Sabtu, 1 Januari 2011

SALAM MESRA 2011




Selamat tinggal tahun 2010
selamat datang tahun 2011
salam mesra kalian semua!
salam sejahtera 1 malysia.

Esok bersinar mentari pagi
usiaku pun kian bertambah
izinkan aku menyedut udaramu
dalam usia kemelut meniti tepi.

Maafkan aku sahabat CitraRasa
dalam keterlanjuran berbicara
mungkin ada yang menyakitkan
atau menghiris luka hatinurani.

aku yang telah melewati 50han
telah mengenali erti kehidupan
sesekali terasa perjalananku ini
semacam diminta pohon berhenti.

lewat dini hari badan pun letih
bagaimana boleh menjana minda
atau tukar pendapat dengan anda
dengan tenaga tua yang lemah ini
dan sesekali nafas pun naik semput,
hanya menunggu waktu dijemput
kembali kepangkuan Rabbulizati.

 
Oleh; Nurimanja,
waktu menunggu detik
jam12 tengah malam 2010-2011.  





50 ulasan:

nurimanja berkata...

BERSAMBUNG. Bab 2/ siri 3 Oleh Nurimanja PK..2002
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Tetapi Pak Su Mat tidak pernah lokek, sesekali bila aku megikut Mak pergi mengziarahinya di Kuala kurau, Perak waktu hari raya , Pak Su Mat sanggup memasukan seringgit dua di dalam poket baju aku.Inilah yang membuat aku suka pergi ke rumah Tuk Minah isteri kedua Tuk Din juga keturunan darah nelayan,

Tuk Minah juga cekal hatinya membela empat orang anaknya bila Tuk Din meniggal waktu usia Pak Su Mat tidak tahu membaca dan menulis, sedangkan Mak Ngah Cebah ,Mak lang Cek Piah , dan Mak Cik Cek Pin belum jadi anak dara sunti.

Tuk Minah yang ambil tugas Tuk Din tetapi bukan sebagai jeragan, cuma penyelam mencari anak-anak kerang ditepi pantai untuk dijual bagi membeli bera,s gula kopi, bawang cabai, asam garam untuk belanja harian bagi menyambuing kehidupan anak-anaknya.Sehingga sanggul Tuk Minah tinggal sejemput, akibat menyelam dan disaluti air masin.

Inilah ujian Tuhan, walaubagaiman keperetan hidup yang dialami di dunia ini Tuk minah tetap sabar dan tidak pernah melupai Allah SWT, semua anak cucunya diwajibkan solat lima waktu, Walaupun aku cucu tirinya , pernah Tuk Minah menegur aku, bila membcaa doa aftitah di hadapanannya tidak kena., aku membetulkannya dan berasa cukup bangga. Dan tidak hairanlah cucunya Aanak Mak ngah Ce Bah , iaitu Abang Hamid menjadi seorang ustaz yang di hantar ke pondok Penanti Di kepala Batas Pulau Pinang.

Kini tidak hairan dia terpilih jadi ustaz di jabatan penerang bergerak merata tempat bagi ceramah agama, lebih hebat lagi bila musim pilihan raya umum memang dia tak ada dirumah, hilang ke Kelantan atau Teranggu kempen untuk BN.

BERSAMBUNG.

Abu Hanifah berkata...

BILA KITA

bila kita tak
bersama dalam rasa
rindupun tenggelam
kedalam lautan bara
bila kita tak
bebalas kata
resah didada membara
menguris jadi luka

bila kita tak
pandang memandang
matakupun menjadi kabur
memandang hitam dan kelam
bila kita tak
ingat dan saling mengingati
hatipun menjadi lebur
jiwa mati dan jasad berkubur...


Abu hanifah
sungai nibong

Madah Pujangga berkata...

BERANI CABAR

Patah kata orang lama
Berani biar kerana benar
Bukan kerana dicabar
Berani biar kerana tahu
Bukan kerana ikut nafsu
Salah tafsir salah tindak
Berani bawa resah
Berani bawa parah
Berani bukan kerana dicabar
Biar berani asal benar
Berani dan benar biar selebar..
Biar sesayap adat pantang dicabar
Harus lenyap..harus sabar
Berani kerana benar
Berani bukan kerana dicabar.


Madah Pujangga
ketika di kaki lima menunggu isteri pulang kerja

Yusri Nawab berkata...

SIA-SIA

Aku orang budiman
Selalu tolong orang
Aku banyak bersedekah
Aku rajin ke masjid
Aku banyak beribadat
Aku banyak sembahyang
Mesti pahala aku banyak
Mesti tuhan sayang aku
Mesti aku masuk syurga
Aku hebat tak macam orang lain
Takbur! menunjuk!
Alamak! niat sudah menyimpang
Kena mainan syaitan
hasut dalam diam
Malaikat kanan naik muak
Tiada satu catatan sia-sia belaka


Yusri Nawab
ketika pulang dari surau

Petualang Tiga berkata...

SEKEJAB CUMA

Bagai sekejap cuma
Waktu kita bersama
Kini waktuku pergi
Tinggalkan segalanya
Hanyalah kenangan
Yang akan ku bawa
Andainya masih ada
Waktu yang tersisa
Inginku bersamamu
Untuk sekali lagi
Mengulang kembali
Segala memori
Bagai air mengalir
Tak akan berhenti
Hingga hujung nyawa
Kau tetap di hati
Kaulah temanku
Kau sahabatku

Biar waktu berlalu
Musim bersilih ganti
Walau aku pergi
Kau tetap di hati
Untuk hari ini
Dan selamanya
Dia menemukan
Dan memisahkan
Pasti ada hikmahnya
Semua yang terjadi
Akan ku hargai
Persahabatan kita


Petualang Tiga
Kedah
11malam

Qalam Mutiara berkata...

Sajak sdra Abu Hanifah bertajuk BILA KITA . Sebernarnya apa yang dikatakan oleh sdra itu sangat bertentangan dengan ajaran agama Islam, lakukan apa yangdisuruhnya: Seperti kerja bersama , kata sepakat, sesame memberi pandangan, dan ingat atau sihat menisihati. Tetapi apa yang menduka citakan sebaliknya. Semoga kita sesamalah ikut dan kembali pada ajaran nabi Muhamad saw. Amin!

Qalam Mutiara berkata...

BERANI CABAR sajak sdra. Madah Pujangga , pengucapannya bagai menceritakan
Kekerasan hati manusia, berani mencabar berbeza dengan berani kerana benar. Orang
Berani kerana benar mungkin dapat rastu dari sesiapa pun lebih lagi disisi Allah swt.Tetapi berani mencabar ini, banyak muslihat dan putar belit yang akan dimainkan, kerana’tidak takut pada sesiapa, malah berani mencabar perenth Allah pula. Orang ini biasanya hidupnya tidak akan tenang bila segala tembelangnya diketahui orang. Semoga nasihat ini dikuti, Amin.

Qalam Mutiara berkata...

Sajak bagai membidas sesaorang oleh sdra. Yusri Nawab bertajuk SIA-SIA . Apakah Tidaknya , jika kita buat kesemuanya apa yang diajar oleh Iskam , tetapi ada pula tersembunyi niat yang agak menyimpang. Ini yang dikira kosong dalam catatan, kerana apa yang dilakukan untuk dapat pujian dari orang, lalu kita diberi didunia saja, di akhirat nanti Tuhan kata tiada, kerana kau sudah dapat pujian di dunia dulu. Inilah namanya kerja amal yang Sia-sia, semoga kita semua tidak begitu. Amin

Qalam Mutiara berkata...

SEKEJAB CUMA. Sajak sdra. Petualang Tiga kini kembali ke Kedah negeri asalnya.Pengucapannya kini terasa bagai sekejap Cuma, apabila mengenangkan waktu-waktu bersama sahabat dulu mungkin di UiTm. Walaupun ada terkasar bahasa dan gurau senda itu adalah memory yang sukar dilupankan. Kini benar terasa bila sudah berada berjauhan di batas perpisahan, terasa ingin kembali dan mengekalkan persahabatan. Semoga semuanya dalam keadaan sejahtera.Amin

Salina berkata...

selamat tahun bru en nuri!!

Ummu Akilah berkata...

selamat datang 2011!!hehe

Sharifah berkata...

sekejab je dh msuk 2011

Olie Pajutdy berkata...

selamat menyambut tahun bru!

Angker 13 berkata...

selanat tahun bru!

Rossa Long berkata...

hppy new year!

Sarah berkata...

sajak yg menarik selamat tahun bru!

Ustaz Rahman berkata...

umor en nuri 50an rupanya jd x pencen lagi la ni? nmpknya sy salah org la selama ni sy syak org pencen

Ustaz Sahzan berkata...

sebenarnya kita dah lama smbut thn bru masa awal muharam tp xpe sambut lagi sekali

Husni Kola berkata...

selamat thn 2011!! selamat tinggal 2010!

Pak Kassim berkata...

semoga thn ni jd lbih baik dari thun sebelmnya

Saizul Maizav berkata...

selamat tahun bru semoga azam thn lps dah tercapai... hehe

Jalal Rafzee berkata...

selamat thn bru dgn azam baru! hehe

Atuk berkata...

dah sampai thn 2011 rupanya

Qulbai Khaisai berkata...

x sabar plak aku nk tunggu pilhan raya,.. hehehe

Sufian Al Zahri berkata...

thn 2011 ni harap2 pembangkang menang lagi... hehehe

Angker 13 berkata...

dah sampai pun 2011!! hehehe

Seri Suri berkata...

nampaknya kena buat azam bru la 2011 ni... hehe

Abul Hassan berkata...

selamat menyambut thn bru 1 malaysia!

Jalil Janggut berkata...

sekejab je masa berlalu dah 2011

Danial berkata...

pemurah btol pak su mat ni

Golok Buta berkata...

wah! kaya nampaknya pak su mat ni

Sudin Ramlee berkata...

tok minah sapa plak?

Bulan Terang berkata...

cerpen semakin lama semakin pening

Adi Cana berkata...

berbelit-belit la cerpen ni... hehe

Umar Haslam berkata...

byknya sgt org jd susah la nk ingat

Mat Noh berkata...

Mak Ngah Cebah ,Mak lang Cek Piah , dan Mak Cik Cek Pin sapa?

Dayang berkata...

punyalah byk nama adoi...

Lelangit Biru berkata...

byk sgt nama en nuri mcm mana nk ingat?

Bob Kuli berkata...

semua nama2 ni smuanya ada bau bacang dgn en nuri ker?

Zainal Arifin berkata...

klu en nuri letak lukisan phm la kot dari baca....

Man Pendek berkata...

byk btol nama2 bru ni pening

Badrolshah berkata...

cerpen en nuri ni kalau buat filem byk pakai duit sbb byk pelakon...

Sharifah berkata...

nampaknya dh mula pening baca cerpen ni... hehe

Budak Rap berkata...

sanggul tinggal sejemput? hahaha kesian...

Guest berkata...

huh! ada anak dia jd ustaz di kepala batas????

Julia berkata...

hebat jgk dia didik anak2...

Bicara Bulan berkata...

org BN rupanya sedara mara en nuri ni..

Suara Rakyat berkata...

eh! siap kempen utk BN lagi... hehe

Tok Mahat berkata...

huh! ahli politik jgk anak dia tu

Tanpa Nama berkata...

egergregergreg