Jumaat, 24 Disember 2010

WAKIL RAKYAT


kategori sajak kumpulan ramai

 
Cinta paling suci ,
cinta pada Illahi .
Perjuagan paling suci ,
perjuagan menegakan hukum Ilahi .
Jika kamu berjuang kerana Tuhan mu
Teruskan lah perjuagan mu itu
padamkan dalam kamus perjuangan mu perkataan berhenti .

Teruskan .....
Andai di ADUN dan PARLIMEN kamu tidak menang ,
itu cabaran ...
itu ujian ...
kamu belum tewas kalau kamu tidak berhenti..................
cuma kamu belum berjaya .......
Katakan terus berjuang ......

Andai berjaya di ADUN dan PARLIMEN ,
ucaplah tahniah sesama pejuang ,
cakap lah pada ayah bonda mu kau di kurniakan kemenagan oleh Illahi ,
cakap lah pada anak isteri atau suami mu kau di kurniakan kemenangan oleh Illahi ,
Syukur lah pada Tuhan.........

lihat lah kehadapan ,
banyak lagi medan pertandingan yang perlu di menangi .........
Berjanji lah .......
Hidup dan mati kerana Allah Yang Maha Suci .

 

Oleh: Geng Pang Enam
dalam asrama
5 petang





50 ulasan:

nurimanja49@gmail.com berkata...

IBRAHIM ALI BERKATA: (Petekan Akhbar UM)


Keputusan untuk terus kekal sebagai Menteri Besar itu juga dibuat kerana permintaan orang Pas
sendiri yang masih memerlukan beliau untuk kekal memegang jawatan tersebut. Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, Nik Abdul Aziz hanya mencipta pelbagai alasan untuk terus menjadi Menteri Besar kerana sudah merasa 'seronok' dengan kuasa yang dimilikinya.

Katanya, beliau tidak akan memohon maaf atas desakan tersebut dan merasa amat kesal dengan tindakan Nik Abdul Aziz yang tidak mengakui perjuangan Melayu biarpun ia untuk umat Islam.

"Saya tahu ramai orang akan marah tetapi saya bersikap tegas dan tidak memohon maaf kerana ini
adalah kebenaran biarpun ia amat menyakitkan," katanya. Tambah beliau, terlalu banyak masalah
yang tidak dapat diselesaikan oleh Kerajaan Pas Kelantan tetapi mereka menggunakan Islam untuk
menutup kegagalan itu.

"Contohnya, pagi ini saya menerima kunjungan daripada guru-guru agama Yayasan Islam Kelantan (YIK), di negeri terdapat kira-kira 2,000 orang guru di sekolah YIK.

"Masalah yang dihadapi mereka berkhidmat 20 sehingga 30 tahun tetapi tidak disahkan jawatan,
syarat sah jawatan untuk mendapatkan pencen adalah 25 tahun, bila disahkan jawatan pada umur 50 tahun mereka akan menerima pencen hanya sekitar RM33 sehingga RM120, apa nak buat dengan banyak ini, makanan kucing pun lagi mahal dari itu," katanya.

Bulp Omen berkata...

MANUSIA DAN LALAT

mengapa kau datang
pergi segera
nyah kau dari sini
haiwan kecil tak guna
pergi kau lalat
jangan takbur wahai manusia
aku ini makhluk tuhan
ciptaan tuhan ada gunanya
walau kecil besar jasaku
kau tahu apa itu pereputan
kau kenal anak-anakku
itu dia anak-anakku
ulat-ulat yang kau jijik
ulat-ulat yang kau cela
cuba kau bayangkan
jika tiada anak-anakku
pasti rumahmu sarat sampah
pasti berlonggok sisa makanmu
pasti tak terbasuh
pinggan mangkukmu
pasti dunia penuh bangkai
semua tak terurai
engkau pula siapa
apa pula gunanya engkau
wahai manusia bergunakah kita…


Bulp Omen
Kuala Lumpur
21.12.2010

Laila Mellisa berkata...

TERKILAN

suatu ketika aku pernah punya cinta
cinta ku kira abadi
cinta ku kira bahgia
tiba saat kau berpaling aku kecewa
betapa merana mengapa kau tegar
meninggalkan aku sedemikian rupa
engkau manusia durjana
memberi harapan
engkau hancurkan aku tidak terkila
andai kasih hanya beralih arah
namun sanggup kau permain hatiku
apa kau kira ku tak punya perasaan
merasai penderitaan kau anugerahkan
pada suatu ketika…


Laila Mellisa
terkenang kenangan lama

Cikgu Zuki berkata...

KOPI

malam ini sekali lagi
merpati dua sejoli
terbang tak tinggi
sekalian makhluk telah pulang
hanya aku dan kamu seorang
melayan jiwa berteman raga
bersama helaian-helaian nota
sedia bekalan untuk berperang.
aku masih kamu temankan
sedari kehangatan hingga kedinginan
demi menghalang aku lemah
menahan kelopak yang mahu rebah
terima kasih aku ucapkan
setia pada kamu aku akan
berpaling dari kamu aku tak akan
asal kamu tahu bukan mudah
bukan mudah berpatah arah
setia aku satu hanya pada kamu
kasih aku satu hanya untuk kamu
oh kopi betul betul kaw

Cikgu ZUki
7pagi
sebelum ke sekolah

Hatta Zaidee berkata...

PEJAM MATA

pejam mata malam ini
mengharapkan hari tidak berulang.
pejam mata malam ini
mengharapkan yang resah hilang.
Mentari tugas kau esok
pastikan aku umat manusia ceria.
fikiran terbangkan kita jauh
ke awan biru fikiran nyaman
dihembus angin langit
jika awan biru lesap
maka beralih awan itu jadi hitam
dan ingatlah aku tetap terbang
sama kau untuk kita bahagia


Hatta Zaidee
penang
23.12.2010

Qalam Mutiara berkata...

MANUSIA DAN LALAT sajak daripa sdra. Bulp Omen. Pengucapannya mengisahkan Berbezaan di antara lalat dan manusia dalam dialog kehidupan seharian. Manusia biasanya membuat sampah dan menghina lalat sebagai makhluk membawa dan menyebar penyakit . Lalat mempertahankan dirinya dari ejekan manusia mengatakan dia lebeh berhaga kerana Berjaya melakukan pereputan sampah dan lalat ini juga boleh menyembuhkan penyakit kencing manis yang kaki bernanah boleh disedut oleh berengga lalat atau ulat ini. Sebenarnya keduanya ada baik dan buruknya. Amin.

Qalam Mutiara berkata...

TERKILAN sajak jiwa-jiwa daripa Laila mellisa . Pengucapannya mudah dan senang saja ditangkap masudnya. Terlalu biasa hati anak muda mudah diratah cinta, kerana terlalu mudah sangat menyerah dan terlalu mudah pula di patahkannya. Si kumbang ini hatinya mudah berubah jika dia bertemu bunga yang lebih menawan. Justeruitu perlu berhati-hati jangan mudah terperdaya dengan bujukan dan rayuan si kumbang jalan ini. Nanti anda yang makan hati. Semoga berhati-hati buat kali kedua . Amin

Qalam Mutiara berkata...

Cikgu Zuki dengan sajak ajaibnya secangkir KOPI . Pengucapannya agak melucukan. Biasanya kebanyakannya orang bermesra dengan kekasih atau berbicara dengan sesaorang. Tetapi berlanian pula dengan Cikgu Zuki. Dia boleh hidup dan dapat sokongan dari mengantuk atau kesejukan malam bila bertemanakan kopi panas. Ada juga orang mengatakan kopi boleh menghilangkan mengatuk. Mungkin ada sadikit dadah atau mofin yang diluluskan agaknya. Amin.

Qalam Mutiara berkata...

PEJAM MATA sajak lucu juga kali ini daripada sdra. Hatta Zaidee mungkin pengucapannya
Menceritakan waktu tidur malam. Si penulis penuh harap agar bila pejam mata sahaja semua
Kesesahan dan kekalutan dalam hatinya akan hilang apa yang berlaku tidak lagi berulang.Dan mengharap hari esok semoga ada keceriaan. Tetapi rasa fantasi sering saja menganggu sehinga
Kadangkala membawa perasaan jauh melayang hingga keawan biru mengharap kebahagian di dalam mimpi. Semoga segalanya berjalan lancer. Menjadi kenyataan .Amin

Olie Pajudty berkata...

pang enam ni sapa plak?

Muhamad Rabbi berkata...

pang 6??? ni nama ahli ke?

Ibnu Siddiq berkata...

ada ke ahli yg bernama pag 6????

Ustaz Zulkainaan berkata...

sajak wakil rakyat plak ke?

Nurse LIsa berkata...

sajak yg agak menarik tp pang 6 x kenal

Jalal Rafzee berkata...

sajak wakil rakyat pun ada ker?

Saiful Bukhari berkata...

x kna saman ke buat sajak mcm ni?

Julia berkata...

sajak yg agak sinis jgk ni

Ali Omar berkata...

sajak ni mcm hentam YB jer? hehe

Tanpa Wajah berkata...

sajak politik pun ada?

Penyajak Istana berkata...

menarik perkongsian yg diberi oleh ustaz rahman ni

Arkenna berkata...

doa pendinding plak? wa!

Geletek Malam berkata...

resepi xde plak ke kali ni?

Golok Buta berkata...

byk jgk pasal politik kali ni

Kembara Budiman berkata...

sajak kalau x salah geng aku dulu ni

Putera Damien berkata...

yang inilah sajak pang 6 sebelum berpecah

Zuraifah berkata...

sajak yg agak sinis jgk yer...

Man Pendek berkata...

ingatkan sajak en nuri rupanya pang 6 pnya

Faisal Syafie berkata...

doa pendinding rumah usta rahman?

Harimau Berantai berkata...

doa ni aku nka cari ni sbb aku bru pindah rumah baru ni

Mat Toopa berkata...

boleh percaya ke doa peniding ni?

Mei Ling berkata...

apa bnda plak doa yg ustaz rahman bagi ni?

Lukiee berkata...

org bukan islam boleh amal x?

Diana Sanubari berkata...

hebat jgk ustaz rahman ni

Ustaz Majusi berkata...

terima kasih ustaz rahman!

Ustaz Zamree berkata...

mmg perkongsian maklumat yg amat berguna

Prof Naquib berkata...

info yg berguna utk semua

Atuk berkata...

sajak yg best! wlpn agak sinis

Ali Conan berkata...

berani jgk pang 6 buat sajak mcm ni

Ezad Emir berkata...

sajak hentam WR ker ni? hehe

Ku Farah berkata...

terima ksih ustaz rahman krn memberitahu pasal ni

Izaty Husna berkata...

org yg bru pindah boleh la cuba cara ustaz rahman ni

Hamba Allah berkata...

aku selama ni xpnh pagar plak rumah

Brader Joe berkata...

lps ni kena pagar la rumah nampaknya

Lelangit Biru berkata...

terima ksih ustaz rahman! kena ikut petua ni

Ustazah Hamidah berkata...

mmg x kedekut ilmu ustaz rahman ni

Rossa Long berkata...

apa bnda ustaz rahman tulis ni?

Jessica Liew berkata...

nampaknya x dpt tangkap la apa ustaz rahman sampaikan ni

Zainal Arifin berkata...

sajak kami bila plak en nuri? penjaga blog?

Saizul Maizav berkata...

pasal politik aku x thu nk ulas apa takut kena saman... hehehe

nurimanja berkata...

- Terima kasih buat ahli CR yang menyumbang info dalam blog ini.Tuhan akan menambah ilmu seorang yang tidak lokek ilmunya Amin.Dan malaikat
juga berdoa tidak akan menelangkumkan
tangannya mengatakan Ya Allah orang ini jangan ditambah ilmunya kerana kedekut. atau tahu hidung masim...

- Hanya beberapa orang saja dapat
menagkap tentang istilah ingatan kebelakang dan ingatan ke hadapan.
ataupun flash back and flash forward. Syabas Pak Kassim!