Ahad, 30 Januari 2011

ADAKAH KAUKAH ITU?





Adakah kaukah itu?
mengentai di sudut jendela
bagai mencatat tiap langkahku
menjadikan aku termanggu dan terharu .

Adakah kaukah itu?
bagai berada di atas kepala
membuatkan aku berat berfikir
untuk menilai segala amal ibadatku.

Adakah kaukah itu?
rasa berdiri di sebalik takbir
lalu menghitung dosa dan pahala
bagai hendak mencampakan kemana.

Adakah kaukah itu?
semacam membilang usiaku
dalam kembara hidup di dunia ini
menjadikan  aku terasa kerdil dan lemah.

Adakah kaukah itu?
berada di mana-mana sahaja
membuat aku jadi takut dan gentar
mendustasi sesiapa sahaja di dunia fana.


Oleh: Nurimanja,
sajak lagenda tahun 2009
catatan sejenak di hujumg malam hari.








50 ulasan:

nurimnja berkata...

CERITA ALAM MISTERI : CATATAN KISAH LAGENDA DULU KALA : SUSUNAN SEMULA CARA BEBAS NURIMANJA.
Ditaip semula oleh Tinta Azimat BERTAJUK: LANGSUWER/ LANGSUIR siri 7

Adi cana mengeluarkan mengeluarkan mangkok bara api lalu
menghidupankan dengan menungkan minyak kayu tamar ke atas beberapa ketul arang kecil, kemudian dihidupannya api dengan geselan batu keatas daun kering. Ifrafanul haq membaca serabah jampi,berkumat kamit mulut menyembur ke kiri dan ke kanan, sambila matanya liar memerhati ke arah teratak Ali canon. Dengan Malik Wijaya masih juga dengan parang terhunung menunggu apa saja yang melintas ke
arahnya akan dilebasnya.

Mereka berjalan serentak, mata mereka liar menjegah ke dalam pintu teratak Ali canon , Irafanul Haq mengarah Adi cana meletakan keminyan habsi dan cabai kering ke dalam bekas bara api, bila mereka ternampak wajah Ali cacon sedang yang terbaring bagaikan orang tidak sedarkan diri. Mereka berdua tunggu di luar, hanya irafanul Haq masuk dalam teratak itu.

Bau asap keminyan habsi berkepoi naik dan menguasai sekitar teratak Ali canon. Seketika kemudian Irafanul haq berdiri lutut, lagak seperti orang mahu bersilat, bekas keminyan dihulurkan ke arah Ali canon, bau asap keminyan habsi berkeboi naik ditambah pula dengan bakaran cabai kering, menyebabkan sebahagian asapnya yang medehkan mata dan hidung,terus menyerbu masuk ke dalam lubang hidung Ali canon.

Malik Wijaya bersama Adi cana telah pun bersiap sedia untuk bertindak dengan seberkas pintalan tali sabut yang diperbuat
khat untuk mengikat Ali canon, jika dia bertindak ganas, atau dirasuk hantu hutan rimba. Seketika mereka terdengar Ali
canon terbatuk dan tersedak, kemudian tangannya bergerak menekup lubang hidung. mungkin lubang hidung pedih diserang
asap cabai kering agaknya.

Sebentar kemudian Ali canon bangun duduk, alangkah terkejutnya dia, bila dia melihat tiga orang mengelilinginya dengan muka dan kepala ditutup dengan kain hitam. Belum pun sempat Ali canon bangun mereka telah menyerbunya dan mengikat kedua tangannya yang memang sudah tidak bermaya selama ini. sangkaan mereka melesek, Ali canon tidak melawan, dia tidak bertenaga. badannya lemah dan leteh, bagai orang tidak makan nampaknya.


SAMBUNGAN.

Jalal Rafzee berkata...

BERLARI,BERJALAN DAN DUDUK

Aku berlari ke kiri…
Aku berlari ke kanan..
Aku melompat melambai..
menantikan sesuatu.sunyi…
aku berhenti dan duduk…
menunduk kerana tak pasti…
tapi tak apa-apa,
nanti aku akan faham…
Kini kuberjalan tidak berlari..
sampai waktu aku kan
berhenti lalu duduk…
saat itu aku benar-benar penat,
tak mampu meneruskan pejalanan ini…
duduk diam di situ,
merenung tongkat usang di tangan….
makin lama langkahku kian perlahan…
rasa letih menyelubungi…
ingin benar rasanya
kuberhenti dan berpatah balik…
penat mengejar cita-cita
letih dan bosan terus berlari…


Jalal Rafzee
sajak simbolik di harap qalam yg ulas sbb sajak ni susah... hehe

Jupri Halim berkata...

DIA BAGAI LALANG

bagaikan lalang
hanya menurut aksi si angin
tiada arah sendiri
hidup didunia pancaroba
yang putih katakan putih
yang hitam tetapkan legam
yang benar katakan setulusnya
yang salah usah ditegakkan
jasadmu kamu kuasa
akalmu kamu kuasa
pandaimu pandu tuju
imanmu pandu azam
betulmu kamu teruskan
salahmu kamu betulkan
jalanmu kamu pilih
kamu bukan lalang melata
pilihan tetap pada kamu tentukan…

Jupri Halim
sajak utk qulbai sebenarnya.. hehe

Haji Hamdan berkata...

HORMATLAH AKU

kamu memang pandai
kamu memang bijak
cemerlang semua bidang
itu sudah terbukti
tak disangkal lagi
aku tumpang bangga
anak bangsa sudah berjaya
tapi aku lagi bangga
jika kamu hormat orang tua
jika kamu hormat siapa sahaja
tak kira apa bangsa
tak kira apa darjat
tak kira apa usia
jika kamu tiada itu semua
nyah kamu dari sini
aku tak perlukan kamu lagi
kerana aku pasti
kau pasti tikamku nanti
dari sudut penuh sembunyi
ingatlah si bijak pandai
tolong hormatkan mereka
tolong hormatkan aku…

Haji Hamdan
apabila di tengking oleh qulbai kerana letak kereta di hadapan keretanya

Asyar Mujid berkata...

KITA SATU RUMPUN

satu bulan yang lepas
saudara-saudaraku serumpun
kalian ingin menyapu rumpunmu ini
dari tanah Republik
belum tutup seluruh sakit
terbawakan di jalan
bertongkatkan runcing buluh dililitkan kain putih
merah satu hari pada semalam hari
gegar demi gegar alam berkonfrontasi di Republik
mengganyang batu simen
mengganyang nyawa rumpun sekita
pecah lagi jalan
bertangisan anak-anak tiada dosa
maka haruskah kita saling musuh


Asyar Mujid
sajak tentang isu semasa

Tinta @ Viger berkata...

SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

Sebab Qalam dah baca dia letak satu dua tiga, minta aku sambung ulas. Esok Satu Feb. 2011 Dia mula bertugas, Nampak letih pi kat Tenang kut? Apa pun BN menang.
Syabas! Setiap yang benar itu, Allah tetap merestuinya. Amin

Kisah jalal ini menceritakan perjalanan hidup dia dalam tugas seharian, kekadang dia menjadi keliru, baru sajak pak penakan dan atuk meninggal, dia dia dirasuk saka, dia tersalah tepsirkan pula dengan pertunangan, bergaduh pula bilamana ada musuh yang cuba mengasut, pernah digantung tugas, kemudian berkeja balik, sesekali terasa bila kita sudah tua dan letih, mestilah kita pohon berhenti, tercapaikah cita-cita? Di sini si penulis sedang membuat perhitungan masa depan yang lebih terjamin. Atau terus berlari letih dalam kebosanan. Semoga Allah menentukan satu perjalanan yang ter baik. Amin (TU).

Tinta @ Viger berkata...

SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

Sebab Qalam dah baca dia letak satu dua tiga, minta aku sambung ulas. Esok Satu Feb. 2011 Dia mula bertugas, Nampak letih pi kat Tenang kut? Apa pun BN menang.
Syabas! Setiap yang benar itu, Allah tetap merestuinya. Amin

Jupri sajaknya mengingatkan kita yang hidup ini perlu ada keyakinan dan penderian tetap sebagaimana iman kita yang tetap kepada Allah swt, bukan bagai lalang ditiup angina. Katakana sesuatu dengan benar dan telus jika mahu diri dihormati. Islam ini Mengajar kita buat yang makaaruf (baik) jauhkan nahi mungkar ( yang dilarang ) Itu
Pesanan si penulis yang telah pun mendapat hidayah daripada Allah, nampaknya kini Sudah terbalik. Orang bergelar saudara baru lebih kuat iman dari mereka yang sudah lama memeluk islam, malah berketurunan Islam. Allah bukan milik sesiapa. Jangan bertopingkan dengan pegangan Islam. Allah hanya untuk orang beriman. Tidak kira sdra baru atau lama . Amin! (U)

Tinta @ Viger berkata...

SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

Barangkali begitulah cara yang diajar oleh tuk guru mereka, kalau orang muda meningking orang yang lebih tua. Ingat bila dia tua allah akan menghatar 10 orang muda akan meningking dirinya pula bila sudah tua. Oleh sebab itu jangan cuba mengamalkan budak bukan daripada ajaran Islam ini. Angaplah orang tua yang lain juga seperti mak bapak kita. kami bukan penuntuk keluar Mesir tetapi kami cuma bersekolah belajar memerhati dan berfikir apa yang diperkatakan dalam Islam. Akhir kata pada Pak haji Hamdan, Iman tidak boleh dijual beli, untuk mendapatkannya cuma banyak bersabar di dalam hati. kalau x sabar lihat sajalah contoh apa telah jadi kepada tuan haji ghamidi. Semoga kita kembali tenang sebagai mana tenang yang menang. Amin (TB) Sajak x menang x mengapa , luah hati yang penting untuk CR.

Tinta @ Viger berkata...

SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

Asyar Mujid menilai kebenaran dalam cita rasa hatinya pada Negara jiran tetangga kita. Mengapa mesti diikut kata hasutan Bendera dan Pkr bagai sama ada agenda pakatan tersembunyi. kerana gerakan pembangkan diseluruh dunia telah Berjaya melaksanakannya.Jadi mereka lebih ghairan untuk menumbangkan pemerentah dari berfikir untuk kebaikan cerita bangsa serumpun. Durian yang sudah berbuah lebih 53 tahun pun hendak ditebang. Memujuk rakyat untuk menanam baru pastinya belum tentu boleh makan, atau baik buruk isi durian itu pun belum tahu, kerana jika benisnya dari rasa hasat dan dengki, pasti pokok dan buahnya tidak akan bertahan lama rakyat juga akan tahu bau dan rasanya. Bukan benis durian jati, biasanya pasti cepat mati. (B) Simpati pada anda kerana orang lain anda jadi mangsa. Itulah ujian keimanan Syabas! amin

Tanpa Nama berkata...

cerpen ni seram la plak

Tanpa Nama berkata...

seram cerpen ni

Jalal Rafzee berkata...

eh! mana en nuri thu cara tangkap pontianak ni?

Zainal Arifin berkata...

eh! biar btol mcm ni ke cara tangkap pontianak?

Lukiee berkata...

kayu tamar boleh buat tangkap langsuir ker?

Ustaz Rahman berkata...

jampi serapah apa yg dia baca plak ni?

Ustaz Muda berkata...

eh! malik wariya bawak parang kenapa plak??? hantu mana boleh bunuh

Pak Bostamam berkata...

eh! en nuri ni thu ke cara tangkap hantu sbb mmg btol cara mcam ni kalau nak tangkap hantu sbb sy pnh buat

Adi Cana berkata...

berani dorg bertiga ni nak tangkp hantu plak?

Mona berkata...

naik bulu roma la baca cerpen ni malam2...

Mei Ling berkata...

kemenyan habsi ni bnda apa plak?

Ustaz Saad berkata...

eh! cabai kering pun boleh guna ker?

Salina berkata...

eh! cabai kering pun boleh guna ke? ajaib

Karim Ghani berkata...

alamak! cabai kering ni klu letak kat kemenyan pun boleh ker? menarik

Tetamu Malam berkata...

siap sedia berlutut plak ifanurhaq ni

Golok Buta berkata...

eh! ali canon x melawan plak?

Seri Suri berkata...

mcm mana boleh jd mcm tu plak? ali conan lemah?

Pak haji berkata...

mcm mana dia boleh hidup sedangkan dia xmakan?

Ustazah Hamidah berkata...

eh! ali conan ni lemah rupanya ingatkan dia kuat sgt

Orang Lama berkata...

eh! dorg ni mcm nak menculik je gayanya... hehe

Kembara Budiman berkata...

sian ali canon dorg seksa dia plak?

Shuhada berkata...

hantu mana plak? ali canon saja yg tinggal

Ustaz Mahfuz berkata...

hantu tu x dtg plak kali ni

Lelangit Biru berkata...

hantu tu x dtg ke nak selamatkan ali canon?

Brader Joe berkata...

ali conan ni xkn x melawan langsung? sian plak

Ku Dania berkata...

ingatkan ali canon bangun terus bersilat dgn dorg

Saizul Maizav berkata...

buat penat je dorg buat mcm2 padahal ali canon x melawan pun

Puan Rosnah berkata...

eh! ali conan ni umur dalam berapa puluhan?

Mozaire berkata...

kemenyan dan cabai kering? aneh jgk

Ummu Akilah berkata...

kucing tu xde plak masa dorg dtg ni?

Nur Atikah berkata...

rasanya kalau hantu thu la apa dorg buat kat ali conan habis la dorg bertiga ni

Vijay KUmar berkata...

eh! sajak en nuri ni psl apa misteri la

Raju Linggam berkata...

adakah kau ni sajak pasal hantu ke en nuri?

Jessica Liew berkata...

sapa kau dalam sajak en nuri ni?

Bob Kuli berkata...

sajak tentang tuhan ke ni?

Julia berkata...

adakah kau? kau ni sapa? tuhan ker?

Haji Hamdan berkata...

sajak yg menarik walaupun simbolik

Petualang Tiga berkata...

sajak ni pasal apa x berapa phm la..

Nuri Jaguh berkata...

sajak kali ni kalau x salah pasal khidupan kan?

Rossa Long berkata...

sajak en nuri ni susah nk tangkap la...

Nuri Kecil berkata...

sajak berkenaan pasal apa ni en nuri?