Jumaat, 31 Disember 2010

BILA BULAN DI LINDUNG AWAN





kategori sajak pendek.


Sahabatku
yang dikasihi,
bila bulan dilindung awan
usahlah engkau resah gelisah
kerana keindahan cahaya bulan
bukan lagi milik kita .

 
Sedenyut rasa
dari sahabat Sdra Suara Pulau.
2009 Disember 21 19:50 







50 ulasan:

nurimanja berkata...

SIAPA USTAZ OMAR ? SADIKIT CERITANYA YANG SAYA TAHU.

-Seorang yang hidup sederhana, lama belajar di Mesir, layak jadi mufti, tetapi dia sendiri telah menolaknya setelah ditawarkan jawatan tersebut kerajaan negeri.

Dia sanggup mengajar sekolah rakyat dengan gaji, hasil bayar zakat dari orang ramai gaji
bawah seratus ringgit. Dan sebelah petang dia ikut sunah nabi bela kambing di sepanjang parit tali air pekan tanjung piandang. perak. (catatan ini cerita tahun 60an )

- Ustaz haji Omar ini mungkin orang jawa juga agaknya atau kacukan arab dengan jawanis sebab gaya dan cara dia, lain sangat, bentuk tubuhnya tinggi dari
mat salleh, kulit pula hitam manis sama dengan orang Arabic, jalan macam unta terhanguk-anguk kepala tunduk ke bawah. Ini tanda orang alim banyak ilmu ketuhanan, menolak duniawi. susah nak cari orang macam ini.

- Pernah satu hari dia mengajar orang tua-tua di masjid, tetapi ada seorang dua asyik bersembang. Dia berhenti lalu pandang ke belakang. Diam seketika, tetapi sewaktu dia sambung mengajar semula, ada lagi bising. Lantas ustaz omar bangun pergi kebelakang, dia minta orang yang buat bising itu pergi ke depan mengajar orang ramai.

-Ustaz haji omar terus balik ke rumah...Semua orang yang sedang mengikuti pengajiannya dan terpinga-pinga melihat tindakan ustaz haji Omar . Akhir sekali
dua orang yang suka bersembang itu dimarahi jemaah lain. Sejak peristiwa itu jarang nampak beliau mengajar lagi.

- Apa yang sedeh! Dia sakit lama, sehingga pendengarannya tidak lagi berpunsi, saya terpaksa bercakap dengan menulis di kertas. Selepas
seminggu dia pun pergi. (Ini ustaz saya yang ketiga selepas seminggu saya temui mereka, kemudian mereka pun kembali menemui illahi.

Geletek Malam berkata...

HARI MINGGU

mengapa jadi begitu
berapa banyak cuka kau telan
hingga hilang seri wajah
nampak masam mencuka
apa besar salahku
hingga kau jadi begitu
aku cuma lewat lima minit
bukannya lima jam
aku bukan sengaja
mataku tidak terbuka
layan mimpi indah seketika
cuba senyum sedikit
aku rindu senyuman manismu
buat hatiku tak tentu
cuba pendekkan sedikit
muncungmu yang sedepa itu
ternampak bagai si donald
ini aku bawa gula-gula
buat hilangkan kelat senyumlah…

Geletek Malam
sajak utk isteri sy merajuk plak?

Ustaz Majusi berkata...

JANUARI AKU DATANG

di hujung disember ini
timbul satu semangat
membuak tak tertahan
mahu cepat datang januari
mahu capai impian
mahu capai azam
impian lama bagaimana
azam lama bagaimana
yang lama tinggalkan sahaja
cuba yang baru pula
lebih kreatif lebih perisa
lebih mencabar lebih kuasa
semoga januari mendatang
bawa sejuta bahagia
bawa sejuta manis
hilangkan sejuta pahit
wahai januari
tunggu aku datang moga sempat…


Ustaz Majusi
sajak akhir tahun

Ustaz Muda berkata...

TERIMA KASIH CIKGU

Seawal musim
Ku menimba ilmu
Hanya kau cikgu yang kukenali
Kejujuran dan keikhlasan mu
Syahdu jiwaku
Detik berlalu jua ketika
Semangat ku tetap terus menyala
Jasa baktimu kusanjung tinggi
Terima kasih, cikgu
Tiap detik jasamu dikenang
Ku abadi saban waktu
Walaupun jauh di rantau orang
Terimalah sanjunganmu
Seumpama lilin yang membakar diri
Kau dihormati Dengan tulus hati
Ku lafazkan kata Terima kasih,cikgu


Ustaz Muda
sajak utk en nuri

Ustaz Sahzan berkata...

HELAIAN BARU

setiap hari seakan
perenggan baru dalam hidup aku
setiap tahun membawa aku
ke helaian lain dalam buku itu
yang pasti maseh buku yang sama.
cara tulisan yang sama.
tidak banyak bait-bait
indah dalam buku itu
aku harap kau mampu menulisnya
terus menulis lengkap helaian itu
dengan metafora yang indah menggila
racau yang semakin merah
mencengkam membalut gundah
pedih yang semakin bernanah
syurga impian yang telah punah
langkah tidak pernah terhenti
walau luluh asmara hati
longlainya jiwa diterkam kecewa
ingin jauh pergi berlari
ke kanan atau ke kiri?
kusut yang tidak terlerai
pada kasih yang telah dirantai
kecurangan menghancur meranap
mengapa masih tetap berharap
digiling segala penawar
mengapa hati semakin tawar
intan comel semakin indah
tiada sekelumit rasa resah
dapatkah dimengerti
pada cinta yang telah mati


Ustaz Sahzan
sajak penutup tahun 2010

Pak Kassim berkata...

TAMAN

dicantas semua putik
diracun semua tunas
mengapa perlu berputik
andai gugur di awal pagi
mengapa perlu bertunas
andai layu di terik mentari
taman gelap ini terlalu gersang
dipenuhi debu dan pasir
kemaraunya terlalu panjang
tidak mungkin akan menghilang
jangan mentari cuba menyinar
pasti malam akan mendatang
jangan hujan cuba menyiram
pasti kering sebelum menimpa
jangan dijejak taman larangan
pasti lumpuh pemula langkah
jangan diintai ruangan hitam
pasti semuanya akan kelam
biarkanlah selamanya…

Pak Kassim
percubaan sajak simbolik khas utk qalam smoga berjaya

Abang berkata...

BERHUJAH

Atas mimbar kayu
hampir rapuh dan patah,
dia menumbuk langit
berhujah dan berhujah.
Di seribu lautan manusia
tak terkira jumlahnya
dia mengerutkan dahi
berbicara dan berbicara.
Lelaki yang berjanji
memegang dunianya itu,
telah tertembak kata-kata sendiri,'
Dia terjatuh lalu mati
dihimpap noktah takkan pernah habis


Abang
cadang nak menguji qalam jgk buat sjak simbolik harap qalam dpt meneka.. hehe

Qalam Mutiara. berkata...

Geletek Malam selalu bermasalah dengan isteri tersayang, kau geletek saja, agar dia ketawa.
Bawalah dia berjalan atau keluar makan atau mengambil angin sambut tahun baru di HARI MINGGU. Bagaimana tidak muncung kerana kasihnya kau tidak menilainya, sudahlah cerita seorang diutara
dan seorang di selatan Cuma hujung minggu baru nak jumpa. Bukankan rasa banyak cerita pra sangka. Sebaiknya cari jalan duduk sekali, mungkin mulut muncung Donald
tidak ada lagi Amin.

Qalam Mutiara berkata...

Ustaz Majusi ingin terus kehadapan terasa tidak sabar menunggu JANUARI AKU DATANG. Banyak cerita bersama semangat bary yang telah dirancang dan dilagang. Humbankan segala cerita lama yang tidak berjaya, pada-tahun-tahun yang berlalu, dengan tekat dan azam baru dia mahu melakar sejarah untuk mencipta sesuatu yang bahagia dan berjaya bersama tahun baru. Semoga anda sukses! Amin.

Qalam Mutiara berkata...

Ustaz muda masih dengan sikapnya yang sayangkan denganguru-gurunya, tetapi seorang guru ini yang dia teramat kasih. Dengan jasa dan tidak pernah cingkunya menilai, tetapi bagi seorang anak murid yang mengenang budi dan pernah menerima pendidik walau pun tidak seberapa lama, namun jasa gurunya tetap dikenang juga. Selain tidak dapat menilai harga budi dan jasanya, melaian sekadar mengucapkan TERIMA KASIH CIKGU! Amin.

Qalam Mutiara berkata...

Ustaz Sahzan sedang menanti HELAIAN BARU bersama tahun baru 2011. cuba menganalisis segala catatan yang lalu , masih terasa semacam cerita lama. Cuma keadaan yang mula berubah membawa kita keangka yang kian bertambah. Bgaimana hati dan jiwa masih longlai dan sepi diulik mimpi ngeri. Bagaimana kasih masih melarikan diri atau cintanya yang telah mati. nampaknya bersama tahun baru perlu diperbetulkan duduk perkara. Supaya tahun yang lalu, tidak perlu cerita yang sama, tetapi perlu menegak atau mendatar. Semoga sukses. Amin

Qalam Mutiara berkata...

Pak Kassim cuba mencipta sesuatu yang lain nampaknya dalam sebuah TAMAN yang belum ternoda dengan hasutan dan bujukan kebarangkalian agaknya. Mungkin sebuah taman bebas yang rasanya tidak ada budaya hasut dan fitnah. Jadi tidak perlulah untuk sesiapa pun cuba menanam benih di sini, kerana hujan dan matarai tidak bererti. Terasa penghuninya mungkin tidak suma menyebelahi mana-mana kuasa, mereka mahu bebas sebagai manusia biasa selamanya, mereka tidak mahu dihormat atau dipuja oleh sesiapa
cukup sekadar hidup berkerja dan beribadat kepada Allah swt. Amin

Qalam Mutiara berkata...

Abang dengan kisah BERHUJAH seorang yang sudah sebati kerja dalam dunia hidupnya sememang begitu, Tidak akan bisa mengalah pada kata-katanya biar mati kerat sepuluh, dia tetap juga menegakkan benang yang basah, mempertahankan apa yang dia kata. Orang begini seperti berkhutebah meminta orang ramai sahaja mendengar katanya, bukan membantah sehingga akhir khutebah. Tetapi dia lupa akhir sekali kata-katanya telah menjadi senjata dan menikan dirinya sendiri. Membuat orang meluat dan melarikan diri. Semuga kita semua tidak bergitu. Amin

dam catur berkata...

pendek gila sajak suara pulau ni tp langsung aku xphm

Geletek Malam berkata...

suara pulau ni mana pegi lama xnmpk?

Puteri Bunga berkata...

suara pulau xnmpk plak skrg yg nmpk suara bebas jer

Ibnu Siddiq berkata...

suara pulau ni sapa ahli jgk ker?

Bulan Terang berkata...

sajak simbolik jgk suara pulau ni

Qulbai Khaisai berkata...

sajak simbolik sgt la suara pulau hanya ko je yg phm kalau mcm ni... hahahhhaa

Ustaz Sahzan berkata...

pendek tp penuh isi tersirat

Ustaz Majusi berkata...

wlpn pendek sajak ni tp maksud mendalam

Ustazah Hamidah berkata...

sapalah suara pulau ni misteri la

Ustaz Zulkainaan berkata...

mcm knal saja nama ustaz omar ni

Sudin Ramlee berkata...

wah! ustaz omar ni nmpknya warak jgk

Hamba Allah berkata...

ustaz omar ni ada lagi ke en nuri?

Budak Surau berkata...

rupanya ustaz omar ni ke tok guru en nuri?

Sadaqallah Azim berkata...

ustaz omar ni tabligh ker?

Badrolshah berkata...

ustaz omar ni umor brapa?

Encik Mahatdir berkata...

tegas jgk ustaz omar ni kalau org main2 masa dia mangajar

Karim Ghani berkata...

kagum sy dgn ustaz omar ni

Ustaz Mahfuz berkata...

smoga kita smua dapat mencontohi ustaz omar ni

Ustaz Saad berkata...

al fatihah utk ustaz omar

Jengking Peraj berkata...

ustaz omar ni xkwin ker?

Ustazah Janariah berkata...

dia x turunkan ilmu dia kat anak2 dia ker?

Capricorn berkata...

ustaz omar ni org mana?

Julia berkata...

kacukan rupanya ustaz omar ni

gelora maya berkata...

en nuri menuntut ilmu kat ustaz omr ni ker?

Razak ABu berkata...

byk jgk ustaz yg en nuri kenal...

Nabil Quldi berkata...

patutlah en nuri pun ustaz sbb en nuri byk berkawan dgn ustaz

Shukri LAtif berkata...

ustaz omar ni lahir kat mana?

Brader Joe berkata...

ustaz omar ni ada lagi x en nuri?

Bob Kuli berkata...

kubur ustaz omar ni kat mana? cadang nak minta nombor... hehehehhehee

Abul Hassan berkata...

tinggi btol ilmu ustaz omar ni

Mozaire berkata...

rugi btol kami xdpt jmpa ustaz omar ni

Hamblun Minanar berkata...

suara pulau pun ada sajak? sapa dia ni?

Qalam Musoffa berkata...

suara pulau sajak di siar? tp orgnya x kluar pun?

Madah Pujangga berkata...

suara pulau thn 2009 aktif skrg langsung xnmpk

Dang Anum berkata...

suara pulau dgn anak nuri jantan dah berhenti ker?

Tengku Anita berkata...

rindu plak kat suara pulau bila baca sajak dia ...

nurimanja berkata...

- Sepatutnya hendak kenal seorang itu kena kenal salasilahnya (keturunan) seperti nabi Muhamad baru ada keyakinan, saya kira pun
begitu, takut kalau orang tanya "Hang anak siapa? Keturunan dari penyamun ke?"

- Saya tenguk orang rawa, melayu campa, banjar, jawa dan lain -lain bangsa lagi, mereka mesti tahu suku sakat atau salah silasilah mereka, baru cinta dan kasih pada keturunannya.kalau kurang baik, kita jaga jadi baik. Amin


Ustaz Omar sudah meninggal, hari ini saya cerita ustaz Idris pula juga guru saya yang kedua, Al fatihah,

Suapa Pulau ahli seperti abu atas tunggul, sekejap tengelam, sekejap dia timbul.