2008 pun x tunaikan lagi

Bayu Bulan berkata...

kata ada 6 ribu padahal 60 ringgit pun x mampu bagi!

Mr Casanova berkata...

imbuhan smua taktik sesumpah jer...

En Sanusi Rostam berkata...

di harap batu api besar baca blog en nuri ni

Zainal Arifin berkata...

smua dorg ni pakar putar belit buat x mampu!

Ustaz Mahfuz berkata...

nmpknya pembangkang semakin nazak dh skrg

Sadaqallah Azim berkata...

semua sudah didedahkan mampus la lps ni terlungkup la pembangkang!

Wasiril Azmi berkata...

hantu raya ni mcm reporter plak smua dia tahu...

Karim Ghani berkata...

pembangkang ni berani cakap je buat jgn harap la...

Encik Qalifatullah berkata...

sesumpah dah tertekan sbb tu dia suruh org dia manjaja di blog en nuri

Haji Hamdan berkata...

bila baca sajak en nuri dan penerangan hantu raya skrg sy sedar selama ni semua pejuangan ini utk individu itu saja! smua dusta! pergi mampus tuan ghamidi dan konco yg lain!! di harap en nuri dan semua dapat terima sy semula... dan sy tarik balik kata2 sy kepada suara bebas dulu kerana skrg sy dah kluar puak tuan haji ghamidi oleh kerana dia menyuruh sy menyebarkan fitnah! utk memburukan blog en nuri kerana byk puak kami dulu berpaling tadah tp sy x sggup buat bila baca sajak2 en nuri tentang serapah Allah rasa apa yg dipejuangkan selama ni bagai kosong...di harap en nuri terima sy! kpd semua tolong pujuk en sanusi sy mahu berkeja di bawah anda... x snggup lagi rasanya sy jd pembantu tuan ghamidi yg gila kuasa! snggup melalukan apa saja sampaikan sy dibuang utk kepentingan sndiri... terima sy di blog ini en nuri... sy merayu................

nurimanja berkata...

JAWAPAN RENGKAS SAHAJA.

-Sebenarnya hari Viger nak terbit sajak kategori Polis inpektor Halim, dia pula terpilih, tapi dah set pun terbit juga.

-Ismail Budin memng duk blok 1. dia buat perjumpaan saja di blog 4. banyak dia dedah pasal PKR. Hantu Raya ada banyak bahan akan didedah.

-Maaf dam catur, itu sajak lama harap isteri atau gf baru tidak
ambil hati, macam cerita biodata en nuri juga, cuma mana ada yang baik boleh buat tauladan, yg buruk buat sempadan.

-Memang saya bujang. selepas cikgu Abu Hassan cabar-cabar tak lama dalam tahun itu juga khawin umur 33 tahun isteri pun
tua juga 28 tahun. baru anak matang sikit.

-Suara Bebas tumpang toi Guest door kerja suka-suka. mereka
kata kalau menang dekat tenang baru balik, sesekali mereka sudah
dah ada pluang baru dengan kerja baru sama anj di perak bela ikan
kalisa.

-Apalah kau orang usek Apek Liew? Nyonya pun terasalah kuorg
nak main suami dia. Saya tahu Apek Liew tak erti marah, banyak
sabar, itulah sebab nyonya sayang sama dia. Anak dia pun pandai
ada seorang belajar luar negara. maaf Apek Liew. jangan marah ma.
muda punya olang, mayak suka gulau-gulau maa.....

-Tuan haji Hamdan kami tidak bermusuh dengan sesiapa pun, kami
sekadar mengatakan sesuatu yang dikira benar, suara kami mungkin
dalam kategori bebas. Jika tuan haji rasa tindakan tuan haji benar
ini sudah cukup baik tuhan menyelamatkan anda dari bersubahat utk membantu kerja jahat. Amin. kami sedia memaafkan. sesamalah kita.

-Saya yakin tuan haji sanusi rostam akan pertimbangkan. Ini satu kemenangan buat haji sanusi dan tamparan hebat buat batu api kecil dan besar, marilah kita berdoa semoga mereka pun dapat hidayah Allah memelih mana yang benar. Amin.