Selasa, 14 Disember 2010

BILA KUKENANGKAN





Aku rasa,
paling menarik
tapak kakiku
berukur dua jari,
sedang bibirku
menyedut susu
mesra  didakap
dan dipeluk ibu
Ah, enaknya!
dan damainya
rasa hatiku.

Kini cuma,
satu kenangan
sekali datang
menyingkap cerita
bermain di hati
kini aku mengerti
fasrah  diri
seorang sepi
bila ibu ayah
tiada lagi
di dunia ini.

Oleh: Nurimanja,
Sajak lagenda 1972,
Terkenang kemasa dulu.




50 ulasan:

nurimanja berkata...

SIRI 3.

CERPEN BERTAJUK: PENGHIJRAH YANG PULANG OLEH: NURIMANJA.
_____________________________________________________________________



Sememangnya begitulah muka yang hidup cuma mengabdikan diri dalam memburu dan mengumpul harta benda dan kekayaan sahaja. Justeritu tidak hairanlah ada pekerja di bawah jagaan mandor Ah kau ramai yang angkat kaki tidak tahan lama, mereka meninggalkannya dan mencari kerja lain.

Hadi juga terasa panas dan sakit hati dengan mandor Ah kau ini, bukan kerana kerja atau suasana yang memerekkan tetapi maki hamun yang pedas dari mulutnya yang tidak berkunci itu memang cukup menyakitkan hati, menjadikan ramai pekerja mengambil keputusan untuk berhenti.

Hadi terbatuk-batuk kecil, dalam bunyinya bermain di kerongkong , dirasainya tekak dan lidahnya kian kering. Hadi menepuk-nepuk dadanya, kemudian mengangkatkan kepalanya dan memicit-micit dahi dengan jari jemarinya, terasa panas dan berdenyut-denyut hingga ke bubun.

Kemudian hadi mencapai botol air mineral yang tinggal sekerat botol lagi, dibukanya tutup botol dan melanggahnya beberapa teguk, terasa sejuk sadikit tekaknya, Kemudian dia kembali menelungkup dahi kepalanya ke lengan yang tergalang di atas kedua belah kepala lututnya.

“Kau baru saja keluar dari rumah sakit. Eloklah kau berehat sehari dua dulu, bila sudah baik betul , barulah kau pergi bekerja. Aku khuatir jika nanti kau sakit semula, siapa yang susah?” Begitu kata Madian kepadanya sebelum pergi kerja pagi tadi.

Sesekali difikirkannya , ada juga kebenarananya , kata-kata Madian sahabat karip sekerjanya itu, tetapi entah kenapa hati Hadi agak degil dan keras untuk mendengar nasihat dari orang lain, itulah tabiaatnya yang sukar untuk dirinya membuangkan jauh dari hati sanubarinya.

Dari sikap kedegilan ini jugalah membuat hadi berhijrah ke bandar yang penuh mencabar hati seorang anak kampong sepertinya untuk menghadapi suasananya yang penuh dengan keagkuhan dan kesombongan ini.

Hadi masih ingat lagi, bagaimana dia mula boleh menjejakkan kakinya ke bandar ini?
Dia sanggup meninggalkan kampong halaman, sawah lading dan sebuah rumah kecil bersama seorang ibu tua yang selalu daif dan uzur itu, dia masih ingat.


BERSAMBUNG.

Pak Bostamam berkata...

DENDAM LANGIT

Kiam perdu rahim menggadai mimpi
angkara kesumat terbit fajar daerah
gurindam neraka kecil
syair merdu halwa peratap kematian
menyelinap silam
tersirap darah nyilu
kian menjadi sungai tak bermuara
dingin kencang pendekar
mengatur langkah warisan
sesudah mentara seni
bertutur gagah tanpa pertiwi gundah
meneroboh segenap semangat jendela
penutup jalinan
kesaktian perwira tua
mencari sisa nafiri amarah dendam sebuah cacatan tebal penghulu
menulis tekun neon purnama gering
jelas tiada gemerlapan bintang
menyihir kewarasan
kedangkalan insan bergelar kamil
menuntut murahan kemanusian
dalam kronologi bayangan tenat


Pak Bostamam
kedah
12.12.2010

Zainal Arifin berkata...

SEHATI BERCERAI

dulu mereka cukup serasi
di pentas program realiti
di pentas tari menari
lenggok gaya lembut sekali
sampai pipi bertemu pipi
semua tercongok depan tv
artis pujaan tengah beraksi
topup lebuh tak kira lagi
saban hari asyik mengundi
kini mereka makin resah
dulu serasi kini berbalah
satu persatu sibuk bertelagah
bagai retak menanti belah
peminat mula berpaling tadah
dulu menyokong kini menyanggah
apa lagi mahu cerita
mereka juga manusia biasa
sudah kekok berdansa bersama
bercerailah sahaja
itu jalan akhirnya...


Zainal Arifin
sajak utk program sehati berdansa

Qulbai Khaisai berkata...

GUANO GAMOK PUOK KITO

guano gamok puok kito
senyak tupah loning semo
takdok koba takdok berito
braso tok tehe dale dado
ingat lagi maso mulo
make minung air telago
turun pagi kelik senjo
putung kayu lekat atah palo
maine kito tok parok blanjo
takdok nyusoh ko ore tuo
ikut telitah nok maing gapo
ideo tok kering ado sokmo
sebelum ngorib sudoh sedio
di bala soh dok sof pertamo
walau nakal setaro mano
smaye be kito jago
hasil didik tok guru ore tuo
pah besa hidup bahagio...


Qulbai Khaisai
maaf en nuri saja buat percubaan guna bhasa kelantan

Ustaz Moktar berkata...

MANUSIA SUDAH HILANG

mana hilang manusiamu
hanya binatangmu berkeliaran
tanpa batas sempadan
redah ke mana sahaja
tanpa ditambat kukuh
simpulan mudah terlerai
senang sekali terlucut
habis semua diragut
barang berkenan di hati
bertebaran di muka bumi
tiada lagi halal haram
tanpa arah tujuan
tuju ke mana sahaja
ikut kehendak nafsu
ikut perangai binatang
manusia sudah hilang...

Ustaz Moktar
ketika selesai membaca surat khabar

Qalam Mutiara berkata...

DENDAM LANGIT sajak orang berpengalaman Pak Bostaman anak kepada pendita Zaaba ke? Kekadar andaian saja . Keberangkalian, Pengucapan Pak Bostaman bermaksud kemarahnya Tuhan dengan sikap manusia yang begitu angkoh dan amat sumbong dengan gelagatnya di dunia ini. Bagakani langsung tidak takut menempak titian jalan ke neraka, Sehingga hilang kewarasan, Nampak saja bagai insan kamil tetapi sering bertopingkan kemurahan sikap haiwan dalam catatan cerita yang menjijikkan. Semoga kita tidak begitu. Amin.

Qalam Mutiara berkata...

Ketua Penyelia Semua Blogs Zainal Arifin sajaknya bertajuk SEHATI BERKECAI. Apakah tidaknya cerita lakunan di atas pentas saja, bila di belakang tabir lain pula punya cerita, biasanya ada cemburu dan ego bila nama pun naik, orang ramai sudah kenal, nak lagaknya pun lupa segala. Semoga kita tidak begitu. Amin

Maaf semua saja yang dikira senang ditangkap maksudnya oleh khalayak (ahli CR) tak perlu diulas lagi, cukup sekadar menokoh tambah menyiakan pengucapan. Amin.

Qalam Mutiara berkata...

Qulbai Khaisai, dengan sajaknya KEMANA GAMAKNYA PUAK KITA SEMUA.
Penceritaannya dalam lohgat kelanten . en nuri faham sikit-sikit, terpaksa terang dekat QM. Ini mungkin cerita orang zaman dulu, anak muda nakal macam mana pun mereka keluar pagi balik petang, solat mereka jaga, sebelum makghrib dah sedia, waktu solat duduk baris depan. Dengar ceramah dan nasihat tok-tok guru, dapatlah berkat kebahagian dunia akhirat. Di kelatan ramai tok guru pondok jangan silap faham. Amin.

Qalam Mutiara. berkata...

MANUSIA SUDAH HILANG. Sajak daripada sdra Ustaz Moktar, dengan banyak membaca kita dapat pengetahuan, Ternya kata Ustaz , memang sudah menjadi kalut dengan kemelut sikap manusia hari ini, bagai kembali dizaman jahiliah, malah lebih dasat lagi. Apa yang berlaku kini semuanya telah dilalui di zaman jahiliah dulu, buang anak, minum arak, berjudi, tenun nasib. Pelacuran, lebih dahsat, main sembelih pula anak penggal kepala bapak, bunuh ibu, bunuh adik, atuk dia pun disembeleh, Bapak pula toreh anak, sebembah asid, puja syaitan, ikut agama merapu. Hai pening. Apa yang kita harap hari ini, jagalah keluarga dan anak-anak kita. Amin

Emily Bayans berkata...

PIZZA

Bahan-bahan )

* 200 gm tepung roti
* 1 sudu gula
* sedikit garam
* 1 sudu kecil yis
* 125 ml air
* 1 sudu butter
* 1 sudu susu tepung
* bhn2 utk topping
* ** 2 keping dada ayam
* ** 2 ulas bawang putih
* ** serbuk lada sulah
* ** mayonis
* ** sos cili dan sos tomato
* ** cheese
* ** mixed vegetable ( boleh juga diganti dgn button mushroom dan pineapple)
* ** black pepper

Cara-cara

1. bhn2 utk kulit piza dicampur dan diuli sehingga sebati. Biar kan selama 45- 60 minit. tutup doh tersebut dgn kain yg lembab.
2. canai doh tersebut setebal 0.5 cm. cucuk dengan garfu keseluruhan doh tersebut. Bakar pada suhu 200 darjah selama 12-15 minit.
3. utk topping: bawang putih dicincang2. masukkan 1 sudu minyak masak ke dalam kuali dan masukkan bawang putih. goreng sehingga kekuningan. kemudian masukkan isi ayam yg telah dicincang2. goreng sehingga masak. masukkan garam dan serbuk lada sulah.
4.
Cimg0408piza
Sapu kulit piza dengan mayonis. kemudian diikuti dengan sos cili dan sos tomato.ratakan sos keseluruh bahagian. tabur ayam yg digoreng tadi di atas kulit piza dan juga mixed vegetable atau button mushroom dan pineapple. taburkan cheese mengikut citarasa masing2..
5. masukkan piza ke dalam oven sekali lagi, bakar pd suhu 200 darjah kira2 8 minit.. enak dimakan panas-panas!

Umar Haslam berkata...

pizza plak!! sedap ni...

Raja Muda berkata...

pizza??? buatan sndiri ke!!1 wha!

Golok Buta berkata...

aku malas nk buat sndiri pizza baik beli je snang....

Halilintar berkata...

pizza buatan sndiri pun ada!

Mona berkata...

nanti nk cuba la pizza emily ni...

Mozaire berkata...

pizza plak! makin gemuk aku nnt.. hehe

Brader Joe berkata...

emily ni keje kat pizza ker?

Sarah berkata...

mana plak emily ni thu buat pizza????

Madah Pujangga' berkata...

boleh cuba sndiri di rumah la mcm ni...

Nuri Kecil berkata...

pizza ni nmpk mcm senang je kena cuba ni...

Nuri Kecil berkata...

pizza ni nmpk mcm senang je kena cuba ni...

Kembara Budiman berkata...

pizaa!! ni resepi aku tunggu2 ni...

Mat Noh berkata...

resepi tradisional xde dh ker?

Pak Kassim berkata...

pizza plak kali ni?? makanan org kaya ni...

Hadi Hamzah berkata...

boleh gemuk aku kalau makan pizza jer... hehe

Seri Suri berkata...

pizza ni kalau nak guna bahan2 sndiri boleh x?

Putera Damien berkata...

resepi buat pizza ada? hari2 mkn pizza la nampaknya aku ni...

Siti Hajar berkata...

pizza!! wah! hebat jgk emily ni sekali pizza plak dia bagi!

Mr Aiman berkata...

pizza? pizza hut pnya resepi ke ni???

Tengku Anita berkata...

pizza? sy keje kat pizza sampai x larat nk mkn pizza.. hehe

Salam berkata...

bila baca hadi kencing kat tiang teringat yg ah shu kencing kat mimbar masjid plak?

Harimau Berantai berkata...

sedih plak baca cerpen hadi ni...

Iman Ali berkata...

sian hadi asyik kena maki jer...

Tetamu Malam berkata...

pnya kurang asam mandor tu!

Bob Kuli berkata...

ah shu kena smua pakat pukul je snang mandor tu...

Brader Joe berkata...

kalau aku jmpa mandor mcm tu pecah kepala aku hentak... hahahha

Danial berkata...

pnya sombong mandor tu! patutlah ramai benci dia...

Ummu Akilah berkata...

madian jgk yg baik sian hadi...

Lukiee berkata...

madian yg slalu tolong hadi ke?

Saizul Maizav berkata...

cerpen ni mcm cerpen taib dgn jiman jer....

Juragan Desa berkata...

madian ni jawa ker?

Guest berkata...

madian ni x bantu ke ulur duit kat hadi?

Man Pendek berkata...

gaji dorg ni brapa?

Pangeran Indera berkata...

mandor tu apa plak?

Mei Ling berkata...

mandor ni mcm komando jgk ker?

Jessica Liew berkata...

mandor?? dorg ni keje tentera ke?

Seri suri berkata...

dorg keje buruh ke en nuri?

Olie Pajutdy berkata...

kenapa x cari keje lain jer?

Kamal berkata...

sejam brpa RM la dorg dapat keje ni?

Abang berkata...

cerpen ni pun flashback jgk ke en nuri????