Sabtu, 25 Disember 2010

SELAGI





Selagi itu kau senyum sendiri
selagi itu kau berkerut dahi
selagi itu jiwa kau merintis
selagi itu otak kau terganggu
mengurut misai dan janggut
berat mata memandang
rasa ada yang tak lengkap
rasa ada tak sempurna
rasa yang dicari tak jumpa
bibir bagaikan berbisik sesuatu
jari bagaikan melakar sesuatu
mata bagikan tercari sesuatu
fikiran entah kemana
selagi itu
puisi yang tersembunyi
seorang penyair bagaikan berduka
bagaikan bertapa dikota sunyi
bagaikan hilang dirimba berduri
luahkanlah segala
luahkanlah segala
apa yang difikir semua
berupa kiasan kalimat
bagaikan emas permata
tersimpan dalam peti harta
tersembunyi didalam bumi
alih dari pandangan mata

 
Oleh: Penyajak Istana
Bagan Serai
2ptg2009 November 25 18:31





50 ulasan:

Qalam Mutiara berkata...

UNTUK PENGETAHUAN : CUMA PENILAIAN SAJAK TAHUN 2009 SAJA.
BERITA: AHLI LAMA DAN BARU SINARAI TOP TEN SAJAK BLOG CR.
penyumbang sajak cr. didapati sepanjang 2009 sajak dalam NPSCR1
ahli sumbang sajak paling banyak.

1.Penyair Agung 18.
2.Penyajak istana 10.
3.Orang lama 10.
4.Seri Suri 8.
5.Saizul Maizav 7
6.puteri bunian 6
7.legenda Pulau dan syeikh al habib 5
8.mawar putih,ustaz muda,bulan terang 4
9.dam catur,haji khali,Lebai Noh,Madah Pujangga
Pak Awang,Penglipur Lara,Puisi Termashur,
Suara Rakyat,Tengku Anita 3
10.18orang hantar 2 sajak


Semua kategori telah diterbitkan
ada satu lagi ketegori sajak kanak
kanak esok.Ada lagi kategori yang patut di kira ? Sila kemukakan ....

Muhamad Rabbi berkata...

AYUH BERGANDING BAHU

jika aku salah
usah salahkan aku
tolong betulkan salahku
jika aku terlupa
usah lupakan aku
tolong ingatkan segera
jika aku zalim
usah zalimkan aku
tolong adilkan kembali
jika aku bodoh
usah bodohkan aku
tolong pandaikan didik
jika aku betul
ayuh sama ikut
pegang tangan ganding bahu
kita tuju satu destinasi
demi sebuah kejayaan…


Muhamad Rabbi
Selangor
12malam

Ashrafi Kahuwa berkata...

TAKDIR KITA

tiada daya memutar waktu
diufuk barat terhimpun luka
dan rindu kian menyiksa...
senja memujuk hari yang kian kelam
usah biar sinar itu hilang...
kerna takdirNya begitu
telah kita persimpangan semalam
petandanya arah berbeza
haluan telah nyata
hakikat segaris luka tahu rasanya
tapi itu hanyalah kisah
untuk kita bercerita
cumalah kenangan
untuk kita kenangkan
pastinya hari ini
bukan lagi semalam
usahlah dibiar sekali tenggelam
dalam jiwa yang bernanah
lepaskan segalanya
demi hari esok yang menanti
adalah sinar bahagia hakiki...


Ashrafi Kahuwa
penang
3pagi

Mona berkata...

AKU PERLU AKU

Sekarang tiada apa aku nantikan
Perhentian ini akan aku tinggalkan
Meneruskan perjalanan
Yang sudah aku tangguhkan
Setelah lama kian.
Menyusun corak-corak langkah
Tanpa diapit siapa-siapa
Tanpa cuba berpaling
Berpaling dan kembali
Menghenyak sebak sedih.
Menapak menjejak
Bekalan ku bawa hanya aku
Sedalam-dalam sepekat-pekat aku
Tiada dia, tiada kamu, tiada siapa.
Mengapa perlu siapa-siapa
Jika aku bisa menjejak bahagia?


Mona
sabah
4ptg

Sharifah berkata...

HATI ADALAH ISTANA PUSAKA

Jika hati adalah istana
Cinta adalah singgasana
Ketulusan ialah mahkota
Kesetiaan ialah piala terindah
Senyum seorang kekasih adalah tahta
Serta kejujuran kepercayaan pusaka
Hati beralun lembut menoktah luka
Membisikkan di telinga sendiri
Bawalah hati pilu pergi jiwa lara
Kerana dihujung sana ada penentunya
Bermula sepi takkan pernah mengerti
kini setelah dapati diri kamu
ragu dan bingung mengisi hati
apa terjadi tak mampu saya sedari
biarlah semua nampak bererti.
maafkan diri memberi perih di hati
namun di balik semua yang terjadi
aku takkan pergi untuk berlari
aku akan selalu di sini
mengisi hari ada di antara kita.


Sharifah
labuan
23.12.2010

Qalam Mutiara berkata...

Sajak Muhamad Rabbi bertajuk; AYUH BERGANDING BAHU. Biasa penucapannya,Minta maaf harap maklum begitulah cara kita orang melayu, kalau tersalah minta pertunjuk secara berhemah dan kita yakin tidak akan siapa pun marah,( melaikan orang ada angina semuntal panas baran) tetapi bagi yang benar beriman percaya hari akhirat dengan penuh hikmat mereka akan menerima dan sedia bekerjasama. Kesilapan dan kesalahan adalah terlalu biasa buat manusia, cuma orang ramai yang sepatutnya pandai menelai kenapa ada kesalahan berlaku?. Sengaja, tidak sengaja atau terpengaruh dengan keadaan atau bujukan pihak tertentu untuk kepentingan sesuatu. Terpulanglah. Setiap yang baik dan benar kita tetap terima. Insyaallah, Amin.

Qalam Mutiara berkata...

Pengucapan sajak sdra Ashrafi kahuwa nampak ganyanya bagai memujuk kawan dan sahabat baik agak samanya yang dulu sama berjuang. Kini ingin membawa perjuangannya yang tersendiri, raju agaknya. Memudahkan bicara sdra Ashrafi kahuwa mengambil jalan yang mudah dengan berkata; Inilah TAKDIR KITA .Sebagai seorang yang matang tak perlu bersedeh. Kita sekadar cuba untuk berikhtiar, jika dia mahu mendengar, jika sudah tidak mahu memperbetulkan rasa kesilapan. Itupun juka dia mahu mendengarnya , jika tidak terpulang kepada dirinya, Sebagi Isalm kita Cuma dapt nasihat dan berpesan kepada jalan kebenaran. Yang lain Cuma tinggal kenangan. Amin

Qalam Mutiara berkata...

AKU PERLU AKU sajak Mona nampaknya sebagai ingin memabawa hati dan menyatakan semangat juang yang dulu mungkin terlalu berlembut sehingga ada orang Cuma mengambil kesempatan dan mempermainkan rasa hati dan kehdupan si penulis. Akhirnya apa yang dia harapan kesemuanya musnah dan punah ranah. Kini si penulis bangkit mungkin dengan semangat
Maal hijrah untuk lebih meyakinkan diri sendiri daripada bergantung harap pada orang lain. Kerana apa yang telah berlaku sebagai satu pengajaran dan ujian tuhan . Amin

Qalam Mutiara berkata...

HATI ADALAH ISTANA PUSAKA tajuk sajak Sdri, Sharifah Labuan. Pengucapanya ingin membicarakan tentan istilah HATI pada tangapannya peribadinya. Terasa hati bagai mengumpul segala macam punya maklumat. Hati juga sring mengharapkan sesuatu yang baik dan ikhlas dan telus. Tetapi kekadang berlaku juga perkara yang tidak diingini. Menyebabkan hati jadi luka dan kecewa, pedeh bagai dihires. Kini cuma tinggal kenangan yang memelukan. Manusia sekadar dapat merangcang, yang menentukan hanya Allah swt . semoga mengerti . Amin.

Bumi HIjau berkata...

BUBUR LAMBUK

Bahan-bahan ( satu periuk untuk 4-5 orang )

* 1 cawan beras
* 3 cawan air
* 4-5 ulas bawang merah
* 2 ulas bawang putih
* sedikit halia
* 2-3 sudu besar rempah kurma
* sedikit kulit kayu manis, buah pelaga & bunga lawang
* 1 mangkuk daging/ atau lebih -ikut selera masing masing (dihiris nipis)
* 1/2 cawan santan
* minyak untuk menumis
* daun ketumbar (hiasan)
* bawang goreng (hiasan)
* garam & gula secukup rasa

Cara-cara

1. Panaskan minyak, tumis kulit kayu manis, buah pelaga bunga lawang. Kemudia masukkan bawang, bawang putih & halia yang telah dia kisar bersama.
2. Bila dah naik bau, masukkan rempah kurma. Jika terlalu kering, masukkan sedikit air. Masak hingga naik minyak.
3. Masukkan pula daging, beras & air. Biarkan bubur merenih sehingga daging dah beras masak.
4. Bila bubur dah masak..masukkan santan, rasa garam gula, & masak lagi sehingga mendidih.
5. Hiaskan dengan bawang goreng & daun ketumbar.

Pedang Kesatria berkata...

laksam?? pelik la nama makanan ni

Irham Kesuma berkata...

laksam tu rasa mcm mana?

Richard Siriosa berkata...

laksam dgn laksa sama ke lain?????

Pak Kassim berkata...

sajak politik ni yg takut nk ulas ni takut silap ulas kena sue...

Tan Sri Yunus berkata...

sajak ni agak sinis msti ditujukan kpd tok guru atau sesumpah ni

Salleh Muhamadon berkata...

patutlah aku xde rupanya sajak 2009 ker?

Muhamad Rabbi berkata...

2010 pnya bila plak en nuri???

Hafiz Zikrillah berkata...

sajak ahli lama rupanya patutlah ahli bru xde...

Ustaz Rahman berkata...

bila plak nak buat senarai tahun 2010 plak en nuri?

Atuk berkata...

rasanya kalau 2010 pnya senarai keluar pun penyair agung dpt lagi

Seri Suri berkata...

nampaknya semakin susah nk nak atasi penyair agung

Nabil Quldi berkata...

ahli bru pnya thn dpn ke en nuri siar????

Hamba Allah berkata...

ada katogori??? mcm dalam TV plak? hehhee

Ibnu Siddiq berkata...

dapat hadiah x kalau disiarkan dalam ni en nuri???

Roy Rashid berkata...

la..ada jgk bdk2 kt blog ni? ingatkan semua org dewasa...

Zainal Arifin berkata...

x sabar rasanya nak tunggu katogori penjaga blog pnya sajak

Man Pendek berkata...

mana penyair agung ni dpt idea? byk sgt sajak dia

Nurul Husna berkata...

mcm2 katogori ada! wah!

Panglima Ketot berkata...

mmg menarik sbb smua sajak terbahagi dalam katogori?

Lebai Noh berkata...

wah! byknya jgk org hntr sajak thn 2009

Satria Juragan berkata...

lps ni kena rajin hntr sajak la...

Nur Atikah berkata...

bumi hijau bg bubur lambuk! teringat bulan puasa plak? hehe

Jengking Perak berkata...

bubur lambuk?? puasa dh lps la bumi hijau

Ustaz Nasarudin berkata...

bubur lambuk plak kali ni... hehhe

Sudin Ramlee berkata...

blog ni mmg kaya dgn resepi la

Kembara Budiman berkata...

esok aku cadang nak sumbang resepi jgk la...

Seniman Jalanan berkata...

bubur lambuk?? bubur kacang dgn bubur cha cha xde?

Mat Glamor berkata...

bubur2 ni kesukaan aku ni

Guest berkata...

bubur lambuk?? bukan musim bubur ni la bumi hijau

dam catur berkata...

bubur lambuk plak? adoiyai.... hahaha

Penglipur Lara berkata...

sajak penyajak istana lagi????

Ku Dania berkata...

sajak jiwa2 ke?? xphm la sajak ni

Mona berkata...

menarik jgk sajak penyajak istana ni

Badrolshah berkata...

huh! agak puitis jgk sajak ni

Badrolshah berkata...

huh! agak puitis jgk sajak ni

Datin Maimun berkata...

nampaknya smua sajak bgus2...

Mei Ling berkata...

hebat2 jgk ahli lama pnya sajak

Nasruq Haqq berkata...

mcm mana la guest door pilih? x best pun sajak penyajak istana ni

Nuri Jaguh berkata...

harap2 lps ni pilih sajak yg berkualiti sikit guest door

Guest Door dan Suara bebas berkata...

-kereta api laju dengan komuter adik beradik lah tu. Bahasa orang kampung macam itulah . Sekarang mana ada orang pakai kayu arang lagi untuk kereta api bergerak...

-Terima kasih buat Atan yahoo, kerana dulu en nuri minat laksa. bila dia jumpa laksam , laksa dah jatuh number dua.

-Ketegori Sajak penjaga blok minta
Jalal letak katogeri, siapa sajak terbanyak dan bukan ahli?